Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, December 16, 2010

hope 16

Wye mula mengemas barang-barangnya apabila jam di pergelangan tangan menunjukkan sudah pukul 10 malam. Pen, pensil, pembaris dan pemadam di masukkan ke dalam pencil box.

JD mengangkat kepala memandang Wye. “Nak balik dah?” tanya JD perlahan.

Wye mengangguk perlahan lalu tanpa pamitan Wye terus meninggalkan JD tanpa sebarang kata. Wye berjalan menuju ke arah kubikel yang diduduki Dee.

Tok! Tok!

“Balik, jom” ajak Wye sambil berbisik.

Dee mengangkat tangan kanannya. “Kejap” Pen di tangan kiri cekap berlari di atas dada kertas A4 berwarna putih itu. Jawapan terakhir disiapkan.

“Jom” ajak Dee sambil menggalas backpack pada bahu. Sweater di sangkut pada lengan lalu kerusi dimasukkan kembali ke bawah kubikel.

Wye menarik lengan Dee supaya berjalan seiring dengannya apabila Wye perasan JD sedang berjalan ke arah mereka.

“Weh, slow-slow lah” Dee pelik dengan perangai Wye. Amende yang jalan cepat-cepat ni? Ada hantu kejar ke?

Dee memusingkan kepala ke belakang. Hehehehehe.. Bukan hantu yang kejar, tapi manusia bernama Muhammad Mujahid tu yang kejar!

“Weh, JD tu tak makan orang lah” ujar Dee tiba-tiba.

Wye mencebik. Memanglah dia tak makan orang, tapi dia tu buat nafas aku jadi sesak! “Nanti takde bas lah” Nafi Wye.

Dee tergelak perlahan. Iyelah tu Wye oi. Takut bas takde ke, takutkan si JD tu? Menggelabah macam baru lepas tengok hantu bungkus je gamaknya!

“Wye..!!” Ada suara memanggil nama Wye dari belakang.

Wye buat tak tahu. Bukannya dia tak tahu yang panggil tu JD. Ah, biarkan! Anggap je macam tak dengar langsung.

“Weh, ada orang panggil tu” tegur Dee lalu memperlahankan langkah.

Wye menarik lengan Dee. “Weh, cepatlah. Nanti takde bas payah nak balik” Elak Wye.

“Dee..!!” Suara tadi memanggil lagi

Automatik Dee berhenti. Wye terdorong ke hadapan sedikit apabila Dee berhenti secara mengejut. Ah, sudah!

“Nak balik ke?” tanya JD sedikit mengah. Perghhh.. memang laju gaban diorang ni jalan!

Dee mengangguk laju. “Kenapa?”

JD menggaru pelipis. “Jomlah aku hantarkan” pelawa JD.

Refleks Dee menarik sengih sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun elok. Heeee..!! “Seriously?”

JD mengangguk sambil memusing-musing kunci kereta. “Jom lah”

Wye menarik muncung apabila Dee menonong jalan meninggalkannya. Ceyttt! Mentang-mentanglah dapat naik kereta, terus lupa dekat aku ni ha!

“Wye, taknak balik ke?” tanya JD selepas beberapa tapak meninggalkan Wye.

Wye memeluk tubuh tanda protes. Aku nak balik tapi aku TAKNAK ikut kau balik lah!

JD berjalan patah balik ke arah Wye. Kini jarak di antara mereka agak dekat. “Hey leng lui, taknak balik ke?” tanya JD seakan berbisik.

Zap! Automatik pipi Wye mula memerah. Haa apa main bisik-bisik pulak ni?! Ingat ni cerita Ghost Whisperer ke ha?!

“Tak sudi ke nak naik kereta aku?” tanya JD masih dalam berbisik.

Aaaaaaaaaaaa!! Wye macam melayang-layang. Apa pelik sangat aku ni? Sejak bila pulak aku kisah dengan si JD ni? Choyy betullah!

“Sejak aku cakap kau lagi cantik dari Megan Fox, kau macam nak lari je” ujar JD

Wye menggeleng perlahan. Kepala hanya menekur lantai.

“Geleng tu tanda apa?” JD pelik. Amende pulak main geleng-geleng kepala? Teringin nak jadi teleng ke?

