Bunyi ketukan yang membingitkan telinga mematikan mimpi indah gadis yang sedang elok berbungkus dengan plaid comforter merah-hitam itu. Kedinginan suhu 16ÂșC dari corong pendingin udara membuatkan penghuni di kamar itu seperti tidak mahu bangun dari tidur.
“Wye....” panggil satu suara dari luar
Bantal di kepala katil ditarik kasar lalu ditekup pada belakang kepala. I can’t hear you.. speak louder, please. Monolog gadis itu dalam hati.
“Wye, dah pukul 8 ni, wake up” sambung suara tadi
Aaaaaaaaa~ baru pukul 8, and it’s Sunday! Awal sangatlah kalau nak bangun pun. Bantal ditarik rapat seakan mahu lemas.
“Wye, sayang...” panggil suara itu lagi
“Hmmm.. bangunlah ni” gumam gadis itu dari bawah bantal
“Nurul Yisha Muhammad Yusri, wake up..!!” ada suara garau yang mencelah
Seperti baru disimbah sebaldi air, gadis itu terus bangun. Rambut kusut yang menutup muka dibetulkan. Kepala yang tak gatal digaru perlahan. Mata dikecilkan supaya penglihatannya lebih jelas. Jam di tepi katil itu di tenung lagi.
“Ohhh.. shit!” sepantas kilat dia bangun dari katil. Tuala direntap dari penyidai. Dan 2 minit kemudian, terdengar air keluar dari shower. “Aaaaaaaaaaaaaaa.. sejuknya!” Baru dia perasan, sebelum masuk ke dalam bilik mandi tadi, dia terlupa mahu menekan suis water heater.
Oh, gadis yang sedang bersiram tu, Nurul Yisha bt, Muhammad Yusri berumur 20 tahun. Menuntut di UiTM Bukit Mertajam dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dan kini akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik di UiTM Shah Alam.
5 minit kemudian
Baju kurung cotton polka dots merah-putih di sarung ke badan. Perfume Pacific Paradise dari Escada disembur pada leher dan pergelangan tangan. Bedak Johnson’s Baby di tepek-tepek pada muka lalu diratakan.
“Wye, kita dah lambat ni” ujar suara dari luar bilik
“Coming... 5 minutes” jawab Wye tergesa-gesa
Selendang panjang berwarna merah yang sedang elok terbentang di atas iron board ditarik kasar. Hujung selendang dilipat menjadi segi tiga lalu diletak elok di atas kepala. Hujung selendang di lilit membelit kepala. Okey, done.
Bag Padini Aunthentics warna merah yang tergantung dibelakang pintu dicapai. Pencil case, purse, handphone dan fail di atas meja study disumbat rakus ke dalam bag.
“Assalamualaikum, good morning” sapa Wye apabila sampai di meja makan
Roti bakar di dalam piring di capai lalu di gigit, hot chocolate diteguk rakus. Pap!
“Uhuk..uhukk” tersedak Wye apabila kepalanya diketuk perlahan dengan surat khabar yang elok digulung
“Yisha, berapa kali nak cakap..”
“Makan dan minum kena duduk” potong Wye sambil tersengih kerang busuk “But, i’m late. Nanti manusia kat luar tu bertukar jadi Hulk, susah Wye nanti” Wye membela diri
“Takdenya lari Universiti tu” ujar Pak Lang “Lepas habis register, terus balik rumah” pesan Pak Lang
Sedari kecil, Wye dijaga oleh Pak Lang dan Mak Lang. Kata orang, membesar dengan orang luar tidak sama seperti membesar dengan Ibubapa sendiri tapi bagi Wye, ini sudah sempurna di matanya.
Wye hanya mengangguk laju tanpa suara. “Pergi dulu, Assalamualaikum” kerusi ditolak masuk ke bawah meja lalu tangan Pak Lang dan Mak Lang disalam.
*****
“You’re late” terjah orang dalam kereta apabila Wye elok melabuhkan punggung ke tempat duduk sebelah pemandu. Wye buat tak layan, seat-belt di tarik. Click!
Pemuda bert-shirt polo warna hijau itu dijeling sekilas. Aha, nice! Selendang yang agak semonyoh diperbetulkan. Wye perasan ada sepasang mata yang sedang memerhatikan gerak-gerinya.
