Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, November 15, 2012

Oh Diandra 2

Yusuff duduk menongkat dagu pada meja. Kepala dia ni dah naik tepu menghadap benda yang sama ni dari minggu lepas.

“You ni, kenapa?”

Yusuff menoleh memandang Nadia yang duduk selang satu kerusi darinya. “Takde apa.” Dia kembali memandang laptop.

Handphone di atas meja dipandang lama. Dah tiga hari dia tak dengar khabar berita dari Addi. Sihat ke, Addi tu?

“I nak pergi gents sekejap.” Yusuff terus bangun dari duduknya. Handphone dipegang dengan tangan kiri.

Nadia memandang kelibat Yusuff yang semakin hilang dari pandangan. Sejak bila pandai bawak handphone pergi gents ni? Entah-entah nak call Addi. Huh!

“Hello.” Suara serak-serak basah menjawab panggilan.

“Hello. Diandra?”

“Speaking.”

Nadia tarik nafas dalam-dalam. “This is Nadia. Kawan Yusuff.”

“Haaa.. Nadia.” Addi berdeham kecil. “Ada apa-apa jadi dekat Yusuff ke?”

“Eh takdelah.” Cepat-cepat dia mencelah. “I nak cakap something dengan you. I harap, you faham.”

“Ohh.. kay..”

“I suka Yusuff. I like him a lot.” Jeda. “Tapi dengan adanya you, I tak boleh nak kenal rapat dengan dia. Dia awal-awal dah letak benteng antara I dengan dia.”

“Nadia.. awak dah salah faham ni…”

“I tau you dah kenal dia lama tapi tu tak bermakna you boleh halang dengan siapa dia nak berkawan!”

“Hello miss Nadia.” Cepat-cepat Addi memotong. “Dengar sini baik-baik ye. Memang.. memang kitorang dah kawan lama. Tapi sepanjang kitorang berkawan, saya tak pernah halang pun dia nak berkawan dengan siapa. I don’t even care pun dia nak kawan dengan siapalah!” panggilan terus ditamatkan.

Pap! “Hey.. berangan.”

Nadia tersedar dari lamunannya. “Haa?”

“Jauh mengelamun. Ingatkan apa?” Yusuff kembali duduk di kerusinya.

Nadia menggeleng perlahan. “Takde pape.” Dia kembali memandang helaian nota di atas meja. “You nak lunch tak? I laparlah.”

Yusuff menoleh pandang. “Bukan ke kita baru brunch tadi?”

“I stresslah baca Genetics ni.” Nadia pandang Yusuff. “Jomlah, temankan I kejap.”

Yusuff memandang G-Shock di tangan kiri. “Okey, jom.” Yusuff bangun dari duduknya. Tanpa menunggu Nadia, dia terus jalan.

******

Addi biarkan handphone yang galak berdering dari tadi tu. Memang dia takde niat nak angkat pun bila nampak sebaris nama pemanggil tu.

“Kenapalah kau sibuk cari aku lagi ni?” Addi duduk di atas katil. Handphonenya masih galak berbunyi. “Kau kan dah ada Nadia. Buat apa cari aku lagi.”

Diam.

Satu mesej masuk.

From : Yusuff Adrazin
Kau mmg taknak angkat call ke?

Addi biarkan saje mesej tu. Dia tak nak reply. Bukan sebab kata-kata Nadia tempoh hari. Tapi sebab dia yang tak nak balas mesej tu. Dia tak nak. Tak nak.

Dia bengang dengan Yusuff. Kenapa perlu libatkan Nadia dalam hal ni? Kenapa tiba-tiba Nadia boleh tahu nombor telefon dia?

Dan, kenapa Nadia tu sibuk-sibuk nak mengarah dia jauhkan diri dari Yusuff. Kata suka Yusuff? Kalau dah suka sangat dekat Yusuff tu, masuklah meminang. Ni sibuk nak mengurat anak teruna orang tu apahal? Dah takde kerja lain?

From: Yusuff Adrazin
Apa kata kau campak je phone tu kat dinding.
Phone mahal pun tak guna kalau tak reti angkat call.

Addi baca mesej kedua kiriman Yusuff. Ni lagi sorang.. orang dah tak nak angkat call tu, faham-faham je la. Ni tak, sibuk call-mesej macam orang gila.

“Didi” Suara Puan Maria berselang-seli dengan ketukan di muka pintu.

Addi menoleh pandang. “Hmm..”

“Yusuff call.”