Sekali lagi Wye hanya menggeleng perlahan. Tangan kanan menarik-narik backpack yang digalas. Aduh, berat pulak bag ni!

JD menggeleng perlahan. Riak wajah Wye yang berkerut-kerut menarik perhatian JD. Oh, beg berat rupanya!

“Eh” Wye sedikit pelik apabila tanpa sebarang kata, JD menarik backpacknya.

“Meh sini, macam berat je” pelawa JD. Perghhh.. bukan macam berat, memang berat pun! Budak ni bawak batu-bata ke?

Berkerut kening Wye mendengar pelawaan JD sebentar tadi. Apa pelik sangat dia ni? Tiba-tiba baik semacam je ni. Nak suruh aku belanja ABC ke hape?

“Weh korang kalau nak dating, tunggu cuti weekends lah..!!” Dee mencelah tiba-tiba.

Serentak Wye dan JD memandang antara satu sama lain. Mata bertentang mata. Lama! Wye tersedar lalu cepat-cepat menundukkan kepalanya. Astaghafirullah.. Istighfar Wye dalam hati.

“Jom lah” Ajak JD lagi sekali.

Wye mengangguk perlahan lalu mengikut langkah JD dari belakang. Jantung yang berdegup laju mengganggu tumpuan Wye. Rasa macam jantung dah berjaya keluar dari badan. Macam dah melompat-lompat pun ada jugak.

******

Weh Megan Fox !
-JD-

Wye menarik senyum sampai ke telinga ketika membaca pesanan ringkas kiriman JD. Amende lah dia ni, tak habis-habis dengan Megan Fox. Bangga si Megan Fox tu kalau dengar weh!

Nama aku NURUL YISHA lah!

Wye menaip laju. Sengal je mamat ni. Lalu button Send ditekan. Handphone diletak di atas katil sebelum tudung dibuka.

“JD tu syok dekat kau” celah Dee tiba-tiba.

Wye menarik sengih. Heee.. Actually, kawan kau ni pun macam dah start syok dekat JD tu! Monolog Wye dalam hati.

“Elelelelele.. suka lah tu” ejek Dee.

Wye menggeleng laju. Senyuman masih belum mati ditambah pula dengan pipi yang mula merona merah. Haihhh.. kau pakai Simply Siti ke weh?!

Beep! Beep!

Ah, kau tetap MEGAN FOX aku!
-JD-

Wye menggeleng perlahan. Haihhh.. apa-apa je lah labu oi. Megan Fox ke Lisa Surihani ke Juhi Chawla ke, kalau dah meroyan tu meroyan jugak.

=)

Pendek sahaja mesej yang dihantar Wye. Pendek tapi padat? Harapnya, itu pun kalau si JD tu bukan jenis lampi tahap nak-kena-tembak-baru-nak-sedar.

*****

“Aku dah lama tak nampak Aqif” ujar Dee tiba-tiba sewaktu mereka sedang menikmati makan tengah hari.

Wye mengangkat bahu. “Dia.. entah. Tiba-tiba hilang”

Air Teh Ais disedut. “Korang gaduh?” Dee pelik

Wye menghabiskan kunyahannya sebelum menjawab soalan Dee. “Tidaklah” Haa.. gila skema jawapan!

Wye mencongak dalam kepala. A’ah kan, dia pun tak perasan Aqif tiba-tiba hilang. Missing in action bak kata omputih! Rasanya, last diorang bertegur-sapa masa JD ajak Wye lunch.

“Dalam kelas pun takde kan?” Wye semakin pelik.

Hmmm.. last tengok last two weeks. BAM! Now dah takde. Pelik kan? Si Aqif ni kena kidnap ke? Sakit ke? Tapi takde call pun, mesej lagi lah takde.

Dee menghabiskan cebisan ayam yang terakhir. “Kau try lah call dia” cadang Dee bernas.

Wye menunding jari telunjuk ke arah dirinya. “Aku. Call. Dia?”

Dee mengangguk mengiyakan. “Aku rasa dia ada masalah”

Wye menggaru pelipis dengan telunjuk kiri. “Lepas makan nanti, aku call” putus Wye.

Wye menghabiskan makanannnya secepat mungkin. Aqif, kau pergi mana weh?

15 minit kemudian..

