Beberapa hari kemudian..
Faiz berjalan menuju ke Perpustakaan Sekolah. Dia mahu mendapatkan buku rujukan untuk membuat persiapan bagi Peperiksaan Percubaan SPM.
“Awak..” Panggil satu suara.
Faiz berhenti lalu berpaling ke belakang. “Kau panggil aku ke?” Tanya Faiz.
Nurul mengangguk sambil tersenyum. “Ada hal sikit nak cakap” Ujar Nurul.
Faiz menjeling jam di pergelangan tangan. Hmm.. kejap je ni. “Kau ni kawan Ainaa tu kan?” Tanya Faiz.
Nurul mengangguk lagi. “Actually, aku nak cakap pasal Ainaa” Ujar Nurul berterus terang.
Walaupun Ainaa merupakan sahabat karibnya, dia tidak akan membiarkan sahaja Ainaa berlaku jahat kepada Faiz. Pada awalnya, Nurul hanya berdiam diri apabila Ainaa membuang kasut Faiz tetapi apabila sudah terlalu kerap perkara itu dilakukan, Nurul tahu dia tidak boleh berdiam diri lagi.
Faiz menjungkitkan keningnya. “Ainaa? Kenapa dengan dia?” Tanya Faiz
“Kasut-kasut kau yang hilang tu, semuanya angkara Ainaa” jelas Nurul
Faiz menarik senyum. “Aku tahu” Jawab Faiz. Memang sudah dijangka perkara itu dari awal lagi.
“Kau tahu?” Nurul sedikit terkejut. “Macam mana kau tahu?” Nurul mula musykil.
Faiz mengangkat bahu. “Macam mana aku tahu, tu biarlah aku sorang je tahu”
“Aku harap kau tak simpan dendam dengan Ainaa” Pinta Nurul lembut.
Faiz menggaru keningnya. “Boleh bagi nombor handphone Ainaa?”
“Eh? Nak buat apa? Kau nak buat prank call ke?” tembak Nurul.
Faiz tergelak mendengar pertanyaan Nurul. “Takdelah, ada benda sikit nak cakap dekat Ainaa” Jelas Faiz. Faiz mengeluarkan pen dari buku tulisnya lalu dihulur kepada Nurul.
Nurul melarikan pen di atas sehelai kertas yang dikoyak dari buku tulisnya. “Kau jangan cakap aku yang bagi” Ujar Nurul ketika cebisan kertas itu bertukar tangan.
Faiz mengangguk perlahan. “Takde hal”
“By the way, she called you Slipper” Ujar Nurul sebelum meninggalkan Faiz.
Faiz tergelak mendengar perkataan Slipper tadi. Haihh. Macam-macam hal budak kecik ni.
*****
Ainaa bangun terpisat-pisat apabila handphone tidak berhenti-henti berbunyi. Tangan dibawa meraup muka sekaligus merapikan rambutnya yang sedikut kusut. Handphone yang berada di atas meja study di ambil.
15 missed calls !!
Ainaa yang tadi sedikit mamai terus segar bagai disimbah air apabila melihat screen handphonenya. Eh, siapa je yang nak call malam-malam macam ni? Takkan lah Ayah? Ibu lagilah tak mungkin.
Ainaa cuba mengenal pasti nombor yang tertera pada screen handphonenya. Eh, nombor siapa pulak ni? Tak pernah nampak pun. Ainaa memberanikan diri untuk menelefon kembali nombor tersebut.
Tutt.. Tutt.. Tutt.. Tutt.. Tutt..
Selepas 5 deringan, panggilannya dijawab. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan-lahan. “Assalamualaikum..” Ungkap Ainaa
“Waalaikumussalam..” Alhamdulillah, salamnya disambut elok.
Apa yang mengelirukan Ainaa sekarang ini adalah suara empunya nombor tadi. Apa yang pasti, itu memang suara lelaki ! Dan, yang paling teruk, Ainaa langsung tidak mengenali suara tersebut.
“Ainaa?” Panggil lelaki tersebut.
OH MY! Mamat ni stalker ke hape?! Sampaikan nama aku pun dia tahu. Ah, parah! Ainaa menggaru perlahan pelipisnya. Rasa menyesal mulai terbit.
