“Assalamualaikum.” Sapa Aufa perlahan apabila panggilannya diangkat.
“Waalaikumussalam.” Salamnya dijawab Ayu.
Berkerut sedikit kening Aufa apabila mendengar bunyi bising di tempat Ayu. Budak Ayu ni pergi mana je malam-malam ni? “Kau busy ke?” Manalah tahu, Ayu ni dekat Danga Bay ke.
“Tak.” Jawab Ayu pendek.
Aufa menghela nafas lega. Nasib baik. “Aku nak cakap something dengan kau ni.” Perlahan sahaja Aufa bersuara. Jarinya bermain-main dengan hujung baju tidur yang dipakainya.
“Kenapa suara kau serious semacam ni?” Ayu bertanya pelik.
Aufa menghela nafas berat. “Sebab, apa yang aku nak cerita ni pasal hidup dan mati.” Ah, melampau betul sampai melibatkan hidup dan mati!
“Aufa, tunggu kejap. Aku nak naik atas.”
Aufa memintal-mintal hujung rambutnya yang sedikit ikal. Kepala digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan. Apa pasal si Ayu ni naik tingkat atas pun lama sangat? Bantal di kepala katil ditarik ke atas riba. Handsfree di atas meja sebelah katil dicapai.
“Haa.. Apa yang serious sangat ni?” suara Ayu memecah sunyi.
“Aku rasa, kau kena pasang handsfree lah. Banyak benda nak cerita ni.” Aufa cuba melengahkan masa. Tiba-tiba tak tahu macam mana nak cakap dengan Ayu.
“Tak payahlah. Handsfree tak tahu dekat mana.” Ada nada malas pada suara Ayu.
Aufa menelan liur. Payah! Macam telan pasir pun ada jugak ni. “Tapi sebelum tu, kau kena janji dengan aku.” Tolonglah Ayu tak marah, tolonglah. Doa Aufa dalam hati.
“Nak janji apa pulak ni, Aufa?” Ada nada kerisauan pada suara Ayu.
Aufa mengurut pelipis kepala. Menyesal pulak telefon Ayu. “Janji jangan marah aku.”
“Kalau aku tak tahu hujung pangkal, macam mana aku nak tahu aku akan marah atau tak.”
“Ayu, please…” Aufa sudah merayu. Tolonglah, dia tak sanggup nak dengar sebarang bebelan buat masa ni.
“Ye, aku janji.”
Aufa menarik nafas panjang. “Aku nak kahwin.” Aufa bersuara perlahan sambil matanya dipejam rapat.
“Apa yang dah merasuk kepala kau ni? Takkanlah sebab Iskandar tu dok mengacau kau, kau ambil keputusan nak kahwin.”
Perlahan-lahan matanya dibuka apabila mendengar nama Iskandar. “Benda ni takde kena-mengena pun dengan Iskandar.” Nafi Aufa. Bukannya takde kena mengena langsung, Iskandar ni macam dua peratus sahaja dari masalahnya sekarang.
“Aku ingat, kau main-main je tuari.”
“Entah. Aku pun tak tahu apa yang dah merasuk fikiran aku ni.”Agaknya, memang wujud hantu kahwin dalam dunia ni. Sebab tu, si Aufa ni boleh terfikir idea gila ni.
“Siapa lelaki tu?” Setahu Ayu, Aufa belum punya pacar lagi!
Aufa menggaru keningnya pula. Apa pasal semua nak gatal ni? “Dia tu anak kawan Mak aku.”
“Kau memang kenal dengan mamat tu?” Manalah tahu, Aufa memang dah kenal lama dengan mamat tu, itu yang Puan Leha takde hal nak kahwinkan diorang.
Aufa menggaru perlahan kening kirinya. “Takdelah. Baru je kenal beberapa hari lepas.” Aufa menggeleng laju.
