Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, September 2, 2009

color 9

Wajah Daniel ditenung lama. Erm.. nasib baik si senget ni tengah tidur, kalau tak, memang harapanlah nak usha macam ni.

"Dia takde pape, just demam biasa je.." ujar pakcik Doctor tu

Nasib baik. Kalau tak, apa nak dijawab pada family Daniel dekat KL tu. Tak pasal-pasal nanti diorang saman aku sebab paksa Daniel minum air tu.

"Weyh, sorry tau. Aku ingat kau main-main pasal air tu" bisik Ain

Dia tahu, Daniel tak dengar sebab Daniel tengah tidur. Tangan sejuk Daniel digenggam.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu kau dah tunang?" tanya Ain

"Sumpah, kalau aku tahu kau milik someone, aku takkan biarkan perasaan tu.."

gelak "Macam orang bodoh je aku ni. Kau tengah tidur, mana boleh jawab kan?" ujar Ain

Tanpa Ain sedar, Daniel dengar setiap patah perkataan yang Ain cakapkan. Kenapa kita tak ditakdirkan berjumpa lebih awal, Ain??

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. Ain cepat-cepat melepaskan tangan Daniel.

"Hai, I kawan Daniel; Farouq" mukadimah Farouq

Ain perasan dekat belakang Farouq ada seorang perempuan.

"Ni, Zulaikha, tunang Daniel" sambung Farouq

Tunang?? Word tu mampu membuatkan senyuman Ain mati.

"Saya, Ain"

Ain tak tahu, nak introduce diri sebagai apa. Kawan?? Dia dan Daniel tak pernah pun declare sebagai kawan.

"Erm.. you all duduklah dulu, saya nak pergi cafe kejap" ujar Ain

Ain terus meninggalkan bilik tersebut. Jarum jam dah menunjukkan pukul 3 pagi, tapi Ain still ada dekat hospital.

"Ain hantar Nek Wan balik ye, biar Ain teman Daniel" ujar Ain

Kenapa mulut ni gatal sangat cakap nak teman Daniel?? Daniel tu bukannya siapa-siapa pun. Ain, wake up, Daniel tu tunang orang!!

******

esoknya..

Ain setia menemani Daniel. Sanggup tak pergi tadika semata-mata nak teman Daniel yang takde kaitan langsung dengan dirinya.

"Weyh, kau tak kerja?" tanya Daniel

"Kalau kerja, takdenya aku tercongok kat sini"

sengih "Aku tahu kau sayang aku"

"Cets, gila perasanlah kau ni" ujar Ain

gelak "Tak baik deny benda betul"

"Correction. Aku tak pernah sayang outsider" cover Ain

Ain teruskan pembacaannya yang tergendala. Daniel pulak leka tengok TV. Tiba-tiba..

"Heyya, bro. What's up" tegur Farouq

Daniel dah pelik. Daniel pandang Ain, macam-mana-dia-tahu-aku-dekat-sini.

"Aku call handset kau, tuan rumah tu cakap kau admitted" jelas Farouq

"Oh.." tu je Daniel cakap

"Eh, you ada dekat sini lagi" Farouq tegur Ain

senyum "A'ah"

"Bro, kau pehal? Tiba-tiba demam ni?" Farouq pelik

Daniel ni, bukannya species yang senang nak demam.

"Sekarang ni kan musim hujan, lepastu panas tahap giga" tipu Daniel

"Hai sayang" tegur satu suara

Semua kalih pandang. Daniel rasa macam nak pengsan, Zulaikha?? Dia buat apa dekat sini??

"Hey, kenapa you ni? Macam nampak hantu je?" tegur Zulaikha

geleng "Terkejut. Macam mana you tahu I dekat sini?"

gelak "I ikut Farouq semalam"

Daniel pandang Farouq.

"Aku ingatkan Zu memang tahu kau demam" Farouq back-up diri

Ain dah rasa lemas, Oxygen dalam paru-paru macam tak cukup.

"So, bila boleh keluar ni?" tanya Farouq

"This evening" jawab Daniel

"Tu lah, sibuk sangat nak balik sini, kan dah demam" perli Zulaikha

"Bukannya dapat teka pun bila nak demam" ujar Daniel

"Hey, korang ni. Dah lama tak jumpa pun, nak gaduh ke?" Farouq pelik

mencebik "Bukannya boleh nak berkasih-sayang pun, bro. Bulan puasa ni, kena tahan sikit" sakat Daniel

Ain rasa macam nak pitam. Berkasih-sayang?? Apa maksud Daniel??

