Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Monday, May 30, 2011

Beautiful Night 12


Hari kesembilan berada di rumah Aqil. Alhamdulillah, sudah boleh biasakan diri dengan keadaan sekeliling. Elok sahaja lepas Subuh, Aufa merajinkan diri mengemas rumah; menyapu halaman rumah, siram pokok bunga ( itupun, kalau kaktus yang dah nak mati itu boleh dikategorikan sebagai pokok bunga ), menyapu bahagian dalam rumah dan akhir sekali mengemop. Fuhh, penat memang tak payah cakap!

Barulah Aufa tahu macam mana penatnya Puan Leha bila mengemas rumah. Selama ini, dia ingatkan mengemas rumah takdelah penat macam ni. Serious, pinggang rasa macam nak patah, lengan dah melecet disebabkan bergesel dengan penyapu lidi. Mak, Aufa nak balik rumah Mak! Aufa terasa mahu menjerit sahaja.

Aufa bersandar pada couch bagi menghilangkan lelah. Matanya dipejam rapat-rapat. Sunyi rumah teres dua tingkat ini apabila Aqil takde. Rindu Aqil ke? Ish, mengarutlah! Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan insiden beberapa malam yang lepas. Aqil dan perangai kereknya memang tak boleh dipisahkan!

Bunyi telefon rumah yang berdering mematikan lamunan Aufa   . Telefon berwarna putih itu dipandang lama. Alahai, malasnya nak jawab telefon! Telefon tadi berhenti bordering tetapi selepas beberapa detik, ia kembali berdering. Aufa mendengus keras sambil dia bangun dari duduknya. Siapa je nak telefon pagi-pagi macam ni?!

Gagang telefon diangkat. “Assalamualaikum.” Aufa bersuara tegas. Tidak pula dia duduk di kerusi yang disediakan di sebelah meja telefon itu.

“Tidur ke?” Salamnya tidak dijawab tetapi soalan pula yang diutarakan pemanggil tadi.

Aufa menjungkitkan kening kirinya. Siapa pulak yang main sedap mulut tuduh dia tengah tidur ni?! “Nak cakap dengan siapa?” Sudahlah salamnya tidak berjawab, sedap mulut je mengata orang!

“Saya nak cakap dengan Nurul Aufa   .” Jawab suara di sebelah sana.

“Nurul Aufa bercakap.” Siapa je yang tahu dia tinggal di sini? “Siapa ni?” Aufa tidak dapat menahan dirinya dari bertanya.

“Aqil, Muhammad Aqil.” Aqil berdehem kecil. “Takkanlah suara suami sendiri pun tak kenal?” Tu diaaa, aura kerek Aqil dah sampai.

Refleks Aufa menepuk perlahan dahinya. Aiseh, macam mana boleh tak cam suara Aqil ni?! “Kenapa awak telefon ni?” Suara Aufa sudah kembali normal. Hilang terus suara ala-ala komander pencen.

“Nak telefon rumah sendiri pun tak boleh ke?”

“Boleh. Boleh sangat. Nak telefon selang lima minit pun boleh.” Sengaja Aufa memerli Aqil. Berlaga-laga giginya menahan geram.

Aqil berdehem kecil. “Tengah hari nanti, saya datang ambil awak.”

“Hah?” Aufa tak faham. Nak ambil aku? Nak bawa pergi mana pulak? “Kita ada janji nak pergi mana-mana ke?” Aufa menggaru perlahan kepalanya.

“Saya nak bawak awak makan dekat luar. Taknak ke?”

“Eh, mestilah nak!” Aufa menjawab laju. “Kita nak pergi makan dekat mana?” Nak jugak dia tahu tempat yang bakal mereka tuju, takdelah dia pakai selekeh sangat nanti.

“Siap je lah. Nanti dalam pukul dua belas setengah, saya balik.” Aqil terus menamatkan panggilan.

Gagang telefon kembali diletakkan ke tempat asal. Aqil ni kenapa? Pelik semacam je aku tengok. Nak kata datang bulan, dia tu lelaki. Aufa sudah menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Jam besar di dinding di jeling sekilas. Astaghfirullah! Dah pukul sebelas?! Aufa cepat-cepat menyimpan kembali penyapu dah penyodok yang telah digunakan.

