Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, September 8, 2010

hope 8

Wye termenung di atas meja study. Kepala yang seakan berat diletak di atas lengan. Banyak pulak masalah yang datang, datang mengejut pulak tu! Hari tu Aiman, ni Aqif la pulak. Aiyooo.. manyak susah owh ini problem!


I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess


Refleks Wye mengangkat kepalanya. Lagu tu, memang macam apa yang dia rasa sekarang ni. Dia nak someone untuk dia luahkan apa yang dia rasa sekarang ni. Dan orang itu hanyalah AIMAN. Aiman je yang mampu mendengar dia bercakap walaupun hanya terpaksa menadah telinga mendengar.

Tapi Aiman dah takde, Aiman merajuk. Atau dengan kata lain, Aiman marahkan dia. Atau dalam kes ni, dia yang marahkan Aiman? Entahlah, dia pun kurang pasti siapa yang patut marah sebenarnya. Kalau ikutkan, dia yang macam budak-budak tak cukup umur. Masakan setakat Aiman memanggilnya ‘perempuan’, dia dah emo semacam.


In the words of a broken heart
It's just emotion taking me over
Caught up in sorrow
Lost in the song 
But if you don't come back 
Come home to me, darling
Don't you know there's nobody left in this world to hold me tight?
Don't you know there's nobody left in this world to kiss goodnight


Haiyaa.. kenapalah masa ni pulak banyak je lagu sedih-sedih? Ipod ni pun tahu ke tuan dia memang tengah sedih? Sekarang, dah takde siapa nak bagi mesej ‘Good Morning’ atau ‘Good night’ lagi. Itulah, masa orang tu ada tak pernah nak dihargai, bila orang tu dah takde barulah terhegeh-hegeh nak mencari.

Kepala kembali direbahkan ke atas meja. Wahai mata, janganlah kau nak menangis masa ni. Satgi kalau dah menangis, tak sah kalau tak sejam dua. Nafas ditarik dalam-dalam sambil matanya tak lari dari screen handphone, berharap akan ada panggilan dari ‘Aiman Kacak’. Refleks Wye menarik senyum melihat nama ‘Aiman Kacak’ itu, Aiman yang save, gila perasan!

“Babe, nak makan apa malam ni?” tanya Dee sambil tangannya cekap mengemas meja study yang agak bersepah dengan kertas-kertas assignments itu.

Wye menggeleng tetapi masih berbaring berbantalkan lengan “Taknak makan. Tak lapar” jawab Wye lemah

Dee menggeleng perlahan “Mana boleh tak makan, nanti kena gastric la” pujuk Dee

Wye tetap menggeleng “Tak mahu” jawab Wye pendek

Dee duduk di birai katil Wye “aku call Aiman eh?” tanya Dee lagi

Wye menggeleng lagi “Dia takkan angkat punya” jawab Wye yakin. Aiman mesti tahu dia menggunakan Dee untuk memujuk.

Dee berjalan ke arah lockernya “Aku nak keluar makan dengan JD ni, kau nak ikut tak?” pancing Dee menggunakan nama JD. Manalah tahu, Wye termakan pujukannya.

Refleks Wye mengangkat kepalanya. Telinganya belum pekak lagi kan? Betul kan Dee sebut nama JD tadi? “Apa kejadahnya kau nak pergi makan dengan dia?” Bam! Soalan yang keluar tak sempat di tapis oleh Wye. Direct gila!

Dee mengangkat bahu “Dah dia yang ajak, aku ikut je la” jawab Dee slumber

Wye mengecilkan matanya memandang Dee. Heh, Dee ni biar betik! “Kau pergi berdua je?” Gulp! Rasa macam nak tercekik bila tanya soalan macam tu.

Dee mengangguk sambil tangannya cekap meletakkan selendang hitam di atas kepala “Kotlah, Adam tu macam cold je”

Wye hanya memandang Dee yang sedang mengenakan selendang hitam itu dengan pandangan kosong. Alaaa.. dah lah hati tengah sedih, kena tinggal pulak sorang-sorang!

Dee yang tengah menyemat jarum peniti di atas kepala membuka mulut “Nak kirim pape tak?” tanya Dee

Wye mula menimbang-nimbang. Nak makan, tapi macam takde selera lah pulak “Takpelah, aku minum nestum je nanti” ujar Wye monotone

Dee berjalan ke meja study, purse dan handphone di capai “Aku gerak dulu, kalau nak pape just give me a call” pamit Dee

Wye hanya memandang Dee berlalu pergi. Elok sahaja Dee menutup pintu bilik, automatic air mata yang ditahan dari tadi gugur jua. Ah sudaaaaahh.. Dari duduk di meja study, Wye beralih ke katil bujang miliknya. Wye duduk lalu lutut ditarik rapat ke dada.

