Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Monday, November 30, 2009

color 19

"You ni dah lupa jalan balik rumah ke?"

angkat kening "Yang you sibuk-sibuk I tak balik ni, kenapa?"

mendengus "You sedar tak, you ada anak yang tengah tunggu you?" marah Daniel

mencebik "Sorry sikit, budak tu anak you"

Daniel hempas planner atas meja Zulaikha. Perangai Zulaikha makin hari makin menjadi-jadi.

"Hey, you dengar sini. Sekali lagi I nampak you keluar dengan lelaki lain, nahas you I kerjakan" ugut Daniel

senyum sinis "You nak jadi lelaki dayus ke?"

mendengus "Please, Zulaikha. I merayu ni, please balik rumah. Ilham hari-hari tunggu you" pujuk Daniel

"Ilham je tunggu? You tak tunggu I?" pancing Zulaikha

Daniel dah terdiam. Sumpah, dia tak pernah rasa something missing bila Zulaikha tak balik rumah.

mendengus "I knew it.!! You still ada hati lagi dengan budak kampung yang hilang ingatan tu kan?!" jerkah Zulaikha

"Ain takde kena-mengena dengan cerita ni, Zu..!!" marah Daniel pulak

"Kalau you rasa I ni tak boleh nak bahagiakan you, baik you ceraikan I" ujar Zulaikha

Daniel tersentap. Takkanlah sampai nak bercera-berai? Apa Zulaikha ni ingat nikah-kahwin-cerai-berai tu macam main pondok-pondok ke?

"You jangan nak mengarut, Zu" marah Daniel

senyum sinis "I tak pernah main-main, Daniel"


Bunyi ketukan di muka pintu mematikan lamunan Daniel sebentar tadi. Perbualan terakhir mereka sebelum Daniel dengan rasminya melafazkan talak di Mahkamah Syariah, 2 bulan yang lepas.

"Encik Daniel, wakil dari Mutiara Holdings dah sampai" ujar Minn

angguk "Suruh diorang masuk" arah Daniel

Minn mengangguk tanda faham. Arahan ketuanya itu diturut tanpa banyak soal.

******

"Ibu, jadi tak kita nak ikut Uncle Daniel pergi Genting?" tanya Qaliesya

Ain dah kerut-kerut kening. Kuat betul ingatan makcik kecik ni, ingatkan dah lupa pasal Genting tu.

angkat bahu "Try tanya Tok Mummy dengan Tok Daddy dulu"

"Alaaaaaaaaaaaaaaaa..." rengek Qaliesya

usap-usap kepala Qaliesya "Sayang, Ibu banyak kerja ni. Nanti kita sambung chat lagi ye" ujar Ain

Qaliesya tarik muka taknak-kawan-dengan-Ibu. Ain senyum je. Kalau nak melayan si kecik ni, kertas kerja yang tergendala tu tak siap pulak nanti.

"Sayang, Ibu banyak kerja ni" pujuk Ain

"Yela, Qaliesya keluar" Qaliesya merajuk

senyum "Nanti Ibu cakap dengan Tok Mummy"

kalih pandang "Janji?"

angguk "Janji. Promise. Swear" jawab Ain

Qaliesya senyum lebar. Langkah diatur keluar dari perpustakaan mini tu. Yay..!! Yay..!!

"Qaliesya.." panggil Ain

Qaliesya kalih pandang.

"Don't forget to close the door" pesan Ain

angguk "Ai ai, Your Highness"

******

"Bro, aku dengar kau nak pergi holiday minggu ni, betul ke?" tanya Farouq

kerut dahi "Siapa pulak yang bagitahu kau ni?"

sengih "Ilham"

Ufth. That little kid memang tak pandai simpan rahsia especially dengan Uncle Farouq dia ni. Tak tahulah Farouq pakai jampi serapah apa, sampai Ilham boleh makan pujuk.

"InsyaAllah, kalau umur panjang. Kenapa?" tanya Daniel

"Aku nak follow korang, boleh?"

"Kalau aku cakap tak boleh?"

mencebik "Takpelah kalau macam tu, aku balik rumah mak aku jugaklah gamaknya"

gelak "Aku nak bagi mak kau lepas rindu kat kau"

Farouq baling pen dekat Daniel. "A'ah, lepas rindu dengan paksa aku kahwin" rungut Farouq

"Siapa suruh kau tak kahwin-kahwin lagi?"

