Hai dan Hello !


Cerpan baru in the house yawwww ! Selamat membaca dan semoga terhibur !


Adra

Yang Di Sini



Maaf sebab lambat. Maaf kalau terkurang sana-sini.

Atau, entry pendek tak menepati piawaian hati awak semua.

Pape pun, Enjoy yeah =D

Jazaakallahu khairan.

Sunday, May 26, 2013

#2 Hai, Boleh Berkenalan?

Seperti berjanji, setiap hari Khamis pasti Isaac akan bertembung dengan Iqa di sebelah pintu ketibaan domestik tu. Haii, macam ada jodoh aje dia orang ni tau.

“Awak memang dah tak balik dengan krew yang lain ke?”

Isaac angkat bahu. “Ada orang baik hati nak datang ambik, saya takde hal.”

“Girlfriend?”

“Kalau girlfriend, takdenya saya duduk sebelah awak macam ni.” Jeda. “Nanti tak fasal je awak balik rumah mata bengkak.”

Iqa mencebik. “Awak memang nak jadi pilot eh?”

“Arwah ayah saya cakap, dah alang-alang nama Isaac apa salahnya kerja dalam bidang yang bersangkut-paut dengan graviti. Kan?”

Iqa angkat bahu. “Kesimpulannya, minat ke tak?”

“Minat boleh pupuk.” Dia minum sedikit air di dalam cawan putih tu. “Awak duduk dengan saya ni, takde orang marah ke?”

“Kenapa tak tanya soalan direct je?”

“Hah?”

“Kenapa tak tanya, saya ni dah ada boyfriend ke belum?”

Isaac tergelak kecil. “Biasalah, kita mesti nak cover soalan. Kang tanya direct kalau kena reject, diri sendiri jugak yang malu.”

Iqa menarik senyum segaris. “Awak memang plan nak belikan saya air ni tiap-tiap hari Khamis ke?”

“Awak tak nak ke?”

“Naaakkk..” Cawan putih di tangan kanan dipusing-pusingkan. “Tapi kalau awak beli Iced Vanilla Latte lagi saya nak."

“Laaa.. awak minat latte ke?”

Iqa angkat bahu. “Kenapa? Muka saya ni ada gaya macam minat kopi hitam ke?”

“Espresso ke latte ke, kopi jugak kan?”

“Latte ni version kopi untuk orang yang tak suka kopi.” Jeda. “Espresso pulak version kopi untuk orang yang hardcore-suka gila dekat kopi. Kut la.”

“Kiranya latte ni version mild sikit la eh? Kopi susu gitu?”

“Yezzerrr…” Iqa angguk kepala. “So, next time sila beli Iced Vanilla Latte okay.” Iqa buat muka tak malu. Dah orang nak belanja, kan.

“Betul ke awak takde boyfriend lagi?”

Nasib tak tersedak Iqa yang tengah minum air tu. Dia berdeham perlahan. Ingatkan dah habis topik ni tadi. “Awak rasa?”

Isaac angkat bahu. “Awak tak nampak macam jenis yang suka nak ada pakwe-pakwe ni.”

“Kenapa cakap macam tu?”

“Sebab…” Isaac mengerling sekilas memandang Iqa di sebelah. “Dah berpuluh kali saya mintak nombor telefon awak, tapi sekali pun awak tak pernah bagi.”

Iqa tergelak kecil. “Entah-entah saya ni dah ada pakwe? Dah ada tunang ke…”

“Kalau awak dah ada semua tu, awak tak layan saya berborak.”

Iqa mencebik. “Tak salah pun jadi seorang yang peramah.”

“So? Dah ada ke belum?”

Iqa angkat bahu. “Belum masanya lagi, kut.”

“Ke, awak tengah tunggu bidadara kayangan?”

Automatik, Iqa terus melambakkan tawanya. Hahahaha ! “Merepeklah.” Dia menghabiskan sisa tawanya. “Kalau nak tunggu bidadara kayangan, sampai bila pun tak berteman la saya ni.”

“Saya ni ada chance la?”