Addi menarik nafas panjang. Lambat-lambat dia melangkah ke pintu. Pintu bilik dibuka dari dalam. “Ma boleh cakap dekat dia yang Didi busy tak?”

“Sejak bila anak mama pandai menipu ni?”

Addi menggaru kening kiri. “Bukan menipu, ma.” Dia menggigit bibir bawahnya. “I don’t feel like talking to him.”

“Gaduhlah ni?”

“Please, maaaa..”

“Kali ni je.”

Addi menarik senyum segaris. “Thanks, ma! Nanti Didi tolong ma siapkan hantaran dekat bawah tu.”

“Last time Didi cakap macam tu.. ma ingat ma siapkan hantaran tu sampai Subuh sorang-sorang.”

Addi dah tersengih-sengih. “Didi janji… kali ni Didi tolong ma.”

“Kali ni je tau. Mama tak nak complot dengan Didi lagi.”

Addi memandang kelibat mamanya yang sudah menuruni anak tangga. Tapak tangan diraup ke muka. Ya, dia Didi apabila dengan keluarga. Dan dia Addi apabila dengan Yusuff. Kenapa? Jawapannya hanya ada pada Yusuff.

******

Yusuff duduk menyandar pada dinding di belakang. Handphone di atas lantai dipandang lagi.

Kenapa Addi senyap je dua-tiga hari ni? Kenapa Addi tak call dia? Kenapa Addi tak angkat bila dia call? Kenapa Addi tak reply mesej yang dia? Kenapa? Kenapa?

“Apahal, bro?” Tegur Aiman yang baru masuk ke dalam bilik. “Gaduh dengan Nadia?”

“Addi.”

Aiman duduk di atas katil. “Diandra? Budak perempuan yang kau selalu sebut tu?”

Yusuff mengangguk lambat-lambat.

“Kenapa dengan dia?”

“Dia.. dia..” Jeda. “Macam menghilangkan diri.”

“Kau tak try contact dia?”

Satu keluhan berat dilepaskan. “Dah berpuluh kali aku call dia, sekali pun dia tak angkat.” Yusuff mengangkat kepala menengadah siling. “Satu mesej aku pun, dia tak reply.”

“Dia takde kredit, kot.”

Yusuff tergelak sinis. “Sejak bila nak angkat call kena charge, Man?”

“Dia busylah tu..”

“Aku call rumah dia tapi mama dia kata dia busy.” Yusuff meraup tapak tangan ke muka. “Apa yang busy sangat? Dia bukannya buat course Rocket Science pun!”

“Kau ingat, budak Fine Art tak busy ke?” Aiman bangun dari duduknya.

“Kalaulah KL-Sarawak ni dekat, sekarang jugak aku pergi rumah dia.” Ish.. serabutlah macam ni.

Aiman menoleh memandang Yusuff. “Kau suka dia?”

“Tak lah.”

“Dah tu, yang serabut sangat apasal?”

“Kitorang kawan dah lama, weh.” Jeda. “Mestilah aku serabut kalau dia diam macam ni.”

Aiman tergelak kecil. “Kalau nak kira fasal kawan, aku pun dah kawan dengan kau since tadika. Tapi takde pun serabut-serabut kalau aku hilang.”

“Duhh.. kau lelaki. Pandai jaga diri.”

“Apa bezanya dengan Diandra.”

Yusuff memandang ke atas. “Diandra tu dia lain. Dia tak macam perempuan yang kita kenal. Dia suka hidup dalam dunia dia sendiri, dia tak suka bergaul dengan orang. Kawan dia dalam dunia ni, cuma aku seorang. Kau boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku sekarang ni?”

“Itu maknanya kau sukakan dia.”

“Aku serious ni, bro.” Yusuff bangun dari duduknya. Dia melangkah ke tingkap.

Aiman menoleh memandang Yusuff. “Sepanjang aku kawan dengan kau, nama Diandra tu selalu sangat kau sebut. Diandra suka cerita ni.. Diandra suka makan ni.. Diandra this.. Diandra that..”

“Kau jugak suruh aku cerita fasal dia.” Yusuff tetap nak menang.

“Memang.” Jeda. “Tapi kau boleh je kalau tak nak cerita kan?”

Yusuff diam. Dalam hati mengiyakan apa yang Aiman cakap tadi. Dia boleh pilih nak bercerita atau tak, dah pilih bercerita. Tapi kenapa?

