Special dedicated to Kihee ;D
Hey, happy birthday. Have a blast one!
Stay jambu (?) LOL
Dia pandang
lagi ruangan mesej itu. Jari telunjuk sudah bersiap-sedia mahu menekan ‘Enter’
tapi macam nervous. Dupdap-dupdap ni haaa..
“Kiheeeeeeeeeeeee!!”
Satu suara nyaring menjerit dari luar bilik.
Dia yang
terkejut, terus tertekan Enter. Membulat matanya melihat mesej yang dah selamat
dihantar ke inbox birthday boy tu. Shoot!!
“Kiheeeee!!”
Suara tadi kembali menjering. Tapi kali ni, berselang-seli dengan ketukan di
muka pintu.
Malas-malas Kihee
bangun dari duduknya. “Hah, nak apa?” Takde salam, takde hai. Terus dia terjah
tanya soalan. Orang species tak reti bagi salam macam ni, memang tak boleh
dibagi muka.
Tasha tayang
sengih. “Jom pi makan. Lapaq!” Perutnya ditepuk-tepuk.
“Asal lapar je
kau cari aku. Tak boleh ke cari orang lain?” Kihee menyandar pada bingkai
pintu. Tangan memeluk tubuh.
Tasha
menarik-narik hujung lengan baju Kihee. “Jomlah Kihee. Sat jaaaa..”
“Dua minit.”
Kihee melangkah masuk ke dalam biliknya.
Tasha ikut
dari belakang. Tanpa minta kebenaran dari Kihee, Tasha terus je landing baik
punya atas katil Kihee yang sememangnya sentiasa tegang tu.
Kihee yang
tengah sarung sweater, hanya mampu geleng kepala. Nak marah pun dah tak guna
sebab Tasha tu manalah kisah kalau dia marah pun.
“Weh, hari
ni birthday Luth.” Tasha bermain-main dengan hujung rambut ikalnya. “Kau dah
wish?”
Kihee yang
baru nak sarung tudung, freeze sekejap. “Buat apa nak wish?”
Tasha
mencebik. “Bukan crush kau dari dulu ke?”
Kihee
mengemaskan lipatan tudungnya sebelum kerongsang disematkan dibahu kiri. “Nama
pun crush, Tasha.” Pintu loker ditutup. “Apalah sangat dengan crush?”
Tasha bangun
dari baringnya. “Iyelahh.. orang dah ada pujaan hati. Segala crush terus lupa.”
Tasha menjeling geram sambil mengemaskan rambutnya.
“Jomlah
makan. Tadi cakap lapar sangat.” Tangan dimasukkan ke dalam poket sweater.
Handphone di atas meja dijeling sekilas. Tak payah bawaklah.
“Tu phone
tak nak bawak? Sat lagi mister pujaan hati call pulak.”
Kihee
memandang ke atas. “Alaa.. nak makan je kan.” Dia malaslah nak bawak barang
banyak-banyak. Malas nak pegang-pegang. Kalau masuk poket seluar, kembung sana
kembung sini. Ish, lagilah tak nak!
Pintu bilik
tidur ditutup. Dia dan Tasha beriringan menuruni anak tangga. Almaklumlah,
biliknya hanya di tingkat satu takkanlah nak turun pakai lif kan? Over!
“Kau jangan
lupa wish Luth tau.”
“Laaa.. tak
habis lagi ke fasal Luth ni?” Dia malas sebenarnya nak panjang-panjangkan
cerita fasal Luth ni. Dah kata pun crush, crush je la. Bukannya dia ada menaruh
hati pun dekat mamat tu.
“Cubalah
nasib.”
“Dah tu, Iyyad
nak campak mana?”
Tasha
mengangkat bahu. “Kau orang bukannya ada pape pun kan? Kawan je kan?”
“Entah.”
Kihee malas nak fikir sangat. “Can we
just drop the subject? Bosanlah cakap fasal orang yang belum tentu ni.”
“Okey.
Okey.” Tasha surrender. Dia tahu kalau dengan Kihee ni mana boleh nak
paksa-paksa. Kalau Kihee cakap no, maknanya no. Faham?