“Cepatlah, cakap taknak lambat” suruh Wye malas-malas
“Kenapalah kau ni degil sangat?”
“Sebab aku tak baik macam kau” peril Wye slumber. Handset di dalam bag dikeluarkan, icon mesej ditekan.
im on my way. See ya in 30 mins
Nombor telefon milik Delaila atau lebih dikenali sebagai Dee di isi pada ruangan Recipient. Sent! Muka manusia ditempat pemandu dijeling sekilas, alahai tak puas hatilah tu.
“Muhammad Aiman, kita dah lambat” Wye geram
Okey, jejaka tampan, segak lagi bergaya ni, Muhammad Aiman bin Ishak. Anak bongsu Mak Lang dan Pak Lang. Masih belajar lagi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Berusia 22 tahun, dah masih single. Hahaha..
Aiman masuk gear reverse lalu Toyota Vios itu bergerak keluar dari perkarangan banglo 2 tingkat itu. Perjalanan mereka ke Shah Alam hening. Wye rasa macam nak mati bosan dalam kereta, nak main on je radio, ni kereta orang. “Aiman, sorry” suara Wye memecah hening
Aiman angkat kening Ziana Zain 3 saat, buat-buat tak dengar je. Tangan kanan ditongkat pada cermin kereta, manakala tangan kiri mengetuk perlahan stereng kereta menjadi irama.
Fine! Taknak cakap, sudah! Wye bengang. Kerek pulak cousin aku yang seorang ni. Orang tengah cuak nak register masuk university, dia pulak boleh buat aci taknak kawan.
“Aku tunggu kau dekat sini, lambat lagi sekali memang aku tinggal betul-betul” pesan Aiman sebaik sahaja mereka sampai di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam. “Kat sini tahu, dalam kereta ni”
Wye hanya mengangguk. Pintu kereta ditolak lalu dia keluar dari perut Toyota Vios milik Aiman. Wye tak tahu nak pergi mana lepas tengok manusia yang sangat ramai berkeliaran di perkarangan Dewan Sri Budiman.
Yang lelaki semuanya nampak tampan dan segak dengan kemeja lengkap bertali leher, kasut kulit dan slack. Yang perempuan pula semuanya anggun-anggun belaka dengan pelbagai fesyen baju kurung dari pelbagai warna, ada yang bertudung litup, ada juga yang free-hair ditambah dengan highlight pelbagai warna. Kalah mat salleh owh. Awwww !
“Yoooo” tegur satu suara dari arah belakang. Sepantas kilat Wye pusing. Refleks Wye tersenyum apabila wajah manis Dee menyapa pandangan. “Yooo! Dah lama sampai?” tanya Wye
“Baru je sampai ni ha, kau?” tanya Dee
“Baru sampai jugak, ni dok mencari kau lah ni”
“Wye, macam cuak”
Wye menebarkan pandangan, ramainyalah orang. Letak bag di bahu diperbetulkan. “Aku bukan macam cuak, memang sangat cuak dah ni” jawab Wye
“Wye, masa depan kita ada dekat sini. Come hell or high water, kita memang kena struggle kat sini”
Wye mengiyakan dalam hati. Mana tak cuak, pertama kali menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam setelah 1 setengah tahun menuntut di UiTM cawangan Bukit Mertajam di peringkat Diploma.
“Yeah, come hell or high water” ujar Wye setelah sekian lama diam
Dee mengiyakan. Tanpa segulung Diploma, mereka memperjudikan nasib mereka dengan menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui Program Serapan.
“Eh, jomlah masuk. Banyak benda tak settlekan lagi” ajak Dee
“Tapi kita nak masuk ikut pintu mana?” Wye dah pelik
Tadi ada nampak orang masuk dewan Annexe, ada jugak yang masuk Dewan Sri Budiman. Haish, yang mana satu ni?
“Kita tanya orang?” cadang Dee
Wye pandang Dee macam nak telan. Tanya orang? No way! Big bold NO to ask people. Biarlah orang nak cakap bodoh sombong ke apa, janji kita dapat something tu dengan usaha sendiri without asking people.
“Adik berdua ni, Program Serapan atau lepasan Politeknik” celah satu suara tiba-tiba
Wye dan Dee pandang jejaka yang sedang tersengih depan mata. Tag nama sebesar kad pengenalan menarik perhatian. Terang-terang tertulis ‘Urus Setia’ pada tag nama itu.
