Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Friday, June 26, 2009

jauh 2

Selepas waktu rehat pertama, barulah dia masuk ke kelas. Sedari pagi tadi, Fish menyelesaikan proses pertukaran sekolahnya.

"Weyh, kau pergi mana tadi?" tanya Tom

"Office"

"What for?" celah Vee

"Don't tell us yang kau ambil surat berhenti sekolah" ujar Tom

Vee dan Tom, actually nama tipu je tu, merangkap kawan aku di sekolah private ni. Sama-sama budak taekwondo WTF, team sekolah.

"Betullah tu" jawab Fish

"Laaaa..kita baru je kenal, sebulan pun tak sampai lagi" Vee sedih

Sesi persekolahan baru sahaja 3 minggu bermula tetapi dia sudah mahu berpindah sekolah.

gelak "Nak buat macam mana, Ma aku yang suruh"

"Kali ni, pasal apa pulak?" tanya Tom

"Aku pecahkan tingkap kereta Miss Joana"

"Eh, bukan kitorang pun komplot sekali ke" Vee pelik

Kerana marahkan Miss Joana, mereka bertiga berkomplot untuk memecahkan tingkap kereta. Trick mereka; just guna gula-gula hacks.

"Miss Joana report nama aku sorang je" jawab Fish

"Ish, tak fair macam ni" bantah Tom

"Biaq pi lah, korang kan student harapan sekolah, takkan nak buang cenggitu je"

"Cop, kau kena buang or kau yang nak pindah ni?"

sengih "I've been warning, siap hantar surat merah lagi"

"That's why kau nak pindah?"

angguk "Lebih baik aku chow dulu sebelum diorang buang aku"

"Tak boleh nak buat jahat dah" sungut Vee

"Hey, korang mana boleh buat jenayah lagi, dah jadi prefect kan" perli Fish

"Bila last day kau?"

"Hari jumaat"

tepuk bahu Fish "Hari ni lah"

angguk "Tinggal lagi sejam je pun"

"Borneo jom" ajak Tom

"Aku kena tolong Ma dekat restoran" dalih Fish

"Takde-takde, lepas ni comfirm susah nak jumpa kau"

"Kau bagitahu Ma aku, ada bran?" cabar Fish

"Meh handset kau"

Handset bertukar tangan.

"Hello, Aunty Faridah" ujar Vee

"Ni Vee kawan Fish"

"Nak bawa Fish keluar makan kejap boleh?"

"Ok, deal. Nanti Vee hantar Fish balik"

Panggilan ditamatkan. Vee sengih sampai ke telinga

"Ma kau cakap, just bring it on" Vee excited

***********

Dengan hanya beruniform sekolah, mereka bertiga meredah kesesakan di Kuala Lumpur. Nasib baik Vee tergerak hati nak drive.

"Kau lepak sekolah mana lepas ni?" tanya Tom

"Sri Iskandar"

Tom buat muka tak percaya. Tom; seorang gadis tomboy. Pada kad pengenalan, namanya terang-terang ditulis; Nurul Tasneem binti Marzuki. Mana datangnya nama Tom tu, just let it be a secret.

"Weyh, sekolah gempak tu" ujar Vee

"Mana... sekolah asrama biasa je pun" dalih Fish

"Tapi masuk list sekolah harapan" Vee nak menang

mencebik "Ada aku kisah?"
Vee. Lagi seorang teman rapatku di sekolah. Lebih gemar dipanggil Vee dari dipanggil dengan nama penuhnya; Vizura. Vee cakap, nama dia unik sangat, that’s why dia tak suka orang panggil guna full name.

"Tak boleh nak hang-out macam ni lagi" rungut Tom pulak

senyum "Boleh je"

"How??" Vee dan Tom bersuara serentak

"Fly"

"Fish, boleh janji something?"

"What?"

"Jangan sampai kena buang, tahun ni nak SPM"

"Insya-Allah"

"Fish, Insya-Allah tu dah kira janji tau"

gelak "As long aku boleh hidup, aku takdelah buat hal" ujar Fish

"Kau ingat trademark kita kan?" tanya Vee

Fish hanya angguk. Trademark mereka; sekolah tempat bercanda. Ramai yang bercakap, ramai yang mengata, ramai yang berpendapat bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang harus diselami hingga ke akar umbi kerana di zaman inilah segala ilmu dan pengalaman akan kita perolehi.

