Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, June 3, 2010

hope 4

Wye dan Dee tercungap-cungap mengambil nafas di luar kelas. Muka masing-masing dah merah padam akibat terpaksa manapak mendaki tangga setinggi 3 tingkat. Fuuuuhhh.. Inilah padahnya bila dua-dua diberi cuti untuk solat, dua-dua terbabas tidur!

Dengan lafaz Basmallah, Dee memulas tombol pintu. Wajah Pn. Alia selaku pensyarah untuk subject Linear & System itu dipandang. Wye dibelakang Dee dah menelan liur-cuak!

Pn Alia mengangkat kening persis Ziana Zain “Awal sampai, girl” perli Pn Alia. Memang pantang baginya kalau ada yang datang lewat ke kelasnya walaupun 5 minit. Dalam masa 5 minit tu, macam-macam ilmu boleh dapat.

Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas-8.50 pagi. Damn, lambat 20 minit tu! Mahu tak keluar aura naga Pn Alia ni. “Maaf Madame, terlajak tidur” jawab Wye bagi pihak Dee sekali

Renungan tajam dari Pn Alia menambah debaran cuak di hati, liur terasa pahit untuk ditelan. Keadaan di dalam dewan kuliah hening buat seketika, ada yang dah berbisik-bisik di belakang sana tu, ada yang tayang muka simpati.

“Buat semua soalan Tutorial 3, submit esok by 5 pm. Dah, pergi duduk” ujar Pn Alia tegas.

Aduh, ni yang malas kalau kena denda ni! Dee dan Wye hanya menggangguk laju. Denda pun dendalah, janji dapat masuk kelas. “Thanks, Madame” ujar mereka serentak

Wye dan Dee berjalan laju ke belakang kelas. Memang dah nasib datang lambat, takkan dapat duduk depan punyalah! Kerusi di belakang JD dan Adam di tarik perlahan.

Pap! 2 helai kertas kajang diletakkan dihadapan Wye. Wye pandang JD dengan muka pelik. Erk?

“Notes tadi” bisik JD lalu terus pandang depan balik. Satgi kalau Pn Alia tu nampak, memang nahaslah!

Adam menjeling JD sekilas. Apahal mamat ni baik sangat dengan Wye ni?! JD dah tersenyum-senyum seorang-seorang-angau! Dee dah main jeling-jeling manja dengan Wye. Haaa.. mesti ada gossip lepas ni.

10.20 pagi

“Okey, sampai sini je dulu lah” ujar Pn Alia sambil menyimpan segala marker yang pelbagai warna ke dalam pencil case. Fuhhhh.. Terserlah riak kelegaan di wajah pelajar-pelajarnya. Mana taknya, Subject Linear memang susah gila!

“Girls yang datang lambat tadi, jangan lupa submit your tutorial. Kalau you tak hantar, I tolak markah assignment you” ugut Pn Alia.

Wye dan Dee menelan liur-azabnya. Lepas ni, memang taubat taknak datang lambat lagi. Kerusi JD diketuk perlahan.

“Notes ni, bila nak kena pulangkan?” tanya Wye sejurus JD menoleh ke belakang

JD senyum “Bila kau rasa nak guna sweater kau” jawab JD berlapis

Refleks Wye menepuk dahinya. Punyalah macam orang gila Wye cari sweaternya itu malam semalam, ingatkan tertinggal dekat library. “Mana jumpa?” tanya Wye

“Tertinggal dalam kereta” jawab JD pendek

Adam hanya memasang telinga. Tangan di bawah meja mengepal penumbuk. Kalau kena sebijik ni, memang confirm masuk hospital seminggu! Patutlah malam semalam, gelabah macam anak tapir bila diajukan perihal sweater hijau lumut tu.

“Ada bawak?” Wye resah. Mana taknya, sweater tu pemberian Aiman. Sweater kesayangan tu!

JD menggeleng sambil senyum “Kau pulang notes, aku pulangkan sweater” ujar JD

Berkerut dahi Wye. Apa jenis deal ni? Pelik benar bunyinya! “Siang maybe tak sempat, hari ni class pack sampai pukul 6. Esok boleh?” tanya Wye

JD mengangkat bahu “Aku takde hal. Nak jumpa dekat mana?”

Wye mencongak dalam hati. Esok hari Khamis, Khamis start kelas pukul 10.30 pagi. Hmm.. “Dekat depan library, around 10?”