“Program Serapan” jawab Dee cepat-cepat walaupun dia dah nampak pandangan membunuh Wye
“Oh, Program Serapan masuk Dewan Sri Budiman dulu terus pergi kaunter nombor 3 untuk selesaikan urusan pendaftaran Fakulti. Nanti akan ada Urus Setia yang lain tunjukkan arah ” terang jejaka ‘Urus Setia’ tadi
Dee angguk laju-laju sambil tersenyum manis “Terima kasih” Terus sahaja Dee menarik tangan Wye masuk ke dalam dewan yang dimaksudkan oleh jejaka ‘Urus Setia’ tu. “Jangan sombong sangat, Wye” pesan Dee
“aku tak sombong, kau yang terlebih ramah” balas Wye slumber
Oh, Wye memang macam tu. Kadang-kadang memang boleh sampai over harsh dengan orang lagi-lagi kalau dengan outsider. Antara Wye dan outsider memang dah dibina satu tembok batu yang disalut tembaga setinggi Everest supaya outsiders tak boleh kacau hal privacy Wye.
*****
Di dalam Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
“Yisha datang sini?” tanya Amir sambil matanya tak lepas dari fail peribadi berwarna hijau tu
Pemuda yang sedang membelek-belek fail peribadi berwarna hijau tu namanya Amiruddin b. Jamal. Lebih senang dipanggil Amir since dia rasa Amiruddin tu terlalu panjang.
Pemuda berkemeja jalur hitam-putih itu hanya mengangkat bahu. Kisah mereka, kisah dia dan Yisha hanya sejarah lama. “Aku tak tahu” jawab Aqif
Dan, pemuda yang memakai kemeja jalur hitam-putih ni, nama dia Muhammad Aqif b. Zamani. Wah, macam nama novel pulak kan? Hahaha.. Amir dan Aqif ni memang kawan dari sekolah menengah lagi. Memang dah sangat rapat sampai ada mulut yang takde insurance mengatakan mereka gay!
Dari kaunter pendaftaran, mereka bergerak ke kaunter Kad Pelajar. “Aku ada nampak Delaila” ujar Amir mahu memancing minat Aqif
“Bro, yang kau nampak tu Delaila bukan Yisha” ujar Aqif malas
“Tapi, kat mana ada Delaila, dekat situ jugak ada Yisha”
Aqif hanya mengiyakan dalam hati. Di mana ada Delaila di situlah ada Yisha. Mereka berdua dah macam belangkas sahaja. Pergi mana-mana pun mesti berdua.
“Ohhh, la vida loca..” Amir tergamam apabila ternampak dua figura yang memang dia kenali “She’s at your 6 o’clock, dude” sambung Amir lagi
“Yisha?” tanya Aqif macam tak percaya
Amir angguk laju-lau “And in 3... 2... 1, she’s right behind you” bisik Amir
Aqif terus kalih pandang. Rasa macam tak percaya apabila matanya bertembung dengan mata milik Yisha, gadis berselendang merah itu. She’s different, totally different.
Wye rasa macam baru terkena renjatan elektrik. Mata tak berkelip memandang pemuda berkemaja jalur hitam-putih itu. Wye cuba mahu menyapa pemuda itu tetapi suara seakan tersekat di kerongkong.
“Babe, tu Aqif dengan Amir ke?” Wye nak mendapatkan kepastian, mata ni bukannya betul sangat.
Dee terus lipat maut pandang belakang. Ay dios mio ! rasa macam nak terkeluar biji mata bila nampak Amir dan Aqif yang sedang elok berdiri memandang mereka. “What the heck is he doing here?” Dee pelik
Wye dah rasa macam nak pengsan bila dengan kenyataan Dee. La vida loca! Tolonglah cakap, sekarang ni aku tengah mimpi and bila aku bukak je mata, aku ada dekat atas katil.
“Kau takkan tegur diorang dekat sini kan?” tanya Wye takut-takut
Dee ni bukannya boleh jangka sangat. Kalau datang angin ramah-tamah terlebih vanilla dia tu, semua orang pun dia tegur even tak kenal. Entah macam manalah mereka berdua ni boleh terkawan rapat padahal bukannya satu kepala pun!