Belum sempat Iqa nak bukak mulut menjawab soalan Isaac, suara Encik Hakimi lebih cepat mencelah. “Haaiii.. tiap-tiap minggu lepak sama.”

Isaac tarik sengih. “Saje temankan Iqa.”

“Haa.. temankan Iqa?” Encik Hakimi menoleh memandang Iqa, kening kiri dijongketkan. “Ke, nak mengurat Iqa?”

Isaac tergelak kecil. “Siapalah saya ni, pak cik.”

“Kalau nak mengurat Iqa, lagi senang kalau masuk meminang terus.” Encik Hakimi tarik sengih. “Kan, Iqa? Iqa pun memang cari calon suami je sekarang ni. Dia kata nak berpakwe-pakwe ni leceh.”

Iqa yang masih duduk di atas palang besi tu, rasa macam nak benam kepala dalam lantai. Yaaarrrr.. malu gila! Ayah ni pun, nak cakap tak beragak. Cakaplah guna kias-kias sikit, ada pulak cakap direct gitu. Kut la aku ni anak teruna, takpe jugak.

“Pak cik nak bawak Iqa balik ni. Boleh kan?” Encik Hakimi menoleh memandang Isaac yang dah berdiri tu.

“Ehhh… mestilah boleh.” Belakang kepala digaru perlahan. “Jumpa minggu depan?” Dia menoleh memandang Iqa yang tengah menggalas Deuter ke bahu kiri tu.

“Hah?” Soalan Isaac macam tak masuk dalam kepala.

“Jumpa minggu depan?”

“Ohhh..” Iqa berdeham perlahan. Sempat lagi dia mengerling Encik Hakimi yang dah sengih-sengih tu. “Insya-Allah.”

“Dah habis cakap? Tak nak cakap pape lagi sebelum balik?” Encik Hakimi pandang Isaac dengan kening kiri dijongket tinggi.

“Takde.” Isaac tarik sengih.

“Kalau takde, takpelah.” Bahu Iqa dicuit. “Jomlah, balik.”

“Jom, jom.” Letak Deuter di bahu kiri dibetulkan. Sempat lagi dia menarik senyum segaris memandang Isaac sebelum mula melangkah mengikut Encik Hakimi daripada belakang.

******

Esprit di pergelangan kiri dikerling sekilas. Dah lambat sepuluh minit, mana Isaac ni? Selalunya masa-masa macam ni, Isaac mesti dah duduk dekat sebelah dia. Tapi hari ni kenapa tak nampak bayang Isaac pun?

Ke flight Isaac delay? Semalam dalam berita kata hampir semua negeri dekat Semenanjung akan hujan waktu petang.

“Excuse me.”

Iqa menoleh pandang. “Yes?”

“Miss Faiqa?”

“Yeahhh..” Iqa macam takut-takut nak menjawab. Mana pulak mamat kemeja putih ni tahu nama aku?

Afiq menarik senyum segaris. “Saya, Afiq.”

“Hai?” Dah kenapa mamat ni tetiba kenalkan nama dia? Aku memang kenal dia ke? “Kita pernah kenal ke?” Rasanya dia takde pulak kawan nama Afiq yang kerja pilot.

Afiq menggelengkan kepalanya. “Saya kawan Isaac.”

“Okaaayyy..”

“Isaac kirim Iced Vanilla Latte untuk awak.” Satu cawan transparent dihulurkan di hadapan Iqa.

“Isaac nya mana?”

“Dia dah balik dulu."

“Ohh..” Sedih aje nada suara Iqa.

“Air ni?” Sekali lagi cawan transparent tadi dihulurkan kepada Iqa.

“Ohhh..” Cawan transparent tadi bertukar tangan. “Terima kasih.”

“By the way..” Tangan kiri menyeluk ke dalam poket seluar. “Isaac bagi ni.” Sekeping kad dihulurkan kepada Iqa.

“Untuk saya?”

Afiq angkat bahu. “Tak tahulah pulak kalau-kalau ada orang lain yang nama Faiqa.”

Iqa tersenyum kelat. “Terima kasih.”

“Saya rasa saya dah sampaikan semua pesanan Isaac.” Dia berdeham perlahan. “Awak ada nak sampaikan apa-apa dekat Isaac? Saya boleh tolong sampaikan.”