“Siapa ni?” Ainaa memberanikan diri untuk bertanya. Ayah pesan, malu bertanya sesat sampai mati.
Terdengar beberapa deheman kecil di corong telefon. “Faiz” Jawab si pemanggil.
Ainaa bertambah pelik. Faiz? Faiz mana pulak? Setahunya dia tak pernah mempunyai kawan bernama Faiz. Malah, saudara maranya juga tiada yang bernama Faiz.
Ainaa berdehem kecil. “Faiz mana ni?” Tanya Ainaa untuk mendapatkan kepastian.
Terdengar ketawa kecil di sebelah sana. “Slipper” Jawab Faiz jujur.
Slipper?! Automatik Aina terus mematikan panggilannya tanpa sebarang pamitan. Handphone di campak ke atas katil. OH DAMN! Mana mamat tu dapat nombor aku?!
Nurul yang sedang tidur dijeling sekilas. Takkan Nurul kot? Tak mungkin, Nurul takkan nak tolong mamat yang dah dajalkannya. Monolog Aina.
Handphone yang masih terdampar di atas katil diambil lalu tidak sampai beberapa saat, bateri handphone berjaya dikeluarkan. Haaa. Biar mamat tu tak dapat call dah!
*****
Air mineral sejuk diteguk lagi sekali bagi menghilangkan haus. Fuhhh! Inilah padahnya kalau dah lama tak bersenam, baru je lari 3 round padang sekolah, dah pancit.
“Ainaa” Panggil satu suara.
Ainaa yang sedang duduk bersila di atas padang sekolah hanya membatukan diri. Tolonglah jangan kacau masa orang nak beriadah!
“Ainaa” Suara tadi kini lebih dekat dan sangat jelas.
Automatik Ainaa membuka mata yang sedari tadi tertutup. Wajah manusia yang suka-hati-dia-je-duduk-sebelah-aku itu dipandang sekilas. Ainaa terus berdiri mengejut.
Faiz memandang Ainaa yang kini sudah berdiri. “Amendelah yang macam terkejut sangat?” Faiz pelik. Heh, macam nampak alien!
Ainaa memeluk tubuh. “Kenapalah kau ni ada je kat mana-mana? Kau ikut aku ke?” Tembak Ainaa dengan nada geram.
Faiz mengangkat bahu. “Mungkin” Jawab Faiz pendek.
Ainaa kembali duduk tetapi sedikit jauh dari Faiz. “Kau nak apa ni?” Tanya Ainaa malas-malas. Orang tengah rajin nak beriadah ni, ada pulak yang kacau daun!
Faiz mengalih posisi duduknya menghadap Ainaa. “Aku nak cakap sikit dengan kau” Mukadimah Faiz memang mampu buat jantung Ainaa berdegup pantas. “Aku…” Faiz sengaja tidak menyudahkan ayatnya.
Ainaa rasa nak cekik-cekik je Faiz. “Amende?!” Ainaa dah bengang. Batu-batu kecil mula dibaling ke arah Faiz.
“Aku…” Dan sekali lagi Faiz berhenti.
Ainaa bertambah cuak tetapi perasaannya kini lebih kepada bengang. “Kau tak cakap, aku blah” Ainaa mula mengugut.
“Aku suka kau” Direct gilaaaaaaaaa!
Ainaa terus terdiam. Apa mamat ni merepek? Kenal pun tidak, alek-alek cakap suka pulak. Ainaa terus bangun dari duduknya lalu tanpa pamitan Ainaa meninggalkan Faiz.
“DAMN..!!”
Ainaa meneruskan langkahnya. Ah, mamat tu dah gila agaknya! Ingat aku ni anak ayam? Senang-senang je nak cakap suka!
*****
Sijil Peperiksaan Malaysia semakin menghampiri pelajar Form 5. Tapi ada jugak yang tak sedar diri, boleh je layan lepak-lepak main gitar lah, suka hati fly semata-mata nak makan burger. Ah, macam-macam!
Faiz meraup wajahnya. Jelas terpancar keletihan di wajahnya. Walaupun Peperiksaan SPM sudah dekat, pihak sekolah tetap menjalankan Gerak Gempur.