******
Pintu bilik
ditolak dari luar. Tudung terus dibuka lalu dimasukkan terus ke dalam laundry
bag. Handphone di atas meja diambil. Swipe screen. Membulat matanya melihat
deretan missed calls dari nombor yang sama. Iyyad!
Handphone
kembali diletakkan di atas meja. Tak pe, kalau penting sangat mesti Iyyad akan
telefon balik. Loker dibuka, baju tidur dikeluarkan.
Belum sempat
nak tukar seluar, handphone di atas meja berbunyi nyaring. Ishhh nak apa
malam-malam ni??
“Assalamualaikum.”
Jawabnya tanpa melihat siapakah gerangan pemanggil yang berjaya mengganggunya
tadi.
“Kiheee..
kunci bilik aku ada dengan kau tak? Takde ha dalam poket aku.”
Refleks
Kihee menepuk dahinya. Tashaa.. Tashaa.. “Tasha, mana salam kau? Kau sepatutnya
mendoakan aku jugak tau.”
“Alaa..
Wa’alaikumsalam.” Jeda. “Ada nampak tak, Kihee? Ke tertinggal dekat kedai makan
tadi? Alaa.. macam mana ni?”
Kihee
memanjangkan lehernya melihat ke atas katil. “Takdelah dekat sini, babe.”
“Habis tuuu
macam mana nak masuk ni?” Suara Tasha dah macam orang nak menangis.
“Kau tidur
bilik aku ajelah. Nanti esok kita buat report.” Kihee dah tak mampu nak fikir
lagi. Dia dah mengantuk sangat ni.
“Bantal
busuk akuuuuu..”
Kihee
memandang ke atas. “Tash, sebelum aku hempuk kau dengan handphone ni baik kau
turun cepat. Aku mengantuk dah niiii.” Rambut paras bahunya ditarik menutup
muka.
“Okey..
Okey..” Panggilan terus ditamatkan.
Handphone
kembali diletakkan di atas meja. Selesai menukar baju dan mencuci muka, Kihee
terus landing atas katil. Haa.. biasalah bila perut dah kenyang mulalah mata ni
kuyu je. Memang macam ular sawalah kau ni, Kihee!
Handphone
kembali berdering. “Hah, Tash nak apa?”
“Tak jadilah
tidur bilik kau. Aku dah jumpa kunci. Heeee..”
Kepala
digeleng perlahan. “Haa okey.” Dia tahu sangat perangai Tasha yang kuat lupa
tu. Letak tempat lain tapi carinya tempat lain. Memanglah tak jumpa. Haish.
“Okey.. good
night, babe. Sweet dream. Muah muah!”
Kihee
tergelak kecil. “Banyaklah kau punya muah muah.”
“Esok jangan
lupa bangun awal. Jogging!”
Kihee
menjelirkan lidahnya. “Tengoklah kalau aku terbangun awal.” Almaklumlah,
tengah-tengah time cuti ni malas pulak nak bangun awal. Ehehehe.
“Tak pe,
nanti aku gegar bilik kau.”
“Apa-apalah
Tash. Aku nak tidur niiii..”
“Iyelah.
Iyelah.”
“Bye.” Panggilan
terus ditamatkan. Belum sempat dia nak letak handphone tepi bantal,
handphonenya kembali berdering. Aaaaaahhh !!
“Tash, aku
nak tidurlah!” Kihee bengang. Tasha ni pun, tunggu esoklah kalau nak berborak
pun.
“Saya ni.”
Membulat
terus mata Kihee. “Ehh.. Iyyad.” Terus tak jadi nak baring atas katil. “Kenapa
ni?”
“Pergi mana
tadi? Banyak kali call tapi tak angkat pun.”
“Haaa tadi
teman Tasha makan. Ingatkan kejap je, tu yang tak bawak phone.” Ha’ah
sekejaplah sangat kan? Kalau dengan Tasha tu mana pernah sekejap kalau makan.
“Kenapa awak call?”
“Takde
pape.” Iyyad berdeham perlahan. “Saje. Lama tak jumpa.”
Kihee
menggaru pelipis kepalanya. “Busy sikitlah sekarang ni, awak. Dengan FYP yang
tak nampak bayang tu.. proposal lagi nak kena buat. Banyak benda belum settle.”
