Isnin datang lagi. Rata-rata students sedang menghidap syndrome ‘Monday Blues’ termasuklah manusia yang tengah syok bergolek-golek di atas katil single tu. Wye berpusing ke kanan dan ke kiri, mata yang sudah elok terbuka di paksa supaya pejam semula. Aaaargghh!! Malas nak pergi kelas!
Dee yang baru balik dari bilik air hanya membiarkan Wye. Angin malas dah datanglah tu! Langkah di atur ke meja study lalu suis seterika di on-kan. Baju kurung cotton berbunga biru di hampar di atas katil.
“wye, buat-buatlah bangun. Ada kelas pukul 8.30 lah” tegur Dee tanpa mengangkat kepala
Wye manarik bantal menutup mukanya. Taknak bangun, taknak pergi kelas! “Aaaaa.. malaaas..” rengek Wye disebalik bantal
Dee menggeleng perlahan. Dari semalam lagi, bila di ajak pulang ke kolej, Wye menarik muncung. “Mana baju nak pakai? Meh aku gosokkan” pelawa Dee. Mana taknya, semalam mereka sampai tepat jam 11 malam. Sampai je bilik, masing-masing terus gol.
Wye menunjuk ke arah lockernya “Ambil jelah yang mana-mana..” jawab Wye malas
Selesai mengantung baju kurung yang siap di gosok di penyidai, Dee berjalan menuju ke locker milik Wye. Pintu locker dibuka, cekap tangannya memilih baju kurung buat Wye. Baju kurung cotton warna peach bercorak payung diambil, tudung senada yang terletak di dalam laci juga ditarik keluar.
Wye bangun dari baringnya, malas-malas tangan melipat comforter lalu diletak elok di hujung katil. Bantal kepala ditepuk perlahan, lalu diletak betul-betul di kepala katil. Handphone di atas meja study di capai.
Dee mengangkat kepala apabila mendengar keluhan kecil dari Wye. “Kenapa ni?” tanya Dee
Wye menggeleng perlahan “Takde pape” jawab Wye pendek. Ya Rabbi, serabutnya otak bila usha handphone takde mesej dari Aiman! Sebelum perang hari tu, setiap pagi Aiman akan hantar mesej ‘Selamat pagi wahai Nurul Yisha =)’ tapi hari ni dengan semalam, Aiman tak bagi pape pun. Sedihnya!
“Aiman takde bagi mesej ek?” tembak Dee sambil tersengih
Wye mengembungkan pipinya sambil nafas berat dilepas “Takde. Elek. Nil” jawab Wye malas-malas
Dee gantung baju kurung yang siap di iron. “Cuba kau call dia” Dee bagi cadangan
Wye mencebik “Banyak kali dah, tapi dia reject!” sungut Wye sambil tangannya cekap menegangkan cadar katil. Aiman tu kalau datang angin mengada dia, memang parah!
Tuala di penyangkut di tarik kasar, habis terpelanting hanger hitam itu. Ah, pergi mandi lagi bagus dari fikir pasal Aiman tu! Wye terus keluar dari bilik tanpa sebarang kata dan Dee hanya mampu menggeleng perlahan. Haaaii.. macam-macam hal lah!
*****
Wye dan Dee sampai betul-betul di depan lift jam 8.15 pagi. Urghh.. sesaknya! Ni lah padahnya kalau pergi kelas lambat, terpaksa bersesak-sesak dengan manusia. Tu tak termasuk dengan pelbagai haruman semula jadi lagi. Boleh pengsan wa cakap lu!
“Hai leng lui” tegur satu suara di belakang Wye
Eh, ada pulak sesat mamat cina dalam U ni? Wye buat tak layan. Mamat tu panggil ‘hai leng lui’ bukannya ‘hai wye’, jadi buat tak tahu sudah!
Wye rasa bahunya dicuit dari arah belakang. Eh, Apek ni main cuit-cuit pulak! Rasa macam nak dilibas dengan buku setebal dua inci dekat Apek sesat tu.
Wye berpusing 180˚ apabila backpacknya ditarik dari arah belakang. Tak boleh jadi ni, main kasar pulak! Elok je nampak muka JD betul-betul di belakangnya, Wye terus tarik senyum. Refleks okey!