Laju sahaja langkahnya mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Aiseh, macam mana boleh tak sedar dah pukul sebelas ni?! Matilah aku kalau tak bersiap lagi bila Aqil tu balik. Hah, nak pakai baju apa pun tak tahu ni?! Sampai sahaja di bilik tidur, Aufa terus menghala ke almari bajunya. Pintu almari ditolak kasar, satu-persatu baju yang digantung diselak.

Aufa menarik perlahan rambutya. Haa.. nak pakai baju apa ni?! Kenapa masa macam ni lah, baju yang sesuai takde depan mata?! Akhirnya, Aufa mengeluarkan sehelai turquoise blouse dan sepasang jeans. Laci paling bawah ditarik lalu sehelai selendang bercorak abstrak berwarna biru dikeluarkan. Laju sahaja Aufa menggosok baju dan selendangnya. Hah, redah jelah mana yang sempat!

Selesai membersihkan badan, Aufa macam lipas kudung bersiap. Almaklumlah, Aqil tu mana suka menunggu. Jam besar di atas meja solek dijeling sekilas. Haa, dah pukul dua belas! Sepantas yang mungkin Aufa cuba bersiap. Nasib baik, senang sahaja hari ni dia mengenakan selendang. Fuhh! Sepasang platform gladiator dikeluarkan dari kotak di bawah katil.

“Dah siap?” Tegur Aqil yang berdiri di muka pintu bilik tidur.

Aufa yang berdiri membelakangkan Aqil serta-merta mengalih pandang. “Bila sampai?” Kenapa tak dengar pun bunyi pintu terbukak?

Aqil menjeling jam di pergelangan tangan. “Dah lima minit. Dah siap ke?” Aqil memandang Aufa dari atas ke bawah. Awat lawa sangat ni?

Aufa mengangguk laju. “Dah.” Aufa menggalas sling bag ke bahu. “Boleh kita pergi sekarang?” Tanya Aufa apabila Aqil masih memandangnya. “Kenapa pandang macam tu?” Bedak aku putih sangat macam opera cina ke? Ke, selendang aku tak matching dengan baju ni?
     
“Kenapa pakai lawa-lawa sangat ni?” Jujur sahaja Aqil bertanya. “Kita nak makan dekat kedai depan tu je.” Memanglah dia menyuruh Aufa bersiap, tapi takdelah bersiap beriya sampai macam ni.

Aufa buat muka tak percaya. He’s kidding me, right? “Awak jangan main-main.” Punyalah beriya aku bersiap lawa-lawa ni, takkan nak makan dekat restoran depan simpang tu je?

Aqil mengangkat bahu. “Mana ada saya main-main. Saya ada kerja dekat-dekat sini tadi, itu yang nak ajak awak makan sekali.” Kebetulan syarikatnya menghantar dia untuk melihat perisian komputer sebuah syarikat baru berdekatan dengan kawasan rumahnya.

“Alaaa.. kenapa tak cakap awal-awal.” Kalau tadi Aqil bagitahu nak makan dekat kedai mamak tu, takdelah dia bersiap macam lipas kudung ni.

“Manalah saya tahu awak nak bersiap-melaram macam ni.” Selalunya, Aufa takdelah bersiap beriya macam ni. Hari ini apa apa-apa occasion ke?

“Tunggulah kejap. Saya tukar baju.” Takkanlah nak pakai lawa-lawa macam ni setakat pergi kedai makan depan tu je? Aufa menuju ke almari bajunya lalu sehelai tee lengan panjang dikeluarkan. Baru sahaja dia mahu melangkah ke bilik mandi, namanya dipanggil Aqil.

“Tak payahlah tukar baju.” Tegah Aqil. “Kita makanlah dekat tempat lain. Jomlah.” Kalau nak tunggu Aufa ni tukar baju, alamatnya lambat lagilah dia dapat makan.

“Kalau awak pergi kedai depan simpang tu, saya taknak keluar kereta.” Ugut Aufa sambil menyimpan kembali bajunya ke dalam almari.

“Iyelah.” Aqil sudah berura-ura mahu keluar dari bilik tidur. “Cepatlah.” Gesa Aqil apabila Aufa masih berdiri tegak di hadapan almari baju.

Aufa cepat-cepat mengikut langkah Aqil keluar dari bilik tidur. Tengoklah, kalau Aqil pergi kedai depan simpang tu, memang dia takkan keluar dari kereta. Buang tebiat agaknya nak melaram kalau setakat nak pergi makan kedai mamak tu je.