Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, May 12, 2010

cikuwat dan ciketam 2

Laila menyelak helaian nota subject 'Linear System and Signal' lambat-lambat. Kenapalah subject ni bosan sangat? Baru 2-3 helaian diselak, sudah menguap sampai 10 kali.

"Oiiii.. berangan" sergah Aqil

Aqil meletak buku rujukan yang diambilnya tadi ke atas meja. Kerusi di hadapan Laila ditarik perlahan.

"Berangan apa ni? Saya datang pun buat tak tahu je" tanya Aqil

Laila masih dalam dunia ciptaannya sendiri. Pensil mechanical berlari laju di atas buku nota. Macam masuk kelas lukisan je Aqil tengok si Laila ni.

"Laila.." panggil Aqil perlahan

Laila tetap diam. Laila macam hanyut dalam dunia sendiri. Aqil pelik. Selalunya Laila orang paling bersemangat kalau diajak belajar di library, tapi hari ni?

"Saya nak balik" bisik Laila

Aqil kerut kening. Apa kena dengan Laila ni? "Kita baru je sampai 10 minit"

Laila menyimpan segala alat tulis ke dalam pencil box. Buku-buku nota di masukkan ke dalam beg pack. "Takpelah, kalau awak nak stay. Saya balik sendiri naik bas"

Laila tinggalkan Aqil terpinga-pinga. Langkah diatur laju menuruni tangga library. Langsung tak dihiraukan panggilan Aqil.

"Mak tak suka kau berkawan dengan budak Aqil tu"

Kata-kata Mak Minah terngiang-ngiang di telinga Laila. Mak memang pantang jika mereka adik-beradik bercinta semasa belajar.

"Laila kawan je dengan Aqil tu, Mak"

"Mak tetap tak suka. Kau kan tengah belajar lagi, Laila. Tumpukan dekat pelajaran tu dulu"

"Tapi, Mak..."

"Mak tak suka anak-anak Mak jadi anak derhaka disebabkan seorang lelaki" potong Mak Minah laju

Laila mengesat tubir mata yang terasa panas. Laila minta maaf, Mak. Laila sayang Aqil.

*****

Kad topup Celcom RM10 digores tanpa jemu. Agaknya kalau masuk pertandingan 'Gores dan Menang' pun boleh. Hari ni dah masuk 2 minggu Laila mendiamkan diri.

"Laila, kenapa awak buat saya macam ni?" monolog Aqil

"Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf"

Gambar candid Laila ditenung lama. Aaaaaaaaaaaaaaaa! Tolonglah jangan menangis Muhammad Aqil. Lelaki kan kena kuat macam Badang tapi kau ni lembik serupa puding je.

"Bro, sudah-sudahlah tu tenung gambar anak dara orang tu" tegur Meor

Cepat-cepat Aqil menyapu tubir mata. Haish, mata ni masuk habuk pulak! Aqil berdehem beberapa kali supaya suara kembali normal.

"Aku rindu awek aku, Bro" jawab Aqil

Meor duduk di birai katil Aqil, bantal di tarik ke atas riba. "Kalau rindu, trylah call lagi"

Terdengar keluhan kecil dari mulut Aqil. Meor tahu, sudah naik lenguh jari dan tangan Aqil mendail nombor telefon Laila tapi apa salahnya cuba sampai dapat.

"Aku tak tahu kenapa dia senyap macam ni je. Aku dah tanya banyak kali tapi dia senyap"

"Tadi, aku terserempak dengan Laila" beritahu Meor

"Kat mana, kat mana?" Aqil nak tahu

"Library. Tapi bila aku tegur, dia buat macam tak pernah kenal aku pun" jawab Meor jujur

Terus hilang rasa excited Aqil. Ingatkan Laila marahkan dia seorang sahaja tetapi sesiapa sahaja yang berkaitan dengan hidup Aqil pun dipinggirkan.

"Mimi bagi aku benda ni, dia cakap Laila yang bagi" sampul surat biru diletak di atas meja study Aqil. "Aku rasa, mungkin lepas baca surat ni, segala persoalan kau terjawab" sambung Meor

Bantal di atas riba dikembalikan ke tempat asal. Bahu Aqil ditepuk perlahan "Aku tahu kau kuat"

Sejurus Meor keluar dari biliknya, Aqil membuka sampul surat biru kiriman Laila. Nafas ditarik panjang apabila tulisan tangan Laila menyapa mata.

*****

Assalamualaikum...

Aqil, pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana terus lenyap tanpa suara. Pemergian saya ini bukan bermakna saya membenci awak wahai Aqil, saya pergi untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan saya.

