"Pakcik, tumpang tanya boleh?"
Pakcik yang tengah kayuh basikal tu terus stop. Pakcik tu buat muka kagum kejap. Mana pernah orang naik Lexus masuk kampung tu.
"Anak ni dari mana?"
senyum "Kuala Lumpur, pakcik"
Eh, siapa nak tanya siapa ni??
"Pakcik, dekat kampung ni ada rumah kosong tak?" tanya pemuda tadi
garu kepala "Pakcik pun tak pastilah"
Jawapan pakcik tu buat dia frust. Dah naik lenguh tangan-kaki, still tak jumpa lagi rumah sewa.
"Takpelah pakcik, saya gerak dulu"
"Eh, kejap-kejap" tahan pakcik tadi
"Cuba anak tengok dekat rumah Wan Ida" sambung pakcik tadi
"Wan Ida?"
sengih "Rumah dia bumbung warna hijau, seberang jalan tu ada surau, hujung jalan ada tadika"
angguk "Terima kasih, pakcik"
Okey, celah mana pulak nak cari surau dengan tadika?? Apa kes company aku buat projek dekat kampung macam ni?? Boleh maju ke??
*******
"Cikgu, kita balik dulu, Mama kita dah sampai" Mimi excited
senyum "Okey, take care"
"Assalamualaikum, cikgu"
Nafas dilepas perlahan-lahan. Sunyi pulak tadika tu bila semua budak-budak dah balik.
"Ain, taknak balik lagi ke?" tegur Kak Ima
senyum "Kejap lagi kot, nak kena kemas kelas tu dulu"
"Akak balik dulu lah, nanti tak berasap pulak dapur dekat rumah tu"
Biasalah, orang dah kahwin, kenalah jaga makan-pakai family. Aku ni?? Jangankan kahwin, pakwe pun takde lagi. Huhuhu..
"Ain.." tegur satu suara
Ain dah freeze. Ish, aku memang pantang betullah dengan orang yang tak reti bagi salam ni.
"Ain.." panggil suara tu lagi
Ain kalih pandang. Muka Hafiz yang tengah sengih menyapa pandangan.
"Hafiz, kan Ain dah pesan..."
"Lain kali bagi salam" potong Hafiz
"Then, still tak faham-faham bahasa lagi?"
sengih "Ain, kita dinner sama nak?" Hafiz tukar topic
"Lain kali kot, Nek Wan pesan suruh balik awal"
Hafiz dah frust. Susah giler nak ajak cikgu Ain Natasya ni keluar. Gaya macam dah ada steady je.
"Ain balik dulu lah. Assalamualaikum"
Ain cepat-cepat keluar dari tadika tu. Lama-lama duduk berdua dengan Hafiz memang buat dia rasa macam nak pitam.
********
"Nek, saya sanggup bayar double" pujuk Daniel
"Rumah yang kamu nak sewa tu, dah ada orang punya" ujar Nek Wan
garu kepala "Takde cara lain ke?? Saya nak duduk kejap je, Nek Wan" pujuk lagi
"Kita tunggu Tok Wan kamu balik dari surau"
"Rumah Nek Wan ni takde bilik kosong ke?" Daniel cuba nasib
"Ada, tapi Nek Wan tak sewakan dekat orang"
"Apa kata, Nek Wan sewakan dekat saya?"
Nek Wan dah resah. Daniel macam tengah main reverse pyschology je gamaknya.
"Nanti segala bil dekat rumah ni, biar saya yang bayarkan" cadang Daniel
"Nek Wan tak boleh buat keputusan. Ni bukannya rumah Nek Wan"
Daniel dah hilang sabar. Takpe-takpe, kita tunggu sampai Tok Wan balik.
*******
Ain dah bengang. Siapa pulak yang menggatal curi tempat parking kereta dia ni??
"Nek Wan..." panggil Ain
Ain jalan laju-laju. Sampai depan pagar, Ain dah pelik. Siapa pulak yang datang ni??
"Nek Wan.."
Ain freeze. Mamat yang duduk atas sofa tu pun freeza jugak. Mamat tu cute??
"Siapa ni?" Ain pelik
"Ain, dia tetamu kita" Nek Wan berkias
Tetamu?? Maka, sila jaga adab sopan.
"Ain naik dulu"
Ain terus naik bilik dekat tingkat atas. Nama je duduk kampung, rumah tak macam rumah kampung pun.
******
"Whaaaaatttt?!" nyaring suara Ain
"Janganlah jerit macam ni" Marah Nek Wan
"Nek Wan, takkan nak bagi dia duduk sini?"
"Tak kesian ke dekat dia? Dari jauh datang tu" pujuk Nek Wan
mendengus "Nek Wan ni, baik tak kena tempatlah"
Nek Wan bagi that guy duduk sini?? Dah lah tak tau sampai bila, buatnya dia nak duduk terus??
"Dia duduk bilik sebelah" sambung Nek Wan
Ain yang tadi dah cool, berapi balik. Apa kes ni??
"Apa kes duduk bilik sebelah?? Duduk bilik bawah tak boleh ke??" rungut Ain
Nek Wan buat bodoh. Ain bengang je bila Nek Wan terus keluar dari bilik tu.