“Sempat lagi nak betulkan keadaan, bro.” Pesan Aiman sebelum keluar dari bilik.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Tapak tangan diraup ke muka. Sempat lagi nak betulkan keadaan, Yusuff. Sempat lagi..

******

Addi turun ke tingkat bawah. Kaki terus melangkah ke ruang dapur. Mamanya sedang mengadun acuan kek. Hmm.. mesti ada tempahan kek hari ni. Mama buat part time gubah hantaran, buat kek untuk tunanglah untuk kahwinlah.. macam-macam lagi.

“Siapa punya kek ni, ma?” Addi duduk di atas lantai.

“Anak Mak Cik Ramlah yang duduk hujung taman ni.” Sebiji lagi telur dipecahkan ke dalam bekas acuan.

“Yang kenduri esok tu, eyh?”

“Ha’ah.”

Diam. Addi memandang segenap ruang dapur. “Pa mana, ma?”

“Golf.” Puan Maria menjeling sekilas memandang Addi. “Tadi.. anak bujang Cik Nora datang sini.”

Automatik, tangan yang sedang bermain-main dengan hujung plastik tepung terhenti. “Dia bukan dekat Sarawak ke?”

Puan Maria mengangkat bahu. “Dia cari Didi.”

“Ohh..”

“Dia pesan kat ma..” Puan Nora berhenti memukul telur. “Dia nak jumpa Didi bila-bila Didi free.”

Addi tunduk menekur lantai. “Didi tak free. Banyak kerja.” Jeda. “Kerja yang minggu lepas tu tak siap lagi… you know the charcoal thing..” Addi bikin alasan.

“Ahhh.. yang Didi complained payah nak buat tu?” Puan Nora layankan saja. “Semalam ma jengah bilik belakang, macam dah siap je.”

Addi mencebik. “Tak jadi nak hantar yang tu. Buruk sangat.” Addi buat alasan lagi. “Ni pun.. tengah cari idea baru.”

“Ask Yusufflah.. dia kan selalu ada fresh idea.”

“Nantilah.” Addi bangun dari duduknya. Lagi lama dia duduk dekat dapur ni, makin panjang pulak cerita fasal anak bujang Cik Nora tu. “Didi naik dulu, eyh. Nak sambung buat kerja.”

“Didi.” Suara Puan Maria mematikan langkah Addi. “Sampai bila nak simpan perasaan tu?”

Lambat-lambat Addi menoleh ke belakang. Dia angkat bahu. “Didi simpan untuk yang layak.” Jeda. “Untuk yang betul-betul layak.”

“You’re just playing hard to get, sayang.” Puan Maria bangun dari duduknya. Dia melangkah menghampiri Addi. Pipi Addi dipegang. Dia menarik senyum segaris. “To be fully alive, fully human, and completely awake is to be continually thrown out of the nest.”

Addi mengembungkan pipinya. “Ma, I don’t speak metaphor.” Addi buat-buat blur. Padahal, dia faham sangat dengan apa yang mamanya cuba sampaikan.

Puan Maria tergelak kecil. Pipi Addi ditepuk perlahan. “You’re big girl now.” Dia menarik senyum. “Ma tau, Didi faham apa yang ma cakapkan. Satu je ma nak pesan.. bertindak ikut akal bukan ikut hati.”

“Ohh.. kaayy..” Addi mengangguk lambat-lambat.

“Jangan buat yang bukan-bukan.” Pesan Puan Maria sebelum dia kembali mendapatkan bekas acuan di atas lantai.

Addi menggaru belakang kepalanya. Longines di tangan kiri dipandang, lama. “Ma.. Didi keluar kejap.” Sweater dan tudung yang memang digantung di bilik belakang sebelah dapur, diambil.

******

“Haa.. nak apa?” Yusuff melangkah menghampiri pintu pagar utama.

“Kau balik tak bagitau pun.” Addi memasukkan tangannya ke dalam poket sweater.

Yusuff tahan dari tersenyum. Dia tahu Addi tengah nervous. Dia pun tengah nervous jugak ni.. dalam hati dah dup-dap-dup-dap ha.

“Kau memang nak panggang aku bawah matahari ni ke?” Si Yusuff ni tak sedar ke matahari tengah tegak atas kepala ni?

Yusuff menoleh ke belakang. “Rumah aku takde orang.”

“Ohh..” Addi tunduk menekur kaki. “Nanti-nantilah aku datang balik.”

“Okay.”