Mungkin awak akan kata saya pengecut, dan penakut. Ye, saya mengaku saya memang penakut. Saya takut untuk terus mencintai awak sehingga saya lalai dengan tanggungjawab saya sendiri. Lemahnya seorang Nurul Laila.

Jika benar kita telah ditakdirkan untuk bersama, saya takkan lari lagi. Itu janji saya. Jika Nurul Laila tidak ditakdirkan untuk Muhammad Aqil, saya redha. Mungkin ada yang lebih baik untuk awak di luar sana.

Salam alaik,
Nurul Laila


Surat kiriman Laila 5 tahun dulu dibaca tanpa jemu. Laila, keluarlah dari tempat persembunyian awak. Saya tak larat nak mengira sampai sejuta, malah seratus pun belum tentu saya mampu.

Mungkin, awak perlu ajar saya bagaimana mahu membilang angka supaya saya tidak lupa lagi. Atau awak perlu ajar saya bagaimana mahu melupakan seorang Nurul Laila.

"Abang, ada call" suara Murni mengejutkan lamunan Aqil. Aqil mengangguk tanpa suara. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepas perlahan-lahan. Astaghafirullah.. jauhnya aku mengelamun.

"Abang, Ibu pesan, jangan dok ingat sangat kisah lama tu. Lama-lama makan diri, payah nanti" pesan Murni lalu dia hilang sebaik sahaja berjaya memboloskan diri keluar dari bilik Aqil.

*****

"Laila, sampai bila nak jadi macam ni?" tanya Mimi

Naik risau Mimi tengok Laila, makin hari makin teruk. Kalau dulu masa zaman study, bolehlah nak jawab sebab too much study that's why jadi macam zombie lapar darah, tapi sekarang?

Laptop di alih dari atas meja ke atas katil. "aku okey je, Mimi" dalih Laila

Mimi rasa macam nak cekik Laila sampai pengsan. 24 jam menghadap laptop sampai tak ambil tahu pasal dunia luar tu boleh dikata okey ke?! "Laila sayang, hidup kau hanya dengan laptop je sekarang ni. Get a life, Babe"

Laila senyum tanpa perisa "Aku buka laptop sebab tengok movie, Mimi. I have a life, okey"

Bantal di atas katil di ambil lalu diketuk perlahan pada badan Laila. Ish, geram! "Maksud aku, pergi cari PAKWE baru. Umur kau tu dah masuk 24 tahun, bukan nak cakap pakwe, kawan lelaki pun kau takde Laila" balas Mimi geram. Sengaja perkataan pakwe itu ditekan supaya Laila sedar.

Tergelak Laila mendengar bebelan Mimi. Alahai, kalah Mak aku kat kampung tu ha. "Mi, aku boleh hidup tanpa lelaki"

Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! "Memanglah boleh, tapi sampai bila? takkan nak tunggu Aqil datang melutut baru kau nak bukak pintu hati tu?!"

Laila diam, tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Mimi dah mula rasa bersalah, haish! mulut ni memang takde insurance betul. "Ermm, aku keluar dulu la eh" pamit Mimi

Serta-merta memori lama menari-nari di dalam fikiran Laila. Satu-persatu berulang tayang tanpa henti. Kepala digeleng laju supaya semuanya gugur serta-merta tetapi tidak berhasil.

"Aqil, saya rindukan awak..." monolog Laila dan air mata yang ditahan selama ini gugur jua. Bantal ditarik menutup muka supaya esakannya tidak kedengaran, lutut ditarik rapat ke dada dan Laila terusan menangis.

*****

"Bro, aku nak kau jumpa someone" ujar Meor tiba-tiba

Aqil angkat kening Ziana Zain. Erk? Apa kes ni, kawan. "Siapa pulak kali ni? Anak Makcik Leha sebelah rumah kau eh?" perli Aqil

Meor garu kening yang tak gatal sambil tayang sengih. "Anak Mak Minah, jiran belakang rumah aku. Sumpah comel, dowh" bersunggug-sungguh Aqil meyakinkan Aqil

"Hmmm.. tengoklah macam mana nanti"

"Kau ingat lagi dekat Laila, eh?"

Aqil malas nak jawab soalan Meor tu. Soalan yang dah tahu jawapan, buat apa nak jawab lagi kan? Pisang goreng di atas meja di ambil, ditiup perlahan. "Jangan ungkit lagi benda lama tu"

"Tapi, kau tu..."