“Aku rasa macam dalam mimpi” Dee excited
Wye dah berkerut, amendelah minah ni merepek? “Mimpi apa pulak ni, Dee?”
Dee sengih mintak penampar “Aku jumpa my-big-crush-ever dekat Shah Alam ni”
Refleks Wye menepuk dahi. Kuat! “Babe, kita tengah cakap pasal manusia-tak-faham-bahasa tu”
“Oh, Aqif? Kau cakap je, ‘yes I’ll be your girl’ confirm dia senyap satu tahun”
Eeeeeeeeeeeee! Dee ni main-main je tahu. Bukannya senang nak dump orang suka-suka hati. Mestilah nak kena bagi sebab-musabab jugakkan? Aqif tu manusia jugak, bukannya anak ayam.
“Aku rasa, sebelum diorang datang sini and say ‘hai’ dekat kita, baik kita beram cepat” Wye capai kata putus
“Babe, aku nak tenung muka crush aku tu puas-puas dulu” Dee tak puas hati
“No. No. Kita gerak sekarang. Nanti aku print gambar dia besar-besar, tampal dalam almari kau”
“Janji?”
“Ye ye, aku janji” Janji Wye
Satu hal pulak nak kena bukak Facebook curi gambar manusia bernama Amiruddin tu. Alahai, Dee oiii, macamlah takde manusia lebih gagah dan tampan.
*****
Wye berdiri dibawah terik matahari. Dee dah selamat ke Kolej Mawar untuk mendaftar kolej. Manalah pulak Aiman ni? Takkan suka-suka hati mak-tiri-laki-bapak-dia je nak main tinggalkan aku dekat sini?
“Kita jumpa lagi” tegur satu suara
Wye tahu itu suara Aqif, sengaja dibiarkan umpama angin lalu. Kaki dijengket mahu mencari Toyota Vios milik Aiman. Aiman, aku harap sangat kau ada kuasa macam Edward Cullen yang boleh dengar kata hati semua orang.
“Kau cari siapa?” tanya suara itu lagi
“Someone” ujar Wye sepatah tanpa menoleh walau seinci pun pada pemilik suara tadi
“Nurul Yisha” panggil Aqif mematikan langkah Wye
Nak-taknak, Wye kena juga toleh belakang. Orang berbudi, kita kena berbahasa. Iklan dari Kementerian Kesihatan. Haish, cut the crap lah Wye. “Yes, Muhammad Aqif”
“Awak lawa hari ni”
Wye senyum 3 saat “Terima kasih”
“Awak taknak cakap apa-apa dekat saya?”
Wye tarik nafas dalam-dalam “Tolong. Jangan. Kacau. Saya” sebut Wye satu-persatu
“Sebab?”
“Sebab, jawapan saya tetap ‘NO’ sampai bila-bila” tekan Wye pada perkataan ‘No’.
Wye terus meninggalkan Aqif tanpa sempat Aqif berkata apa-apa. Langkah dilajukan supaya cepat sampai ke kereta Aiman. Aqif pandang Wye macam nak telan apabila ternampak ada seorang lelaki di dalam Toyota Vios itu. Damn!
*****
Aiman pelik apabila melihat muka Wye pucat. “Kau kenapa? Gastrik?” Aiman prihatin
Wye menggeleng laju. “Takde pape, aku okey” dalih Wye
“Aiman, macam mana aku nak elakkan diri dari berjumpa atau terserempak dengan manusia yang bernama Muhammad Aqif tu?” tanya Wye selepas 2 minit
Aiman terus mematikan radio. Bukan senang nak dengar Wye merungut perihal LELAKI. “Aqif yang kau cakap psycho tu?”
Wye angguk je. Memang semua benda yang terjadi, dia share dengan Aiman memandangkan kalau bercerita dengan Dee, confirm Dee akan menangkan Aqif. Bias!
“Kau cakaplah, kau dah kahwin” Aiman bagi idea macam budak darjah Satu
“Dang! Orang dah kahwin mana boleh jadi student sepenuh masa”
Aiman sengih sambil garu pelipis “Mana budak tu? Meh, aku tengok sikit handsome ke tak handsome”
Wye pandang ke luar tingkap. Oh My! Aqif masih berdiri dekat tempat tadi. “There, yang pakai kemeja hitam-putih tu” tunjuk Wye
Aiman mengalih pandang ke arah yang ditunjukkan oleh Wye. “Uuuuuuuuu.. not bad” puji Aiman “Apa yang dia nampak dekat kau yang semonyoh ni ha?”