******

Rumah Nek Wan bising dengan gelak-ketawa Daniel dan Farouq. Ain dah berperang dengan perasaan sendiri. Sakit je hati tengok Zulaikha tu asyik menempel je dekat Daniel.

"Ain kenal kawan Daniel tu?" tanya Nek Wan

geleng "Tu kan kawan dia dari KL" jawab Ain

"Lawa tunang Daniel tu"

"A'ah. Memang padan sangatlah diorang tu" Ain setuju

Harum semerbak bau gulai Ayam. Nek Wan ajak Farouq-Zulaikha berbuka dekat sini.

"Daniel ada cakap, bila dia nak balik KL?" tanya Nek Wan

"Sebelum raya kot"

"Ermm.. sunyilah rumah ni kalau Daniel takde"

Ain diam je. Memang rumah ni akan kembali sunyi. Selama ni, rumah ni bising dengan suara Ain-Daniel je.

"Tok Wan mana, Nek Wan?" Ain tukar topic

"Entah. Tadi katanya nak ke pekan, cari barang sikit"

"Abang Iqram cakap, Abang Afiq raya sini. Betul ke, Nek Wan?" tanya Ain

angguk "Gitulah gamaknya"

"Ada Abang Afiq cakap bila dia balik?" Ain excited

"Kalau tak silap Nek Wan, seminggu sebelum raya katanya"

"Hey, sedapnya bau. Nek Wan masak apa ni?" celah Daniel tiba-tiba

Ain yang tengah kacau gulai atas dapur, terus freeze.

senyum "Bukan Nek Wan yang masak, Ain yang masak"

"Huh? Confirm tak sedap" sakat Daniel

Ain kalih pandang. "Apa kau cakap?"

"Aku cakap, kau masak tak sedap" ulang Daniel

"Kalau tak sedap, tak payah makan"

Ain terus matikan api dapur. Senduk dicampak ke dalam sinki. Lalu, dia terus naik ke bilik. Kenapa tiba-tiba sensitive sangat ni?

"Kenapa dengan Ain tu, Nek Wan?" Daniel pelik

angkat bahu "Entah, tadi elok je"

"Angin dia dah datanglah tu"

Daniel pandang atas. Agak-agak boleh nampak tak, Ain tengah buat apa dekat bilik?

*******

Nek Wan dengan Tok Wan pelik je bila Ain bagitahu dia berbuka dekat rumah DekNa.

"Kenapa dengan cucu awak tu, Nek Wan?" tanya Tok Wan

"Saya pun tak tahu, Tok Wannya. Siang tadi, elok je"

tarik nafas "Angin dia tak eloklah tu"

"Dia rindu dekat family dia kot?" teka Nek Wan

kerut dahi "Selama ni, kalau rindu pun, takdenya dia buat perangai macam ni"

"Ish, pelik saya dengan Ain ni. Sekejap elok, sekejap tak" rungut Nek Wan

"Awak pergilah siapkan meja, nak masuk waktu berbuka dah ni" suruh Tok Wan

Nek Wan ikut je, lalu langkah diatur ke dapur.

Masa berbuka..

"Eh, Ain mana?" Daniel pelik

"Dia pergi rumah DekNa" jawab Tok Wan

Daniel jeling pinggan Zulaikha. Nasi seciput je, lepastu ayam pun tak ambil.

"Eh, Zulaikha, kenapa tak makan ayam tu?" tanya Nek Wan

senyum "Saya tak makan ayam, Nek Wan" jawab Zulaikha

Daniel pelik. Sejak bila pulak minah ni tak makan ayam?? Selama ni bergumbira je makan ayam..

"La... kenapa tak bagitahu awal-awal? Boleh Nek Wan masakkan lauk lain"

"Eh, takpelah. Buat susah je nanti" tolak Zulaikha

Daniel tahu, ni mesti sebab Nek Wan serve makanan kampung. Zulaikha ni mana reti makan makanan kampung. Lepastu, Daniel perasan yang Zulaikha macam kekok je makan guna tangan. Yelah, orang dah biasa makan guna sudu-garfu..