Aqil angkat tangan separuh muka menahan Meor meneruskan kata-kata "Dalam hati aku, ada seorang je Laila. Kau bawaklah sepuluh Miss Universe pun, aku tetap taknak. Aku nak Laila seorang je" potong Aqil tenang

"Tapi, kalau kau tengok anak Mak Minah ni, kompem kau terus lupa Laila" Meor yakin

"Try me, dude"

Angkuh seorang Aqil bila bercakap tentang hati dan perasaan. Ye, ini semua salah Nurul Laila. Jika Nurul Laila tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya, mesti dia tak jadi macam ni!

*****

Meor dan Aqil sampai di restoran tu, setengah jam lambat. Oh ini semua gara-gara anak Makcik Leha buat perangai malu-malu-kucing sebelum keluar rumah tadi. Tak pasal-pasal nak kena seret-berdukung bagai.

"weyh, bro" panggil Meor tak puas hati. Apa kes main freeze-freeze ala tugu negara depan restoran ni?

"Asal kau tak cakap yang blindate aku tu Laila?!" bisik Aqil geram

"Aku kan dah cakap hari tu, budak tu anak Mak Minah jiran belakang rumah aku. Kau lupa?"

"Bro, aku balik dululah macam ni" ujar Aqil tiba-tiba

Leher belakang baju Aqil ditarik perlahan. Eh mamat ni, ikut suka hati je nak balik. Ingat senang ke nak ajak tuan puteri Laila tu pergi blind date?

"Kau ikut aku atau kita putus kawan" ugut Meor

di dalam restoran, meja no 5

"Mi, kenapa kau tak cakap blind date aku tu Aqil? tanya Laila geram

Gigi diketap kuat, agak-agak memang boleh patah kot. Mimi nampak macam kecik je ni ha, rasa macam nak picit-picit bagi pengsan.

Nana tayang sengih gaya macam innocent habis. "Cik Laila oi, kalau aku bagitahu kau awal-awal, takdelah surprisenya"

"Aku nak baliklah macam ni" Laila merajuk. Handbag di atas meja disangkut ke atas bahu.

Tangan Laila ditarik perlahan "Kau kan dah janji taknak lari-lari dah" Mimi guna ayat reverse psychology

"Tapi Mi..."

"Hai, sorry lambat. Kawan aku ni ha, bersiap macam Mak Datin" Celah Meor tiba-tiba. Kerusi bertentangan dengan Mimi ditarik. "Bro, duduklah. Kawan aku ni, dia tak makan orang" pelawa Meor

Aqil tarik kerusi yang bertentangan dengan Laila. Refleks Laila memandang tempat lain, sengaja taknak bertentang mata dengan Aqil nanti.

Meja No.5 itu diam tanpa suara. Mimi dan Meor dah main jeling-jeling. Agak-agak kalau tinggalkan Laila dengan Aqil berdua je, ada yang balik nanti kena bunuh tak? "Alahai, bosannya lahhh.." ujar Meor tiba-tiba

"Aqil, kau taknak cakap pape ke kat blind-date kau ni ha?" Mimi cucuk jarum.

"Haiii.." itu je mampu keluar dari mulut Aqil. Laila senyum segaris. Pandangan dibuang jauh ke jalan raya.

Meor main ketuk-ketuk meja. Aqil, please say something sebelum aku bocorkan semua rahsia kau. "Okeylah, aku dengan Mimi nak pergi usha buffet kejap. Korang dua, duduk diam-diam kat sini"

Kerusi ditolak ke belakang. Laila pandang Mimi, minta simpatilah konon. "Emm, ladies kejap"

"Laila, awak dah janji taknak lari lagi" ujar Aqil cepat-cepat. Dia taknak pisang berbuah dua kali, cukuplah 5 tahun dia hidup macam zombie.

Laila kembali duduk. Kunci kereta di atas meja dipusing-pusing, sekekap ke kanan, sekejap ke kiri. Resah duduknya apabila Aqil tak lepas dari memandangnya.

"Kahwin dah?" refleks Laila mengetuk kepala dengan kunci. Sheeeesh, apalah tanya soalan luar daerah ni?

"Belum, tunggu bidadari turun dari syurga" jawab Aqil takde perasaan

Laila terangguk-angguk. Apa lagi nak tanya ni? Agak-agak kalau tanya kenapa Malaysia sangat panas hari ni, kena gelak tak? "Hari ni panas"

"Laila, awak takkan lari lagi kan?" Aqil terus tukar topik. Rasa macam nak pecah je dada ni bila terpaksa pendam rasa hati.

Laila diam, tak tahu nak jawab macam mana. "InsyaAllah"

"Laila, tolong jangan lari lagi. Saya takde kereta Ferrari merah nak kejar kalau awak lari lagi. Awak boleh cakap saya desperate, terdesak, sebab saya memang tengah terdesak. Mak kat rumah tu dah bising suruh saya kahwin, tapi macam mana saya nak kahwin kalau pengantin perempuan asyik lari je?"