Iqa memandang ke atas. Bibir bawah digigit kuat. “Cakap kat dia, terima kasih.”

“Tu je?”

“Ha ah.”

“Kalau macam tu.. takpelah.” Pelipis kiri digaru perlahan. “Saya minta diri dulu la eh?”

“Okay.”

“Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.” Iqa tunggu kelibat jejaka bernama Afiq tu hilang dari pandangan sebelum dia tunduk menekur isi kandungan kad kecil tu.

Enjoy your Latte!

Berkerut kening Iqa membaca nota pendek yang ditulis pada kad tadi. Enjoy your latte? Itu je dia cakap? Kalau setakat nak cakap tu, tak payah beli kad pun takpe. Membazir je duit beli kad tapi tulis macam ni.

******

“Happy?” Tanya Afiq sejurus dia mengambil tempat di kerusi pemandu.

“Dia okay?” Tangan kiri didaratkan di atas dahi.

Afiq angkat bahu. “Macam okay je.” Tali pinggang ditarik. Klik. “Pakai seat belt, bro.”

Isaac hanya menurut tanpa bantahan. Kepala dia dah macam nak pecah ni. Tak kuasa nak cakap banyak.

“Apahal kau tak bagi sendiri je air tu?”

“Kau nak suruh dia tengok aku macam ni ke?”

Afiq mengerling sekilas memandang Isaac di sebelah. Dia tergelak kecil. “Tahu pulak kau nak maintain handsome depan dia eh?”

Isaac mencebik. “Dia takde cakap apa-apa ke? Muka dia sedih tak, masa kau cakap aku dah balik dulu tu?”

“Biasa je aku tengok.” Jeda. "Haa.. dia cakap terima kasih." Lambat-lambat Mitsubishi Lancer warna merah tu keluar daripada kotak parkir. “Kau nak terus balik ke?”

“Ha ah.”

“Bonda kau tau tak yang kau demam ni?”

“Tak.”

“Eh? Habis tu, kang dia datang ambik kau macam mana?”

“Aku dah cakap tak payah ambik.”

“Kau suka eh dekat awek tadi tu?”

“Bisinglah kau, Fiq.” Topi yang masih tersarung di kepala, ditarik sampai menutup muka. “Aku nak tidur.”

Afiq tergelak kecil. Eleh, dah suka dekat awek nama Iqa tu… tak nak mengaku pulak. Tak payah jawab pun aku tahu lah, bro. Kalau kau tak suka dia, takdenya beria kau paksa aku beli Iced Vanilla Latte untuk gadis bertudung biru tadi tu.

******

Dia tekan lagi pedal minyak. Menderum laju Toyota Vios tu membelah lebuhraya Sprint. Mesej kiriman Encik Hakimi, kembali terlayar di ruang mata.

From: Ayah
Iqa boleh balik awal hari ni?
Ada orang datang nak tengok Iqa ni.

Siapa pulak yang datang nak tengok aku? Takkanlah saudara-mara daripada kampung kut? Kalau saudara-mara, takkanlah beria ayah suruh aku balik?

Entah-entah… Iqa gelengkan kepalanya. Takkanlah ada orang datang meminang aku kut? Apa.. ingat hidup dalam zaman Cinderella ke? Yang tetiba ada orang datang bawak rombongan nak meminang? Tak.. Tak..

Kejap, kejap. Cuba ingat balik setiap patah perkataan dalam mesej ayah tadi. Ada orang datang nak tengok Iqa. Nak tengok? Kenapa pulak orang tu datang nak tengok aku? Muka aku ni ada macam muka mana-mana artis ke sampai ada orang datang nak tengok?

Ish.. apa yang aku merepek ni? Entah-entah yang datang tu kawan lama aku ke… kawan sekolah dulu ke… kan?

Dia tak terus memandu masuk ke dalam garaj. Toyota Vios kesayangan diparkirkan di bahu jalan. Macam tak sopan pulak dia nak memandu masuk terus macam tu je. Lagi pun kalau dia parking dalam garaj, confirmlah nanti terus boleh nampak siapa tetamu yang ayah maksudkan tadi. Tak boleh, tak boleh.