Refleks bahu Aiman menjadi tempat persinggahan penumbuk Wye. “Cakap tu biar elok-elok sikit eh”
“Kau buat tak tahu je, lama-lama nanti dia give-up lah tu” nasihat Aiman
Orang lelaki ni, bukannya boleh percaya sangat. Hari ni mungkin dia akan cakap dia sayang, tapi esok-esok bila dah nampak perempuan lain, kita pun dia buat tak heran.
“Kalau dia still kacau?”
“Kau baling je dia dengan stiletto kau” Aiman bagi idea bernas
Wye gelak sampai tak terkeluar suara. Ada pulak suka-suka hati nak main campak stiletto dekat anak orang. “Dah lah, jom gerak kolej. Dee mesti dah bising tunggu lama sangat”
Mata Aiman terus sparkling-sparkling bila dengar nama Dee. Ahha, pujaan hati tu. “Dee, pujaan hati aku tu?” Aiman excited
“Rolling eyes” monotone Wye menjawab “Kau jangan nak keluar aura kucing siam tu dekat sini” pesan Wye
Aiman tarik sengih mintak pelempang “Kau jangan panggil aku Muhammad Aiman kalau aku tak dapat tackle Dee dalam masa setahun ni”
“Ada bran ke kawan?” cabar Wye
“Kau tengok jelah.. satu hari nanti, sepupu kau Muhammad Aiman ni akan kahwin jugak dengan kawan kau si Deelaila tu”
Wye buat tak tahu, malas nak melayan Aiman ni kalau dia dah start berangan melebihi tahap kewarasan akal. Silap haribulan, sampai beranak-pinak pun dia boleh imagine.
“Thanks Aiman for being the sweetest brother I ever had” ucap Wye ikhlas
“Tell me something I don’t know, little sister”
“Tolong jangan buat aku puke dalam kereta baru kau ni” Wye dah rasa annoying
Aiman gelak mendengar statement Wye. Hahaha.. benda betul, buat apa nak deny? Wye pun tumpang sekali gelak bila tengok Aiman gelak tak berhenti. Sewel agaknya!
hahaha :D at last. pnye la kau struggle smlm nk wat entry nie kn? tengs dude! hahaha. syg kau lebih.
ReplyDeletesweet..
ReplyDeletehahaha...
suka2..
cpt smbg ek..
:)
woaaa....
ReplyDeletegerek seh..
~~lallalla.
ReplyDeletecite baru..
terus menanti ye cik bulan~~
sweet nye citer...nk lg!!!
ReplyDeleteniceee~~
ReplyDeletesmbg lg ye :):):)
nice.. x sabar nak tunggu smbungan nye..
ReplyDeletehu~
thumbs up~~~ wwoo... :) bulan mmg best~~ hehehe...fakulti kejuruteraan dkt ngan budak2 maskom...hahaha
ReplyDeletenice....
ReplyDeletelawakz..lawakz....
ReplyDeletebesh besh...
nk lg...
hahaha..
memula baca...cam leh bayang this fast paced scene siap ngan background music lagi..cam wat drama jer..haha…tapi bila tang ayat '...come hell or high water..' tu..teringat hlovate..walaupun 'RAMAI' org pun guna the same ayat, cam potong ‘feel’ sikit kat situ.
ReplyDelete1st part ni…you’ve managed to letakkan beberapa character yg for me sangat ‘clear’ siapa dan siapa mereka itu.. Overall..very good..
luv diz en3..& gonna luv diz story...cpt smbg yer... ;)
ReplyDeletegood job..xsia2 bertapa nmpaknye..hahha
ReplyDeletebesh2..
ReplyDeletenk lagiiiiii
ReplyDeletesmbg2
ps notdafirstone,sorry,ipodsewwelsmlm
apasal cerita awk semua best giler?
ReplyDeletehahaha...
nak lagi..
ReplyDelete-zatie-
heh,
ReplyDeletesaya suka cerita zaman belajar.
sekian!
:)