Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Monday, January 4, 2010

color 29

"Yang.." panggil Daniel

Ain yang tengah sibuk kacau kari tu kalih pandang. Apa kes panggil terlebih manja je ni?

"Minggu depan, saya kena pergi Sarawak" intro Daniel

angguk "Then?"

"Then, saya ingat nak bawak awak sekali"

ketuk dagu "Budak kecik 2 orang tu nak letak mana pulak? Diorang semua pergi umrah"

Daddy, Mummy, Baba, Mama Murni, Ayah, Ibu, semua pakat sama-sama buat umrah plus pergi holiday. Takkan nak letak dekat nursery kot.

tepuk dahi "Aiseh... lupalah pulak"

"Awak pergi berapa lama ni?" tanya Ain

"2 minggu je"

senyum "kejap je, saya tak payah ikut pun takpe"

"Betul taknak ikut ni?"

angguk "Betul. Nanti jangan lupa bawak balik souvenir tau" pesan Ain

*****

"Ayah nanti kena selalu call tau" pesan Ilham

angguk "Everyday Ayah call"

"Beli banyak-banyak souvenir" pesan Qaliesya pula

angguk lagi "1 kontena nanti Ayah belikan"

"Abang, Adik, Ayah pergi lambat lagi lah" celah Ain

Qaliesya-Ilham tayang sengih. Macam seronok pulak nak kena tinggal dengan Ayah. Yela, kalau Daniel takde, takde siapa nak marah diorang tidur lambat.

"Ibu, Ibu mana boleh panggil Adik as Adik lagi" ujar Ilham

kerut kening "Kenapa pulak?" Ain blur

"Tak lama lagi kan, kitorang nak dapat adik"

"Ouh~ Then, nak panggil apa pulak ni?"

"Kakak" ujar Qaliesya-Ilham serentak

Haila.. budak kecik 2 orang ni macam-macam pulak perangai. Sekejap suruh panggil Adik, sekejap suruh panggil Kakak pulak.

******

Botol losyen di atas meja solek dicapai lalu langkah diatur ke katil. Ain duduk di birai katil. Losyen di lumur pada tangan, leher dan kaki.

"Kenapa kali ni, saya macam tak sedap hati je nak bagi awak pergi outstation ek?" Ain resah

Daniel yang tengah baca magazine, terus kalih pandang. Magazine ditutup dan diletak di meja sebelah katil.

"Come..." gamit Daniel

Ain menurut bak anak kecil. Katil dipanjat lalu Ain mengambil tempat disebelah Daniel

"Kenapa ni?" tanya Daniel

angkat bahu "Macam ada benda buruk je nak jadi" luah Ain

Daniel menarik Ain ke dalam pelukan. "InsyaAllah, takde apa-apa"

"Kalau awak tak pergi, tak boleh ke? tukar dengan orang lain ke?"

senyum "Tak boleh sayang.. Saya seorang je yang free minggu depan. Orang lain tu lagi lah, ada yang kena posting sampai Texas"

mengeluh "Tapi..."

"Takde tapi-tapi, doakan je saya selamat pergi dan balik" potong Daniel cepat-cepat

"Awak janji something, boleh?"

"Shoot"

"Kalau ada apa-apa jadi, cepat-cepat roger saya"

angguk "Kan dah janji nak call hari-hari"

"Awak taknak buat confession apa-apa ke?" tanya Ain

"Erm.. I love you"

"Tell me something I don't know" Ain poyo

gelak "Awak makin chubby"

"Nama pun pregnant 4 bulan, mestilah gemuk"

"Bukan gemuklah, chubby je"

mencebik "Tak payah nak jaga hati saya, cakap benda betul kan lagi senang"

gelak "Orang pregnant memang kuat touche ek?"

angkat bahu "Malam ni, angin macam tak betul sikit. Sorry"

"Naaaa.. tapi saya memang ada benda nak confess ni"

"Shoot"

"Trip kali ni, Zu pun ada jugak"

Ain terus freeze. Ape kejadahnya Zulaikha tu ada sekali? Zulaikha tu bukan ke accountant company je?

"Kenapa tiba-tiba dia ada?" Ain curious

"Dia nak ikut, katanya nak holiday"

"Ouh..."

"Sebab tu saya nak bawak awak sekali"

"Why? Nak suruh kitorang wrestling dalam flight pulak ke?" perli Ain

"Taklah.."

"Then?"

"Awak tahulah kan, Zulaikha tu since dapat tahu saya ni ada harta juta-juta, terus nak pikat hati saya balik"

Ouh yeah, Daniel baru tahu yang dia mewarisi harta pusaka milik datuknya. Kebanyakan aset tu, semuanya berada di luar negara.

"Awak akan biar je ke dia pikat awak?"

angkat bahu "Depends.."

cubit perut Daniel kuat-kuat "Jangan nak mengada"

gelak "Hahahah.. saya main-main je pun. Takdenya saya nak cari orang lain"

"Boleh percaya ke ni?"

angguk "Awakkan pelangi saya"

"Pelangi muncul lepas hujan je"

senyum "Dalam dunia saya, setiap masa hujan. So, pelangi ada setiap masa"

mencebik "Pandailah awak tu kalau bercakap"

"Nak tahu something tak?" tanya Daniel

"Amende?"

"Cinta tak perlu ada tajuk"

"Huh?? Tak faham"

"cinta tak perlu bertajuk, rindu juga tak perlukan tajuk, sebab cinta itu indah kerana hanya kau di hatiku, hanya ada satu sayang di hatiku, hanya ada satu cinta di hatiku, cinta dan sayangku hanya satu, itu kamu" bisik Daniel

Yeah right, he knows how to make me touche. Mata Ain dah berpasir. Haila.. tak sukalah nak menangis time romantik macam ni.

