Aufa berdiri tegak di muka pintu. Bukannya apa, terkejut bila nampak gambar pernikahan mereka. Cepat betul gambar ni siap. Dah siap bergantung dekat dinding lagi tu. Pantas sungguh!
“Apa pasal berdiri tegak macam Tugu Negara ni?” Tegur Aqil malas-malas. Di tangannya menarik bagasi-bagasi besar milik Aufa.
Aufa menjulingkan mata. “Sibuklah.” Suka betul nak mengganggu ketenteraman awamlah dia ni! Aufa tidak berganjak walau selangkah pun. Biar, dia sengaja mahu menyakitkan hati Aqil.
Aqil menolak sedikit Aufa yang masih berdiri di muka pintu. “Tepi sikit, orang nak masuklah.” Bagasi besar milik Aufa itu ditarik. “Kalau nak sangat jadi Tugu Negara, pergi berdiri depan pagar sana.” Sudahlah bawak beg berat, apalah yang si Aufa ni sumbat dalam beg ni?
Aufa mengalah juga. Satgi, Aqil taknak tolong angkat bagasi besar tu, baru padan muka. “Cepat betul gambar tu siap.” Aufa menunjukkan ke arah dinding besar di hadapan mereka.
Aqil mengangkat kepalanya memandang gambar yang dimaksudkan itu. “Oh! Malam semalam lagi dah gantung.” Aqil meletakkan kasut ke dalam almari di belakang pintu.
Aufa mengerut kening. “Siapa yang gantung?” Siapa je yang tolong gantungkan gambar ni? Rasanya, malam semalam Aqil ada je dekat rumahnya.
Aqil meletakkan bagasi milik Aufa itu di tepi couch. “Photographer tu saudara saya, dia lah gantungkan.” Arif mempunyai galeri fotografi sendiri. Maka, dia yang sukarela nak jadi jurugambar tanpa menerima sebarang bayaran pun.
Aufa mengangguk faham. Patutlah cepat je gambar ni siap. “Bilik dekat mana?” Baru perasan mereka sedang berborak di ruang tamu.
Aqil mengangkat kening kirinya. “Aik? Tanya bilik je? Barang awak yang banyak gila ni, taknak tolong angkat?” Perli Aqil. Sudahlah barang Aufa sahaja sudah penuh bonet keretanya, nasiblah dia tidak membawa barang yang banyak ke rumah Aufa semalam.
Aufa mengangkat bahu. “Awakkan lelaki, tunjuklah kuat sikit.” Eleh, baru mintak tolong sikit dah bising!
Aqil menggeleng perlahan. Banyaklah kau punya kuat. Kalau tak kuat pun, kena berlagak kuat jugak. “Bilik dekat tingkat atas. Bilik paling hujung, sebelah kanan.” Aqil terus menghalakan kakinya ke dapur. Haus pula tekaknya.
Aufa buat tak heran lalu langkah di atur menuju ke tingkat atas. Satu-persatu anak tangga dipanjat. Sampai sahaja di tingkat atas, set home theater menyapa mata. Aufa melangkah ke arah rak-rak buku yang melekap pada dinding. Woah, Aqil ni ulat buku jugak! Banyak betul buku dia.
Aufa mengubah langkah untuk kembali mencari bilik tidur. Perlahan sahaja langkahnya. Aufa berhenti di hadapan sebuah bilik apabila matanya menangkap sekeping kertas putih ditampal di hadapan pintu bilik.
Ini bilik tidur kita. I hope you like it.
Aqil
Aufa menarik senyum panjang. Tombol pintu dipulas, pintu bilik ditolak dari luar. Katil Queen size menjamu mata apabila pintu terbuka. Aufa melangkah masuk. Set bilik tidur berwarna putih itu cukup ringkas. Aufa memanjangkan langkah apabila ternampak sekeping lagi kertas dilekatkan di cermin meja solek.
Ini meja solek. Cermin dia boleh bukak-bukak macam sliding door.
Aqil
Aufa tergelak kecil. Dah macam cari harta karun pun ada! Perlahan-lahan bingkai cermin meja solek itu ditolak ke kanan. Eh ada kertas lagi? Mata dipincingkan, cuba membaca isi kertas itu.
Rak 2 atas ni, awak punya. Boleh letak macam-macam jenis perfume, moisturizer, toner and what-so-ever tu. Rak paling bawah tu, saya punya!
Aqil
Aufa menggeleng perlahan. Belakang cermin ni, ada rak tiga tingkat. Memang Aqil dah kosongkan dua rak yang di atas. Rak paling bawah tu penuh dengan barang Aqil. Perfume dia je, dah ada tiga jenis. Aufa berjalan ke arah tingkap. Hmm.. agak dah, mesti ada kertas jugak dekat sini! Aufa melajukan langkah. Eh?