Sling bag yang diletakkan di antara kerusi pemandu dengan kerusi sebelah, diambil. Compact powder dikeluarkan. Dia melihat pantulan muka sendiri di cermin bulat tu. Bedak disapu nipis pada muka. Bibir yang sedikit pucat tu dioles sedikit dengan lip balm. Nak jumpa tetamu kan, takkanlah nak serabai. Kang, ayah dengan mak aku jugak yang malu.

Lambat-lambat dia mengatur langkah menuju ke pintu utama. Nafas panjang ditarik berulang kali. Jantung ni ha dupdap-dupdap daripada tadi.

Elok je sampai depan pintu, macam nak tersembul mata ni tengok deretan kasut yang banyak depan pintu tu. Apahal ramai sangat yang datang ni?

“Assalamualaikum.” Macam nak-taknak aje suara ni keluar.

Puan Rohani yang tengah berbual, terus menoleh pandang. “Wa’alaikumsalam… Ha dah balik pun, Iqa.” Tangan kiri menggamit Iqa masuk ke dalam rumah.

Iqa menampal senyum plastik. Mulut ni tetiba macam susah pulak nak senyum. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Habis semua orang dia salam. Eh, yang perempuan aje dia salam. Yang lelaki mana boleh salam, bukan muhrim kan.

“Inilah Faiqa?” Seorang wanita seusia Puan Rohani menegur Iqa.

“Saya.” Hamboiiii.. terus lembut suara.

“Comel orangnya. Patutlah anak mak cik berkenan.”

Iqa menarik senyum segaris. Dia tak tahu nak cakap macam mana walaupun hati ni dah kembang setaman sebab baru lepas kena puji.

“Iqa, jom ikut mak ke dapur kejap.” Ajak Puan Rohani.

“Haa.. okey, okey.” Iqa bangun daripada duduknya. Sling bag digalas ke bahu kiri. “Saya ke dapur dulu ye, mak cik.” Pamit Iqa.

******

“Iqa okey tak ni?”

“Hah?” Suara Puan Rohani mengembalikan Iqa daripada lamunannya. “Mak tak main-main, kan?”

“Ada pulak nak buat main benda nikah-kahwin macam ni.” Mata Puan Rohani masih memandang Iqa. “Iqa setuju tak?”

“Iqa kenal ke orang yang masuk meminang Iqa ni?” Tak ke pelik tetiba ada orang datang masuk meminang?

“Dia kata dia kenal Iqa.”

“Dia kenal Iqa?” Jari telunjuk menunding tepat pada muka sendiri. “Iqa ni kenal dia ke tak?”

“Ish.. kalau dah dia kenal kamu, takkanlah kamu tak kenal dia.”

Belakang kepala digaru perlahan. “Siapa ni, mak?”

“Iqa setuju ke tak?”

“Ayah kata apa?” Soalan dibalas dengan soalan. Kalau ayah okey, maknanya orang yang masuk meminang tu dah berjaya lepas ujian ayah.

“Ayah kata budak tu nampak baik.”

Berkerut terus dahi Iqa. “Ayah kenallah mamat tu?”

“Mamat-mamat!” Puan Rohani menjegilkan matanya memandang Iqa. “Dia kan ada nama.”

Iqa mencebik. “Dah mak tak bagitau siapa nama dia. Macam mana Iqa nak tau?”

“Haaa.. apa yang dibuat lama-lama dekat dapur ni?” Suara Encik Hakimi mencelah tiba-tiba. “Rumah kita ni bukannya ramai orang nak melayan tetamu yang ramai tu.” Sesedap oren aje dia memerli.

Puan Rohani mencebik. “Saya tengah cakap dengan Iqa ni.”

“Cakap apa?”

“Fasal rombongan meminang ni la.”

“Alah, tak payah cakap.” Encik Hakimi berdiri sambil memeluk tubuh. “Ayah dah cakap setuju pun.”

“Ayah!” Membulat terus mata Iqa. “Kenapa tak tanya Iqa dulu?”

