Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Saturday, August 22, 2009

color 5

Keadaan dekat tadika tu bising. Biasalah, budak-budak tu mana reti duduk diam. Ain pulak sibuk sediakan lunch dekat dapur.

"Ain, ada orang nak jumpa" ujar Kak Ima

"Siapa?"

angkat bahu "But he's kinda cute"

Huh?? "Cute?? Disaster"

Ain letak senduk tepi kuali. Erm, siapa yang menyemak time lunch ni??

"Cikgu, ada abang handsome bagi ni" tunjuk Mimi

Ain kerut dahi je bila tengok ada teddy bear besar dalam pelukan Mimi. Siapa yang murah hati sangat ni??

"Mana abang tu?" tanya Ain

"Dekat luar" tunjuk Mimi

angguk "Pergi masuk, enjoy your lunch" ujar Ain

"Cikgu, this teddy nak letak mana?"

"Suruh Cikgu Ima simpan"

********

Dah naik lenguh kaki tunggu depan tadika ni, si Ain tetap tak muncul-muncul lagi.

"Abang Iqram?" Ain pelik

Iqram pusing belakang.

"Kenapa? Macam nampak hantu je?" giat Iqram

sepak kaki Iqram "Asal lepas 2 bulan baru nak muncul?" marah Ain

gelak "Abang banyak kerja lah, meeting sana-sini"

"Mak Lang dengan Pak Lang sihat?" Ain tukar topic

"Alhamdulillah.. Diorang tanya, bila nak datang rumah?"

sengih "Tunggu cutilah"

"Dah lunch?"

geleng "Puasa"

"Ganti ke?"

Muka Ain dah merah. Aiyoyo~ gila straight soalan...

"Sunatlah..."

mencebik "Sejak bila Cik Ain Natasya rajin puasa sunat ni?"

"Abang Iqram, you're so dead la"

Dan Iqram terus gelak sakan sampai naik merah muka. Ain dah macam nak meletup je bila tengok Iqram macam tu.

*******

"Siapa tu, Nek Wan?" tanya Iqram

"Daniel. Dia sewa bilik atas tu"

kerut kening "Bilik yang selalu Iqram duduk tu ke?"

"A'ah, kesian Nek Wan tengok dia. Lagipun, dia tu kejap je dekat sini"

Iqram pandang Daniel macam nak tembus je dari tadi. Daniel pun dah naik berasap. Apa kes mamat ni??

"Ain mana?" tanya Nek Wan

"Rumah Dekna"

"Suruh dia balik, Tok Wan dah nak balik tu" arah Nek Wan

Iqram angguk je. PDA dikeluarkan lalu laju sahaja jari menekan mesej...... dan sent.

********

"Abang Iqram dekat sini berapa lama?" tanya Ain

Iqram yang telah tengok TV, terus kalih pandang.

"Sampai esok petang"

"Laaa... kejapnya. Kenapa tak singgah lama-lama?"

"Abang datang sini ada kerja, bukannya saje lepak-lepak"

mendengus "I'm off"

Ain terus masuk bilik. Baru ingat nak rasa ada abang kejap. Ada abang pun, macam tak wujud je. Entah-entah dia pun lupa aku ni adik dia kot.

"Ain.. bukaklah pintu ni" pujuk Iqram

Ain diam kalah statue. Anggap je yang aku dah tidur.

"Ain, tak kesian ke dekat Abang?"

Anggap je aku dah tidur. Zzzzz...

"Ain, Abang ada good news ni" pancing Iqram

Tak dengar pape pun...

"Ain, semalam Afiq call Abang"

satu saat, dua saat, tiga saat...

"Abang Afiq cakap apa?" Ain terus bukak pintu

sengih "Dia cakap tahun ni, dia raya sini"

"Sini?? Dengan kita?" Ain tak percaya

angguk "Dia raya Malaysia, dengan kita"

"Mesti raya kita lagi best kan" Ain excited

Iqram suka tengok Ain gembira macam tu tapi kalau Ain tahu hakikat sebenar, Ain akan happy ke?? Abang Ain; Syazwan Afiq just abang pada nama, reality?? Macam outsider.