Wye mengeluarkan handphone dari poket hadapan backpack. Screen yang tadinya hitam kini sedikit bercahaya apabila Wye menekan unlock keypad pada bahagian atas handphone.

Nombor telefon milik Aqif di cari di dalam Contact List. Ahha.. Got it!

Tutt.. Tutt.. Tutt..

“Aiyoo.. angkatlah phone tu!” Wye mula geram lalu panggilan ditamatkan. Urghhhh!!

Wye mendail lagi sekali nombor telefon milik Aqif. Tolonglah angkat!

Tuttt.. Tutt.. Tutt..

“Weh kau, harap je pakai E72 tapi tak reti angkat phone! Nak kena sekolah lagi sekali ke ha?!” sembur Wye geram apabila panggilannya dijawab.

“Ehemm.. Ehem..” Terdengar deheman dari sebelah sana. “Sorry, ni bukan Aqif”

Wye terkejut. Adussss.. malu aku! “Errr.. Errr.. Boleh cakap dengan Aqif?” Wye cover malu.

“Aqif takde, dia keluar” ujar suara di sebelah sana.

Wye menghela nafas panjang. Keluar lah pulak.. “Nak tanya sikit, bila dia balik?”

“Cuba call malam nanti, insyaAllah masa tu dia dah balik” terang suara tadi.

“Oh, okey. Thanks, Assalamualaikum” pamit Wye

“Eh, kejap..” tegah suara tadi mematikan niat Wye untuk menamatkan panggilan. “Boleh bagitau, siapa ni?” tanya suara tadi.

Wye menggaru pelipis kiri. Apa ke slow sangat manusia yang angkat call ni? Takkanlah masa aku call tadi takde keluar nama dekat screen. Ish! “Yisha, Nurul Yisha. Kawan satu university dia” Wye jawab juga soalan tadi.

“Ermm.. nanti dia balik, saya bagitau”

Wye mengangguk perlahan. “Terima kasih, Assamualaikum” pamit Wye lagi sekali lalu menamatkan panggilan.

Screen handphone yang sudah gelap itu direnung pelik. Sejak bila si Aqif ni keluar rumah tak bawak phone? Handphone tu bukan ke awek dia nombor 2? Takpe-takpe, malam nanti aku call lagi sekali. Tengoklah, aku nak sembur Aqif tu puas-puas! Monolog Wye sedikit geram.

******

Di rumah Aqif..

Nokia E72 diletak di atas meja sebelah katil. Wajah adiknya yang sedikit murung ditenung tanpa jemu. Haihhh.. macam-macam hal budak ni!

“Kau ni kenapa?” tanya Along

Aqif yang sedang memasukkan pakaian ke dalam bagasi besar tadi mengangkat kepala. “Kenapa apa?” Aqif pura-pura tak tahu.

Along memeluk tubuh sambil matanya tak lepas memandang Aqif. “Siapa perempuan yang call tadi? Kenapa kau takut sangat nak angkat call dia?” Soalan keluar bertubi-tubi dari mulut Along.

Aqif menghela nafas berat lalu dia duduk di birai katil. “Tu lah, budak perempuan yang selalu aku cerita tu”

Along mengerut kening. “Kau tak cakap ke pasal kau nak fly ni?”

Aqif menggeleng perlahan. “Aku bukan siapa-siapa pun, bagitahu pun serupa macam tak bagitahu”

“Kalau kau bukan siapa-siapa, kenapa pulak dia nak call kau? Sedih je suara dia, bila aku bagitahu kau takde” jelas Along panjang lebar.

Aqif diam. Wye sedih? Kenapa pulak nak sedih? Sepatutnya Wye gembira lah bila dia takde. Dah takde siapa nak bugging hidup Wye dah.

“Along tahu, malam ni kalau dia call lagi sekali, kau angkat” pesan Along. “Kalau tak, Along sendiri akan call bagitahu perkara sebenar” ugut Along.

Aqif hanya menghantar Alongnya keluar dengan pandangan kosong. Nafas berat dihela lagi sekali. Visa di atas meja tepi katil, dipandang kosong. Tangan dibawa meraup muka. Wye, aku minta maaf, aku tak mampu nak halang perasaan aku. Lebih baik aku pergi jauh dari kau supaya apa yang aku rasa ni akan pudar selari dengan masa.