“Laa.. kamu tak suka ke dekat orang  yang masuk meminang ni?”

Iqa memandang ke atas. Dah kenapa mak dengan ayah aku ni nak berahsia sangat nama manusia yang masuk meminang aku ni? “Siapa yang masuk meminang ni?”

“Isaac.” Selamba aje Encik Hakimi menjawab soalan Iqa. “Iqa tak suka ke dekat Isaac tu?”

“Bila masa pulak dia jumpa ayah?”

“Minggu lepas.”

Berkerut kening Iqa memandang Encik Hakimi. “Minggu lepas?” Bukan ke minggu lepas aku yang hantar ayah pergi airport? Apasal tak nampak pun Isaac?

“Ha ah.” Jeda. “Dia yang datang tegur. Katanya baru balik dari Singapore.”

“Kenapa ayah tak bagitau Iqa?”

Encik Hakimi angkat bahu. “Kalau tak bagitau pun, Iqa tetap akan terima dia kan?”

Iqa hanya diam. Dia tunduk menekur jari sendiri di atas meja makan.

******

“Kenapa macam tiba-tiba je?” Iqa beranikan diri selepas hampir sepuluh minit diam tanpa suara. Tadi, mak suruh panggil orang sebelah ni masuk dalam. Kesian duduk dalam kereta, kata mak.

Isaac menoleh ke sebelah. Akhirnya.. bercakap jugak orang sebelah ni. “Terkejut?” Dia pun terkejut jugak bila Iqa ketuk pintu kereta tadi.

“Eh, mestilah!” Iqa dah berdiri sambil cekak pinggang. Dia berdiri betul-betul di hadapan Isaac. “Awak ni dah kenapa?”

Isaac angkat bahu. “Bonda saya cakap, tak elok usyar anak gadis orang lama-lama. Kalau nak usyar sangat, lepas kahwin nanti boleh usyar selalu.”

Zuppp! Darah terus menyerbu naik ke muka. Rasa macam nak benam aje kepala ni dalam lantai. Malu gila oi. Nasib baiklah dia orang memang tengah berdiri bawah panas ni, bolehlah cover jugak muka merah ni ha.

“Awak tak marah, kan?” Takut-takut aje Isaac nak tanya.

“Helo, mestilah saya marah!” Iqa beranikan diri angkat muka pandang muka Isaac yang terang-terang tinggi daripadanya tu. “Takde angin takde ribut, tup-tup awak datang bawak rombongan meminang. Kut iye pun tanyalah saya dulu.”

“Alaaa… tak sempat nak tanya.”

Iqa mencebik. “Dua minggu okey saya tunggu awak depan Coffee Bean tu!” Iqa bengang.

“Awak tunggu saya?” Isaac macam tak percaya.

“Iye!”

“Kenapa tunggu?”

“Eh.. awak jugak yang cakap, nak bagi Iced Vanilla Latte setiap minggu. Dah janji mana boleh tak tunaikan.”

Isaac tergelak. “Tapi awak still dapat iced latte awak, kan?”

Iqa mencebik. “Orang lain yang bagi adalah.”

“Kira okey la tu.. saya kirim dekat orang lain.”

“Awak pun satu, bukannya nak cakap dah tukar jadual duty.” Iqa menjeling geram. Kita ni punyalah tunggu dia, alek-alek dia takde.

“Dah ada orang tu.. penat saya mintak nombor telefon tapi dia tak nak bagi.”

Iqa mencebik. “Alasan.”

“Officially engaged la ni, kan?” Isaac angkat-angkat kening sambil sengih.

Iqa angkat bahu. “Takde cakap setuju pun.”

“Kalau tak setuju.. tak pakai cincin tu.” Isaac muncungkan sedikit mulutnya pada cincin di jari manis Iqa.

Iqa cepat-cepat sembunyikan tangan ke belakang badan. “Sebenarnya…”

“Ya Rabbi… tahan dia bersembang dekat tengah panas tu!” Suara nyaring Puan Rohani mematikan Iqa daripada menyambung ayatnya. “Iqa, ayah suruh panggil Isaac masuk kan?”