“Minggu ni
balik rumah?”
“Tak tahu
lagi. Kenapa?”
“Kalau
balik.. ingat nak jumpa kejap.”
“Nak jumpa?”
Kihee pelik. Iyyad jarang agak jumpa ni. “Kalau cakap by phone je tak boleh
ke?”
“Tak syoklah
kalau by phone.”
“Pulaaaakk.”
Kihee baring. Mata dipejamkan. “Haa tengoklah macam mana nanti. Kalau jadi
balik, saya bagitahu awak.”
“Tu je lah
saya nak cakap.”
“Okey.”
Kihee memang dah ke laut. Rasanya kalau Iyyad cakap apa pun sekarang ni, dia
memang tak dengar. Kalaulah Iyyad ajak dia kahwin sekarang ni, besar
kemungkinan dia akan jawab okey.
“Haa
tidurlah. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”
Panggilan ditamatkan. Eh? Baru dia perasan ada notification dari Facebook.
Aplikasi
Facebook dibuka. Message Notification. Ohemgee ohemgee!
Hey thanks miss Kiesha.
Okelah jambu at least tak sombong. Jumpe kat
fac tak tegur pun :p
Terus Kihee
tutup muka dengan bantal. Haaa malu ni malu! Nak reply ke? Kalau tak reply,
nanti Luth cakap dia sombong. Tapi kalau reply pun dia nak cakap apa?
Hahahaha! Manede sombong.
Org yg ckp tu pun manede tegur pun :p
Laju sahaja
jarinya menaip di atas papan kekunci. Oke sent. Tak sampai seminit, pop-out
chat dari Luth muncul.
Segan. Takut ada org tak layan.
Kihee dah
blushing. Eh eh ada orang tu tadi kata mengantuk. Dapat mesej dari crush terus
tak mengantuk, eyh? Hamboii..
Eh, hello
Nurul Kiesha ! Apa kau berangan sampai ke laut ni? Tadi bukan ke kata nak
tidur? Bukan ke tadi macam mengantuk sangat sampai Iyyad called pun kau buat
layan-tak-layan? Sejak bila pandai beralih arah ni?
Aaaaaaa !!
Tak !! Takdelah !! Manede beralih arah. Tadi tu cuma fangirling moment je. Ulang
suara, fangirling moment. Fangirling. Moment. Period.
******
Dia
melajukan langkahnya. Haa.. lambat dah. Lambat dah niiii… Itulah, siapa suruh
tidur tadi? Sekarang dah lambat, padan muka aku. Ish!
“Hai,
assalamualaikum.” Kihee terus duduk berhadapan dengan Iyyad. Nafasnya
turun-naik dengan laju. Mengah. “Sorry lambat.”
Iyyad
mengulum senyum. “Baru lima minitlah.” Dia faham sangat dah dengan perangai
Kihee yang memang punctual orangnya tu.
“So, what’s
up?” Kihee pandang Iyyad yang masih tersenyum tu. Eh, muka aku ni ada macam
tengah buat lawak ke? “Apasal awak senyum je ni?”
“Salah ke?”
“Tak. Tak
salah.” Jeda. “Pelik sikitlah.”
Iyyad
genggam kedua belah tangan di atas meja. “Kihee.. Jom..” Dia berdeham kecil.
“Jom kita kahwin. Nak?”
Mata Kihee
dah terkebil-kebil pandang Iyyad. “Awak datang sini all the way from Melaka,
semata-mata nak cakap tu je?” Apa Iyyad ni ingat Melaka-Kuantan dekat ke?
“Awak expect
saya cakap by phone je ke?” Iyyad dah pelik. Kihee ni dengar ke tak apa yang
dia cakap tadi?
Kihee geleng
kepala. “Awak datang dengan tangan kosong je ke?” Kihee pandang Iyyad.
"Nak cincin ke?"
“Saya bukannya nak mintak cincin tu sekarang tapi… takkan takde buah tangan untuk saya?”
"Nak cincin ke?"
“Saya bukannya nak mintak cincin tu sekarang tapi… takkan takde buah tangan untuk saya?”