“Aku ada kelas time tu. Apa kata, kau bagi number handset kau. Bila free, aku bagitahu” cadang JD

Alah, nak bagi-bagi number handset yang payah ni. Takkan sebabkan nak pulang notes, dia nak jajakan number handset pulak. “Takpelah, notes ni kau ambillah. Aku boleh pinjam orang lain punya” Ujar Wye sambil menghulur kertas kajang milik JD.

JD dan tersenyum pahit. Alaaaaaaa.. “Eh, tapi sweater kau tu aku tak bawak hari ni” dalih JD. Padahal, sweater tu elok je dalam kereta.

Wye pandang Dee mahu meminta idea bernas. Dee angkat bahu tanda tak tahu. “Macam ni, esok kau bawak sweater tu then tolong pass dekat Aina” cadang Wye

Nasib baik bilik Aina tu sebelah je dengan bilik Wye. Boleh kot, kalau nak minta tolong ambilkan sweater tu dekat JD.

JD tersenyum pahit. “Okaylah kalau macam tu. Notes ni betul ke taknak pinjam? Esok boleh pass dekat Aina” JD cuba nasib lagi

Baru je Wye nak bukak mulut, terdengar suara Aqif memanggilnya dari depan kelas. Wye terus membuang pandang ke arah Aqif.

“Makan jom, laparlah” ujar Aqif sambil menepuk-nepuk perutnya. Wye mengisyaratkan dengan tangan sahaja supaya Aqif menunggu sekejap.

“Kau peganglah notes ni dulu, esok bagi dekat Aina” JD bagi kata putus.Panas pulak hatinya tengok si Aqif tu ha.

Wye teragak-agak mahu mengambil nota JD. Apabila terpandang wajah Aqif yang tengah menahan lapar, Wye terus mengangguk. “Thanks, got to go. Bye” pamit Wye sambil mencuit bahu Dee.

“How was it?” perli Adam apabila Wye dan Dee hilang dari pandangan mereka. Backpack di atas lantai digalas ke bahu.

“How was what?” JD pura-pura tak tahu. Langkah di atur ke luar kelas.

“Tengok orang yang kau suka jatuh ke tangan orang lain” ujar Adam tanpa bertapis

JD berhenti sekejap, lalu badannya dipusing menghadap Adam di belakang “Dalam kamus hidup aku, tak pernah wujud perkataan ‘surrender’, so let the best man win” tegas JD

JD berpaling ke hadapan lalu meneruskan langkah menuju ke lif. Sakit hatinya apabila satu, Aqif dan Wye nampak sangat rapat dan dua, Adam selalu nak cari pasal lagi-lagi hal yang melibatkan gadis yang bernama Wye itu.

*****

Wye dan Dee menghempaskan badan ke katil. Aaaaaaaaa~ leganya dapat baring selepas kelas yang sangat padat. Kipas syiling yang berputar dengan kelajuan maksima melayukan mata mereka yang sememangnya hanya menunggu masa sahaja untuk terkatup.

“Wye..” panggil Dee dengan mata tertutup

Wye mengalih baring dari terlentang ke mengiring menghadap Dee dengan mata yang masih tertutup “Hmmm..” jawab Wye

“Minggu ni nak balik rumah tak?” tanya Dee

Baru sekejap tadi dapat mesej dari Kak Maya mengatakan Mama dah bising bertanyakan bila anak manjanya yang seorang ini mahu pulang. Alahai Mama ni, baru sebulan tak balik rumah, takkan dah rindu kot..

“Tak kot, takde siapa pun kat rumah tu sekain Mak Lang dengan Pak Lang” jawab Wye malas

Rumah tu memang sentiasa kosong, Aiman sibuk dengan final semester dekat Johor, Kak Mia pulak sibuk dengan family. Mak Lang dengan Pak Lang pulak pesara berjaya. Hahaha..

Dee beralih dari mengiring ke meniarap. Rambut panjang separas bahu yang menutup muka ditolak ke belakang “Balik rumah aku, jom” ajak Dee excited

Kalau balik seorang-seorang, mesti Mama bising especially bila tahu dia tinggalkan Wye sorang-sorang dekat kolej. Kalau ada Wye, ada jugak orang nak tolong habiskan makanan dekat rumah tu.

“Seganlah, Dee” balas Wye pendek.

Mana tak segan, keluarga Dee ni baik sangat. Dalam rumah tu memang ada bilik khas untuk dia. Aunty Ida dan Uncle Zamil pun dah anggap dia macam anak sendiri sehinggakan mereka memaksa Wye untuk memanggil mereke Mama dan Papa.

