Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Saturday, January 9, 2010

color 30

Sudah seminggu Daniel berada di Sarawak. Seperti yang telah dijanjikan, hari-hari Daniel menelefon Ain mahu bertanya khabar mereka semua.

prraaaaaanngggg..

Bunyi kaca pecah dari arah dapur mematikan lamunan Ain. Suara orang menangis melajukan langkah Ain.

"Astaghfirullah... Kakak, macam mana boleh jadi macam ni?" Ain risau

Di lantai, ada serpihan kaca yang berselerak.

"Tangan Kakak licin..."

"Dah-dah, tolong Ibu ambil penyapu dengan penyodok dekat belakang pintu tu" suruh Ain

Qaliesya kembali dengan penyapu dan penyodok di tangan. "Ibu.. sorry"

"It wasn't your fault la, dear"

Perlahan-lahan kaca di dalam penyodok tadi di buang ke dalam tong sampah.

"Orang dulu-dulu cakap, kalau ada barang pecah, tu maknanya ada benda buruk akan jadi.."

Ish.. tak baik percaya benda khurafat macam tu. Monolog Ain dalam hati.

"Ibu, Uncle Farouq call" celah Ilham tiba-tiba

Cordless phone bertukar tangan. Jantung Ain dah lain macam, hati pun dah rasa ada benda tak kena.

"Assamualaikum..." sapa Ain

Ain freeze. Berita yang dikhabarkan kepadanya sebentar tadi mambuatkan Ain bisu. Cordless phone tadi diletak di atas counter dapur.

"Ibu... kenapa ni?" Ilham pelik

Ain diam. Kaki dirasakan tak menjejak bumi. Badan melayang-layang ketika dia berjalan ke meja makan.

"Ibu..." panggil Ilham lagi

Ain menggeleng perlahan. Selepas 3-4 tapak melangkah, dunia Ain terus gelap gelita...

******

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Ibu pelik

angkat bahu "Saya tak sempat nak terangkan pape, Ain dah letak phone" jelas Farouq

"Ni mesti kes salah faham ni, kalau tak, takkan boleh jadi macam ni" celah Ayah

"Apa yang Farouq bagitahu dia?" Ibu curious

garu kening "Saya just bagitahu dia yang Daniel dah meninggal.."

"Haaa..??" semua di ruang tamu tu terkejut beruk

Peristiwa Ain pengsan di dapur siang tadi, tersebar luas. Bergegas mereka serbu rumah Ain malam tu jugak. Nasib baik, Ain okey.

"See.. saya tak habis cakap you all semua dah potong" Farouq geram

"Cuba cakap tu biar perabes" ujar Tan Sri Khairil

"Daniel, dia dah meninggalkan sarawak petang tadi. Tu yang saya cuba bagitahu Ain petang tadi"

angguk "So, misunderstanding lah ni" ujar Ibu

"Tu lah, lain kali cakap biar terang"

"Dah tak sempat nak explain, Ain dah letak phone"

"Nasib baik menantu aku tu okey, kalau jadi pape dekat Ain dengan baby dia tu, nahas kamu aku kerjakan" marah Ayah

sengih "Sorry, uncle. Saya just sampaikan pesanan Daniel je"

"Bila dia sampai KL?" tanya Tan Sri Khairil

"Malam ni, pukul 12 katanya" jawab Farouq

"Kamu yang jemput dia? or dia balik sendiri"

angkat bahu "Dia takde cakap pape pulak. Balik sendiri la kot"

"Kamu call dia, suruh cakap dengan Ain. Ain tu dari tadi tak berhenti menangis tu" suruh Ayah

angguk "Saya call sekarang, uncle"

Langkah di atur ke ruang dapur. Ain yang tengah menyembamkan muka di meja ditegur perlahan.

"ain..." panggil Farouq

Ain angkat kepala. Jelas matanya bengkak kerana terlalu lama menangis

"Daniel nak cakap dengan kau"

Ayat Daniel mampu membuatkan Ain ternganga. Apa ni??

"Tadi aku tak habis cakap, kau dah letak phone" jelas Farouq

Handset Nokia canggih milik Farou bertukar tangan. Ain berdehem beberapa kali untuk memastikan suaranya tidak kedengaran sengau.

"Assalamualaikum..." sapa Ain

"Waalaikumussalam... saya dengar ada orang tu menangis" sakat Daniel

"Mana ada orang menangis"

gelak "Tu la, lain kali dengarlah elok-elok, ni Farouq tak habis cakap lagi awak dah letak phone"

mendengus "Lain kali cakaplah straight to the point. Ni tak, nak main corner-corner plak" rungut Ain

"Saya balik malam ni"

"Serious?"

"Serious lah, flight sampai dalam pukul 11.30 malam nanti"

"Saya jemput awak eh?" tanya Ain

"Eh, takpelah, saya balik sendiri nanti"

"Please....." pujuk Ain

"No dear, dah malam sangat kalau awak nak drive"

"Alaaaaa..."

gelak "Rindu saya sangat ek?" tanya Daniel

"Mestilah.."

gelak lagi "Cakap sikit ayat keramat tu"

"Malulah.."