JD tarik sengih “Hai leng lui” tegur JD buat kali kedua
Wye angkat kening Ziana Zain “Do you expect me to call you ‘leng chai’?” perli Wye
JD tergelak perlahan. “i take that as a compliment” jawapan JD tak mengikut skema jawapan. Wahai lift, tolonglah sampai lambat!
Wye buat muka menyampah “Rolling eyes” monotone Wye menjawab tanpa menghiraukan pandangan tajam dari Adam. Cucuk mata tu baru tahu!
“Yo, Wye” tegur satu suara dari arah kiri
Ohho.. terasa diriku begitu berharga! Apa barang, pagi ni semua orang nak tegur aku? Thalassemia ke hape? Wye berpusing ke kiri. Oh, Aqif rupanya!
Wye menarik senyum “Aqif my dear, what’s up?” tegur Wye ramah. “Hai Amir my darling sweetheart” sambung Wye lagi. Amir dah tersipu-sipu macam kucing siam. Menyampah mak tengok!
JD dah berbulu. Si Aqif tu dia panggil ‘Aqif my dear’? “Wye, hari ni lunch sama?” ajak JD memotong perbualan rancak Wye dan Aqif
Wye mengalih pandang “Kau cakap apa?” tanya Wye sambil mengerut kening. Heh, pantang betul ada orang mencelah tiba-tiba.
Belum sempat JD nak bukak mulut ada seorang gadis menegur JD “Good morning, my dear JD” tegur gadis berambut highlight blonde itu
JD tarik senyum terpaksa “Good morning, Lisa” tegur JD terpaksa. Alah, semak je Lisa ni!
Ohhh.. gadis berambut highlight blonde tu nama dia ‘Lisa’. Nama penuh? Entahlah, tak sempat nak tanya pulak.
JD kembali memandang Wye “Lunch sama ek?” ajak JD lagi sekali
Wye diam. Lunch sama? Belum sempat Wye nak bukak mulut, Aqif dah tarik bagnya. “Eh jom, lift dah sampai” celah Aqif sambil tangannya menarik bag Wye.
JD frust. Rasa macam nak tumbuk je muka si Aqif sengal tu. Penyibuk! Adam di sebelah di jeling sekilas. Ek eleh, boleh pulak kau buat muka mintak penampar macam tu?!
“JD, kita lunch sama ye hari ni” ajak Lisa manja
JD menggaru pelipis mencari idea. Ahha! “Aisey man!” ujar JD sambil menepuk dahinya. “Aku puasa ganti hari ni” sambung JD slumber
Lisa mencebik manja “Alaaaaaaaaaaa..”
JD menjeling Adam disebelah yang seronok tengah gelakkan dia sekarang ni “Kau ajak Adam, dia free hari ni”
Membulat mata Adam bila JD tiba-tiba meninggalkan dia berdua dengan Lisa. Ah, sudah! Adam nampak Lisa yang dah tersengih-sengih di sebelahnya. Erk?
Lengan Adam dicuit perlahan “You teman I lunch ek hari ni?” ajak Lisa
Hareeeeeeeeemm punya JD! Adam buat tak dengar je. Kepala tak boleh nak fikir alasan logic. Pfffttt! Wahai lift, cepatlah datang.. Elok sahaja lift dihadapannya terbuka, Adam terus menyusup masuk ke dalam lift tanpa menghiraukan Lisa.
Lisa menghentak kaki manja “Adammm..!!” panggil Lisa geram
Adam mengangkat tangan kanan separa kepala lalu cekap jarinya membuat symbol ‘peace’. Being a jerk isn’t a crime. HAHA.
*****
Zap! Zap! Helaian test pad diselak dari depan ke belakang. 4 kepala masih tekun menekur pada helaian test pad yang berselirat dengan pelbagai tulisan, formula dan litar.
Mulut Wye terkumat-kamit menghafal formula. HAHA.. inilah padahnya kalau tak buat revision, bila class representative cakap ‘Weyh, hari ni ada quiz. 20 marks punya soalan’ barulah macam badak cari lumpur. Menggelabah!
Buku di hadapan Wye diketuk perlahan. “Hari ni kita lunch sama ek? Aku belanja kau makan KFC” ujar Aqif sejurus Wye mengangkat kepala.
