Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Sunday, February 28, 2021

Hai, saya J(odoh) - 6

“THIS IS SO GOOD!” Mata Lilo macam bercahaya. Di tangan kirinya memegang bekas yang berisi Takoyaki. “Tak rugi saya beratur sepuluh minit tadi.” Orang lain pergi shopping, dia dan Loke beratur beli makanan.

Loke yang tengah kunyah Takoyaki tu hanya angguk mengiakan. Elok sahaja mereka dapat pesanan mereka tadi, tak tunggu lama terus aje masing-masing makan. “Kalau sedap macam ni, saya rasa tak sempat nak bagi dorang yang lain rasa.”

Lilo tergelak kecil. “We will save one for each.” Lilo angkat-angkat kening. Memandangkan dia dan Loke tak banyak barang yang hendak dibeli jadinya mereka berdua ambil keputusan untuk membeli snek bagi mengisi perut.

“Amboiii, love birds ni makan senyap-senyap.” Sergah Fahmi dari belakang.

Serentak Lilo dan Loke menoleh pandang. Masing-masing tarik sengih. “Dah habis shopping ke?”

Maira angkat kedua belah tangannya yang penuh dengan beg plastik. “Aku rasa aku kena beli extra luggage.” Tak fasal aje dia jadi personal shopper kali ni.

Lilo tergelak kecil. “Rasa ni, sedap gila.” Bekas Takoyaki yang masih berbaki separuh itu dihulurkan kepada Fahmi. Sebelah tangan lagi disuakan untuk menyuap Maira. “Sedap, kan? Sedap, kan?”

Fahmi hanya mampu angguk kepala dan tangan kanan mengangkat isyarat bagus. “Korang tak beli apa-apa ke?” Baru dia perasan di tangan Lilo dan Loke hanya ada bekas Takoyaki.

“Takde yang menarik hati dekat sini.”

“Iyalah, orang tu dah ada pujaan hati dekat sebelah…” Usik Maira sambil senggol lengan Lilo. “Ika dengan Reykal pergi mana? Tiba-tiba aje lesap?” Budak dua orang tu kalau orang tak tahu mesti dah kena cup ada apa-apa. Mana taknya, asyik melekat berdua aje.

*********

 

"It takes a strong heart to fall in love"

Get your copy of "Love, Perhaps" now. Feel free to DM me at FB or Twitter.

Or, I'm one click away via Whatsapp.

 

0 comment(s):

Post a Comment