Addi pusing ke belakang dan dia mula melangkah. Sampai bila nak simpan perasaan tu, Diandra? Addi berhenti melangkah. “Kenapa kau balik sebenarnya ni, Yusuff? Bukan ke kau ada exam hari Isnin?”

Yusuff pandang Addi dengan kening kirinya diangkat tinggi. “Suka hati akulah.” Yes, Addi ingat jadual exam dia! Addi masih ingat fasal dia. Yes!

“Okay, bye.” Addi terus tak jadi nak cakap panjang. Dalam hati ni dah membuak-buak perasaan marah dekat si Yusuff tu. Dia kembali melangkah.

“Aku balik sebab aku risaukan kau, Addi.”

Suara Yusuff mematikan langkah Addi. Addi berdiri tegak di tempat dia berdiri sekarang ni.

“Aku dah janji nak jaga kau.” Jeda. “So, bila kau senyap dua-tiga hari lepas.. aku jadi risau gila. Aku balik ni cuma nak check kau okey ke tak.” Yusuff keluar dari halaman rumah. Lambat-lambat dia melangkag menghampiri Addi. “Eventhough kau dah jumpa pengganti aku.. aku tetap nak jaga kau. Sebab tu janji aku.”

Addi mengulum senyum. Tanpa sebarang kata, dia terus melangkah laju menuju ke rumahnya. Cepatlah sampai rumah. Dah tak boleh nak tahan muka niiiiii…

******

Lima minit kemudian, di rumah Yusuff..

From : Diandra
Aku boleh je kawan dgn org lain kalau aku nak. Tapi aku tak nak.
Aku nak kawan dgn kau sorang je, Yusuff Adrazin. Kau sorang je.
Faham tak?

Yusuff menarik senyum lebar tatkala membaca pesanan ringkas kiriman Addi tadi. Diandra, kau tak payah cakap panjang-panjang.. aku faham. Dan aku tau, kau pun tau tu kan?

Manakala di rumah Diandra..

Addi duduk di atas katil. Matanya tepat memandang pantulan wajah sendiri di cermin besar depan katil. Muka sekarang ni tak payah cakaplah.. memang merah gila macam baru kena simbah sos tomato.

From : Yusuff Adrazin
Cakap je lah, kau sayang aku.
Psstt.. your secret is safe with me xD

Saat mata membaca kiriman mesej dari Yusuff, pipi yang memang tengah merah bertambah merah. Terus dia menekup tapak tangan ke muka. Haaaa.. malunya malunya!


THE END

Saya harap, awak semua terhibur dengan cerpan ni. 

23 comments:

  1. Sambunglah lagi.... x puas....

    ReplyDelete
  2. Macam nak dapat kencing manis ~~ sweet sungguh !!

    ReplyDelete
  3. memang terhibur pun, dah lama tak baca karya cik bulan sweet cerita ni hehehe

    along814

    ReplyDelete
  4. so sweet.... really like it.

    ReplyDelete
  5. alohhh.. sweetnye.. hehe :)

    ReplyDelete
  6. bolehkah jika tiada the end lagi?? hee.. nak lagi..:)

    ReplyDelete
  7. Yusuff mesti handasome hahaha (sebab nama macam Nabi Yusuf)

    ReplyDelete
  8. Sweet sgt macam gula gula kapas.

    ReplyDelete
  9. wah so cute lah story ni. er blh ke story jd cute?hehe apa saja. tp mmg comel je cter ni.

    ReplyDelete
  10. NAK LAGI PASAL YUSUFF-DIANDRA OMG . NAK TAU SAMPAI DIORANG KAWIN HEHEHEHE

    ReplyDelete
  11. wa!! comel gile diorang!! =DDD

    ReplyDelete
  12. wahhhhh sweet...wait wait wait dah habis?sampai sini jeh?sikitnya.....whyyyyy?hahaha tapi seriously sweet

    ReplyDelete
  13. citernye sangat2 comel...suke diandra!!

    ReplyDelete
  14. oooooohhhh~~~
    boleh tidur sambil senyum kalau macam nie..sweeeeet sangaaaatt.. :)

    ReplyDelete
  15. x puas! sambung lg leh? hehe...

    ReplyDelete
  16. good one.. sweet but not too overdose

    ReplyDelete
  17. nak jugak cite main dia nama kite :)))
    please bulanhijau - amsya

    ReplyDelete
  18. Kenapa special for addistry? Ade kena mengena ngan addi ea?

    ReplyDelete