Wye menggerakkan jari telunjuknya ke kanan dan ke kiri. “No. No. No. Aku nak makan nasi” Wye demand
Belum sempat Aqif mahu membuka mulut, ada suara sumbang yang memanggil mereka berempat “Woii, masuk kelaslah lecturer dah sampai” panggil Hadi si class-rep
Wye mengemas barang-barangnya ala kadar. Pencil case hanya dipegang sementara buku nota dimasukkan rakus ke dalam bag. “Jom, Dee” ajak Wye
15 minit kemudian..
Fuhhh.. lega rasanya dah habis quiz. Yay! “Okay, pukul 9 boleh dismiss” ujar Puan Huda
20 pasang mata di dalam kelas tu membulat mendengar arahan Puan Huda. Biar betik?! Puan Huda dah agak dah reaksi terkejut-tapi-suka tu. “Tapi kita ada class ganti on Friday at 10” jelas Puan Huda
“Alaaaaaaaaaa..” itulah reaksi 20 pelajar dalam kelas itu. Siapa yang suka kelas ganti? Hanya manusia yang ‘suka belajar’ je yang suka. HAHA..
Puan Huda menarik senyum “Apa ‘alaaaa..’? Sepatutnya you all kena cakap ‘Alhamdulillah, thanks Madame bagi kitorang extra kelas’” ujar Puan Huda
Thanks bagi extra kelas? Yeah, right. Terima kasih banyak-banyak sebab memusnahkan segala plan nak pujuk si Aiman yang tengah merajuk tu. Rungut Wye dalam hati
“Madame, hari lain tak boleh ke?” tanya Hadi si Class-Rep
Wye dah berdoa dalam hati, please say ‘CAN’. Tak kisahlah nak ganti malam ke lunch hour ke, janji jangan kacau hari Jumaat.
Puan Huda mengetuk dagu. Hmmm.. “Hari apa you all free?” tanya Puan Huda. Kalau buat extra class hari yang diorang taknak, satgi tak ramai pulak yang datang.
“Rabu petang”
“Khamis pagi before 10”
“Petang ni pun free” jawab Wye slumber
Jawapan Wye membuatkan semua kepala tertoleh kepadanya. Wye buat muka innocent. Betul apa petang ni free, sepatutnya ada kelas Digital tapi dah cancel.
Puan Huda memandang muka cemberut 20 studentsnya. “So, petang ni boleh?”
“No way”
“Tak boleh”
“Boleh-boleh” jawab Wye laju
Dan sekali lagi mereka memandang Wye macam nak telan. What the heck?! Buat petang ni pun okay apa, lagi senang.
Puan Huda mula mengemas barang-barangnya “You all bincang dulu. Bila dah decide, bagitahu saya” putus Puan Huda sambil tangan kirinya cekap memasukkan segala barang ke dalam bag.
Kelas tadi gamat selepas kelibat Puan Huda hilang dari pandangan. Hadi terus berdiri di depan kelas “Okay, kita nak kelas hari apa?” tanya Hadi cool sambil tangannya menyikat rambut.
“Hari ni” ujar Wye cepat-cepat
Hadi menjungkitkan keningnya “Apa hikmahnya kalau buat kelas hari ni?” tanya Hadi poyo
Wye diam sejenak. “Petang ni semua orang free kan? Alang-alang dah free, baik buat kelas je. Lagipun, benda ni kita dah belajar dulu, so ni big deal pun” jawab Wye panjang lebar
Hadi memandang muka yang lain “So? Any objection?”
Yang lain hanya diam seolah setuju dengan idea Wye. Tak kisahlah hari apa pun, kalau malas sangat, tak payah pergi, habis cerita!
*****
Wye berjalan malas-malas menuruni tangga. Haish, inilah padahnya kalau kelas habis masa peek hour, semua lift penuh! Wye dengar ada orang berlari menuruni tangga lalu Wye beralih ke kiri sikit.
“Wye, lajunya turun” tegur satu suara
Wye mengalih pandang. JD ni, ada je dekat mana-mana macam superman. HAHA “Nak makanlah, kenalah jalan laju-laju” jawab Wye tanpa selindung.
Perut dah main pelbagai lagu je ni. Pagi tadi sempat capai air kotak je sebelum pergi kelas. Dan sekarang dah pukul 12.30 tengah hari, perut sangat lapar!
“Kelas apa tadi?” tanya JD nak beramah-mesra
Wye hembus nafas kasar. Haish, aku tengah lapar ni, janganlah tanya soalan entah pape. “Circuit” jawab Wye pendek
Dee yang berada di belakang Wye dah rasa tak sedap badan. Si JD ni pun, ada jugak kena pelempang Jepun dengan si Wye. Backpack JD ditarik perlahan “Jangan kacau, dia tengah lapar tu” bisik Dee perlahan apabila JD menoleh ke arahnya.
