Pejam-celik-pejam-celik, Trial SPM baru je habis. Sekarang ni, jantung pulak tengah dup-dap-dup-dap tunggu result. InsyaAllah.. result semua ok, mereka semua dah all out.
"Fish, aku teringin nak makan Big Mac" ujar Oya
"Ma aku tak jual Big Mac"
Buku Teks Physics digulung dan... Pap.. kena sebijik dekat kepala Fish
"Sakitlah.." Fish bengang
"Aku tahulah Ma kau tak jual Big Mac"
"Then??"
Ma memang selalu jadi mangsa, mentang-mentanglah bukak kedai makan. Kalau teringin nak makan Nasi Kerabu, Mee Bandung and what so ever, mesti call Ma suruh masakkan.
"McD Delivery, jom"
"Tak boleh, hari ni Pak Mat yang duty"
Pak Mat; si pakcik guard sekolah, sangat skema-ayam, memang tak boleh nak buat geng. Salah sikit je, confirm Pak Mat terus buat report. Masalah betul..
"Kita fly?" tanya Oya
"Ajak Madu sekali"
"Sayang kau" Oya excited
Oya cepat-cepat pergi panggil Madu dekat bilik basuh, minah tu hujung minggu baru sibuk nak basuh baju. Lepastu, sibuk complain sakit pinggang lah.. penatlah..
"Madu cakap, tunggu dia habis basuh baju"
"Nanti dia siap, kejutkan aku"
Fuhhhh.. memang ngantuk gaban ni. Pagi-pagi tadi dah kena gegar suruh gotong-royong asrama. Wing diorang kena basuh toilet untuk satu blok, pergh~ memanglah 'heaven'...
*********
"Aku nak makan Burger King la.." ujar Dino
"Aku nak tengok Transformers" celah Chip
"Haa.... kita pergi Mid, nak?" Adam bagi idea
"Tak sia-sia kau jadi kawan kitorang, ingatkan lampi memanjang" kutuk Dino
"Heh.." Adam bengang
"Lepas zohor, kita gerak" potong Chip cepat-cepat
Budak 2 orang ni, memang asyik nak bergaduh je kerjanya. Takde kerja lain, gamaknya.
********
Fish-Madu-Oya buat slumber je jalan dekat Mid, memang buat muka tak bersalah betul. Masing-masing dalam wallet ada berapa sen sangat je, setakat nak makan McD tu lepaslah..
"Nak gerak McD atas ke bawah?" tanya Oya
"bawah" jawab Madu-Fish serentak
Bukannya taknak makan dekat atas tu, takut iman tergugat je tengok macam-macam movie tengah tayang sekarang ni. Dugaan... Cobaan..
"Madu, tu bukan budak bertiga tu ke?" tunjuk Fish
Madu-Oya kalih pandang. Oh My~ Patutlah call dari tadi tak angkat, fly rupanya...
"Jom say hai" cadang Oya
Fish buat muka kelat. Heh... pergi mana-mana mesti jumpa mangkuk 3 orang ni. Bosannya hidup...
"Hai hai" tegur Madu-Oya serentak
Adam-Dino-Chip kalih pandang. Oh My~ Kantoi sudah..
"Buat apa kat sini?" tanya mereka serentak
"gerdening" jawab Oya
"tak sangka Mid ada bukak garden" perli Adam
"Yang korang ni pulak, buat apa kat sini?" tanya Madu
"Makan" jawab mereka serentak
"Hai, Fish" tegur Chip
Fish senyum je. Ish.... dorang ni taknak gerak ke?? Tadi cakap nak makan McD, dah jumpa mamat bertiga ni lain pulak ceritanya.
"Lepas ni, nak tengok movie, nak join?" tanya Adam
"Cerita apa?" tanya Madu-Oya serentak
"Transformers"
"Nak..."
"taknak" jawab Fish
Kini 5 pasang mata tertumpa pada Fish. Asal taknak pulak ni??
"Abang aku dah download that movie" terang Fish
"Alah.... aku belanja nak?" pujuk Chip
"Jomlah, Fish" ajak Madu pulak
Fish pandang muka 5 manusia tu. Erm... janganlah buat muka kesian cenggitu. Madu-Oya slap hi-5, Adam-Chip-Dino tayang senyum bila tengok Fish angguk kepala.
*********
Perut dah kenyang, duit pun dah kering, so marilah sama-sama kita balik sekolah... Sebelum diorang seperate masuk Asrama, Chip ajak Fish jumpa dekat gazebo kejap.
"Nak apa ni?"
"Nak number handset kau boleh?" tanya Chip
"Tak ingat"
senyum "Tipu akulah tu, takkan umur dah 17, number handset pun tak ingat"
"Nak buat apa?"
"Saje.. boleh lepas rindu"
tarik nafas "Chip, let make it clear. Aku tak suka lovey-dovey thingy ni. Aku harap kau faham"
"Tapi, aku ikhlas nak kawan dengan kau"
"Chip, kalau kau betul-betul nak kawan dengan aku, just forget about your feeling"
Lepastu, Fish terus tinggalkan Chip. Dia bukannya kejam, cuma dia taknak jadi macam Ma. Dia taknak kena tipu, dia tak sanggup nak rasa ditinggalkan.
Hai dan Hello !
Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hurm..tau da
ReplyDeletefish tu suka kan kat chip
tapi deny aje tu
alamakk cian die, sbb family jd cam tu
olalalala
ade jugak entry ye
ni xg class ke? hihihi
serong je keje..
ReplyDeleteahhaaha...
transformer xbesh..!!!!
besh,,
ReplyDeletenk lgi =)
ala..
ReplyDeletecian kat fish..
msalah family, hurm..
tape2...
ReplyDeletelmbt pn tape..
i'll wait..
best...
heeee...
fish bg je la..
ReplyDeletexp truly la..
ada org yg x ingat no hp sndiri..
contoh terdekat sya la..
mls gila nk ingat..
hahaha..
pengalaman mendewasakan..
ReplyDeletealaaa fish dah tgk transformers tp aku blum
ReplyDeleteheh >.<
hahaha...serik gaknyer fish biler lihat ma dier terseksa ngan tindakan papanya...
ReplyDeletetp memang sweet sesangat klu fish ngan chip kan..!
selamat memulakan sem baru to writer...
fish ni sempoi gila
ReplyDeletewoowee
warghhh dsebabkan ma die xnak jatuh hati.
ReplyDeleteweee.
-na'dz