"Cakaplah, takut kempunan pulak saya nak dengar nanti"

tarik nafas "I. Miss. You. Damn. Much" ucap Ain satu-satu

"Thanks dear, miss you too"

"Balik cepat eh" pesan Ain

gelak "Okey.."

"Woiii.. melambung bill aku nanti" terjah Farouq tiba-tiba

Ain dah blushed. Oh My~ Agak-agak Farouq dengar tak suara dia manja-manja dengan Daniel tadi? Alahai~

gelak "Okeylah, Farouq dah bising tu. Nanti malam, kita jumpa ye sayang" ujar Daniel

"Ermm.. Assalamualaikum, Bye"

Salamnya dijawab oleh Daniel lalu panggilan ditamatkan. Alhamdulillah.. Daniel takde pape.

sengih "Okey dah? Lepas rindu?" giat Farouq

"Diamlah kau" marah Ain

gelak "Jangan risau, aku buat-buat tak dengar je"

"Kau dengar ke?" Ain cuak

"Boleh tahanlah jugak..." jawab Farouq meleret-leret

"Weyh...."

gelak lagi "Sentap je weyh. Aku tak dengar pape pun lah"

Ain tarik nafas lega. Handset canggih Farouq bertukar tangan.

"By the way, aku dengar part kau cakap 'I miss you damn much' tu" ujar Farouq

Lepastu, Farouq terus berlari ke ruang tamu. Ain tu bukannya boleh jangka, tak pasal-pasal mengamuk pulak nanti.

******

Tepat jam 9 malam, mereka semua beransur pulang memandangkan Ain pun dah tenang. Puas hati Ain bila dapat tengok Ayah pulas telinga Farouq. Huhhuhu.. padan muka..!! Siapa suruh buat main benda serious.

"Ibu, Ayah okey ke?" Ilham risau

senyum "Ayah okey, malam ni Ayah balik"

"Betul?" tanya Qaliesya-Ilham serentak

Ain angguk. Dan terdengar suara sorakan Ilham dan Qaliesya. Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan suamiku.

"Kakak dengan Abang, naik tidur dululah. Ibu nak kemas kejap" ujar Ain

"Kakak tolong Ibu la ye" offer Qaliesya

"Sure? Kalau cawan Ibu pecah lagi macam mana?"

sengih "Janji tak pecahkan lagi" janji Qaliesya

angguk "Ajak Abang kutip cawan-cawan kat depan tu, Ibu nak kemas dapur kejap"

Ermm.. biasalah tu, kalau ada tetamu datang, rumah memang macam tongkang pecah sikit. And, kenalah kerah segala tulang 4 kerat ni nak kemas balik. Nak buat macam mana, khidmat maid memang telah di banned dalam rumah ni.

"Ibu, Kakak naik tidur dulu boleh?" tanya Qaliesya

senyum "Boleh-boleh, lagipun esokkan nak sekolah"

"Abang teman Ibu ek?" tanya Ilham

kerut dahi "Esokkan nak sekolah, takkan Abang nak tidur lambat?"

senyum "Takpe, Ayah pesan dekat Abang, kena selalu temankan Ibu" jelas Ilham

Ain terharu. Sungguh dia tak percaya sampai begitu sekali Daniel risaukan keselamatannya.

"Ibu, sayang Abang macam Ibu sayang Kakak ke?" soalan cepumas Ilham

"Kenapa Ilham tanya macam tu?"

angkat bahu "Ilham bukan anak Ibu"

Ain menghabiskan bilasan terakhir. Ain duduk di kerusi meja makan lalu Ilham digamit supaya duduk di sebelahnya.

"Come.."

Kini, mereka duduk setentang. Ain menarik Ilham ke dalam pelukannya. Erat.

"Siapa cakap Ilham bukan anak Ibu? Ilham anak Ibu sampai bila-bila. And Ibu sayang sangatttt dekat anak-anak Ibu"

Itu, bukan hanya omongan kosong semata, itu adalah pengakuan yang lahir dari hati seorang Ibu. Tiada Ibu yang tidak sayangkan anaknya bukan? Begitu juga dengan Ain Natasya. Anak-anak umpama nafasnya, dia tidak betah untuk hidup tanpa mereka.

10 comments:

  1. wow.
    terkezut
    farouq pon satu
    gurau rase nk katok je
    haha.comel2
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. terkejut aq bila ain dpt tpon dari farouq..
    apa daa farouq nie,,
    main2 plak,, tempeleng kpla dia baru tau,, ha3

    ReplyDelete
  3. huhu..sy pon da cuak..
    tp tah2 btul2..
    coz daniel pon xsmpai lg..

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. mmg nak kena kejar r farouq ni..
    *run farouq...*

    ReplyDelete
  5. hype..thanks 4 this entry.rindu bangat loooo. but cam pendek sikit. cepat sambung

    ReplyDelete
  6. suka part biler ain ckp ilham anak ibu sampai bila2... :)

    ReplyDelete