Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, May 25, 2011

Beautiful Night 8

Alhamdulillah. Ucapan meluncur laju di bibir Hakim. Selesai sudah upacara akad nikah yang diadakan di rumah mereka. Menggigil juga apabila dia berhadapan dengan Aqil sebentar tadi. Macamlah dia yang kahwin, padahal tolong jadi wali je.

Hakim mengalih pandang ke tengah ruang tamu apabila tiba upacara membatalkan air sembahyang. Aufa yang duduk bersimpuh di atas bantal berwarna putih itu menarik perhatiannya. Manis sahaja wajah adiknya itu dengan solekan nipis. Aufa tampak lebih matang dengan selendang putih yang menggantikan rambut ikal keperangan itu.


Hakim tersedar dari lamunannya apabila ada tangan yang menepuk lengannya. Hakim mengalih pandang ke sebelah kanannya. Jelas raut wajah gembira terpancar di wajah Puan Leha. “Kenapa Mak?” Hakim tersenyum manis.

Puan Leha membalas senyuman Hakim. “Kamu menungkan apa?” Puan Leha pelik apabila melihat anak lelakinya itu hanya duduk tegak di tengah ruang tamu itu.

Hakim menggeleng perlahan. “Macam tak percaya, Aufa yang manja tu dah jadi isteri orang.” Sungguh dia tidak percaya adiknya itu sudah menginjak dewasa. Aufa sentiasa kanak-kanak di matanya.

Puan Leha tersenyum lagi. “Syukurlah. Semoga perkahwinan ni mematangkan dia.” Itu doanya saban malam.

Hakim mengangguk. “InsyaAllah.” Hakim membuang pandang ke tempat Aufa duduk sebentar tadi. “Mana Adik?” Sekejap sahaja Aufa sudah hilang dari pandangannya.

Puan Leha menampar lembut lengan Hakim. “Itulah, termenung dari tadi. Adik kamu tu dah masuk bilik, nak bergambar katanya.”

Membulat mulut Hakim. Oh! “Jomlah. Abang nak tengok Adik.” Hakim menarik sekali tangan Puan Leha supaya berdiri bersamanya.

“Kamu saje yang pergi. Mak tunggu dekat sini je.” Puan Leha menolak lembut. “Ramai dah orang dalam tu.” Dalih Puan Leha. Dia tidak betah melihat anak gadisnya itu. Hati ibu mana yang tidak terkesan melihat anak gadis yang ditatang kini sudah menjadi milik orang lain.

Hakim mengangkat bahu. “Okay.” Hakim baru sahaja ingin mengangkat kaki. “Ayah kirim salam.” Hakim terus meninggalkan Puan Leha di ruang tamu.

Perlahan-lahan Puan Leha menarik senyum. “Waalaikumussalam.” Salam Encik Norman dijawab. Senang hatinya apabila suaminya itu masih mengambil berat tentang mereka.

*******


Aqil memandang Aufa yang duduk di atas katil itu dengan hujung mata. Terkejut beruk dia tadi bila nak sarungkan cincin ke jari Aufa . Mana taknya, Aufa takde pun bagitahu apa-apa pasal dia mahu berhijab. Nasib tak melatah ketika melihat Aufa yang ayu berhijab itu.

Kamal menjingkit merapati Aqil. “Sabar bro, tunggu malam lah.” Sengaja Kamal mahu menggiat Aqil. Siapa tak geram kalau dapat isteri lawa macam si Aufa tu?

Aqil tergelak kecil. “Ada-ada je kau ni.” Faham sangat dia dengan apa yang Kamal maksudkan sebentar tadi.

“Encik pengantin, puan pengantin dah ready nak ambil gambar ni.” Panggil si jurugambar sambil menjeling Aqil di muka pintu.

Aqil mengangguk. “Okay.” Aqil melangkah mendekati Aufa yang duduk di birai katil. Macam nak meletup jantungnya apabila dia melabuhkan duduk betul-betul di sebelah kanan Aufa .

Aufa dah tak senang duduk. Ish, rapat sangat ni. Aufa mengesot sedikit menjauhi Aqil. Mamat ni pun satu hal, yang duduk menempel ni apa pasal?

“Eh, puan pengantin! Apa duduk jauh-jauh ni. Duduklah rapat-rapat sikit.” Si jurugambar tadi mengalih pandang dari lensa kamera digital yang dipegangnya.