Ini laundry bag. Baju semua letak dalam ni, sebelum bawak turun.
Aufa mencebik. Laundry bag pun nak letak signboard ke? Macamlah aku ni budak 4 tahun yang tak kenal laundry bag tu apa. Haish! Langkah di atur pula ke almari putih yang melekap pada dinding. Almari itu setinggi siling.
Ini pulak, almari baju. Awak punya, 2 sebelah kanan.
Aqil
Almari berpintu gelongsor itu dibuka. Not bad, besar dia boleh tahan. Almari ni, ada lapan pintu bermakna ada lapan compartment. Kiranya, Aqil sediakan empat compartment untuk dia. Banyak baju boleh letak ni!
“Habis dah proses menjelajah?” Tegur Aqil di muka pintu.
Aufa mengurut dada. Kus, semangat! Terkejut aku. “Lain kali, bagi salam boleh tak?” Aufa berlalu ke katil. “Perlu eh letak semua kertas tu?” Aufa duduk di birai katil tanpa perlu dipelawa.
Aqil mengangkat bahu. “Senang.” Bukannya apa, takkanlah dia nak bawa Aufa menjelajah rumah kecilnya ni.
Aufa menjungkitkan kening kirinya. “Cakap sendiri, tak boleh?” Mulut tu ada jongkong emas ke? Benda senang macam ni pun susah nak cakap.
“Malas.” Aqil membawa masuk dua bagasi ke dalam bilik. “Ni, barang-barang awak. Bolehlah kemas mana yang patut.” Aqil menunjukkan ke arah bagasi besar milik Aufa . Belakang tangan dibawa mengesat peluh di dahi. Fuhh.. letih!
Aufa mengangguk sambil tersenyum. “Haa.. letaklah depan almari tu. Nanti malam sikit, saya kemaslah.” Malas pulak nak mengemas. Lagipun, segan je nak kemas baju depan Aqil. Satgi, Aqil nampak yang ‘itu-itu’, memang malu sampai pengsan si Aufa ni.
Aqil meletakkan bagasi milik Aufa di hadapan almari. “Beg awak yang berat gila tu ada apa? Letak batu apa?” Rungut Aqil. Macam nak putus nafas dia nak mengangkat keluar bagasi besar itu dari dalam bonet kereta.
Aufa mengerut dahi cuba mengingati apa yang disumbat dalam beg tu. Oh! “Buku.” Baru dia teringat, dia menghangkut sekali buku-buka lamanya. Manalah tahu, boleh dibuat bahan bacaan sementara cuti semester ni. Cewah!
Aqil mengalih pandang memandang Aufa yang duduk di birai katil itu. “Nak kena bawak naik atas jugak ke?” Tolong jangan cakap kena, mahu putus nafas nak mengangkat tu! Aqil sudah berdoa dalam hati.
Aufa mengetuk-ngetuk dagunya lagat orang berfikir. “Tak payahlah.” Kesian pulak dekat Aqil kalau nak mengangkat beg berat tu naik atas. Nanti-nantilah dia kemaskan isi perut beg tu.
Aqil menghela nafas lega. Fuhh, nasib baik! “Malam ni, kita nak makan apa?” Aqil sengaja bertanyakan soalan itu sedangkan dia sudah dapat mengagak jawapan yang bakal dijawab Aufa .
Aufa mengerut dahi. Soalan jenis apa tu? “Hah?” Mestilah makan makanan, takkanlah nak direbus batu sampai jadi nasi kot!
Aqil mengangkat bahu. Dia ni memang blur, atau sengaja buat blur? “Kita makan apa malam ni?” Aqil mengulangi soalannya tadi. Kalau tak faham jugak ni, tak tahulah nak kata apa.
“Makanlah apa yang patut pun.” Aufa menjawab senang. Alah, kalau ada biskut kering pun dia telan je. Janji makan!
“Awak nak masak?” Aqil sengaja mahu menguji Aufa . Padahal, awal-awal lagi Aufa sudah mengaku yang dia belum mahir memasak.
Aufa menelan liur. Payah! “Awak nak suruh saya masak ke?” Aqil ni sengaja nak perdajalkan aku ke? Aufa memandang Aqil dengan penuh tanda tanya.
Aqil mengangkat bahu. Langkah di atur ke penyidai tuala. “Dalam peti sejuk tu, ada air masak je. Kot lah, awak boleh masak air jadi nasi goreng, sedap jugak tu.” Aqil terus masuk ke dalam bilik mandi tanpa sempat Aufa membuka mulut.
Aufa menggenggam cadar katil. Ish, dia main loyar buruk pulak dengan aku! Takpe-takpe, tengoklah nanti aku balas balik. Aufa bangun dari duduknya lalu berjalan menghampiri dua bagasi gedabak itu. Satu bagasi dibaringkan lalu zip dibuka. Satu-persatu bajunya dikeluarkan lalu disusun elok di tepi bagasi.