“Saya..”
Iyyad garu belakang kepala. “Dulu awak jugak pernah pesan, tak payah bawak
apa-apa kalau nak datang singgah. Tak ke?”
Kihee
memandang ke atas. Apakenamalah aku dapat kawan mamat blur macam si Iyyad ni?
“Iyyad.. awak tak rasa benda ni special ke?”
“Rasa.”
Jeda. “Tapi ni macam pre-proposal lah.”
“Pre-proposal?”
Terjongket sedikit kening kiri Kihee. “Iyyad.. kenapa macam tiba-tiba sangat
ni? Ada benda yang awak tak bagitahu saya ke?”
“Saya memang
dah lama sebenarnya nak cakap benda ni dekat awak. Cuma masanya belum sesuai.”
“Sekarang
ni, sesuai lah?”
Iyyad angkat
bahu. Dia tunduk menekur permukaan meja.
Kihee hela
nafas panjang. “Iyyad.. saya bukan nak tolak lamaran awak tapi kepala saya
tengah tak berapa nak center sekarang ni. Banyak benda yang saya kena fikir.”
Jeda. “Saya tak boleh terus nak cakap yes, sebab saya masih anak kepada mama
dan babah saya. Saya kena tanya dia orang dulu.”
“Saya
faham.”
“Kalau takde
apa-apa.. saya balik dulu?”
“Tak nak
minum dulu ke?” Baru dia perasan Kihee belum pun pesan apa-apa.
Kihee geleng
kepala. “Takpelah.” Dia sangkutkan sling bag ke bahu kiri. “Awak terus balik
Melaka ke ni?”
“Ha ah.”
“Okey. Drive
elok-elok nanti dah sampai bagitahu.” Kihee bangun dari kerusinya.
“Assalamualaikum.”
******
“Ohemgeeee
!! He proposed ?!” Tasha tak percaya. “Kau cakap yes tak?”
Kihee
memandang ke atas. Dia agak dah, si Tasha ni mesti excited gila kalau dengar
berita ni. “Tak.”
Membulat
mata Tasha pandang Kihee. “Kau ni dah kenapa?”
“Kenapa
apa?”
“Iyyad ajak
kahwin. Kau jawab no? Kau ni dah hilang akal ke?” Tasha tak puas hati. Dia baru
nak berangan jadi pengapit Kihee.
“Sebab aku
belum hilang akallah aku cakap no.” Kihee bangun dari duduknya. Dia bersandar
pada birai meja. “Banyak lagi benda yang aku belum capai, Tash.”
“Benda tu
semua boleh buat lepas kahwin nanti. Kan?”
Kihee geleng
kepala. “Kau tahu tak, berapa puluh ribu dah mama dengan babah habiskan untuk tanggung
aku belajar? Tu belum masuk kereta.. duit belanja bulan-bulan. Banyak sangat
Tash. Takkanlah aku senang-senang nak cakap yes?”
“Habis tu,
kau sanggup ketepikan Iyyad?”
“Bukan
ketepikan. Tapi aku dahulukan mana yang lebih penting. Mama dengan babah yang
tanggung makan-pakai aku selama ni. Takkan aku nak belakangkan dia orang bila
masuk bab ni? Mestilah aku nak kena duduk semeja berbincang dengan dia orang.”
“Kesian
Iyyad.”
“Lagi kesian
dekat aku.” Kihee mencebik.
“Kau yang
cari penyakit, okey.”
“Aku tahulah
kahwin tu benda baik. Tapi kau fikir tak, macam mana kita orang nak hidup lepas
ni? Masing-masing bukannya ada duit. Iyyad tu, bergantung dengan duit scholar.
Aku ni haa bergantung duit mama dengan babah. Kalau kahwin nanti, macam mana?”
“Rezeki tu
kan, Allah bagi.”
“Memanglah
Allah bagi.” Kihee tarik nafas dalam-dalam. Macam mana nak cakap eyh dekat si
Tasha ni? “Okey, look.” Jeda. “Aku nak Iyyad tunaikan tanggungjawab dia sebagai
seorang anak dulu. Biar dia bahagiakan keluarga dia dulu.. lepas tu baru fikir
fasal nak melamar aku ke apa.”