"Nek Wan, sedapnya Nek Wan masak" puji Farouq

senyum "Bukan Nek Wan masak, Ain yang masak"

"Yeke? patutlah sedap, orang lawa yang masak" sakat Farouq

gelak "Ada-ada je kamu ni, Farouq"

Daniel dah berasap. Apa kes nak main puji-puji Ain ni??

"Ain tu dah ada pakwe, Nek Wan?" tanya Farouq

"Kenapa kamu tanya?" Tok Wan pelik

sengih "Kalau single lagi, bolehlah saya suruh Mak-Ayah saya masuk meminang" gurau Farouq

"Dia dah ada pakwe" celah Daniel

Semua yang dekat meja makan tu pandang Daniel. Tok Wan dengan Nek Wan dah pelik, Ain tak pernah bagitahu pun..

"Mana kamu tahu, Daniel?" tanya Nek Wan

"Erm... Ain yang bagitahu"

"Yela kot, dengan kamu je sekarang ni Ain nak kongsi cerita" ujar Tok Wan

Zulaikha dah berapi. Ain ke perempuan tu?? Eeeuuuuwww~ sejak bila Daniel suka perempuan kampung ni??

19 comments:

  1. c zu tu jeles erk ngan ain...?
    jgn pandang ain sebelah mata tau zu! tak kenal ain tu maka tak centa...
    daniel mmg da suka kat ain tu...tgk macam mana dier sound biler farouk kata nak suh mak ayah dier masuk meminang!

    hahaha~~memang best!

    ReplyDelete
  2. whoaaa~ Daniel jeles tuuu..
    boleh pulak dia cakap Ain dah ada pakwe..
    jeles punya pasal.. haha

    ReplyDelete
  3. ngada2 btul si zulaikha nie...
    xmkn mskn kmpung..sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  4. wahhh...best nye..nak g..cepat2 lah ye smbg..
    can't wait..

    ReplyDelete
  5. ermmmm daniel dh dengar kan senang.
    daniel dah tahu feeling ain kat daniel.ahakzzzz comelcomel.daniel jeles?mean die de gak ati dekat ain.kalo x tak de nya die nak jeles.
    -na'dz

    ReplyDelete
  6. haha kan ain dah sentap. apa la daniel ni xD

    ReplyDelete
  7. waaaaa..
    daniel da dgr ain ckp..
    daniel xrse nk tackle ain n lpskan zuuu negara tuh ke..?
    huhu...
    bau2 jeles nieh..
    smbung2..

    ReplyDelete
  8. wahhhhh
    memang nampak mcm nek Wan-Tok Wan betul la ayt ko!
    haha
    sambong2!

    ReplyDelete
  9. best...
    xsuka la zulaika tue...
    belagak smcm je...
    huhu...

    ReplyDelete
  10. hoh..
    kalu zulaikha tau sape ain tu..
    msti dia bengang..
    hak3..
    nak lgi!!
    gee~

    ReplyDelete
  11. hahaha
    kelakar la daniel tu
    jelessss kotttt
    sambung2...

    ReplyDelete
  12. euw~~~~~
    cik bulan...
    kamoo mmg pnjg menaikkan darah nemo di bulan mulia ini....
    ape kes hakoo plak yg ter-emo nieh....
    cik bulan....
    xmoh buat nemo sakit ati tau...
    huh~~~
    rase nk pijak ajer si zulaikha itew

    ReplyDelete
  13. hahaha..
    jangan tgg lama..lama..
    nnti lama..lama..
    nnti d kebas org..

    ReplyDelete
  14. eeeuuuuwwww....
    nape gedik sgt???

    putus jela daniel...
    just luahkan jer pade ain ko ske die...

    ni msti lps ni farouq jatuh hati pade ain kan???

    ReplyDelete
  15. hehe..
    poyo je daniel 2 nak cover ain nye status..
    cian ain..

    ReplyDelete
  16. oh no!npe lak muncul zulaikha yg bajet lawa tu
    alalala cian kt ain

    mmg lme xsggh cni kan? hehe
    skang time to read all the epi, go2

    ReplyDelete
  17. geram plak aq ngan org yg bernama zulaikha..!! huh..!!

    ReplyDelete