“Baru kenal tapi nak kahwin dah?” Suara Ayu sudah meninggi. Pening kepalanya dengan si Aufa ni. Nak cakap tak pandai, belajar dah sampai tahap Professional Degree.
“Kau janganlah buat suara terkejut sangat.” Aufa cuba melawak. Padahal, kalau siapa-siapa yang dengar kenyataannya ni, mestilah terkejut beruk!
“Heh, mahunya aku tak terkejut!” Marah Ayu. “
Aufa sudah dapat membayangkan reaksi Ayu tika ini. Kalau Ayu ada depan mata ni, mesti Ayu tengah bercekak pinggang macam komander pencen! “Aku..”Aufa sudah kehilangan kata.
“Kau dah fikir masak-masak ke? Kahwin ni bukannya macam main masak-masak, Aufa.”
“Entah.” Ya, untuk beberapa minggu ni ‘entah’ merupakan perkataan kegemaran Aufa.
“Kau ni, main entah-entah pulak.” Geram pula Ayu dengan si Aufa ni. Sikit-sikit ‘entah’, sikit-sikit ‘tak tahu’.
“Sumpah, aku sendiri tak tahu apa yang dah merasuk aku sampai aku boleh cakap yang aku nak kahwin.” Hambek, sekali sumpah pulak yang terkeluar! Kena makan sumpah, baru padan muka kau Aufa oi.
“Aufa, the Man upstairs knows the best. Luangkan sikit masa, tanyalah Dia.”
“Tapi, aku takut.” Siapa yang tak takut kan? Kahwin ni, agenda paling besar dalam hidup tau! Kalaulah kahwin tu macam main pondok-pondok masa tadika tu, memang semua orang berlumba-lumba nak kahwin agaknya.
“Kenapa nak takut?”
“Aku takut..”
“Kau takut jawapan dia, tak sama macam yang kau harapkan?” Potong Ayu.
Aufa memeluk kuat bantal. Bibir bawah digigit perlahan. “Mungkin.” Buatnya, lepas solat istiharakh, petunjuk lain yang datang, mahu pengsan si Aufa ni.
“Malam ni, sebelum tidur, kau buat istiharakh. InsyaAllah, jawapannya ada.” Nasihat Ayu.
“InsyaAllah.” InsyaAllah tu janji, Aufa. Aufa mengingatkan diri sendiri. “Tapi Ayu, aku tak reti masak. Setakat nak suruh kemas rumah, sapu sampah, lipat baju dan benda-benda lain yang termasuk dalam kerja rumah tu, aku bolehlah.” Itulah kau, dulu Mak suruh belajar masak, banyak alasan kau bagi, sekarang ni baru nak panas badan!
“Itu ke yang buat kau risau?”
Aufa angkat bahu. “Aku taknaklah nanti dia ingat aku ni, isteri tangkap muat.” Sudahlah kahwin ni pun macam terkejar-kejar, satgi si Aqil tu ingat dia ni anak dara tak laku pulak.
“Hahahah! Kau ni, kelakarlah.” Sakat Ayu
Aufa diam. “Ayu, aku rasa macam nak nangislah.” Suara Aufa dah bergetar. Betullah kata orang ‘Once a word leaves your mouth, you cannot chase it back even with the swiftest horse’.
“Aufa, janganlah menangis. Jauh tau Johor dengan Subang.” Pujuk Ayu.
“Aku cakap betul-betul ni.” Suara Aufa dah lain macam. Alahai, janganlah menangis pulak.
“Macam ni.” Ayu berdehem perlahan. “Malam ni, kau buat solat hajat, istiharakh semua tu, okay? Takde siapa yang boleh menjawab soalan kau selain Allah.”
Terdengar keluhan kecil dari mulut Aufa. “Okay, assalamualaikum.” Selepas salamnya dijawab, Aufa menamatkan panggilan. Muka disembamkan pada bantal.
Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Aufa bangun dari duduknya lalu menuju ke bilik air. Solat itu penyelesai segala masalah, Aufa.
Hai dan Hello !
Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.