“Aiman, i’m sorry” monolog Wye seorang diri

Gambarnya bersama Aiman yang dibuat wallpaper handphone ditatap tanpa jemu. Itu gambar mereka 2 bulan lepas, mereka nampak sangat gembira. Tapi sekarang? Seorang di sini, seorang lagi di sana, masing-masing sepi tanpa khabar berita.

“Aku tahu aku childish” monolog Wye lagi. Esakan kecil mula memenuhi ruang bilik yang sepi sejak tadi.

Muka disembam pada lutut “Aimannnn..” panggil Wye sayu. Hidup yang selama ini penuh dengan pelbagai warna pelangi kini sudah tenggelam dengan banjiran warna kusam.

Tiba-tiba handphone Wye menjerit minta di angkat. Nama yang tertera di screen di jeling sekilas, Aqif. Nafas ditarik dalam-dalam. “Assalamualaikum..” ujar Wye dengan suara yang masih sengau

Dia tahu mesti Aqif pelik dengar suaranya yang seakan kucing tertelan biji durian tu, tapi biarlah, tak perlu nak heboh satu dunia yang dia menangis kerana Aiman.

Tangan kanan diraup pada muka “Haa.. takde pape, aku okey” nafi Wye

“Oh, flu je. Nothing serious pun” bohong Wye lagi

Kaki dilunjurkan “Dah makan, sebelum Maghrib tadi” Wye terus-terusan menipu.

“Waalaikumussalam..” pamit Wye lalu perbualan yang sememangnya hambar tadi terus ditamatkan. Tabahlah wahai hati!

*****

Permukaan meja digendang perlahan, wajah Dee dihadapannya kini ditenung lama. Cun jugak si Dee kalau tengok lama-lama. HAHA.

“So, betullah Wye gaduh dengan Aqif?” tanya JD

Dee mengangkat bahu “Gamaknya kot” Dee pun kurang yakin. Kalau ditengok cara Wye mengamuk tadi, nampak macam gaduh.

Tangan di atas meja diangkat lalu diraup pada muka. Nafas panjang ditarik. “Siapa Aiman?” Akhirnya soalan yang membelenggunya selama ini berjaya di luahkan.

Dee mengerut kening. “Mana kau tahu pasal Aiman?” soalan dijawab dengan soalan

Satu keluhan kecil keluar dari mulut JD “Aku terdengar masa diorang bergaduh tengah hari tadi” jawab JD perlahan. Okey, bukannya terdengar sebenarnya, lebih kepada curi dengar.

“Aiman tu cousin Wye” jawab Dee

“Diorang close?” JD cuba mengorek rahsia

Dee angkat bahu “Undescribable” jawab Dee pendek

JD diam. Undescribable yang macam mana tu? Special gila manusia bernama Aiman tu di mata Wye. “Wye tinggal kat mana?” JD cuba korek rahsia lagi

Dee menyisip sedikit Apple Juice. “Rumah Aiman” Jawab Dee pendek

Jawapan Dee memeranjatkan JD. Nasi goreng pataya yang dah mula sejuk itu disuap rakus. Haihh.. kalau tergigit cili api ni, memang terbaiklah. Berasap!

Dee sengih panjang “Kau syok kat Wye eh? Kantoi” sakat Dee

JD rasa macam nak masuk dalam botol cili jeruk. Malu! Dee gelak besar melihat muka serta telinga JD yang dah memerah. Hahahah.. kantoi terangan pulak tu. Dan bagi menutup malu, JD turut sama gelak.

*****

Aqif bingung. Suara Wye tadi, suara baru lepas menangis. Dia bukannya pekak mahupun lampi yang tak dapat nak bezakan suara baru lepas menangis dengan suara Wye yang normal.

“Ni semua pasal Aiman bongek tu” Aqif bengang. Bantal yang elok di atas katil dicapai lalu dibaling kuat ke dinding. Bukk!

Aqif menarik rambutnya-kuat. Ish! “Tak pasal-pasal aku dengan Wye bergaduh pulak” sambung Aqif lagi. Dalam hati dah berbakul sumpah seranah khas untuk Aiman.

Bantal yang jatuh tadi diangkat lalu diketuk-ketuk pada dinding. Ya Allah.. geramnya aku! Makin kuat hentakan bantal pada dinding tadi. Naik sakit hati melihat dinding yang seolah-olah sedang mengejeknya itu.