32 comments:

  1. aqif nk fly?
    wye dup dap dup dap bila dgn JD??

    alaaa..
    aiman mana kau woiii...

    ReplyDelete
  2. xmau la Wye ada hati ngan JD.
    Aiman nk campak mn plak. Nk Wye n Aiman jgak.
    JD tu hnya deja vu Aiman ja sbb dl Aiman sntiasa dcc Wye. Skrg JD ja yg plg hmpir. huhuhu...
    alahai cian aqif, tu la dl ms Wye hendak ko tggal skrg biar rs. he...;D

    ReplyDelete
  3. cik penulis.
    ape2pun, ending sy nk wye dgn aiman.
    TITIK.
    tolonglaaahhhhhhhh.
    nape ramai sgt org suka wye nihh

    ReplyDelete
  4. taknakkkkkk!!!! nak aiman gakkkk!!

    ReplyDelete
  5. wye dgn JD? haaa...tidak!!!
    tolong jgn pisahkan wye & aiman, diorg dh nmpk mcm cute couple dh.
    xnak JD, nak AIMAN jugak...='(

    ReplyDelete
  6. she falls too quickly

    ReplyDelete
  7. wye n jd??

    please no cik bulan!!!!
    nak aiman ngan wye..
    wye ni pun satu..
    hati rapuh terlebih macam ranting kayu je..
    ish3..

    ReplyDelete
  8. Nk whye ngan Aiman...ala cik bulan. jngn la fall ke nonggeng ke ngan JD tuh. x shukex3!

    ReplyDelete
  9. xnak jd...nak aiman gak..tolonglah...
    aqif da xde hilang la 1 competitor buat aiman..hehehe

    ReplyDelete
  10. Cik Bulan ,,, bgla Wye ngan JD ;DD
    ^_^

    ReplyDelete
  11. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...the x-factor is there :P

    ReplyDelete
  12. ouhh no !
    na wye ngn aiman gak!
    tanak ngn jd. :))

    ReplyDelete
  13. nak wye dgn JD. hahahahaha. lain drpd yg lain :PPP

    ReplyDelete
  14. alamak . tetibe cuak aqif nak fly .. haihh

    ReplyDelete
  15. wye aiman punye ok...
    jgn bg org laen..

    ReplyDelete
  16. alaaa kak, saya nk wye ngan jd...
    x best lah kalo aiman ngan wye...
    jd baru best...
    lain drpd lain...
    -geomaxrider-

    ReplyDelete
  17. cepatlah sambung ceta ni..x sabo nak tau..apa perasaan wye bila tau aqif nk fly...jadi ke Aiman nk kawin wye..JD jd cam mana...

    ReplyDelete
  18. best. aqif nampak sangat cam nak lari, eventho die mmg kene gi.

    biase la tu. banyak pilihan, tp yg kene pilih cuma satu. yg lain kene la di reject!! haha

    go go bulanhijau shii!

    -syazana

    ReplyDelete
  19. JD , JD , JD! :D

    ReplyDelete
  20. JD , JD , JD! :D

    ReplyDelete
  21. JD , JD , JD! :D

    ReplyDelete
  22. nak aiman cik bulanhijau :D

    mne ending dye?huhu

    ReplyDelete
  23. wye3..... yg mana satu yg hang nak nih? pening chek..

    ReplyDelete
  24. npe x de smbgan..
    xnk wt ke..?
    ley lak berehat bsma kitkat...

    ReplyDelete
  25. Nak wye dengan Aiman. Dorang sweet gila kot :)

    ReplyDelete
  26. bulan..kau jgn biar wye ngn aiman or JD.kau tambah lg 1 watak..biar pening kau nak tulis..hahaha

    ReplyDelete
  27. wye wif aiman pleaseeeee...!! (in nicely voice)

    ReplyDelete
  28. Am I the only one yang still nak Wye dengan Adam? Adam dah completely tenggelam oh. Saya sangat suka Adam, sebab personaliti dia menarik, cold and mystery. Wye ni terlalu tak consistent. Dia macam lalang. Saya kalau boleh nak Cik Bulan write from your heart, bukan atas permintaan readers. Sebab cerita ni macam dah tersasar jauh dari permulaan dia. Sedangkan Aiman takde dalam teaser pun. Just my two cents. No offence, kay?

    ReplyDelete