“Ah, kau kena ikut jugak! No taknak-taknak, no segan-segan” putus Dee

Ek-eleh, suka hati je main paksa-paksa orang si Dee ni ha. Wye mencapai handset di atas meja study, icon inbox ditekan. Mesej dari Aiman jam 3 petang tadi dibaca sekali lagi.

+ Mak nak pinangkan ko utk ak. Lawak, dowh !

Kepala dipicit perlahan, Mak Lang tu bukannya boleh percaya sangat. Buatnya betul-betul nak pinangkan dia untuk Aiman tak ke haru dunia? Mesej Aiman tadi di reply

- tak lawaklah, bro.

“Dee, apa jadi kalau aku kahwin dengan Aiman?” tanya Wye

Dee yang tengah minum air terus tersedak. Uhukk.. Uhukk.. Matanya membulat memandang Wye. Gila ke apa kawan aku sorang ni? “Babe, banyak lagi lelaki dalam dunia ni” ujar Dee

Wye menarik rambut menutup muka. Serabutlah, weyh! “Aiman cakap, Mak Lang nak pinangkan aku untuk dia”

Sekali lagi mata Dee membulat “Bila?” Dee berjalan menghampiri katil Wye lalu punggung dilabuhkan di birai katil. Gossip!

“Tadi masa kelas. Aku bingunglah” ngadu Wye

Macamlah tak ada lelaki lain nak dipasangkan dengan dia? Walaupun dia memang rapat dengan Aiman sedari kecil lagi, itu tidak bermakna dia mahu bersuamikan Aiman.

“Aiman cakap apa?” Tanya Dee. Kesian pulak tengok Wye ni ha, ingatkan dalam novel je ada kahwin paksa.

Wye mengangkat bahu “Dia tak reply pun mesej aku” jawab Wye

Dee menepuk perlahan bahu Wye seolah mahu member semangat “Call dia, tanya betul-betul. Aku nak kau buat keputusan betul-betul”

Wye menarik nafas panjang, terdengar keluhan berat di hujungnya. “Nantilah, malam-malam sikit. Dah nak Maghrib, tak elok pulak” ujar Wye

Hmmm.. “Minggu ni balik rumah aku tau, nanti aku suruh Mama bake Marble Cheese cake untuk kau” pujuk Dee

Wye menarik senyum terpaksa “Aku takkan cakap ‘No’ untuk Marble Cheese cake Mama”

Wye terus senyum walaupun hatinya sedang resah. Tak baik hampakan Dee, Dee dah banyak sangat berbudi sampaikan rasanya belum tentu dia dapat membalasnya.

*****

Keadaan di Subway lengang, Wye dan Dee memilih tempat di sudut belakang berdekatan dengan sinki. Muka Wye dan Dee nampak sangat macam orang dalam kelaparan, mana taknya, masing-masing order tak ingat dunia!

Dengan lafas Basmallah, Wye menyuap masuk Subway Melt ke dalam mulut. Ya Allah, bahagianya hidup dapat makan heavan macam ni.

“Aiseh, lupa pulak nak cakap tak payah letak pickles” rungut Dee

Wye tarik sengih walaupun mulut tengah penuh. Dia pun lupa nak ingatkan Dee tadi. “Letak tepilah benda tu” ujar Wye dengan mulut penuh. Aiyo, sungguhlah tak sopan anak dara bercakap masa makan!

Dee meletakkan Steak and Cheese di atas meja “Eh, Aiman cakap apa?”

Sebelum keluar makan tadi, Aiman ada call Wye. Nampak serious sahaja perbincangan mereka, sampaikan berkerut-kerut dahi Wye mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Aiman.

Wye menghabiskan kunyahan terakhir sebelum Sprite disedut perlahan. Ehem.. Ehem.. “Dia cakap, nanti dia try slow talk dengan Mak Lang. Aku harap Mak Lang dapatlah terima apa yang Aiman nak cakap” jawab Wye panjang. Sprite disedut perlahan, tekak seakan tersekat. “Lagipun, Aiman dah anggap aku macam his little sister, takkanlah dia nak kahwin dengan adik sendiri kot” sambung Wye lagi.

Dee terangguk-angguk mendengar penjelasan Wye. Hmm, betullah tu, Aiman dan Wye memang dah macam adik-beradik pun! “Haaa.. mamat kelas Linear tu apa cer pulak?” Dee baru teringatkan si JD tu ha.