Amir yang melintas bilik Aqif terhenti sekejap. Apa kes kawan aku sorang tu? Gila meroyan ke hape? Langkah di atur masuk ke dalam bilik Aqif.

“Kau meroyan ke hape ni?” sergah Amir

Aqif yang tengah hentak-hentak bantal tadi terus berhenti. Aiseyyy.. kantoi pulak! Hilang macho aku! “Mana... aku tengah hilangkan habuk dekat bantai ni” jawab Aqif sambil tersengih-sengih

Amir mencebik “Setakat nak buang habuk, tak payah ketuk dekat dinding. Kau kebas-kebas guna tangan pun boleh hilang” perli Amir

Aqif menelan liur-pahit! Bantal yang agak lunyai tadi ditepuk perlahan menghilangkan rasa kurang enak.

Amir menepuk perlahan bahu Aqif “Aku rasa lebih baik kau confess je dekat Wye apa yang kau rasa” nasihat Amir. Bukannya apa, dia taknak Aqif putih mata kalau-kalau Wye jatuh ke tangan orang lain.

Aqif meraup muka “Aku rasa dia dah muak dengan confession aku” jawab Aqif perlahan

“Takkan nak makan hati je nanti”

Aqif angkat bahu “Tak kisahlah makan hati ke makan jantung ke, janji kitorang kawan sampai bila-bila”

“Tak menyesal?”

Aqif angkat bahu lagi sekali “Menyesal ke tak, tu belakang cerita. Apa yang penting, aku happy bila dekat dengan dia” jawab Aqif jujur

“Kalau dia jatuh ke tangan orang lain?”

“Kalau dah jodoh dia, nak buat macam mana”

“Kenapa aku rasa kau macam pasrah semacam je ni?” Amir pelik

Aqif tergelak kecil. “Buat apa nak mengharap pada yang tak sudi? Bukan pasrah tapi go with flow”

Amir mencebik “Go with the flow hangguk hanglah ! Aku bukannya apa, kesian tengok kau macam ni” ujar Amir geram.

“Eh cakap pasal hati dan perasaan macam ni, buat aku lapar lah. Hakim, jom” Aqif tukar topic sambil wallet di atas meja study di capai.

“Aku harap, hati Wye akan terbukak jugak untuk kau nanti” ujar Amir jujur

Aqif menarik senyum segaris “InsyaAllah”

*****

Aiman menarik sila. Duduknya tegak, rapat pada dinding di belakang katil. Solat isyak baru sahaja ditunaikan. Nafas ditarik panjang sambil tangan meraup muka. Astaghafirullah.. kenapa hati rasa tak sedap ni?

Nokia E71 yang diam tanpa sebarang bunyi itu dijeling sekilas. Kertas assignment yang menimbun di atas meja study juga dijeling tanpa rasa. Nafas berat ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan.

“Tak payahlah nak termenung sangat..” tegur Faliq si roommates Aiman

Aiman menarik sengih dipinggir bibir. “Kau ni kacaulah aku nak layan jiwang”

Faliq tergelak perlahan “Duhh.. takdenya nak jiwang malam-malam tengah banyak asingment ni ha” Faliq ni, potong betullah!

Refleks Aiman menumbuk bahu Faliq yang duduk disebelahnya. Dush! “Kau tak payahlah nak ingatkan pasal assignment tu ha” rungut Aiman

Faliq turut menarik sila disebelah Aiman, dinding menjadi tempat persinggahan badan. Ah, leganya! “Kau asal malam ni? Macam orang takde jiwa je” tanya Faliq

Aiman tergelak kecil. Haihh.. obvious sangatkah dia macam orang takde jiwa? “Aku okey” jawab Aiman pendek

Faliq mencebik “Takdenya kau okey, kalau dah termenung je since dari kelas tadi” provoke Faliq

Aiman menarik nafas panjang. Okey, memang sangat obviouslah kalau Faliq yang duduk selang beberapa meja darinya pun boleh nampak dia termenung dalam kelas tadi. “Aku... entah”

Faliq rasa nak hempuk kepala Aiman dengan kerusi. Punyalah berkobar nak dengar jawapan dia, alek-alek boleh bantai cakap ‘entah’? “Aku nak dengar jawapan yang keluar dari akal waras kau, bukan cakap kosong kau”

Aiman mematahkan jari-jemarinya, berdetup-detup bunyi. “Aku dengan Wye.. gaduh”

