Tali pinggang keledear dibuka. “Terima kasih.” Tangan kiri sudah bersedia membuka pintu kereta.
“Sepatutnya saya yang kena cakap terima kasih.” Arep tenang memandang stereng kereta.
“Next time, kalau you teringin nak pergi play ground, bolehlah ajak I.” Eva offer diri. “Seronok jugak dapat main see saw tadi.”
Arep tergelak kecil. “Oke.”
“I naik dulu.” Pintu kereta ditolak dari dalam. “Bye.” Sebelah kaki sudah berada di luar kereta.
“Assalamualaikum.”
Eva tersenyum pendek. “Waalaikumussalam.” Pintu kereta ditutup. Lama dia berdiri di tepi kereta Proton Wira itu tetapi Arep tidak menunjukkan tanda-tanda mahu pergi.
Tok! Tok! Arep menoleh apabila tingkap di sebelahnya diketuk. Cermin tingkap diturunkan. “Kenapa?”
“Kenapa you tak balik lagi?” Berkerut-kerut kening Eva memandang Arep.
Arep menggaru pelipis kiri. “Saya tunggu awak naik dulu.”
“Laaaa.. buat apa tunggu I?” Eva pelik. “Balik je lah.” Dah serupa menghalau saje Eva ni.
“Awak naik dulu, then baru saya balik.” Arep berkeras taknak balik dulu. “Awak dah selamat masuk rumah, baru saya balik.”
Eva menyelitkan rambut ke belakang telinga. “Oke, then.” Eva mengalah. “I naik dulu, bye.” Eva terus berpusing ke belakang, jalan menonong meninggalkan Arep.
Cermin tingkap kembali dinaikkan. Tangan bermain-main dengan kunci kereta. Handphone yang masih diam itu sekejap-sekejap dijeling.
Beep.. Beep..
From : Evangelina Abdullah
I dah sampai ni.
Arep tersenyum kecil membaca pesanan ringkas kiriman Eva. Cekap tangan kiri menukar gear, lambat-lambat kereta keluar dari perkarangan kondo mewah itu.
******
“Hai.” Eva menegur Dira yang sedang menonton televisyen itu.
Dira menoleh. “Hai.” Dira kembali memandang skrin televisyen.
Eva mengeluh. Mesti Dira masih marahkan dia. Lambat-lambat kaki melangkah, lalu Eva duduk di sebelah Dira. “Kau marah aku?”
“Entah.”
“Sorrylah.” Balik-balik sorry, balik-balik maaf. Lepas tu, Eva buat perangai balik.
“Hmm..”
“Tadi aku pergi play ground dengan Arep.” Eva cuba menarik perhatian Dira. “Arep tu nampak macam budak baik.”
“So?” Dira still kaku pandang tv, langsung tak menoleh memandang Eva.
“I like him.”
“Nak buat spare part yang ke berapa ribu ni?”
Eva senyum kelat. “Nak buat kawan.”
“Kawan?”
“Kawan...” Eva menoleh memandang Dira. “Macam kau.”
“Aku kawan kau?” Jengkel sahaja suara Dira.
Eva beralih duduk di atas lantai, betul-betul di hadapan Dira. “Kau tahu kan, kau sorang je kawan aku dalam dunia ni.”
“Aku ingatkan aku ni tunggul.”
“Aku tahu kau marahkan aku.” Eva menggenggam jemari Dira. “Tapi boleh tak sekali ni, kau sokong apa yang aku nak buat?”
“Kau nak apa ni?” Dira ni lembut hati orangnya. Eva baru je cakap mendayu-dayu sikit, Dira dah cair.
“Sokong aku kawan dengan Arep.”
Dira menunduk memandang Eva. “Kau akan sakitkan hati dia macam kau buat dekat lelaki lain?”
Eva menggeleng laju. “Tak.”
“Janji?”
Eva mengangguk penuh yakin. “Janji.”
“Janji, jangan mainkan hati dia.”
“Janji.” Tapak tangan kanan diangkat separas bahu, lagak bersumpah.
“Aku ada masakkan nasi goreng untuk kau, ada bawah tudung saji.”
Eva menarik senyum lebar. “Macam ni laaahhhh, kawan aku.” Eva bangun dari duduknya. “Sayaaaaaaaang kau!” Terus sahaja kedua belah pipi Dira dicium. Muah! Muah!
“Mandi dulu, baru makan.”
“Ai ai capten.”
“Jangan lupa solat Asar sekali.”
Eva tersengih kelat. “Aku masuk mandi dulu.” Eva terus melangkah meninggalkan Dira.
Eva duduk di birai katil. Solat Asar? Dah lama dia tak menunaikan rukun islam yang satu tu. Islam ke kau ni, Eva? Suara hati seoalah mengejeknya.
Aku Islamlah! Bentak Eva melawan suara hati.
Islam? Tapi kau teguk air kencing syaitan tu. Islam? Tapi pernah kau sujud menyembah Tuhan kau. Islam ke macam tu?!
Eva meraup tapak tangan ke muka. Eva bangun dari duduknya, tuala di penyidai sebelah almari ditarik. Pintu bilik mandi ditutup. Selang seminit, terdengar bunyi deruan air.
Hai dan Hello !
Evangelina 25
Maaf sebab lambat.
Maaf kalau terkurang sana-sini.
Atau, entry pendek tak menepati piawaian hati awak semua.
Pape pun, Enjoy yeah =D
Jazaakallahu khairan.
Sunday, March 18, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)




