Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Friday, November 26, 2010

hope 13

Aiman keluar dengan sleeveless hitam dan seluar track. Wye dan mamat-tak-tahu-nama tu sedang rancak berbual di luar rumah. Aiman melajukan langkah keluar dari rumah. Amboi.. suka betul berborak sampai gelak tak ingat dunia mamat tu!

“Nice car” tegur Aiman tiba-tiba

JD yang menyandar pada pintu sebelah pemandu mengalih pandang. “Thanks” Ujar JD

Wye dah berkerut melihat perangai Aiman yang tak semenggah itu. Sakit otak ke si Aiman ni? Suara tu, macam suara nak cari gaduh je.

Ehem..“By the way, I’m JD” ujar JD sambil tangan kanan dihulur.

Tangan JD di sambut dingin. “Aiman” Jawab Aiman pendek.

Saat tangan mereka berjabat, mata Aiman tajam menikam mata milik JD. JD dapat merasakan ada perasaan kurang senang antara dia dan Aiman. Tangan Aiman digenggam kuat sehingga kelihatan urat-urat timbul pada tangannya.

Wye yang berada di antara mereka mula merasakan ada ketegangan suasana. Wahai otak, boleh tak kau fikir cepat sikit apa yang aku nak buat sekarang ni?! Marah Wye.

“So, ready to go?” Suara Wye memecah hening di antara mereka.

Refleks JD dan Aiman melepaskan tangan masing-masing apabila Wye mula menegur. Ahh.. macam budak-budak pulak nak bergaduh bagai disebabkan perempuan!

“Sure..” Jawab JD pendek sambil pintu disebelah pemandu dibuka.

Wye melangkah ke bahagian belakang kereta lalu pintu kereta dibuka dari luar. “Aiman duduk depanlah” Ujar Wye apabila dia perasan muka Aiman yang mula memerah.

Tolonglah jangan nak buat perangai masa ni. Wye cuba menghantar isyarat itu melalui matanya. Saat Aiman mengangguk perlahan, Wye mula menarik senyuman lega.

*****

Kereta diparkir di bahu jalan. Tasik bersebelahan dengan Wet World menjadi destinasi jogging. Hmm… tak ramai pulak hari ni. Well, weekends macam ni selalu orang lepak Shopping Mall je kan? Kan kan?

Aiman berjalan mendahului Wye dan JD. Aiman mengambil tempat di bawah pokok lalu dia memulakan proses warming-up. Nafas ditarik perlahan-lahan. Kepala didongak ke atas sambil jari telunjuk menolak perlahan dibawah dagu. 1.. 2.. 3..

“Aiman tu macam tak suka aku je” Ujar JD tiba-tiba dibelakang Wye.

Wye menarik senyum. “Takdelah, dia okay je” Jawab Wye tenang. Langkah dihentikan beberapa langkah dari Aiman lalu dia juga memulakan proses warming-up.

Kenapa nak jugak menangkan si Aiman tu? Hadoiihh.. transparent sungguh lah si Aiman ni. Nak marah ke hape, tunggulah balik rumah nanti. Monolog Wye.

“Wye..” Panggil Aiman sambil membuat isyarat supaya Wye mengikutnya.

Wye mengangguk perlahan. “After you” Jawab Wye. “Join us?” Tanya Wye sambil memandang JD.

JD menggeleng perlahan. “Korang jalanlah dulu” Jawab JD.

Wye mengangkat bahu. Taknak ikut, sudah.. Wye memulakan langkahnya mengejar Aiman yang sudah jauh meninggalkannya.

JD melihat Wye dan Aiman yang sedang berlari seiring. Ada ke peluang untuk aku menyelit? Monolog JD. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dia juga mengikut langkah JD dan Aiman.

*****

Aiman menghabiskan lariannya. Nafas yang tercungap-cungap cuba diperbetulkan. Fuhh.. “You’re too fast, girl” Ujar Aiman sambil memandang Wye di sebelahnya.

Wye yang sedang tercungap-cungap menarik senyum 3 saat. “Nahhh.. kau yang bertambah tua” Ejek Wye

Aiman menggeleng perlahan. Sudah lama rasanya dia tak berjogging dengan Wye. Seingatnya dulu, Wye tidak pernah mengalahkannya tapi tiba-tiba hari ini, Wye meninggalkannya jauh di belakang. Ceeyyytt !

“Mana kawan kau?” Tanya Aiman pelik. Tak Nampak pulak mamat tu masa jogging tadi. Mengelat ke?!

Wye mengangkat kening kirinya. “Nama dia, JD lah” Ujar Wye tak puas hati.

Kini giliran Aiman pula mengangkat kening. “Do I look like I care huh?” Aiman dah keluar aura kerek-mintak-pelempang-bisu.

Wye mencebik sambil matanya menjamah pokok-pokok disekitarnya. A’ah kan, mana pulak si JD ni? “Tadi dia ada dekat belakang kita je kan? Kejap lagi sampailah tu” Ujar Wye tidak menjawab soalan.

“Hey” tegur JD dari belakang.

Wye mengalih pandang ke arah suara yang menegurnya tadi. Wajah JD yang masih kelihatan merah padam menyapa pandangan. Berkerut kening Wye apabila melihat di tangan JD ada 2 botol air mineral. Eh?

JD menarik senyum. “Aku ambil dalam kereta tadi” Ujar JD apabila melihat Wye berkerut-kerut. Ah, cutenya !

Wye angkat kening sebelah kiri. “Kau tak jogging ke? Mengelat!” Sembur Wye

Mengekek ketawa JD mendengar statement Wye. “Aku adalah bertembung dengan kau, kau je tak perasan” Jawab JD jujur.