Terangkat kening sebelah kiri milik Faliq. Heh, ini pelik! “Korang gaduh?” Faliq tak percaya

Aiman angguk kepala “Dah lama kot. Baru hari ni terasa kehilangan”

Refleks Faliq menunjal kepala Aiman. Padan muka! “Apa ke lembab sangat respon hati kau ni? Cakap sayang?” perli Faliq

Aiman rasa nak cekik-cekik leher si Faliq ni ha. Ingatkan nak tolong selesaikan masalah, alek-alek dia pulak kena banned. “Memanglah sayaaaaang” Hah, amek kau!! Panjang punya sayang aku jawab! “Tapi selama ni tahan je rasa sakit tu, hari ni je macam dah tak daya nak tahan” jawab Aiman jujur

Faliq menepuk perlahan bahu Aiman “Call je dia, rendahkah sikit ego kau tu. Takdenya malu 7 keturunan kalau kau yang beralah walaupun kau tak salah” nasihat Faliq

Selesai menghabiskan perkataan terakhir, Faliq bangun dari silanya. Bukan sengaja mahu meninggalkan Aiman yang sedang buntu tetapi lebih kepada memberi peluang kepada Aiman untuk berfikir.

Eh? Aiman hanya mampu memandang Faliq yang berjalan meninggalkannya. Nafas panjang ditarik sebelum E71 yang terdampar itu digenggam. Okey Aiman, takdenya malu 7 keturunan kalau kau yang say ‘Sorry’ dulu. Heh, ayat penyedap hati tu!

Nombor telefon Wye yang sudah sedia terlekat dengan gam gajah di kepalanya, didail. Dup-dap-dup-dap, itulah irama jantungnya ketika ini. Cuaknya, Allah sahaja yang tahu. Selepas beberapa deringan, Aiman mematikan panggilan.

Okey, this is weird. Kenapa Wye tak angkat? Merajuk lagi ke? Oh tak mungkin, Wye mana pernah merajuk dengan dia. But there’s first time for everything, right? Takpe Aiman, cuba lagi sekali.

Cubaan kedua. Aiman sabar menunggu panggilannya diangkat. Kerutan mula muncul di dahi Aiman. Okey, this is really WEIRD! Mana pulak Wye ni pergi?!

Aiman bangun dari silanya. Aimam mula berjalan ke hulu ke hilir mengukur diameter bilik. Haihh.. tak boleh jadi macam ni. E71 diketuk perlahan pada dahi. Aiman, think!

Ahhhaaa ! Nombor telefon milik Dee pula mengambil alih screen telefon. Eh? Diorang ni buat pakatan taknak angkat telefon ke hape? Aiman pelik

Ya Rabbiiii.. rasa macam nak pecut kereta balik ke Shah Alam sekarang jugak! Ah, itu kalau ikutkan sangat otak yang tak waras.

“Takpe, takpe, esok pagi-pagi aku try hantar mesej ‘Good Morning’ pulak” Aiman cuba sedapkan hati.

Ya Allah, kau selamatkanlah Nurul Yisha tak kira di mana sahaja dia berada. Jika dia jodohku, kau rapatkanlah kami kembali. Jika dia bukan jodohku, aku redha dengan segala ketentuanMu, Ya Allah. Amin..

15 comments:

  1. hulallaala..n3 baru 2..
    wye oh wye, awat ni???

    ReplyDelete
  2. whoaaa, WYE byk peminat wo!!!
    awww~

    haha. aku layan babak 'membersihkan bantal' tu. lawak. :D haha

    aiman macam comel (;
    lalalala.

    ReplyDelete
  3. ok.wat happened?
    huhu...xsabar nk tau...

    ReplyDelete
  4. haaaa aiman....baru tau panic Wye x jawab call..

    ReplyDelete
  5. wahhh berkurun ak tunggu hari ni baru dapat bace!
    thanks a update Haha *awat syahdu gile nieh*

    asal wye tak angkatttttt?!
    tah2 wye tido kot
    angkat la wyeeeee
    mne tau aiman ble dga sore tido wye tu Hahahaha

    ReplyDelete
  6. wye..angkat la..
    cian aiman..
    hahahaha

    ReplyDelete
  7. ske kalu wye dgn aiman..
    amacam, hehe
    memadai je aku nih

    ReplyDelete
  8. bulan..copek sambung lai...!

    ReplyDelete
  9. bestnye..rindu giler gan cter ni.huhuhu

    ReplyDelete
  10. susahnya hidup jadi wye..
    bnyk sngt laki yg minat dkt dia

    ReplyDelete