Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Tuesday, May 17, 2011

Beautiful Night 1

Aufa duduk melunjur kaki sambil matanya tak lepas memandang skrin televisyen. Mulutnya sedari tadi tak berhenti mengunyah kerepek pisang pedas yang sudah sedikit lemau itu. Rumah banglo dua tingkat itu sunyi sahaja. Kalau ada Hakim, barulah rumah ni akan gegak gempita setiap masa!

“Aufa tengok cerita apa ni?” Tegur Puan Leha sambil manepuk bahu Aufa.

Uhuk! Uhuk! Aufa tersedak. Tangan dipanjangkan mengambil gelas yang berada di atas meja kaca. “Mak, Mak nak bunuh anak sendiri ke?” Perli Aufa.

“Hamboii.. sedapnya mulut tu mengata Mak.” Puan Leha menarik rambut ikal Aufa yang diikat ekor kuda tu. “Nak kena cili ke?” Puan Leha duduk di sebelah Aufa.

Aufa memegang belakang kepalanya. “Sakitlah, Mak.”

“Cerita apa yang kamu tengok ni, Aufa?” Peha Aufa ditepuk perlahan. “Mak tengok asyik benar je kamu ni.”

Aufa menjungkit bahu. “Cerita pasal bunuh-bunuh, kot.” Sebenarnya dia pun tak tengok cerita ni dari awal. Bukak-bukak je tengah scene bunuh-bunuh,

“Tukar cerita lainlah. Seriau Mak tengok darah-darah ni.” Puan Leha sudah terasa loya melihat darah yang membuak-buak itu.

Aufa menyuapkan beberapa keping kerepek pedas tadi ke dalam mulut. Kruk-krak, kruk-krak bunyinya. “Mak nak tengok cerita apa?” Sekali-sekala beralah dengan mak sendiri, apa salahnya. Lagipun, segala jenis bil dalam rumah ni Puan Leha yang bayar.

“Alaaa.. Mak lupalah apa nama cerita tu.” Puan Leha menggaru belakang kepalanya. “Cerita yang Fazura berlakon dengan ada seorang budak Indonesia tu.”

Berkerut-kerut kening Aufa memandang Puan Leha. “Mak cakap pasal cerita apa ni? Aufa tak dapat bayang.” Memanglah tak dapat bayang kalau dah 24/7 kau tengok cerita omputih saje.

Puan Leha menyuapkan beberapa keeping kerepek pedas ke dalam mulut. “Apa kamu makan kerepek yang dah lemau ni?” Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab.

“Manalah Aufa tau.” Aufa menarik sila ke atas sofa. “Aufa nampak dalam kabinet tu, Aufa makan ajelah.” Perut kalau dah lapar, kerepek lemau pun jadi sedap. Kan? “Mak nak tengok cerita apa ni?”

“Apa namanya tu.” Puan Leha buntu. “Channel agama tu.” Peha Aufa ditepuk. “Takkanlah kamu tak tahu?”

Aufa menggelengkan kepalanya. “Aufa tahu kalau channel agama, yang Astro Oasis tu aje.”

“Bukan.” Berkerut-kerut kening Puan Leha memandang decoder Astro itu. “Cuba kamu tekan, satu-satu-empat.”

Aufa menurut tanpa banyak soal. “Al-Hijrahlah, Mak.” Aufa baru tahu akan kewujudan channel ni. Ish.. Ish.. Ish..

“Manalah Mak ingat.” Puan Leha mengambil bantal di hujung sofa lalu dipeluk.

Aufa mendaratkan kepalanya di bahu Puan Leha, jarinya menekan butang ‘info’ pada alat kawalan jauh. Tertera sinopsis drama tadi di bahagian bawah televisyen.

Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial. Dia sering ditegur kerana pemakaiannya yang melanggar etika universiti. Satu hari Mustika telah di pilih oleh pihak Universiti untuk dihantar membuat tesis semesta akhir mengenai pembagunan manusia di Acheh dan menetap di kampung Cot, Meulaboh Acheh selama 3 bulan. Di kampung itu tinggalnya seorang jejaka tampan bernama Wali Hanafi bersama ayahnya, yang bertugas sebagai ustaz di sebuah pesantrean. Secara tidak langsung Mustika mula berubah dan tanpa disedari dia juga mula menyukai Wali.

“Mak memang layan cerita ni ke?”

“Kalau terbukak, Mak tengoklah.” Jawab Puan Leha. Dia pun bukannya suka sangat menonton televisyen, dia lebih gemar membaca.

Aufa menyuapkan lagi kerepek pedas ke dalam mulut. “Last-last dia mesti dengan Wali tu.” Macam dah boleh agak je ending cerita ni. Ini namanya cliché.