“Aku kena jumpa Ainaa” Putus Faiz.
Buku Rujukan Physics ditutup. Seluar Bermuda digantikan dengan tracksuit hitam. Kunci bilik di atas meja study dicapai.
Faiz mula merangka ayat yang perlu diucapkan kepada Ainaa. Jarak dari Aspura ke sekolah hanya memakan masa selama 5 minit, maka dia perlu berfikir dengan pantas.
Tok! Tok!
Pintu kelas Ainaa diketuk dari luar. Semua pelajar di dalam kelas mengalih pandang ke arah pintu. Automatik Faiz menarik senyum segaris.
“Nak jumpa Ainaa” Pendek sahaja ayat yang keluar dari mulu Faiz.
Ainaa yang sedang membaca novel di belakang kelas mengangkat wajahnya apabila namanya di sebut. Terbeliak matanya apabila mendapati Faiz sedang berdiri di muka pintu kelasnya.
“Ainaa..” Panggil Faiz.
Kini semua mata tertumpu kepada Ainaa. Ainaa menelan liur menahan debar. Apa pulak mamat ni nak? Sudahlah hari tu buat gila je main luah-luah perasaaan.
“Ainaa..” Panggil Faiz lagi.
Ainaa rasa nak menjerit. Haaa.. tak payahlah panggil dengan suara macam tu. Satgi, heboh pulak satu sekolah kalau tahu ada Jejaka Hot nak jumpa junior.
Ainaa bangun dari kerusinya lalu keluar dari kelas. Wajah Faiz di muka pintu dipandang sekilas lalu Ainaa berjalan ke hujung koridor. Faiz mengekori Ainaa tanpa banyak soal.
“Nak apa ni?” Tanya Ainaa apabila Faiz berhenti di hadapannya.
“Pasal hari tu..” Belum sempat Faiz mahu menghabiskan ayatnya, Ainaa sudah memotong.
“Kau ni kenapa? GILA ?!”
Ainaa mula memeluk tubuh sambil memandang Faiz. Wajah Faiz yang tenang itu ditenung. Apalah mamat ni nak?
“Aku tak paksa kau terima aku” Jelas Faiz
Refleks Ainaa menepuk dahinya. Pap! “Weh, aku ni kecik lagi tahu? Baru je Form 4. Belum pun lagi kenal dunia luar” Luah Ainaa jujur.
Faiz mengangguk tanda faham. “Aku tahu tu. Aku pun bukannya besar sangat nak bercakap pasal hati dan perasaan ni. Tapi aku nak kau tahu yang aku sukakan kau”
Ainaa mendengus perlahan. “Peliklah kau ni”
Faiz menarik senyum segaris. “Pelik tak pelik, aku dah pun sukakan kau” Ujar Faiz lagi.
Ainaa menarik nafas panjang. “Macam ni lah, kau tunggu aku habis SPM dulu. Lepastu, baru kau cari aku. Boleh?”
Faiz mengangkat bahu. “Kalau kau dah cakap macam tu, okay je”
Dan sekali lagi Ainaa meninggalkan Faiz tanpa pamitan. Pipinya mula memerah. Automatik tangan di angkat menutup pipinya. Ah, malu!
*****
Faiz menyelak Bukuk Rujukan Chemistry dengan lafaz Bismillah. Faiz sedikit terkejut apabila dia terjumpa sehelai kertas yang diselitkan di dalam bukunya.
Helaian kertas tadi dikeluarkan, refleks Faiz menarik senyum apabila terpandangkan apa yang ditulis pada helaian kertas tadi.
Ainaa.. aku janji lepas SPM, aku cari kau! Itu janji Faiz. Dia sudah pun nekad dengan apa yang dirasanya kini. Mungkin dia sedikit terburu-buru tetapi dia tidak mahu terlambat. Biarlah masa menentukan segalanya.
*****
3 tahun kemudian..
Ainaa menarik nafas panjang. Dia diberitahu, meraka akan transit di Berlin sebelum mereka menuju ke New York. Air mata yang ditahan dari akhirnya gugur jua.
“Apa ni, cengeng pulak orang tu” Ujar satu suara di sebelahnya.