Wye mengerut kening “Siapa? Si JD tu?” kunyahan Subway Melt diteruskan.

Dee mengangguk laju. Excited! “Macam mana sweater kau boleh ada dengan dia? Kau orang ni ada apa-apa ke? Ohh.. dah scandal-scandal taknak bagitahu aku kan, sampai hati kau” terjah Dee laju

Wye tergelak perlahan. Ek-eleh merajuk pulak si Dee ni. “Kitorang terjumpa dekat library malam semalam, then dia hantar aku balik kolej. Nak dijadikan cerita, macam mana entah sweater aku tu boleh tertinggal dalam kereta dia. And, kitorang BUKAN scandal” ujar Wye sambil menekankan perkataan bukan.

Belum sempat Dee mahu membuka mulut, ada satu suara mencelah. Ish, sibuk je..

“Eh, jumpa lagi. Boleh join?” celah JD

Serentak Wye dan Dee menoleh kearah pemilik suara itu. JD dah tersengih dengan dulang di tangan manakala mamat sebelah tu tayang muka tak puas hati.

“Eh, duduklah. Kau ni macam ada psychic power pulak, kitorang baru lepas mengutuk kau” gurau Dee sambil mengosongkan kerusi disebelahnya. Sling bag diletak ke atas peha.

JD mengambil tempat di sebelah Wye, manakala Adam lebih selesa duduk di sebelah Dee. Wye dah menelan liur-pahit! JD ni macam tahu-tahu sahaja mereka tengah bercakap mengenainya.

“So, nama kawan kau ni siapa?” tanya Dee ramah. Baru perasan, mamat sebelah dia ni belum diketahui namanya lagi.

“Adam Harith. Panggil Adam je” jawab JD bagi pihak Adam since Adam macam tak berminat nak menjawab soalan Dee.

Dee dan Wye mengangguk perlahan. Melihat Adam sahaja, terus memutuskan selera Wye. Bukannya Wye nak perasan ke hape, tapi memang Adam ni dok mengusha dia macam nak telan. Cucuk mata tu baru tahu!

“Kau orang ni memang berdua je eh?” tanya JD. Memang dari pemerhatiannya, Dee dan Wye memang selalu bersama.

Dee hanya mengangguk perlahan kerana mulutnya tengah penuh. Wye hanya tersenyum. No komen! Adam ralit memerhatikan Wye. Well, she’s cute actually, takdelah lawa macam Lisa Surihani tu tapi Wye ni macam ada magnet yang boleh buat orang pandang dia tanpa rasa bosan.

JD dan Dee tenggelam dalam perbincangan yang Wye memang tak tahu hujung pangkal. Wye sibuk mahu menghabiskan Subway Meltnya secepat mungkin. Manakala, Adam ralit memandang Wye yang berusaha mahu menghabiskan sandwichnya walaupun dia perasan muka Wye dah naik merah menahan muak.

Wye meletakkan pembalut sandwich yang telah kosong di atas meja lalu menyedut Sprite. “Aku nak ke ladies kejap” celah Wye tiba-tiba

Dee dan JD memandang Wye pelik. Huh? Cakap apa tadi? “Amende, Wye?” tanya Dee kurang pasti. Apa yang terdaftar dalam otaknya hanyalah perkataan ‘kejap’ yang selebihnya hanya kelam.

“Ladies. Kejap” jawab Wye satu-satu sambil sling bag di sangkut ke bahu. Kerusi ditolak ke belakang perlahan. Baru sahaja Wye mahu melangkah..

“Kejap, aku ikut” ujar Adam tiba-tiba sambil dia berusaha menghabiskan air yang masih berbaki.

Dee dan JD pelik. Apa kes? Tapi mereka buat tak layan je, lalu perbincangan ‘hangat’ yang tergendala tadi di sambung.

*****

Wye berjalan laju meninggalkan Adam di belakang. Haish, sibuk aje nak ikut orang pergi tandas! Mulutnya tak berhenti mengumam yang entah-hape-hape, hanya dia je yang faham.

Adam hanya mengekori Wye dari belakang. Dia pun macam pelik macam mana ayat “Kejap, aku ikut” tu boleh keluar dari mulutnya.

