Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, February 13, 2014

Lima Belas Hari

Hari ni hari keempat belas dia naik train. Empat belas hari dah menyaksikan macam-macam ragam manusia.

Ada yang tidur tersengguk dalam train, ada yang dengar mp3 tara pecah gegendang telinga, ada yang baca buku tak hirau orang sebelah, dan ada yang macam aku ; usyar orang keliling sambil berdiri dekat tepi pintu.

Siapa yang aku usyar? Haha okey ini macam memalukan diri sendiri sikit. Eh, banyak sebenarnya.

Ada sorang mamat yang duduk dekat gerabak sebelah, pakai kemeja putih dengan tie hitam dan seluar hitam. Dekat leher tergantung pass pekerja. Earphone sentiasa melekat dekat telinga kiri, earphone sebelah lagi tergantung dekat bahu.

Takde apa yang aku tahu tentang mamat ni kecuali dia naik di station Setiawangsa dan akan turun dekat station Bangsar. Tu je.

******

Daripada sebalik cermin di sebelah tempat duduk, mata nakal Ariq sibuk perhatikan gadis bertudung hijau dengan blouse putih bercorak apa dia tak pasti tapi corak tu warna hijau.

Dah dua minggu lebih dia usyar gadis tu. Nama gadis tu pun Ariq tak tahu. Tak pernah ada keberanian nak tegur. Yang dia tahu, gadis tu memang dah ada setiap kali dia naik train dan akan turun selepas station Bangsar (station apa dia tak pasti).

Kononnya tadi nak jadi gentleman bagi seat yang dia duduk sekarang ni dekat gadis tu, tapi jauh sangatlah awak berdiri. Susah nak panggil. Hais. Macam mana eh nak buat first move? Serious ah aku memang hopeless dan loser bab macam ni.

*******

Uya melangkah masuk ke dalam gerabak akhir sekali. Macam nak tercabut kaki berjalan 20 minit daripada tempat kursus. Kurus weh hari-hari macam ni. Nasib tinggal lagi sehari je.

Okey, seperti yang dijangka dia takkan dapat duduk. Memang sebelum ni pun tak pernah dapat duduk. Memang dia dengan jayanya berdiri sepanjang 21 station.

"Stesen berikutnya Bangsar. Next station Bangsar." Suara interkom automatik buat Uya menarik senyum segaris. Ahha!

Jejaka berkemeja putih dengan tie hitam melangkah masuk. Okay hari ni, mamat tu masuk dekat pintu gerabak yang dia tengah berdiri sekarang ni. Uya macam nak berjoget suka!

Ariq berdiri betul-betul di sebelah gadis bertudung hijau tu. Petang ni memang dia 'liarkan' mata cari mana gadis bertudung hijau tu berdiri. Eheh. Nak tegur ke taknak? Tegur? Tak tegur?

"Tak ramai sangat kan hari ni." Ariq beranikan bukak mulut.

Uya yang konon-konon tengah baca novel menarik senyum. Yes! Tapi dia tak terus menjawab. Jangan gelojoh, jangan gelojoh.

Ariq dah macam nak hentak kepala sendiri dekat dinding gerabak. Weh malu! Entah-entah dia tak dengar. Jangan give up, Ariq. Pantang anak-cucu Tok Din menyerah kalah!

"Balik lambat ke hari ni?" Ariq cuba lagi sekali. Selalunya time macam ni susah gila nak nampak. Kot bernasib baik bolehlah satu coach.

Uya menoleh ke sebelah kiri. "Cakap dengan saya ke?" Buku ditangan dibiarkan terbuka.

"Ha ah?" Ariq dah berkerut kening.

"Ha ah hari ni kelas habis lambat." Uya jawab soalan tadi.

"Tak ramai sangat orang hari ni."

"Hmm ramai orang balik awal kut. Valentine's kan hari ni."

"Sambut ke?"

Uya tergelak kecil. "Takdelah." Jeda. "Agak-agak je."

"Hmm... minggu depan kerja?"

"Kerja."

"Ohh.. okay."

"Stesen berikutnya Setiawangsa...." Suara interkom menamatkan perbualan di antara mereka.

"Jumpa minggu depan?" Ariq angkat backpack yg diletakkan atas lantai tadi ke bahu.

Uya hanya tarik senyum segaris. Kalau jumpalah.