"Aku tak jumpa yang berkenanlah. Gadis pujaan hati dah jadi mak budak pulak"

sengih "Siapa? Ain?"

angguk "A'ah. Kat ceruk mana lagi aku nak dapat perempuan macam Ain tu?"

"Means?"

"Ain yang cantik, Ain yang pandai masak, Ain yang respect orang tua..."

Tak sempat Farouq nak sambung, Daniel dah potong dulu. "Eh, yang kau puji dia melangit sangat ni, kenapa?"

"Weyh, aku follow korang tau nanti" Farouq tukar topic

angkat bahu "Kot kau tak malu, ikutlah"

Lepastu, Daniel terus keluar dari pejabatnya. Banyak lagi kerja boleh dibuat dari mengadap muka si Farouq yang tak berapa nak handsome tu.

******

"Ain, thanks"

Ain kalih pandang pada Iqram yang sedang baring disebelahnya. Keadaan Iqram makin teruk.

"Thanks?" Ain pelik

angguk "Thanks sebab sudi jadi isteri Abang walaupun sekejap"

senyum "Sepatutnya Ain yang ucap thanks dekat Abang"

"Nanti kalau Abang dah takde, Ain jaga baby kita ni baik-baik ye" pesan Iqram

Mata Ain dah bergenang. Baru semalam, dia disahkan mengandung 6 minggu.

angguk "I will" Ain dah sebak

"Kalau boleh, namakan dia Qaliesya"

"Kalau baby boy?"

"Zachwan"


Dan itu merupakan perbualan terakhir mereka. Iqram pergi meninggalkan mereka ketika mereka semua sedang nyenyak dibuai mimpi.

*****

Suasana di Genting Theme Park tu hingar dengan suara pengunjung. Cuaca yang sejuk sampai ke tulang itu tak mampu membisukan semua pengunjung.

"Thanks for coming" ujar Daniel

Ain kalih pandang dari Merry GO Around ke muka cute Daniel. "Kalau aku tak follow kau, mahu si Qaliesya tu merajuk plus mogok dengan aku 7 hari 7 malam"

gelak "Dasyat jugak Qaliesya tu kalau merajuk"

senyum "A'ah, tu baru sikit"

Masih terbayang-bayang wajah cemberut Qaliesya apabila dia katakan percutian mereka ke Genting dibatalkan.

"So, kau lepak sini or kau balik hari?" tanya Daniel

angkat bahu "Tengoklah macam mana nanti. Kalau aku balik pun, bukannya ada orang pun kat rumah"

"Baba dengan Mama kau sihat? Abang Afiq?"

"Semua sihat. Abang Afiq pun macam dah boleh terima aku since Qaliesya lahir"

"Baguslah kalau macam tu, takkan sampai bila-bila nak bermusuh"

"Actually, aku dah lama nak tanya kau benda ni, tapi aku macam takut je nak tanya"

angkat kening "shoot" ujar Daniel

"Mana wife kau?"

tarik nafas "Kitorang dah bercerai, 2 bulan lepas"

"Ilham tahu?"

geleng "Dia kecik lagi, aku tak rasa dia akan faham"

Ain terus diam. Tak tahu nak cakap apa. Macam salah channel pulak nak diajak berborak panjang-panjang.

"Kau taknak join diorang main ke?" celah Daniel

senyum "Aku dah terlalu tua nak main benda budak-budak ni"

mencebik "Siapa suruh kau main benda budak-budak ni, maksud aku tu ha" tunjuk Daniel

Ain kalih pandang. Oh My~ Daniel tengah tunjuk Solero Shot. Serta-merta perut rasa nyilu. Ulalala~ dengar orang menjerit gaya nak terkeluar anak tekak tu mampu buat Ain tak terasa nak main.

sengih "Aku. Gayat" luah Ain

"Lame excuse. Jomlah" ajak Daniel

"Taknak"

"Jom, jangan sampai aku dukung kau" ugut Daniel

gelak "Kau ingat, aku ni ringan macam Qaliesya ke nak main angkat-angkat?"