Refleks Laila tergelak mendengar bebelan Aqil. Ahha, masih dengan perangai suka membebel-macam-mak-nenek tu.

"Saya tengah serious ni, awak boleh gelak lagi?" Aqil bengang. Orang tengah serious tahap memilih calon Perdana Menteri, dia boleh gelak macam tengah tengok Spontan.

"Haha.. awak masih sama macam dulu, kuat membebel macam mak nenek" ejek Laila

Refleks Aqil membaling tisu yang tersedia digumpal ke arah Laila. "Jomlah kahwin dengan saya. Awak nak kahwin dengan saya kan?" Aqil dah keluar aura desperate "Kalau awak taknak pun, saya akan paksa awak sampai awak cakap 'yes'"

"Hantaran 3 dulang dah cukup. Make sure ada kunci rumah, kunci kereta dengan bank-draft kosong. Saya nak buat majlis akad nikah dekat masjid, jamuan dekat Concorde. Honeymoon pulak maybe Paris or Capri. Cincin nikah make sure white gold jangan beli stainless steel pulak" ujar Laila senafas tanpa riak

"Ni ke cara awak cakap 'yes'?" Aqil masih blur

"A'ah. Kenapa, awak taknak ke?"

"Eh, mestilah NAK !" Aqil excited

Straw dikacau perlahan-lahan. Air apple disedut perlahan. Laila berdehem sekejap. "Bila?"

"Huh, bila apa?"

Laila angkat kening Ziana Zain "Kahwin"

"Oh, now?"

Laila geleng "Saya tak pergi khusus kahwin lagi"

"Minggu depan?"

Laila geleng lagi "Mana sempat nak buat persiapan"

"Bulan depan?"

Lagi sekali Laila geleng kepala tapi kali ni, Laila senyum penuh makna "Tak rasa lambat sangat?"

"Lambat eh?"

Angkat bahu "Tadi awak cakap, Ibu dah bising suruh kahwin cepat. Lagi 2 minggu bolehlah kot"

"Serious ni?"

"Seriouslah"

Setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya. Mungkin kebahagian yang hakiki muncul selepas terpaksa harungi dugaan dan cabaran. Oh ye, Allah memang dah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan, jadi tak perlu takut memikirkan siapa pun jodoh anda. Happy ending =)

19 comments:

  1. haha..lawak kott si aqil n laila nieh.
    ehh aku curious nk taw..si aqil nie tunaikan ke permintaan laila yg macam2 tuh?
    huhu..

    ReplyDelete
  2. hahaha
    xckp happy ending pun tau babe!
    nice2!
    made me smileeeee alllll daaaa wayyyy
    thanks! :D

    ReplyDelete
  3. haahaha..comel jek cite ni

    ReplyDelete
  4. hikhikhik..
    memang sempoila..

    ReplyDelete
  5. sweet~
    xberat kapla..

    ReplyDelete
  6. suka2..
    kalau dah jodoh,sejauh mana kita berlari,akhirnya mesti ter'kawin' gak..
    ayat tak leh blah..=)
    k all d best..
    teruskan berkarya..

    ReplyDelete
  7. best cite ni....cambest je mintak hantaran cam laila tu...hehehe

    ReplyDelete
  8. hahaha...this one i can laugh kuat2...
    comei sungguh cara proposed
    klakar betul syarat hantaran....
    now i can see between the lines.
    good girl baby boom!

    ReplyDelete
  9. lawak tol dorg nie...
    leh lak camtu yekk...
    dpt ker si aqil tunaikan aper yg si laila mintak nie...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  10. er...cepat sangat kot..xsempat nk tangkap lentok da habis.huhu..but anyway,nice story ^^

    ReplyDelete
  11. syg cik bulan..utk citer yg bes neh..hehehehe

    ReplyDelete
  12. so cute...btol2,tkyah pening,just bersedia utk hadapi tanggungjawab n ujian yg bakal dihadapi..

    ReplyDelete
  13. wow....
    best nyer kalo dapat hantara mcm tu...
    giler stylo...

    ReplyDelete
  14. WAHHHH...miss blnhijau..
    suke gle aku bace cite ney...

    ReplyDelete
  15. syokla miss bln hijau
    aku suker cite ney

    ReplyDelete
  16. giler klaka.
    nice~

    ReplyDelete
  17. mmg ketinggaln zaman..
    apepon.. suka sgt citer nih..

    ReplyDelete
  18. jln citer cm best tp ringkas sgt..
    hehe dun angry ae.. :D
    just mberi pndapat

    ReplyDelete