"Sayang.." panggil Daniel

"Hmmmmm..."

"Saya cintakan awak, lebih dari nyawa saya sendiri"

Air mata yang ditahan sedari tadi gugur jua.

"Saya berjanji, selagi saya hidup, saya takkan benarkan awak mengalirkan air mata sedih" janji Daniel

"Kalau sedih, takkan nak gelak" Ain buat lawak

gelak "Saya takkan benarkan awak sedih"

"Kalau saya still sedih?"

"Saya lagi sanggup mati dari tengok awak sedih"

"Kenapa?"

"Air mata awak umpama pedang yang menikam jauh ke dasar hati"

"You're such a romeo"

gelak lagi "Tell me something I don't know"

"Kalau jadi apa-apa dekat saya, boleh janji something?" sambung Daniel

"Takde benda akan jadi"

"Tolong jaga baby kita baik-baik. And tolong jangan sedih"

"Awak..."

"Please, just say yes" rayu Daniel

"Awakkan dah janji taknak bagi saya sedih"

"Tu pesanan je"

"Pesanan yang mampu buat saya sedih" gumam Ain

gelak "Okey-okey, tukar topic"

Ain pandang jam, dah pukul 12.30 tengah malam.

"Kalau nak tidur can?" tanya Ain

angguk "Can..."

Comforter di hujung kaki menyelimuti separuh badan. Sebelah tangan memeluk pinggang Ain, manakala sebelah tangan lagi menutup suiz table lamp.

"Good night, sayang" ujar Daniel

"Good night, my love" balas Ain

**hanya ini buat masa yang sangat singkat. hidup kembali hectic.

27 comments:

  1. erm.... nk lg...

    jgn la ape2 jd kt daniel...

    xnk la...

    please cik bulan..

    ReplyDelete
  2. ala.. jgn la bg sad ending.. x mau!!! huhuhu
    ~ cpt smbg ya.. ~

    ReplyDelete
  3. alorrr
    mcam tao2 je ending sedih
    adoiiii
    tak suke.
    tak nak lah pape jadi kat dorang
    adoiiii.dah la suami pertama pon pergi
    taknak!!
    warghhhhhh
    -na'dz

    ReplyDelete
  4. aduh!!!! berdebar2 lagi hati ni,, plzzz mohonnn sgt2 jgn bg any sad ending dah tak tertanggung rasanya... risonya la ..hope nothing bad happen to them... plzzzz?

    ReplyDelete
  5. hohoho..best..
    cm ade sumthg bruk je nk berlaku..
    jgnla..nk epi ending..!
    sean ain..bru nk bahagia..

    ReplyDelete
  6. thx bulanhijau...

    ala xnk la jadi pape kt daniel..
    nak deorg brsme akhrnye..
    happy fmly tau..
    xnk sdey2..nti org ngis..huuu

    ReplyDelete
  7. benda buruk??
    jeng3..hihi

    ReplyDelete
  8. hmmm berdebar-debar nak nanti yg seterusnya. spekulasi bermula.huhuhu. but pleaseeeeeeeeeeeeeee..pleaseeeeeeeeeeeee....and pleaseeeeeeeeeeeeeee make it happy ending.

    ReplyDelete
  9. teman rasa ada something berlaku...
    biarla hp ending

    ReplyDelete
  10. cm x best je bc ayt2 nie...
    tp mkn truja la plak nk tau story slnjutnyer...
    jgn la ad konflik lg...
    cian diorg dh elok2 baik, nk kn gduh blk...
    huhuhuu..

    ReplyDelete
  11. hai cik bulan...
    nice story tp ada silap sket..
    rasanya penggunaan "touche" kt dlm dialog kat ats ni cam x sesuai je..
    Touche n touching adalah berbeza mksdnya...

    ReplyDelete
  12. adui.. mcm dh dpt agak lah ending die... awal2 lagi dh meleleh nie.. huhu..

    ReplyDelete
  13. wa.... ape nk jadi kat daniel ni? ritu ain...

    cik bulan hijau.. xmola ending cam chenta..... happy ending please

    ReplyDelete
  14. sambung ag...
    jgn la jadi pape kat daniel...
    sian kat ain...
    huuhuh baru nak rasa bhagia...
    next n3 plz...hehhe
    :)

    ReplyDelete
  15. something's bad happening?!!!
    jgnla....biarkan diornag hidup aman damai je....

    ReplyDelete
  16. :)

    good ....x sabar nak tunggu yang lain..nie mesti cam sad ending nie...

    ReplyDelete
  17. boring lee....asyik2 da problem yg terjadi..pastu mesti prob yg same...naik muak plak nk baca pasni....cmner nie ekk....

    ReplyDelete
  18. hrp2 lar x dak mslh dlm rumah tangga diaorg dan
    zulaikha x ganggu diorg lagi..

    ReplyDelete
  19. oit!!!!!!! gler cheesy ayat2 daniel
    tgk la writer die spe kan
    juliet through and through
    hahah

    ReplyDelete
  20. adoi laa..
    pe lak yg nak jadi ni..

    ReplyDelete
  21. kak BULAN,,, jgn laa buat sad ending,, buat laa yg appy2 jerk.. x ske laa sedey2 nie.. plz yew,,
    x nk laa apa2 berlaku kt daniel ngan ain,, kalo kt zulaikha sya x kisah..

    ReplyDelete
  22. cik bulan..
    nk cte yg hepi ending..
    tp dr episode ni cm something bad will happen je pasni..

    ReplyDelete
  23. kalau citer sedih,
    mau mogok ler dgn kamu yang!

    ReplyDelete