"Kau jangan cabar aku" ugut Daniel lagi

gelak "Yela-yela. Tapi kau jangan complain kalau aku jerit" pesan Ain

angguk "Ai ai, sir"

Ain bagi signal dekat Qaliesya. Qaliesya angguk je. Erm... dah syok sangatlah tu. Ain dan Daniel bergerak menuju ke tempat Solero Shot.

"Hey, lepaklah" tegur Daniel

Daniel perasan muka Ain yang dah pucat tu. Gaya punyalah brutal habis, penakut jugak rupanya makcik ni.

"Kalau kau takut sangat, kau pejam je mata" pesan Daniel

Ain buat dunno. Padahal, jantung ni dah dup-dap-dup-dap macam nak terkeluar dari badan pun ada jugak. Ya Allah, kau selamatkanlah hamba-Mu ini...

"Eh, our turn" celah Daniel

Ain follow Daniel dari belakang. Duduk je atas kerusi tu, Ain dah pejam mata rapat-rapat. Taknak tengok apa yang ada dekat bawah tu nanti. Tiba-tiba Ain rasa macam ada someone pegang tanganya, mata yang tertutup tadi automatic terbukak.

"Lepaklah, aku ada ni" ujar Daniel

Ain tak tahu kenapa masa tu, dia just biarkan je Daniel pegang tangannya. Maybe sebab masa tu, otak dah tak boleh fikir mana betul, mana salah kot.

******

"Ibu, Qaliesya laparlah" rengek Qaliesya

Ain pandang Daniel. Since turun je dari Solero Shot tu, memang takde sepatah word pun yang keluar dari mulut Ain. Sumpah..!! Malu gila dengan Daniel.

"Jom, Uncle belanja makan dekat Kenny" ajak Daniel

geleng "Qaliesya nak McD"

"Qaliesya..." tegur Ain

Ada pulak cakap macam tu, Daniel nak belanja tu pun dah kira baik.

"Okey, kita makan McD malam ni" Daniel excited

Kalau sekali pandang, memang nampak macam happy family. Lengkap. Daniel jadi Ayah, Ain jadi Ibu, Qaliesya plus Ilham jadi siblings.

"Qaliesya nak Happy Meal"

"Ilham pun sama"

Daniel pandang Ain. Isyarat kau-nak-makan-apa dihantar kepada Ain. Ain just angkat bahu je.

"Good evening, sir. Dine in or take away?" tanya si gadis yang pakai name-tag 'Anne'

"Dine in" jawab Daniel

"May I take your order now?"

angguk "2 set Happy Meal, 1 large set Big Mac, and 1 large set Chicken McDeluxe" ujar Daniel

"Coke for drinks?"

"Change to ice milo, make it 2. And 2 Ice Lemon Tea" sambung Daniel

Ain kat sebelah dah tak tahu nak buat apa. Gadis yang pakai name-tag 'Anne' tu dah pandang Ain macam nak telan. Ufth~ Sakit jiwa ke?

"Sayang, pergi cari tempat dulu la" suruh Daniel

Ain buat muka pelik but isyarat mata just-pretend-to-be-wife dari Daniel buat Ain macam nak tergelak. Ain tarik tangan Qaliesya..

"Jom, kita cari tempat dulu" ajak Ain

Ain tarik tangan Qaliesya dengan Ilham. Heh, memang nampak macam real happy family ever after.

"Your wife?" tanya si gadis pakai name-tag 'Anne' tu

angguk "Yeah, and our kids" jawab Daniel

"Oh, no wonder"

senyum "School holiday, tu yang bawa diorang jalan-jalan" sambung Daniel

Daniel perasan muka gadis yang pakai name-tag 'Anne' tu dah merah. Daniel tahan gelak dalam hati.

"Twins ke?"

geleng "Sorang awal tahun, sorang lagi tu akhir tahun" redah Daniel

Daniel dah countdown dalam hati. Apa kes lambat sangat makanan ni siap?

"Your order, sir" ujar si 'Anne'

Daniel terus angkat tray. Mata scan segenap ruang yang ada. Aha.. found them.