*******
Daniel pandang perempuan yang pakai baju kelawar tu. Dari tadi asyik usha panas je.
"Hai.." tegur Daniel
Ain buat bodoh, volume TV dikuatkan.
"Daniel. Daniel Isyraq"
Ain buat tak tahu. Huh?? Apa kes buat muka tak malu ni??
"Ain, ajak Daniel makan" panggil Nek Wan
Oooo~ Nama budak specky ni Ain..
"Ain..." panggil Nek Wan lagi
"Ye, orang turunlah ni" sahut Ain
Ain pandang mangkuk yang duduk dekat kerusi tu. Tak reti-reti nak turun makan ke?? Ingat besar sangat ke mandat tu, sampai makan pun nak kena panggil??
"Turun. Makan" ujar Ain
Daniel angguk je. Mak oi~ garang siot!!
******
"Daniel, tambah lagi nasi tu. Jangan malu-malu" ujar Tok Wan
Daniel senyum je. Sebenarnya, tekak macam tak boleh terima je lauk yang Nek Wan masak ni. Bukannya tak sedap cuma, agak pelik je rasa dia.
"Orang KL, mana nak makan makanan kita" perli Ain
Ain perasan mamat ni dari tadi nasi tu tak luak pun. Lauk kampung pun tak makan ke?? Banyak songeh betul.
"Esok pagi, Ain teman Daniel pergi pekan ye" ujar Nek Wan
"Ain banyak kerja esok"
"Ain..." tegur Nek Wan
"Eh, takpe-takpe. Pandailah saya cari jalan nanti"
"Takpe, Ain boleh tunjukkan jalan esok" celah Tok Wan pulak
Ain terus takde bunyi. Kalau Tok Wan dah cakap, that's mean memang takkan ada sebarang kompromi.
"Pukul 9. Lambat tinggal" putus Ain
Kerusi ditolak lalu dia bergerak ke sinki. Sakitlah pulak hati ni.
"Nak pergi mana pulak tu, Ain?" tanya Nek Wan
"Jumpa Dekna. Nek Wan kan dah ada cucu baru, mana nak ingat dekat Ain lagi"
Ain jalan menonong masuk bilik. EEeeee~ mangkuk tu boleh tayang sengih?? Boleh buat muka aku-tak-salah-pape.
"Daniel jangan ambil hati dengan Ain tu. Angin dia memang tak betul sikit" ujar Nek Wan
senyum "Takpe, saya OK je"
Takpe-takpe. Kita tengok sampai bila minah tu nak tunjuk belang. Dia tak kenal lagi siapa Daniel Isyraq. Ni samseng kampung durian tengah tau.
Hai dan Hello !
Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pergghh..
ReplyDeletehaha..
garang ain nieh..
brutal..
mueheheeh.
daniel nk jd pencuri hati ke??
smbng2..
waa daniel da jmpa ngn ain...
ReplyDeleteske nye..
mntk2 daniel ngn ain b'cinta...
hehehe
hihi...
ReplyDeletesamseng kmpg durian tgh???
smbg2 bulan.... ;)
umi~
sarip dol samseng kampung durian tengah ea...
ReplyDeletekelakar bc citer ni..prmulaan yg bgs...
gud luck k...
wakakaka...gud job dik. besh
ReplyDeletehahahaha....seb bek daniel pon x wat kepala anging die...
ReplyDeletebest...
cam syok jew2...nk2 lagi...cpt2 post erkkk...........
ReplyDeletenew story huh...?
ReplyDeletebest ! intro pun dah menarik nie first epi...
nampak gaya ain cam x suka kat daniel jer tumpang rumah nek wan dier....
paham klu cik bulan lambat upload n3...
apa2 pn study kena diutamakan dulu tau!
samseng kampung durian tengah? haha comel je
ReplyDeleteain ni jenis yg mcm mana plak? ala-ala mcm qaseh ke? yg x brapa nak kawan dgn guys sgt, jaga adab eh? xde gmbr utk imagintaion ke weh? haha :)
Hmmm... nice story...
ReplyDeletesambung cpt sikit ye...
duk keja kat office ni kdg2 boring...
malas nk buat accounts yg berlambak tu...
tp rajin nak baca karya org..
hehehe... mcm dpt agak je... Daniel ni nak susahkan hidup Ain...
oho..da smp ye..
ReplyDeletebesh2...smb0nk2..
ReplyDeleteahakx!
cam besssssssssssst jek
ReplyDeletelagi2..nak lagi
bhahah comel jerw.
ReplyDeletegarangnya ain.ahakzzzz
-na'dz
Ain ngan Daniel 2 sama2 ego la ha3.
ReplyDeletetp kalu saya pon, x suka kalu ada org luar nk tinggal se rumah. kalu setakat 1 hari @dua x pe laaa :) -qimah
best gak..........good job,ain ne garang but still sweet......akak suke............
ReplyDeletebaru baca,.
ReplyDeleteserius sgt best!
haha.
bab 1 betul2 menarik perhatian!
kehkeh!