Wye buat tak layan dengan apa yang Dee cakap. Langkah diatur laju menuruni anak tangga. Haish, bilalah nak sampai bawah ni?
“Dee, lunch sama jom?” ajak JD
Dee dah terkulat-kulat. Aloh, nak cakap ‘yes’ nanti kena pelangkung dengan Wye pulak. Lagipun, ada Adam, mestilah lagi Wye marah. Dee garu kepala yang tak gatal “Lain kali kot, kitorang nak pergi makan KFC dengan Aqif” ujar Dee
“Oh” itu je yang mampu keluar dari mulut JD. Aqif lagi? Asyik-asyik Aqif! Semak!
Wye hanya diam, tak membantah pun apa yang keluar dari mulut Dee. Perjalanan mereka ke tingkat bawah hanya hening tanpa suara. Adam memang tak ambil port langsung dari tadi, cukuplah sekadar diam.
JD rasa nak ketuk kepala sendiri. Sepatutnya dari hari tu lagi mintak number phone Wye, tapi disebabkan segan punya pasal, terus sahaja dilupakan hajat yang satu itu. Kalau nak mintak sekarang boleh tak?
“Eh, Dee. Aku nak number phone kau, boleh?” pertanyaan JD memecahkan sunyi
Berkerut kening Dee. Huh? “Nak buat apa?”
JD tayang sengih “Saje. Mana tau, boring-boring boleh ajak lepak minum teh tarik” JD cipta alasan tak munasabah. Ada ke nak lepak kedai mamak dengan anak dara orang?
“Oh. 019-44 56 687” sebut Dee lambat-lambat
Cekap JD memasukkan number tersebut ke dalam BlackBerry. “Lawa number” puji JD ikhlas
Dee tergelak kecil “Wye punya lagi lawa” ujar Dee tanpa sedar “terbalikkan number belakang je” Sambung Dee lagi.
Membulat mata Wye memandang Dee dibelakangnya. What the heck?! Dee dah terasa peluh jantan membasahi muka. Oppss.. terlepas pulak!
JD cuba recall balik apa yang Dee cakap. Apa tadi? Terbalikkan number belakang je? Maka number phone Wye, 019-44 56 678 lah? Yaaaaaaaaahoooo!!
******
Tray yang berisi 2 set snack plate ditatang penuh cermat. Wye yang berjalan di sebelah macam orang takde jiwa dijeling sekilas. Apahal pulak ni? Ingatkan dah belanja makan, bolehlah tarik senyum sikit.
“Kau okay ke ni?” tanya Aqif prihatin
Wye yang sedang menarik kerusi berhadapan dengan Aqif hanya menganggukkan kepala. Okay kot.
“Taknak cerita dekat aku?” tanya Aqif lagi
Wye mengangkat bahu “Takde benda nak cerita pun” jawab Wye malas
Hmm.. Nak cerita apa dekat Aqif? Takkan nak cerita ‘aku dengan Aiman gaduh, so aku tengah risau gila sebab dia tak reply or angkat call aku’ takpun cerita pasal ‘aku ingat aku nak buat surprise lah dekat Aiman, serbu dia dekat kolej’ takpun boleh ke nak cerita pasal ‘tadi Dee terlepas cakap number phone aku dekat JD and now I’m so pissed off’. Tak ke macam budak-budak je kalau dia cerita benda remeh-temeh macam tu dekat Aqif?
Aqif mengacau air Pepsi perlahan-lahan “Minggu ni kau free?” tanya Aqif perlahan
Wye yang dari tadi asyik memandang Dee dan Amir di kaunter mengalih pandang “Busy sikit” jawab Wye jujur. Okay, memang busy pun since agenda ‘memujuk’ Aiman masuk dalam to-do-list during weekends.
Berkerut dahi Aqif “Kita ada pape kerja ke nak kena hantar?” tanya Aqif pelik
Wye menggeleng perlahan “Personal stuff. Hal orang perempuan” Wye cuba mengelak. Alahai.. Dee dengan Amir ni pun, boleh pulak lama-lama dekat kaunter tu, order lunch ke tolong orang KFC tu masak dekat dapur?!