Refleks Aufa mengangkat kepala apabila terdengar pintu bilik mandi dibuka. Mata bertentang mata, liur pahit cuba ditelan, payah! Bagai terkena renjatan elektrik, Aufa kembali menundukkan kepala apabila Aqil yang hanya berbalut dengan tuala berjalan menghampirinya.
Tolonglah, tolong jangan datang dekat. Aufa dah rasa tak sedap hati apabila Aqil kini berdiri betul-betul dihadapannya. Kepala masih menekur isi bagasi. Nafas panjang ditarik berkali-kali bagi menghilang debar. Jantung macam nak pecah! Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah hambaMu ini. Doa Aufa dalam hati.
Aqil berdiri mencekak pinggang di hadapan bagasi Aufa . “Saya bagi awak masa sepuluh minit.”
Aufa mengangkat kepala memandang Aqil. “Hah?” Apa yang sepuluh minit? Dia nak suruh aku kemas beg ni sepuluh minit je ke?
Aqil mengurut batang hidungnya. Ya Allah Ya Tuhanku, kau sabarkanlah hati hambaMu ini. “Apa pasal yang blur sangat ni?” Nasiblah dapat isteri blur macam si Aufa ni.
Aufa mengerutkan keningnya. “Awak cakap apa?” Aku sungguhlah tak faham dengan si Aqil ni, cubalah cakap tu biar jelas-nyata-terang sikit.
Aqil menggeleng perlahan. “Pergi mandi.” Ringkas sahaja arahan Aqil.
Aufa menggaru kepala yang masih berbalut dengan tudung. Apa punya arahan ni? “Please, make it clear.” Ingat aku budak kecik lima tahun ke sampai mandi pun nak bersuruh?
Aqil melangkah ke almari baju miliknya. Pintu gelongsor itu ditolak, dia bercekak pinggang memikir baju apa yang hendak dipakai. “Saya nak keluar makan. Kalau awak rasa nak ikut, pergilah mandi.” Sehelai tee berwarna hitam dikeluarkan. “Tapi saya bagi awak masa sepuluh minit je. Kalau lambat, awak makan je lah air masak tu buat makan malam.” Tee disarungkan pada badan, tuala dipinggang masih tidak berusik.
Aufa memandang Aqil tanpa kelip. “Are you asking me out?” Sungguhlah tak romantik Aqil ni. Nasiblah dapat suami yang memang tak sama langsung dengan Bruno Mars.
Aqil mengalih pandang memandang Aufa . “Taknak makan ke?” Tanya Aqil apabila Aufa masih duduk di tepi bagasi. Nak suruh aku mandikan ke baru nak faham?
Aufa menggaru bawah matanya yang terasa sedikit gatal. “This is so not romantic.” Memanglah, Aqil bukan jejaka idamannya. Kenapa Aqil tak macam Bruno Mars?!
“You better get your butt off the floor.” Sepasang seluar Bermuda pula dikeluarkan. “I’m starving like hell already.” Aqil bersuara keras. Aku dah lapar tahap boleh makan gajah ni, dia nak bersungut pasal romantik pulak!
Aufa mengadah siling. Apalah nasib aku bersuamikan si Aqil ni? “Frankly, you’re so not my type.” Rungut Aufa lagi. Itulah kau, berangan lagi nak bersuamikan lelaki yang macam Bruno Mars! Hambek, sekali dapat si Aqil yang tak romatik langsung.
Aqil memincingkan matanya memandang Aufa yang tidak menampakkan tanda-tanda mahu bangun dari duduknya. “Awak nak saya dukung ke?” Gumam Qasy geram.
Aufa bangun dari duduknya sambil kain batik untuk dibuat basahan dipegang. “Bagi saya lima belas minit.” Sepuluh minit je nak mandi? Memang tak cukuplah!
Aqil tunduk menyarung seluar Bermudanya. “Sepuluh minit.” Aqil langsung tidak menghiraukan muka cemberut Aufa . Aku dah bagi sepuluh minit tu, kira baguslah.
“Tiga belas minit.” Aufa masih mahu berkompromi. Biar betul Aqil ni, sepuluh minit untuk mandi? Memang tak cukup! Paling sekejap pun, bagilah lima belas minit.
Aqil menggeleng. Riak mukanya slumber nanang sahaja. “Sembilan minit.” Aqil berjalan mendekati meja solek.
Aufa mendengus geram. Urgh! He’s so annoying! Tuala yang disangkut di penyidai, direntap kasar. Bergoyang sedikit penyidai besi itu. Langkah di atur ke bilik mandi. Berdentum pintu bilik air itu dihempas.