“Kau ada
cakap macam tu dekat dia?”
“Takde.”
Tasha tepuk
dahi. “Kalau kau tak bagitau, macam mana dia nak tahu?”
Kihee angkat
bahu. “Kita orang kawan dah lama. Kalau betul dia kenal aku, dia akan tahu kenapa
aku buat semua ni.”
“Kalau dia
salah faham macam mana?”
“He won’t.”
“Kau yakin?”
Kihee
menarik senyum segaris. “Dengan sepenuh hati.”
******
“Kiesha!”
Dia terus
menoleh pandang. Mata tercari-cari gerangan empunya suara. Automatik bibirnya menarik
senyum apabila terpandangkan jejaka berkemeja hitam itu.
“Hai.”
Kihee
mengangkat bahu. “Hai.”
“Sorang je?
Dari mana ni?”
“Library.”
Dia menunding ke jari ibunya ke belakang. Tak ke obvious dia baru keluar dari
library tadi?
“Nak
breakfast tak?”
Kihee geleng
kepala. “Ada kelas pukul 10.30.”
“Ohhh..
takpelah kalau macam tu.”
“Gerak dulu,
eyh.” Pamit Kihee. Jejaka tadi hanya menanggukkan kepala. Lambat-lambat Kihee
mengatur langkah ke lif.
“Kiesha.”
Dia berhenti
melangkah. “Nak apa lagi, Luth?”
Luth
tergelak kecil. “Lunch?”
Kihee geleng
kepala.
“Dinner?”
“You’re not
supposed to ask some random girl out, Luth.”
“You’re not
some random girl, Kiesha.”
Kihee
betulkan buku di tangan kiri. “Saya ada kelas ni, Luth.”
“Okey.”
“Boleh saya
gerak?”
“Mungkin
lain kali?”
Kihee geleng
kepala. “Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Kihee terus berjalan meninggalkan
Luth.
Seriously,
Kihee? Kau baru tolak ajakan Luth? Luth yang kononnya crush kau tu? Kau tolak
dia?
Dua hati
yang dah bersatu, tak mungkin dapat dipisahkan. Lambat-lambat Kihee menarik
senyum. Di hati dia cuma ada Iyyad. Ya, hanya Iyyad.
Jadi dia tak
perlu lukakan hati sesiapa semata-mata nak ikutkan sangat hati ni. Memang..
memang Luth itu crush dia selama tiga tahun ni. Tapi tu cuma sekadar crush.
Perasaan suka tu boleh hilang sekelip mata bila-bila dia nak.
Kalau
betullah jodohnya dengan Iyyad, dia tak perlu takut dengan apa yang dia buat
sekarang ni. Dia yakin dengan setiap kententuan Allah. Allah dah karang baik
setiap aturcara hidupnya. Dan dia, takde hak untuk menafikan setiap yang
tertulis.
Kan?
THE END
*Oke dah bayar hutang singgit kat Kihee. Yay!
aaaaa... come onnn..
ReplyDeletetakkan ending cengini jer kot!
tak menepati piawaian hati!
MORE PLEASEEEE! hehehe
Thank you, dear.
ReplyDeleteInfinity of hugs and kisses. =D
akak, taknak sambung ke ??
ReplyDeletesimple but nice! =)
ReplyDeleteakak nak jugakkk,,
ReplyDeleteni dh 2nd request ni,,
amsya
Bulan hijau bila nak sambung eva? :(
ReplyDeletesantai aje...
ReplyDeleteokay sy suka part last dia x layan luth tue. niceeee !
ReplyDeletesweet sikit. hehee. should have read this masa tension haritue ;p
-haikadove
The And!!!! . . . hadooiiii memang tak puas hadi la dek !!!! part 2 please!!! tq .tq . tq . .tq . . .
ReplyDeleteini nice. x tipikal. realistik. hoyeahhh.
ReplyDeleteakak, bila nak update blog ? :O
ReplyDeleteakak bulang, give Luth tu me can ah?
ReplyDeletehahahahaha :D
seperti biasa, kau la pemain kata terhebat hiks
*dah lama tak berblog walking gini
peace :)