Sampai sahaja di depan pintu tandas perempuan, Wye berhenti lalu berpusing memandang Adam di belakang yang tengah bersandar di dinding. “Pergilah balik, tak payahlah nak teman-teman” ujar Wye

Adam mengangkat kening kirinya “Eh, aku ada cakap nak teman kau ke? Aku cakap nak ikut je kan” jawab Adam pedas

Cess.. Berdesing telinga Wye mendengar ayat yang keluar dari mulut Adam tu. “Habis tu, kau buat apa tercongok kat depan ni?” tanya Wye berang

“Eh, ikut suka hati akulah nak tercongok kat depan ni ke hape. Tak kacau kau pun, weyh” balas Adam masih dalam nada kerek-mintak-pelempang.

Wye mendengus kuat tanda tak puas hati. “Huh, tercongoklah kau dekat depan ni sampai esok!” balas Wye geram

Adam buat muka-mintak-pelempang itu lagi sekali. Wye dah rasa kakinya macam ringan je nak bagi tendangan maut dekat mamat kerek ni. Huh, psycho!

“Dah, pergilah masuk tandas tu cepat. Satgi, terkencing kat sini, buat malu diri sendiri je” Nada Adam masih berbaur sindiran.

Eeeeeeeeeeeee! Muka Wye dah merah menahan marah, manakala tangannya cepat sahaja mengepal penumbuk. Kalau tak ingat Adam ni lelaki, memang dah berterabur gigi tu Wye kerjakan! Wye mendengus sebelum masuk ke dalam tandas.

10 minit kemudian..

Wye berdoa dalam hati, mintak-mintaklah mamat kerek tu dah takde kat depan ni. Hancur luluh hatinya apabila Adam masih bersandar di dinding seperti tadi cuma kini dia sibuk menekan-nekan keypad handsetnya.

“Kau buat apa ha kat dalam tu lama-lama?” terjah Adam dengan matanya tak lari dari memandang handsetnya.

Kusss.. semangat! “Suka hatilah nak buat apa kat dalam tu, kau sibuk-sibuk ni kenapa?” Wye dah geram

“Kau tahu tak, kaki aku ni dah nak kematu berdiri dekat sini lama-lama tahu tak? Besides, aku dah janji dengan Dee nak temankan kau”

Wye mencebik. Tak mintak teman pun! “Boleh tak jangan nak cari gaduh dekat depan-depan toilet ni? Kot ye pun tak puas hati, carilah port best sikit” rungut Wye

“Dah, jalan cepat. Diorang dah tunggu dekat kereta” suruh Adam tegas.

Wye buat muka pelik 3 saat “Diorang dah tunggu dekat kereta? Siapa diorang?” Wye blur sekejap

Adam memicit pangkal hidungnya. Ya Allah, apalah blur sangat minah ni? Harapkan muka je cun, blur rupanya. “JD dengan kawan kau si Dee tu lah. Cepatlah jalan” jawab Adam

“Kau lah jalan dulu, macamlah aku tahu kereta tu park dekat mana” tempelak Wye geram.

Urgh!! Baru je kenal, dah nak cari gaduh! Harap muka je handsome, eh handsome ke? Aaaah, tak handsome pun, kucing aku si Meon tu lagi handsome tau tak! Rungut Wye dalam hati.

Adam melangkah laju meninggalkan Wye di belakang. Adam menggeleng perlahan sambil tergelak kecil melihat telatah Wye yang dari tadi tak penat merungut. Patutlah JD pun boleh sangkut dengan minah blur ni, dalam blur-blur pun mulut boleh tahan jugak.

“Eh, nak pergi mana tu?” Adam pelik apabila Wye melencong masuk ke Speedy. Eh-eh, kita cakap dengan dia ni, boleh buat tak tahu pulak.

Wye buat tak tahu je, dia ralit melihat screen-screen yang memaparkan perlbagai trailer itu. Trailer ‘Lagenda Budak Setan’ itu menarik perhatian Wye. Aaahh, comelnya Kasyah dan Ayu tu! Refleks Wye memegang pipinya apabila Azmi lakonan Que Haidar menampar Ayu lakonan Lisa Surihani. Ouch!

Berkerut dahi Adam melihat Wye. Hahaha.. gila lah, menjiwai watak betul minah ni. “Sakit kena tampar?” perli Adam

Wye menjeling Adam yang dah berdiri disebelahnya. Ish, sibuk je! Wye berganjak sedikit ke kiri apabila sikunya berlanggar dengan badan Adam. “Sibuklah kau ni” gumam Wye perlahan.

Adam tergelak perlahan. “Jomlah, JD dah bising suruh cepat” ajak Adam. Kalau Wye ni lelaki, dah lama die seret je. Tapi nak pegang atau cuit si Wye ni pun dia cuak, free kena belasah je nanti.