*******

"Baru ingat jalan balik ke, Kak?" perli Ma

Jam di dinding dah menunjukkan tepat pukul 10 malam ketika kakinya menjejak lantai rumah. Sakan pusing KL, sampai tak ingat hari dah malam. Takpe, lepas ni dah masuk boarding school, confirm dah tak boleh nak hang-out sampai malam-malam macam ni.

"Ma tak tidur lagi?"

"Tengah tidurlah ni, akak tak nampak ke?" perli Ma sedas

"Ked mana, Ma?" Fish tukar topic

mendengus "Asal Ma bukak mulut je, akak mesti tukar topic"

Fish dah garu kepala. Bersiap-sedia, Pn Faridah nak buka sesi berleter tu.

"Akak pergi mana baru balik ni?"

"round KL"

"Pergi naik mandi, lepas tu turun makan" arah Ma

"Akak dah makan, Ma" Fish cuak

"Sedap sangat ke orang kedai tu masak sampai taknak makan kat rumah?"

Ma memang pantang kalau makan luar, lagi-lagi kalau masakan Melayu. Sebab Ma cakap; "Ma masak lagi sedap dari orang kedai tu masak".

"Tak sedap, Ma"

"Then, makan jugak"

sengih "Rezeki mana boleh tolak"

"Akak.." panggil Ked

Alhamdulillah, sampai juga penyelamat keamanan.

"Amende?" Fish buat-buat bodoh

"Lappy hang"

"Baru hantar format, dah hang lagi?!" Ma bengang

Adeh.. silap channel pulak.

"Akak naik dulu, Ma"

Tak sempat Ma nak buka mulut, 2 beradik tu dah lari laju-laju naik atas. Fuhhh.. nasib baik sempat pecut.

**********

"Kak, nak story something ni" Ked excited

"Amende? Akak penatlah"

"Ish... taknak geng" Ked merajuk

Fish senyum je. Macam tu lah mereka, nak buat macam mana, dah namanya pun tinggal berdua je. Seorang merajuk, yang seorang lagi akan memujuk.

"Cepatlah story" desak Fish

Ked tarik senyum. Hehehehe.. ni buat sayang lebih.

"Skype dengan Abang tadi"

"So?"

Abang aku, Asyraf Lee (Acap); kini menuntut di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM), Bachelor in Mechatronics.

“Abang balik this weekend”

“Dia overnight sini?”

“Yupp”

“Kenapa tak overnight rumah Ayah?” perli Fish

Kalau nak diikutkan, Abang memang agak rapat dengan Ayah walaupun selepas kejadian tu. Tapi mungkin Abang tak berapa selesa dengan pandangan membunuh ‘perempuan’ tu, that’s why Abang taknak stay dekat rumah Ayah.

angkat bahu “Abang rindu dekat akulah tu” Ked perasan

“Abang tahu aku tukar sekolah?”

“Tahu”

“Kau bagitahu ek?”

“Ter-bagitahu” Ked cuak

“Masaklah aku” rungut Fish

Confirm kena lecture dengan Abang. Memang masak sungguh, agak-agak boleh hangus tak??

10 comments:

  1. huhu...
    urmmmm,,
    sekolah tempt bercanda??
    gud idea..akn dipraktikkan nieh...ekeke..
    sume wtk mmg mixblood ker??
    smbung3..

    ReplyDelete
  2. hahaha..ye la..baru lak terperasan bila baca
    kumen kat atas...semua mix blood..
    apapun...rasa cam hero belum kluar lagi kot..
    next N3 perhaps???

    ReplyDelete
  3. aha..
    stori br yea sis..
    thanks a lot..
    permulaan yg baik 4 da nice story

    ReplyDelete
  4. ermm.. nakal gak ek fish nie.. hrp2 la abg die pun perangai giler2..

    ReplyDelete
  5. Asal Fish benci kat ayah dia?
    Coz ayah dia kawen lain eh?
    Hmm..

    ReplyDelete
  6. hehehe...
    jln citer yg besh...
    hapi nyer ade n3 br...

    ReplyDelete
  7. hahaha siblings sume 1 kepala la ni
    hahaha
    sgt2 nakal itu Fish

    ReplyDelete
  8. cik Ikan...
    slumber la die nie..
    sengal pon nye jgk..

    ReplyDelete
  9. sekolah tempat bercanda?
    warhhhh comelcomel
    -na'dz

    ReplyDelete