“Takpelah, kita tengok aje.” Puan Leha membetulkan posisi duduknya. “Cantikkan Fazura ni pakai tudung.”

Automatik, Aufa memejamkan matanya- lama. Aufa tahu, Puan Leha sebenarnya mahu tujukan ayat tadi kepadanya. “Dia cantik Mak, pakai apa pun cantik.”

“Aufa pun cantik, kalau Aufa pakai macam ni lagilah cantik.” Puan Leha menoleh memandang Aufa. “Aufa, tutup aurat tu tuntutan agama.” Lembut sahaja Puan Leha menasihatkan Aufa.

Aufa menggaru belakang kepalanya. “Aufa tahu.” Bukannya dia tak belajar hukum semasa di sekolah dulu tapi tak tahulah kenapa, dia masih belum bertudung sampai sekarang.

“Wanita yang bertudung itu lebih cantik, Aufa. Lagi cantik kalau budi pekertinya elok.” Tangannya mengusap kepala Aufa yang mendarat di bahunya itu.

Aufa mengangkat kepalanya dari bahu Puan Leha. “Mak, malam ni kita makan apa?”

“Tak kenyang lagi ke kamu makan kerepek lemau ni?”

Aufa mengembung-ngembungkan pipinya. “Mak, ni namanya snek. Makan snek mana kenyang.” Jawab Aufa sambil mengawang-awangkan plastik kerepek di hadapan muka Puan Leha. “Lagipun, Aufa ni kan anak melayu jati, perut ni nak kena makan nasi jugak baru kenyang.” Sambung Aufa panjang lebar.

“Mak malaslah nak masak.”

“Makan maggi nak?” Aufa sudah tersengih-sengih memandang Puan Leha.

“Aufa, maggi tu tak elok untuk otak.”

“Tapi….. Aufa lapar gila ni.” Aufa menepuk-nepuk perutnya. “Mak tak kesian ke dekat anak Mak yang cantik ni?”

Puan Leha menggelengkan kepalanya. “Kamu ni sebenarnya nak ajak Mak makan dekat luar kan?”

“Mak ni, macam tahu-tahu aje.” Berkelip-kelip mata Aufa memandnag Puan Leha. “Jomlah, Mak.” Aufa terus memeluk lengan Puan Leha.

“Bukannya sedap pun kalau makan dekat luar.” Makanan di luar tu bukannya sedap, mahal pulak tu. “Jangan nak kayakan orang kedailah, Aufa.”

Aufa menjulingkan matanya memandang Puan Leha. “Mak, kalau setakat dua puluh hengget tu takde kaya manalah tauke kedai tu.” Aufa taknak bagi diskaun. “Jomlah, Mak.” Lengan Puan Leha digoncang-goncang.

“Apsallah kamu ni degil sangat Aufa? Degil mengalahkan Hakim.” Laju sahaja jarinya mencubit pipi gebu Aufa.

“Mak, Aufa lapar ni.”

Matanya melirik memandang jam besar di dinding. “Kita solat Maghrib dulu, lepas tu kita pergi makan.” Yang wajib mestilah didahulukan ye, anak-anak.

“I love you lah, Mak.” Aufa terus mengucup pipi kiri Puan Leha. Muah!

Puan Leha bangun dari duduknya. “Naik atas cepat. Lambat seminit, Mak terus cancel.”

Aufa mencebik. “Mak, tak baiklah main ugut-ugut ni.” Cekap sahaja Aufa mengikat plastik kerepek pedas tadi menggunakan getah.

“Kamu nak makan luar ke taknak?” Puan Leha memang tak bagi diskaun langsung!

“Okay, okay.” Aufa beralah, lambat-lambat dia bangun dari duduknya. “Mak, jom kita solat sama-sama. Mak jadi imam.” Sudah lama rasanya dia tidak solat berjemaah dengan Puan Leha.

Berkerut-kerut kening Puan Leha memandang Aufa. “Kamu mimpi apa malam semalam?” Pelik sahaja dia tengok perangai Aufa hari ni.

“Mimpi kahwin dengan anak raja.” Monoton sahaja suara Aufa.

Puan Leha mencebik. “Berangan aje, kerjanya.” Pipi Aufa dicubit geram. “Jom, naik.” Puan Leha menarik tangan Aufa supaya mengikut langkahnya.

“Bukannya salah pun berangan.” Hampir tidak kedengaran suara Aufa. Apa salahnya kalau dia berangan berkahwin dengan anak raja sekali pun. Mimpi pun boleh jadi kenyataan.