Wye pandang Adam sekilas “Apa kata, kau balik je dulu. Pandailah aku nak balik sendiri nanti” jawab Wye. Kalau ikutkan plan asal, dia nak ke giant tu ha, ada benda-benda perempuan yang dia nak beli.

Berkerut dahi Adam mendengar “Kau tu anak dara, tak eloklah balik seorang-seorang. Alang-alang JD nak hantar ni, ikut jelah” ujar Adam “Ke kau nak aku seret kau?” sambung Adam dalam nada mengugut

Wye memandang Adam disebelahnya. Eeeee! Adam ni dah nampak kecik-besar-kecik-besar je sekarang. Kalau ikutkan hati, nak je dipicit-picit bagi penyek! “Ish, sibuk je!” marah Wye

Adam tergelak perlahan “Kalau aku toleh, kau takde, jangan terkejut aku seret kau” ujar Adam sebelum menyambung langkahnya. Hahaha.. Padan muka! Tulah, action sangat siapa suruh?

Wye menggenggam penumbuk, rasa ringan je nak melayang ke muka manusia yang dah berjalan tu. Urgh! Bongek punya mamat! Dengan rasa bengkek, Wye ikutkan jugak langkah si Adam bongek tu.

Perjalanan Adam dan Wye yang memakan masa 5 minit itu hambar-physically memang hambar. Kalau ikut mentally pulak, naaaaaaaahh.. tak payah cakap, dah berbakul-bakul Wye tu maki Adam. Kalau tengok muka cemberut Wye pun, memang dah dapat agak. Adam tu, macam syok sendiri je jalan menonong tak ingat orang belakang langsung. Tahulah kaki kau tu panjang!

Adam berhenti di sebelah kereta Peugeot 206. Erk? Mamat si Adam ni nak pedajal aku ke hape? Ni bukan kereta JD. Monolog Wye. Tapi apabila melihat Dee dan JD berada di dalam kereta tersebut, Wye kembali tenang.

“Masuklah, yang tercegat lagi tu kenapa?!” Ujar Adam “Takdenya aku nak tolong bukakkan pintu” sambung Adam lagi

Wye memicingkan mata memandang Adam. Ya Allah, Kau kuatkanlah tahap kesabaranku. Sesungguhnya ia semakin menipis bila berhadapan dengan Adam. Dengan kasar Wye membuka pintu dibahagian belakang, sekuat hati dia menghempaskan diri duduk di sebelah Dee.

“Woii, agak-agaklah tutup pintu tu. Kereta mahal ni” Adam bengang apabila Wye suka hati je tutup pintu macam nak tercabut.

Wye buat tak layan, Dee di sebelah pun dia buat tak tahu. Wye terkaku apabila pandangannya bertembung dengan mata JD di cermin pandang belakang itu. Mata JD seolah-olah bertanya ‘kenapa?’. Ah, persetankan semua tu!

12 comments:

  1. adam...ergh! geram..tapi cute je
    JD...hehe...coomeaaii NGAAA!
    aiman..eh! aiman pun ok pe!
    so..sapa hero??
    yup...good good..leh feel

    ReplyDelete
  2. WAH....makin menarik...thanx cik bulan
    next epi..agaknyer camner ye...heeh

    ReplyDelete
  3. alamakkkk...terjatuh cinta ngan adam~~ y lor adam nie marah2 hot temper nie...hehehe... :0

    ReplyDelete
  4. erm,,,,

    nk lg,,,

    comey jer diorg,,,

    ReplyDelete
  5. adam?
    JD?
    aiman?

    siapakah pilihan hatiku??
    aaaaaaa..

    ReplyDelete
  6. betul2... sapekah pilihan hatiku... kta wye.. ngeh3

    ReplyDelete
  7. beesssssssssttttttttttttttttt
    br sempat baca lah.

    ReplyDelete
  8. PHEWWWIITTT bulan!!!
    cun je!!
    :D
    sambung ;)

    ReplyDelete
  9. geram la ngan adam..
    JD cute...:D

    ReplyDelete
  10. gerammmm la ngn si adam tu!!
    bajet gler!
    huu3..over lak.
    bio la si y tu ngn si jd bru best..
    adam tu ego t'lbey!!

    ReplyDelete
  11. aloh2...
    mare yek wey...
    adam nie mcm ader ati lak si wey nie...
    jgn potong line JD..
    penat si JD tu dok usha si wei...
    huhuhu...

    ReplyDelete