"Lamanya...." rengek Ilham

senyum "Tunggu your Happy Meal lambat sangat" jawab Daniel

Daniel pass Big Mac dekat Ain. Yeah, her favourite; Big Mac plus Ice Lemon Tea. Meja tu kembali senyap bila masing-masing khusyuk makan. Ain memang macam tak lalu je nak makan bila terpaksa makan depan Daniel.

Daniel ni pun satu, mata tu nak kena congkel ke? Suka-suka hati mak tiri laki mak dia je main tenung-tenung Ain sampai nak tembus.

"Tidur sini je la malam ni" celah Daniel

angkat kening "Ada aku cakap aku nak balik ke?" Ain buat gaya kerek

"Kau jangan sampai aku kiss kau depan public"

sengih "Hehehe.. aku pun malas nak drive kalau dah malam-malam macam ni" Ain cuak

Daniel ni bukannya boleh buat main. Silap haribulan, memang dia buat apa yang dia cakap tu. Ish ish.. simpang malaikat 44.

"Ayah, bila Uncle Farouq nak sampai?" celah Ilham tiba-tiba

angkat bahu "Esok pagi kot"

angguk "Esok kita pergi theme park lagi tau" ujar Ilham

Daniel angguk je. Nasib baiklah duduk sini just 3 hari 2 malam je, kalau tak, memang boleh pokai kalau hari-hari nak pergi theme park.

"Ada lagi bilik kosong ke?" Ain pelik

senyum jahat "kalau takde, kau lepak je bilik aku"

angkat kening "Kau nak kena kahwin free ke?"

"Aku no hal"

Ain dah keluar aura nak makan orang. Orang cakap betul-betul, dia main-main pulak.

sengih "Aku memang booking 2 bilik, in case Farouq datang malam ni"

kerut kening "Then, esok Farouq nak lepak mana?"

"Takpe, dia boleh lepak bilik aku. Dia tu no hal punya"

Ain angguk je. Big Mac yang dah tinggal separuh tu berjaya jugak dihabiskan. Fuhhh.. boleh senak perut makan Big Mac.

"Gerak jom, penatlah" ajak Daniel

Ain angguk je. Kalau ikutkan hati, nak je dia redah tidur dekat atas meja McD ni. Memang penat gila badan melayan budak kecik 2 orang ni, memang boleh buat mereka putus nafas.

15 comments:

  1. huhhu..bestnye..
    hope dorang bersama..
    jodoh dorng kuat la..
    even anak da bsar pon,msih bertemu gak..

    ReplyDelete
  2. hah!!sweet.sweet.sweet
    ain dgn daniel okeyh...
    cptcptcpt smbung ye.

    ReplyDelete
  3. oho..
    hepi family..

    ReplyDelete
  4. eehhh...McD ada pepsi ke?? Coke laa..err..rasanya lah..ke aku yg salah..??

    ReplyDelete
  5. Daniel dah tau Ain single..
    dan Ain pn dah tau Daniel ngan Zulaikha dah cerai..
    bagus2..
    dan Farouk tu..
    hmm..

    ReplyDelete
  6. ala nek..aku lmbt komen even ko gtaw aku..neih adik aku punye pasallaaa..gne lappy tahap tak hengat..isk..

    one happy family at home..
    whoaaaaaa..ske2...comey je dorang..ngeeee..
    alaa..jgn la kasi si farouq nieh kaco len..kalo dye usik ain gtu2 je oke..tp kalo lebey,aku upah daniel sekeh si farouq nieh..haha..smbung2..

    ReplyDelete
  7. best2..sweet sgt..
    sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  8. winkwink -.*
    comel sesangat
    one big happy family
    yeah seronok
    1 awal tahun 1 akhir tahun
    bhahaha
    -na'dz

    ReplyDelete
  9. aku big fan McD....mana ada strawberry kat McD, coke dengan sprite jek...

    ReplyDelete
  10. shweetnya...ske2 daniel+ain+ilham+qaliesya=hepi family

    ReplyDelete
  11. hahaha
    btol2 hppy
    femly!!!!huhuhu

    ReplyDelete
  12. one happy family..
    huhu
    comey sungguh..


    he~
    x cukup ler,,,
    nak lgi bley x cik bulan???
    huhu..

    ReplyDelete
  13. sambung la cpt............... :)
    *thumbs up*

    ReplyDelete