Aufa menarik sengih menutup malu. Berdesing telinganya apabila si jurugambar tadi menyuruh dia duduk rapat-rapat dengan si Aqil tu. “Panas.” Aufa menjawab pendek.

Aqil tergelak kecil. Masakan bilik yang sudah dipasang penghawa dingin ini masih panas. “Tak senang duduk nampak.” Aqil membisik perlahan di telinga Aufa .

Aufa menjeling tajam Aqil yang duduk di sebelahnya. “Diamlah.” Aufa mengumam keras. Satgi kalau dia menjerit, mahunya kecoh nanti.

“Hah, lawa!” Jerit si jurugambar. “Pandailah you all posing. Senang sikit kerja I.” Jurugambar tadi menarik senyum lebar.

Aqil mengerut kening. Bila masa pulak aku posed? Aqil menjeling Aufa di sebelah. Tu diaaa, macam cacing kepanasan, tak senang duduk betul! “Lepaklah. Tangkap gambar je, bukan buat apa pun.”

Aufa mencebik. Banyaklah kau punya lepak, satgi penyepak aku bagi barutahu! “Encik photographer.” Panggil Aufa . “Lama lagi ke kita?” Rimaslah pulak pakai baju ni lama-lama.

Jurugambar tadi mengalih pandang dari kameranya. “Lama lagi. Banyak lagi shots ni.” Orang kahwin bukan ke tangkap gambar banyak-banyak? “Kalau you taknak gambar indoor banyak, nanti outdoor banyaklah frame.”

Aufa menggaru pelipis kiri. Ah,sudah! “Kita tangkap gambar outdoor je lah.” Malu pulak bila ramai sangat makcik-makcik yang menempel dalam bilik pengantin tu.

“Lagipun, pengantin nak kena salin baju dah. Sekejap lagi nak makan beradab pulak.” Celah Hakim di muka pintu sambil tersenyum.

Jurugambar tadi hanya mengangguk-angguk. “Kalau macam tu, takpelah. You all salinlah baju dulu. Jumpa dekat luar nanti.” Si jurugambar terus keluar meninggalkan Aufa dan Aqil. Makcik-makcik yang menempel duduk di tepi dinding pun ikut keluar.

“Apa pandang-pandang?!” Tanya Aufa sambil mencekak pinggang. Yang pandang macam nak terkam tu apa pasal entah! Cucuk mata tu barutahu!

Aqil mengerut dahi. “Bila pulak saya pandang awak? Saya pandang langsir tu, cantik betul corak dia.” Aqil dah keluar perangai nak kena campak lombong tu.

Aufa mencebik. Banyaklah kau punya corak?! Langsir tu punyalah kosong takde satu corak pun. “Keluarlah. Orang nak tukar baju ni.” Aufa masih duduk di birai katil.

“Apa pasal pulak saya nak kena keluar? Saya pun nak tukar baju jugak.” Macamlah dia sorang je nak kena tukar baju!

Aufa bangun sambil mencekak pinggang. “Sebab, ini bilik saya. Suka hati saya lah.”

Aqil mencebik. Ek-eleh, mentang-mentanglah majlis semua buat dekat rumah dia, banyak pulak cekadak dia! “Habis tu, awak nak suruh saya tukar baju dekat mana?” Macamlah aku tahu selok-belok rumah dia ni.

Hakim hanya menggelengkan kepala memandang gelagat dua manusia di depan matanya itu. Macam-macam hal diorang ni. “Sampai bila nak bertekak pasal tukar baju ni?” Hakim bersuara lalu memberhentikan perbalahan di antara Aufa dan Aqil.

Serentak Aqil dan Aufa mengalih pandang. Aiseh, lupa pulak dalam bilik ni ada orang lain. Aqil menggaru kening. Aufa hanya mengadah siling memandang bilah kipas yang ligat berpusing di atas kepala.

Hakim memasukkan tangan ke dalam poket baju melayu yang dipakainya. “Aqil, kau tukar baju dekat bilik aku je.”

“Okay.” Aqil mengangguk laju. “Mana bilik kau?” Aqil lebih selesa ber-aku-kau dengan Hakim. Alah, jarak umur mereka hanya setahun.

“Dekat hujung sana. Jomlah, aku bawakkan.” Hakim sudah mahu keluar dari bilik tidur Aufa .

“Behave, Aufa .” Tegur Hakim sebelum menutup pintu bilik tidur Aufa .