Semasa memulakan lariannya tadi, JD mengambil arah yang bertentangan dengan Wye. Adalah jugak tadi, 2 kali bertembung dengan Wye dan Aiman. Hmm.. malangnya Wye tak nampak pun dia.

Botol air mineral 500ml itu dihulur pada Wye. “Nah, give him one” Ujar JD sambil mengarahkan pada Aiman dibelakang mereka.

Botol air mineral disambut. “Kau?” Tanya Wye prihatin.

JD menarik senyum. “Nahhh.. I don’t need one” Jawab JD sedikit bangga.

Aiman memerhati JD dan Wye dari jauh. Ada sedikit cemburu melihat mereka berdua. Adakah JD lelaki yang mampu membuatkan Wye beralih arah? Ah, aku takkan benarkan! Tekad Aiman.

*****

Wye mengambil tempat di sofa berangkai tiga. Aiman yang sedang melepak baring di couch dijeling sekilas. Aiman marahkannya ke? Bukannya Wye tak perasan, sejak pulang dari berjogging petang tadi, Aiman sedikit dingin dengannya.

“Wehh..” Panggil Wye perlahan.

Aiman yang baring berbantalkan lengan hanya mendiamkan diri, malah dia berpura-pura tidak mendengar panggilan Wye tadi.

Wye pelik. Suara aku dah habis kuat rasanya.. “Aiman..” Panggil Wye buat kali kedua.

Aiman buat tak tahu. Volume televisyen dikuatkan. Biarkan Wye tu, padan muka!

Wye menarik nafas panjang bagi meredakan api kemarahan yang mula menyala. “Muhammad Aiman b. Ishak” panggil Wye lebih kuat. Tolonglah jangan bagi aku baling pasu atas meja ni dekat kau.

Aiman buat tak tahu. Hah, you deserved that! Ejek Aiman dalam hati. Kaki kanan disilang di atas kaki kiri. Lalalala..

Wye menggenggam kuat handphonenya. Heh, silap-silap handphone ni terbang pulak! Bantal perhiasan disebelahnya direntap lalu . . .

“Hoii…!!” Jerit Aiman kuat. “Nak cari gaduh ke?!” Aiman bengang. Elok dari baring, Aiman kini duduk menghadap Wye. Wajah Wye yang memerah direnung tajam. Suka hati je si Wye ni baling aku dengan 3 biji bantal!

Belum sempat Wye mahu membuka mulut, Mak Lang datang menyergah mereka.

“Haaa!! Apa malam-malam menjerit terpekik-pekik ni?!” Marah Mak Lang

Wye memilih untuk berdiam diri. Wajah Aiman yang berkerut-kerut direnung tajam. Kening Wye mula bercantum. Ni semua kau punya pasallah!

“Aiman, kan Mak dah cakap banyak kali, bantal tu untuk hiasan je! Yang kamu buat baling-baling tu kenapa?!” Mak Lang dah masuk mode membebel

Aiman mengangkat wajah memandang Mak Lang. “Bila masa pulak Aiman buat baling?!” Aiman dah mula naik bengang.

Mak Lang mula mencekak pinggang. “Habis tu, dah bergolek bantal tu. Bukan kamu yang baling?!”

Aiman mendengus. “Aiman bukan budak kecik lagilah nak main baling-baling bantal” Jawab Aiman bengang.

“Haa… Kalau kita cakap sikit, mulalah nak menjawab! Nak jadi anak derhaka ke?!” Marah Mak Lang lagi.

Aiman mula rimas. Sudahlah kepalanya sibuk berfikir pasal Wye dan JD, kini emaknya pula sibuk mengasak pasal baling-baling bantal.

“Dah, pungut balik bantal-bantal tu. Mak tengok kejap lagi kalau tak kemas, dua-dua Mak potong duit belanja!” Ugut Mak Lang lalu meninggalkan Wye dan Aiman.

Wye mengangkat keningnya. “1-0” Ujar Wye sedikit angkuh. Wye tahu apabila berdepan dengan Mak Lang, dia memang selalu akan dimenangkan.

Aiman memandang Wye meninggalkannya dengan ekor mata. Damn! Ni semua sebab si JD tu lah! Kalau dia tak ajak Wye pergi petang tadi, mesti diorang tak bergaduh sekarang ni.

13 comments:

  1. cm lawak je
    aiman nih..hahah
    c0me 0n aiman!
    u can d0 it!
    :D

    ReplyDelete
  2. cepat....!!!
    sape dapat Yisha...!!!
    haha..chumel..

    ReplyDelete
  3. aaa..c'mon aiman..
    u can do it..
    go after wye before she turns to JD..

    go aiman go.

    ReplyDelete
  4. aiman jeles giler ni.. cepat la bebaik budak2 ni pon...

    ReplyDelete
  5. nak komen apa ye? selain dr perkataan best. memang aku tak tau ayat len dah.hehehe

    ReplyDelete
  6. erm aiman nmpk x mature

    ReplyDelete
  7. amboi aiman nie...
    jeles x blh bla...
    pastu nk salahkan org len lak...
    ish ish ish...

    ReplyDelete
  8. Aiman jealous tu. ahaks...
    so cepat2 la nyatakan hati mu pd Wye. ;D

    ReplyDelete
  9. aiman...jgn bengang2..
    cool je, bknnya wye nk lari pi mn pun...:)

    ReplyDelete
  10. hoho..aiman best..hihi..sukeee...

    ReplyDelete
  11. menyampah pulak aku ngan Aiman nih..
    Wye lebih sesuai ngn JD or Adam la..

    ReplyDelete