Aqif menyedut sedikit air Pepsi. Haus pulak tunggu budak berdua ni beli makanan. “Baru nak ajak kau tengok wayang” ujarnya Aqif sejurus air Pepsi menuruni tekak
“Oh” membulat mulut Wye.
Amir meletak kasar tray ke atas meja “Haish, buat kerja slow-mo betul budak tu” marah Amir
Wye mendongak memandang Amir “Kau ni apasal? Mengamuk tak tentu hala” tanya Wye pelik. Takde angin, takde ribut, mengamuk pulak si Amir ni.
Amir mendengus perlahan “Budak tu lah, aku order lain, lain pulak dia bagi” marah Amir tak habis lagi
Ohh.. biasalah tu. Setakat tersalah bagi order je pun. Heh, kecoh betullah si Amir ni! “Dah. Duduk. Makan” arah Wye satu-satu
Dee menarik kerusi di sebelah Wye manakala Amir menarik kerusi di sebelah Aqif. Amir mengangkat botol sos di depan mata. Botol sos tadi digoncang perlahan, heh, ini namanya inertia.
“Minggu ni ice-skating, nak?” ajak Amir
Dee menggeleng perlahan “Ada hal. Nak kena teman Wye pergi somewhere” jawab Dee
Amir memandang Wye “Kau nak pergi mana, Wye?” tanya Amir lagi
Wye berdehem mengosongkan tekak. Ehemm.. ehemm.. “Somewhere” jawab Wye masih mahu berselindung
Amir mengerut dahi “Somewhere tu pergi mana?” Amir dah masuk mode busy body.
“Johor” Jawab Wye pendek. Hah, kan dah terlepas!
Aqif pandang Wye dengan muka tak puas hati. Heh, tipu aku! Tadi cakap ada hal perempuan, now cakap nak pergi Johor pulak. Johor? Mesti nak pergi jumpa Aiman. Damn!
Dan itulah perkataan terakhir di antara mereka berempat. Diam, itulah situasi meja yang mereka duduki sekarang. Semuanya kerana perkataan ‘Johor’ itu.
*****
“Kenapa tipu aku?” tanya Aqif apabila mereka sampai di fakulti. Tak sempat nak balik ke kolej pun sebab pukul 2.30 petang nanti ada kelas ganti-Electronics.
Wye di sebelah hanya diam. Hmm.. benda paling aku tak suka adalah lintas jalan! Sesak betul jalan dalam UiTM ni tak kira masa, tak kira tempat.
Backpack Wye ditarik perlahan. Wye terdorong ke belakang sedikit “Nak apa ni?” tanya Wye geram
“Kenapa kau tipu aku?” tanya Aqif lagi sekali tapi dengan nada yang berbeza-marah.
Wye mengeluh perlahan. “Bila masa pulak aku tipu kau ni?” Wye buat-buat tak tahu. Bukannya dia tak faham, tapi memang sengaja buat-buat tak faham.
Wye yang baru hendak melangkah untuk melintas terhenti apabila backpacknya direntap dari belakang. Haish, main kasar pulak mamat ni!
Wye mendengus kuat lalu Wye memusingkan badannya menghadap Aqif. “Amende kau ni?!” Wye dah bengang.
Aqif pandang Wye macam nak telan. “Asal kau tipu aku pasal nak pergi Johor tu ha?! Kenapa tak terus terang je?!” sembur Aqif
Mencerun mata Wye memandang Aqif. Ek eleh, suka hati dia je nak marah aku depan public?! Ingat tengah shooting drama ‘Lion King’ ke tengah-tengah matahari menggelegak ni?! “Yang kau sibuk sangat ni, kenapa? Kau bukannya ada share dalam hidup aku” tempelak Wye geram. Hah, ambik kau, kena sembur sekali!
Tergamam Aqif mendengar kata-kata Wye. “Aku tau aku takde share dalam life kau, tapi aku kan still kawan kau” jawab Aqif sesal
Wye cuba mengawal pernafasan yang dari tak teratur “Yes, kau memang KAWAN aku dan kau kena jaga limit kau sebagai KAWAN aku” tekan Wye pada perkataan kawan
Aqif terus terdiam. Dia tak pernah nampak Wye mengamuk sampai macam ni sekali. Besar sangatkah kesalahannya sampaikan Wye naik marah sampai macam ni sekali?