*******

"Siapa mamat yang baru balik tu?" tanya Daniel

Huh?? "Cousin aku"

"Dia.Suka.Kau" ujar Daniel

Apa the hell ni?? "Gila"

"Siapa Afiq?" tanya Daniel

"Abang aku. My biological bro"

"Yang duduk Texas tu?"

Ain angguk je. Malas pulak nak layan mamat senteng ni.

"Esok kau free?"

"Tak"

"Aku tahu kau free"

Ain dah rasa macam nak hempuk je si senteng ni. Dah tahu lagi mahu tanya ke??

"Kenapa?" Ain malas

"Teman aku pergi pekan. Nak cari barang sikit"

angkat kening "Kau ingat budak 5 tahun ke, nak berteman bagai?"

"Please...."

"Kau nak cari apa ni?"

"Broadband. Payahlah aku nak buat kerja takde benda tu"

angkat kening "Kau ingat rumah ni kuno gila ke? Ada je streamyx dekat bilik bawah tu"

sengih "Heh... ada ke? Tak pernah tahu pun"

Ain rasa nak double hempuk kepala si senteng ni. Ingat kampung kuno ke?? Tok Wan siap pasang streamyx tahu tak sebab nak menyenangkan kerja cucu dia ni.

"So, aku bolehlah guna?" Daniel buat muka tak malu

angkat kening "Kau bayar sewa bilik berapa sebulan?"

"RM80"

angguk "Kau boleh guna"

"Sure?" Daniel excited

angguk "Kau bayar double, baru kau boleh guna"

Cets.. Hampeh~ "Gila kejam"

"Nak ke taknak ni?"

"Hailo, aku bayar"

sengih "Tapi baki RM80 tu, kau bayar dekat aku lah"

Daniel angguk je. Budak Ain ni memang cekik darahlah. Bagi guna free je tak boleh ke? Kedekut kalah Hj Bakhil betul.

******

"Daniel, panggil Ain makan" suruh Nek Wan

Daniel angguk je. Makcik ni kan, kalah princess tahu tak?? Setiap kali time makan, aku pulak jadi tukang panggil. Besar sangat ke mandat?

"Weyh, turun makan" panggil Daniel

"Makan dulu, kejap lagi aku turun" jerit Ain dari dalam bilik

Daniel angkat bahu lalu dia terus turun bawah. Perut pun dah main lagu hardcore ni. Lapar gilos!!

"Haa.. mana Ain?" tanya Nek Wan

"Dia suruh makan dulu"

8 minit kemudian..

Ain tarik kerusi depan Daniel. Ain pelik je bila Nek Wan dengan Tok Wan pandang macam nak telan. Aku ada buat salah ke??

"Ain..." panggil Tok Wan

Ain angkat kepala.

"Kenapa suruh Daniel bayar double duit sewa?" tanya Tok Wan

Ain pandang Daniel. Daniel tayang sengih je. Kurang asam keping betul si senteng ni!!

"Dia cakap nak guna streamyx bilik bawah tu"

"Lepas tu, nak suruh dia bayar buat apa?" tanya Nek Wan

tarik nafas "Dah dia yang guna, dia lah yang kena bayar" Ain taknak kalah

"Ain, Tok Wan dengan Nek Wan tak pernah ajar Ain jadi berkira macam ni" ujar Tok Wan

"Kalau nak ikut berkira Tok Wan, segala macam barang electric dekat rumah ni, Ain yang kena bayar. Ain je yang guna benda-benda tu" sambung Tok Wan

Ain dah sebak. Apa kes Tok Wan ni?? Nak menangkan outsider dari cucu sendiri.

"Ain dah sudah"

"Haa... baru tegur sikit, dah merajuk" Tok Wan bengang

Ain buat bodoh. Langkah diatur laju-laju naik bilik. Daniel pandang Ain, rasa bersalah pulak dekat Ain.