Ainaa tergelak kecil. “Manaaaa.. habus masuk mata” Nafi Ainaa.
Ainaa mengangkat wajah memandang manusia di sebelahnya. Belum pun pergi lagi, sudah terbit rindu menggunung pada manusia itu.
“Aku tahulah aku ni handsome” Suara jejaka tadi mematikan lamunan Ainaa.
Ainaa mencebik. “Tak habis-habis dengan perasan” Ejek Ainaa.
Jejaka tadi tergelak perlahan. “Dekat sana nanti, belajar elok-elok. Jaga solat, jangan buat benda-benda tak elok” Pesan jejaka tadi.
Ainaa mengangguk perlahan. “InsyaAllah..” Jawab Ainaa
Jejaka disebelahnya berdehem kecil. “Raya tahun depan, jangan lupa balik” Pesan jejaka tadi lagi.
“Kenapa pulak nak kena balik?” Ainaa sedikit pelik.
“Sebab ada orang nak hantar rombongan meminang” Jawab jejaka tadi.
Ainaa mencebik. “Elok sangatlah tu, belajar pun tak habis lagi sibuk nak masuk meminang”
“Tahun depan dah habis diploma. Ingat nak sambung Degree dekat Rochester jugak, tapi dah orang tu taknak, takpelah”
Ainaa terlopong. “Haaa? Nak buat apa sambung Rochester?” Ainaa masih terkejut
“Yelah, bolehlah dekat dengan isteri. Kita ni kalau dah kahwin, mestilah nak jaga isteri kita elok-elok. Takdelah jadi cerita husband kena tinggal dengan wife.”
Pipi Ainaa mula memerah. Ah.. dia memang pandai bermain dengan kata-kata. Ainaa mengembungkan-ngembungkan pipinya manakala mata di arah memandang sneakers yang tersarung pada kaki.
“Berapa eh duit hantaran?” Tanya jejaki tadi.
Belum sempat Ainaa mahu menjawab, namanya di panggil oleh rakannya. Sudah tiba masanya untuk mereka berlepas meninggalkan tanah air tercinta.
Ainaa berhenti setelah beberapa langkah lalu berpaling ke belakang. “Faiz, aku nak RM30 000” Ujar Ainaa. “Takdelah, main-main je. Nanti bincanglah dengan Ayah” Sambung Ainaa sebelum pergi meninggalkan Faiz.
Faiz menarik senyum gembira. Alhamdulillah.. akhirnya mereka akan diikat dengan ikatan yang sah. Dia dan Ainaa sudah berjanji tidak mahu bercinta. Biarlah mereka hanya berkawan. Ternyata jodoh mereka telah ditentukan oleh Allah.
cOMEL...
ReplyDeletesuke la faiz tu. sempoi je . sweet :)
ReplyDeleteeh!apa citer en.faiz tetiba ske cik ainaa ni, cik bulan?
ReplyDeleteehe...pape pun. thumb up!
yeye! first 2 comment..hihi..bestla slipper ni..ingt memula cite budak skolah..hihi, smbg2
ReplyDeletesuweeetttt
ReplyDeletehehehe
Oh my God ! Sweet sangat . Suka :)
ReplyDeletebila nak sambung 'hope'. hope jgn lupa pada hope bila dah ada cter baru ni. hehehe...xleh nak comment lagi ttg cter baru ni.truskan usaha.
ReplyDeletewawawa.. lincah gila.
ReplyDeletemau kawen suda.
yeah!
ReplyDeleteno bercinta~terus kahwin !
it's something :))
claps* tu Bulanhijau
comel2...faiz ni baik la....sweet je..
ReplyDeletesweet nya cerita ni....
ReplyDeletehuhu
nak lagi...
:)
ske2..
ReplyDeletetersenyum jer membacanyer
-kaMI-
your friend kat Rochester kan? :)
ReplyDeleteAnonymous:
ReplyDeleteKawan saye ada dekat merata rata. =)
bulan...cpt sambung ..xsbr nie..thumbs up!!!
ReplyDeleteringkas nye citer n mnnjdi prsoalan cm ne faiz ley ttbe minat kt aina..
ReplyDeletepe2 pun jln citer cm best
just bg pndgan :D