“Ni semua sebab Aiman kan?” tanya Aqif perlahan
Wye mengerutkan keningnya. Apa kes masuk mode menyibuk-tepi-kain-orang ni? “Aiman takde kena-mengena pun dalam hal ni” dalih Wye
“Habis tu? Kau nak pergi Johor buat apa? Saja nak jalan-jalan tengok Danga Bay?!” tempelak Aqif
Wye mendengus kuat. “Suka hati aku lah nak pergi buat apa! Kau tak payah sibuk-sibuk, boleh tak? Aku rimaslah!” marah Wye.
Tanpa menghiraukan panggilan dari Aqif, Wye terus melintas meninggalkan Aiman. Panas betul hatinya bila ada orang menyebuk tak kena masa dan tempat macam tu. Jaga tepi kain sendiri sudahlah! Yang nak menyibuk jaga tepi kain orang lain tu buat apa?!
Aqif mengeluh. Wye, kau tak nampak ke yang aku ni ambil berat pasal kau? Takkan kau tak nampak yang aku ni sayang kau? Aku tahu, aku hanya kawan kau, tapi aku tak boleh halang hati aku untuk terus jatuh cinta pada kau.
Dan tanpa pengetahuan Wye mahupun Aqif, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Adakah dia terpaksa merebut Wye dari Aqif? Tak mungkin dia akan membiarkan Aqif menang! Ya, tak mungkin sama sekali!
best. =)
ReplyDeletecuma, scene aqif dgn wye gaduh tu, bulan mention nm aiman. sebenarnya aqif kan?
semoga wye b'jaya dgn misi memujuk aiman ;)
salam..cik bulan..ade typo lorh..aqif jd aiman
ReplyDeletehaha..JD..so cute!..puasa ganti!
ReplyDeletewalau sapa pun yang punya sepasang mata itu..don't be khuatir lah! Aqif sure dah OUT from the list dah tu..haha
Wye & Aiman..hemm..dah start kejar Aiman tu..
ok! cun...
wah....
ReplyDeletehbat penangan aiman smpai wye jd cm tu...
ade pe2 ke dorg nie??
hurm...
errr...yg part gdo2 kt bwh tu btween Wye ngn Aqil kn?tersalah tlis aiman rsanya..huhu
ReplyDeletesusah tul, kalau ramai peminat berani mati ni.............................apapun, akak follow...................
ReplyDeleteseronok2..
ReplyDeletemmg xley tahu sape laa dgn wye t..
btw miss bulanhijau..
da ksilapan typin laa..kat sentences akhir cmtuh..
name aqif ditulis dgn nme aiman.. :)
silap tain la bulan hijau...aqif jd aiman dekat part diorgn gaduh tu........
ReplyDeleteooo..lalalala
ReplyDeletewye oh wye..jeless sehh gn wye!!
seryes makin best cter neh..
ReplyDeleteske gler222
i like i like!
bulan nk lg!!!!!
best la.. ak ske..xde pape cacat cela care ko cerita kt readers
just ak xske part aqif sebok2 nk mrh2 org
wye tu plak sembur gle mntap
terguris hati aqif,,,, hahaha
tp seram gk klo ttbe kwn sndri ckp cmtu
alah, slh aqif tu pn
eh aqif, xyah ah caring2 kt wye tu.. bse2 sudaa nnt kne mrh lg
cian ko
nak try call wye ngn dee lah psni
Hahs
best!best! cepat sambung ye. hahaha br je baca trus suh post cpt. sorry, gelojoh ckit.
ReplyDeleteoo ye ada error kat ujung cter tu, bulan tsalah letak nama aiman yg spatutnya nama aqif.
sapa ye yg dok mengusha wye n aqif tu? rasa mcm JD je.
okey, ak x nmpk ko ade typo..tp ko da btl kn.good girl
ReplyDeletedude, two things;
ReplyDelete1. WOW!!!
2. ^____^
addi wants some more!!
:)
wye.. pujuk jgn x pujuk..
ReplyDeletehehehe
^^
huhuhu...
ReplyDeleteharu la wey...
aiman majuk...
saper yg dok usha wey ngn arif nie???
aiman ker JD...
ker si adam???
wakakaka...
i love part
ReplyDelete"being a jerk not a crime"
hahaha...
sory, baru comment. baru dapat guna tenet.
lg2?
ReplyDeletemne sambungan?