"Daniel dah sudah" ujar Daniel

*******

Pintu bilik Ain diketuk perlahan. Agak-agak Ain nak bukak tak??

"Ain..." panggil Daniel

Senyap.

"Ain, sorry" ujar Daniel

"Go. Away" marah Ain

"Ain, sorry lah. Aku tak tahu pulak Tok Wan nak sound kau macam tu" pujuk Daniel

"Blah la"

"Ain.."

Tak sempat Daniel nak habiskan ayat, pintu bilik Ain dibuka dari dalam.

"Kau boleh berambus tak?!" Sembur Ain

"Ain, aku..."

"Kau tahu tak, since kau datang sini, hidup aku macam disaster?!" potong Ain

"Sorry.." ujar Daniel

"Sebelum aku mengamuk, baik kau blah" arah Ain

"Ain, aku..."

"Berambuslah" jerkah Ain

Pintu bilik terus dihempas kuat. Nasib baik Daniel sempat berganjak, kalau tak, memang kemeklah hidung.

"Ain, aku minta maaf sangat-sangat" ujar Daniel

Ain dalam bilik terus senyap.

"Aku tahu kau benci aku, tak payah cakap pun, aku dah perasan. Jangan risau, sebelum kita sambut raya, aku janji aku akan keluar dari rumah ni" sambung Daniel

Ain tetap senyap.

"Last word. Sorry"

Lepas tu, Daniel terus pergi. Ain dengar bunyi pintu bilik sebelah ditutup. Kenapa aku macam kejam sangat??

15 comments:

  1. cantek la ko kak petang neh!
    syg lebih2

    ReplyDelete
  2. ngeee..
    sedih la plak?
    afiq bkn abg kandung ain..?
    huhu..
    si iqram nieh syok kat ain ek..
    dusss...
    sian lak kat daniel.,,tp kuat ngadu t0l pakcik tuh..
    haila2..
    smbung2..

    ReplyDelete
  3. nape kejam sgt?
    samnbung lagi yer..

    ReplyDelete
  4. ain,,marah sangat ke kat daniel?
    daniel..pujuk cik ain tu cepat..

    ReplyDelete
  5. haha aku gelak je masa daniel bgtau ain yg iqram suka ain. weird? i knoww haih haha
    ala part yg daniel kata sorry tu mcm sayu je haha
    ain ni betullah iron lady. heroin kau yg lain x de pun sampai nak tinggi2 suara, tp ain woah. coolio :D

    ReplyDelete
  6. huhuhuhu
    syiaaan nye kt daniel..

    ReplyDelete
  7. alorrrrr.
    daniel nak pergi before raya.
    asal nampak macam sedih sgt.
    daniel just nak gurau die tak tao pon tok wan sound mcm tu sekali.
    ain jgn kejam sgt.sian daniel
    -na'dz

    ReplyDelete
  8. ntah npe ku rs sdey bc part last nih..huhuhu..
    smbg2..besh bangat =)

    ReplyDelete
  9. npe ain kejam sgt..
    cian jgk kat daniel even kengkadang tue die kejam jgk..

    ReplyDelete
  10. ain asal jumpa ngan daniel jer mesti nak gado2...

    giler punyer kejam jer ain tu kat daniel. daniel tu pun satu suka sgt ngadu kat tok wan n nek wan.
    macam dier yg jadi cucu kat tok wan tuh! hahaha...

    mesti ada sebab ain jadi cam gitu kan!

    ReplyDelete
  11. aaa~
    kijam nye..
    ain cayang kat danielya..
    tu yg marah2..
    jd pembuli je kejenye..

    ReplyDelete
  12. daniel tu ckit2 mengadu..
    mcm pompuan daa~
    tok wan plak lg mau ungkit psl brg letrik tu..
    ain mesti sedey..
    sbb tok wan menangkn disaster..h0h0

    ReplyDelete
  13. mula2 gaduh, benci, lepas tu cinta, sayang..................hehehe.........

    ReplyDelete
  14. oh no!
    wat hapen? alahaiii dua2 ni ego la pulak

    ReplyDelete