Ariq tarik senyum cover malu. Okay, malu lagi sekali. "Bye." Tak tunggu lama dia terus melangkah ke pintu kereta api.

Uya kembali bersandar pada dinding gerabak. Kepala menengadah siling. Lambat-lambat bibir menarik senyum. You made my day.

******

Uya duduk di atas bangku yang disediakan di sebelah kiri platform. Uya apa buat gila turun dekat sini? Kalau mamat tu dah balik macam mana?

Uya kerling jam di pergelangan kiri, oke kalau lagi lima minit dia tak sampai, aku balik.

"Hello?" Ada suara garau menegur dari arah sebelah kiri.

Uya terus menoleh pandang. Macam nak terkeluar bola mata tengok mamat berkemeja biru gelap tu. Ohmy!

"Buat apa dekat sini?" Ariq tanya lagi soalan apabila gadis bertudung kelabu tadi hanya diam.

"Tunggu awak."

"Eh?"

"Today's my last day." Uya jawab tanpa pandang muka orang sebelah. "Minggu depan dah kerja tempat lain."

"Ohhhh.. okay." Ariq jawab lambat-lambat. Kenapa hari ni last?! "Tak nampak awak pagi tadi. Ingatkan tak pergi kerja." Sedih je apabila pagi tadi dia tengok dekat dalam gerabak, gadis bertudung kelabu ni takde.

"Naik train lambat. Malas nak rush." Last day kan, buat perangai lambat. "Jom balik?" Uya sengetkan kepala ke sebelah kanan.

"Jom." Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket. "I'm Ariq by the way."

"Uya."

"Uya?"

"Nama pendek." Senyum. "Senang lagi nak panggil." Nama panjang nanti tergeliat lidah ha nak sebut.

“Okay, Uya.” Ariq tarik senyum segaris. Ariq bagi laluan kepada Uya untuk melangkah masuk ke dalam gerabak terlebih dahulu. Kena ah tunjuk gentleman sikit.

Uya melangkah ke bahagian dalam gerabak. Petang ni dapat train panjang yang di bahagian tengah ada ruang kosong. Jadi tak perlulah dia berhimpit dekat bahagian depan pintu ni. Sesak nafas!

“Kerja mana sebelum ni?” Ariq ramahkan diri bertanya. Backpack di bahu diletakkan di atas lantai. Lenguh bahu nak galas beg berat ni.

“Bukan kerja..” Uya turut meletakkan backpack di atas lantai. “Training je.”

“Training apa?”

Uya angkat bahu. “IT.” Jeda. “Kerja dekat mana?”

“Maybank.”

Ohhh.. Nak cakap apa lagi ni. Uya tunduk menekur kaki sendiri. Uya, kau mengada sangat pergi tunggu dia ni tadi dah kenapa!

“Turun mana?” Orang di sebelah bersuara lagi.

“Gombak.” Mata memandang ke atas. Stesen paling hujung sekali tu la.

“Jauhnya..” Dahi Ariq dah berlapis. “Memang berdiri je ke sampai Gombak?”

Uya angguk kepala lambat-lambat. “Ha ah.” Gagah tak gagahlah aku ni.

“Tak penat?”

“Gila tak penat.” Jeda. “Macam nak tercabut kaki.”

Ariq tergelak kecil. “Overnya.”

Uya mencebik. “Kena cuba dulu baru tau over tak over.”

“Okay.”

“Apa yang okey?”

“Petang ni saya teman awak sampai Gombak.”

“Serius?” Mata Uya dah membulat. Biar betul mamat ni?

Ariq tergelak lagi. “Seriuslah.” Jeda. “Tapi lepas tu awak kena hantar saya sampai Melawati la.”

Uya mencebik. “Tak ikhlas.”

“Ada orang tunggu tak dekat situ?”

Uya angkat bahu. “Ada.”

“Siapa?”

“My car.”

Ariq memicingkan mata pandang Uya. “Tu bukan siapa eh.”

“Oh bukan eh.” Uya jongket kening kiri.

“Awak wajib hantar saya balik.” Eh, eh.. pandai bergurau ye awak ni. “Wajib.” Ariq ulang lagi sekali.

“Sebab?”

“Nak bawak awak jumpa mak saya la.”

“Merepek.”