“Tengah panggillah ni.” Belakang kepala digaru perlahan. “Ayah panggil awak masuk.” Boleh pulak aku bersembang dekat garaj yang panas ni ha.

Isaac menarik sengih. “After you my lady..

Iqa mencebik. “Mengada.” Tak tunggu lama, dia terus melangkah meninggalkan Isaac.

Isaac tergelak kecil. Dia memanjangkan langkah mengejar Iqa. “Saya rasa awak tak baca lagi nota pendek dekat cincin tu?”

“Eh?” Iqa berhenti melangkah. “Nota apa?”

Isaac angkat bahu. “Tengoklah dalam cincin tu.” Selesai menghabiskan ayatnya, Isaac terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Iqa pandang lama cincin di jari manis tu. lambat-lambat cincin emas putih tu ditarik keluar. Dia nampak ada tulisan kecil di bahagian dalam cincin tu. Bibir mula mengulum senyum.

My other half

Any two objects in the Universe exert gravitational attraction on each other, with the force having a universal form. Dua objek, yang ada tarikan graviti di antara satu sama lain.

Tapi dalam kes ni, bukan dua objek. Tapi dua orang manusia. Dua orang manusia yang ada tarikan graviti dalam hati masing-masing? Haa... ni baru kena dengan hukum graviti Isaac Newton!




-TAMAT-


nota kaki : cerita ini ditulis untuk seseorang itu (sebab dia selalu sangat pergi airport) dan saya doakan dia berjumpa 'Isaac' di airport satu hari nanti, insya-Allah :')

24 comments:

  1. if saya nk ignore word 'tamat' 2 boleh x??then request sambugan..;)
    dh lama x de post kt sini ttbe ade jd addicted lak..

    pleassssssssssssssssssssssssssss ;)

    ReplyDelete
  2. Pehhhh nasib baik cerita kau tak panjang kak. Takde la buat aku saspen sgt. Muehehehe :D

    ReplyDelete
  3. manislah cerita awak.. saya selalu ikuti dan hargai karya awak. terimakasih.

    ReplyDelete
  4. wow, sweet. . tahniah

    ReplyDelete
  5. dah habis da ke ? sambung la lagiiii :)

    ReplyDelete
  6. haiyerr~~
    sukanya dengan ending yg sgt sweet :D

    ReplyDelete
  7. lupaaa nk comment tadi. hahaa.
    sukaaaaa sgt.....isaac. eh. hahaaa ;p

    ReplyDelete
  8. Isaac <3 Heee! Cerpen ni sangat sweet dan comel!

    ReplyDelete
  9. best!!!!!!!! sweetnyaaaa :))))))))))

    ReplyDelete
  10. ngeeee.sweeeett sangat..diabetes macam nie..nak lagi boleh?heheehe..anyway, melting dengan isaac..nak jugak sorang boleh?haha :D

    ReplyDelete
  11. tamat????????????????????????? jgn la lagiii........ sambung laaaaa......

    ReplyDelete
  12. ahhhh so sweet...lama tak baca cerpen 2 kerat yang sweet by kak bulan...hehehe ;)

    ReplyDelete
  13. best dh...tapi...sambung lah lagi....pleaseeeee....

    ReplyDelete
  14. senyum sampai langit... ^___^

    ReplyDelete
  15. Ending yg sgt sweet..

    ReplyDelete
  16. Ending yg sgt sweet..

    ReplyDelete
  17. kau memang pakar buat orang melting kan? hahaha. good job babe. naise :)

    ReplyDelete
  18. hai cuma nak cakap, im waiting for your second novel. Dah tak sabar nak baca another creation of yours lepas senyum sampai langit :)

    ReplyDelete
  19. hai cuma nak cakap, im waiting for your second novel. Dah tak sabar nak baca another creation of yours lepas senyum sampai langit :)

    ReplyDelete
  20. sempoi... ada lg ke laki mcm ni... he... tak yah ushar ank org lama2x, klu nk terus msk meminang. ;D

    ReplyDelete
  21. cik bulan kenapa menikam kalbu sangat ni....infiniti sweet!!!

    ReplyDelete