Ariq tergelak lagi. Okey, rajin pulak dia gelak hari ni. “So, lepas ni buat apa?”

“Lepas ni?”

“Kata dah habis training?”

“Oh..” Uya garu pelipis kiri. “Tengoklah kalau dapat kerja mana-mana.”

“Sementara tunggu dapat kerja, ada plan lain?”

“Ada.”

“Kahwin termasuk dalam plan tak?”

Uya terus melambakkan tawanya. “Awak memang suka buat lawak, kan.”

“Serious ni.” Ariq menoleh ke sebelah.

Uya berhenti ketawa. Dia berdeham perlahan. “Setiawangsa.”

“Kan dah cakap nak teman sampai Gombak.”

“Tak payah, kut.” Uya garu kening kanan pulak.

“Lepaklah.” Ariq pusing kan badan menghadap Uya. Ariq bersandar pada dinding gerabak. “Tadi cakap boleh teman.”

Uya pandang tempat lain. Okaaaayyy… nak buat apa ni. “Melawati dekat mana?”

“Rumah yang dekat-dekat dengan masjid tu.”

“Okey.” Tak tau. Sambung Uya dalam hati. “Dah sampai.” Uya hela nafas lega.

“Jom.”Ariq angkat backpack di atas lantai kemudian digalas ke bahu. Mereka melangkah keluar dari gerabak. “Jumpa lagi.” Ariq menarik senyum segaris.

“Eh..”

“Saya main-main je pasal nak suruh hantar balik tu.”

“Okay.”

“Boleh mintak nombor phone?”

“Nak buat apa?”

Ariq angkat bahu. “Senang nak arrange bila nak hantar rombongan nanti.”

Kening kiri Uya dah terjongket. “Main banyaklah dia ni.”

“Cepatlah.” Dari jauh dah boleh nampak train hampir sampai. “Train dah nak sampai tu.” Handphone dihulurkan kepada Uya. “Okaylah, give me your phone.”

“Buat apa?”

“Dah awak tak nak bagi nombor awak.. saya bagilah nombor saya.” Tapak tangan dihulurkan.

Teragak-agak Uya keluarkan handphone dari dalam sling bag. Handphone bertukar tangan. Laju jari Ariq berlari di atas skrin handphone. “Bila-bila nanti mesejlah.” Handphone kembali dihulurkan kepada Uya. “Balik dulu.” Pamit Ariq apabila train berhenti betul-betul di hadapan mereka.

Satu saat. Dua saat. Mata Uya berkelip-kelip pandang pintu gerabak yang dah tertutup tu. Mata beralih pula pada handphone di tangan. Mimpi ke apa aku ni?

Manakala di dalam train..

Ariq hela nafas lega. Okey, dah lepas satu. Sekarang ni kita tunggu je bila Uya nak mesej. Pehh.. tak boleh blah mengurat anak dara orang macam tu. Kalau umi tahu ni, mahunya aku kena kerat lapan belas!

Handphone di dalam poket sebelah kiri bergetar tanda ada mesej masuk.

Saya ni.

Lambat-lambat bibir menarik senyum segaris. Yes! Umi, abang dah jumpa calon menantu untuk umi.


17 comments:

  1. Panjangkanlah lagi… pleaseeeeee...

    ReplyDelete
  2. suwittttt nye..huhu

    ReplyDelete
  3. Baca sambil menyengih... dari awal sampai akhir...

    Simple..santai tapi tetap ada manisnya.. *sambung sengih*

    ReplyDelete
  4. so sweet!
    wondering this type of guys masih wujud lagi ke tak zaman skrg ni ;)

    ReplyDelete
  5. Suka!

    Tak sabar nak baca sambungannya :D

    ReplyDelete
  6. Sweetnye!... Haha

    ReplyDelete
  7. sweet..go girl..i want more..hehehe..
    tahniah.. :)

    ReplyDelete
  8. salam Che BH,

    new story huh??!!

    btw, best! layanzz....

    :D

    ReplyDelete
  9. aisehhh senangnya jumpa jodoh!hihihi

    ReplyDelete
  10. Niceeee, best kan if the person we had a crush on, feel the same vibe :)

    ReplyDelete
  11. saya selalu berangan utk terjadi benda ni dalam hidup :D

    ReplyDelete
  12. bila akak nk update ? rindu nk baca cerita akak. heee

    ReplyDelete