Lagu Solo nyanyian Iyaz memekakkan telinga Wye yang sedang rancak membuat latihan Calculus II itu. Handset yang terdampar di atas katil itu berkelip-kelip. Nama Aqif terpampang di screen handset, tangan cekap menekan butang hijau.
“Assalamualaikum..” sapa Wye
“Waalaikumussalam. Busy ke?” tanya Aqif
Buku latihan Calculus di depan mata dijeling sekilas. “Tak sangat. Kenapa ye?” Dari duduk di meja study, Wye beralih duduk di atas katil
“Takde pape, saja call” jawab Aqif bertapis
Bantal peluk di kepala katil ditarik lalu dipeluk. “Awak nak cakap apa sebenarnya ni, Aqif?”
Aqif diseberang sana pelik. Ada psychic power ke? “Wye, saya ....”
“Jawapan saya tetap sama, Aqif” potong Wye cepat. Lemah betul kalau Aqif dah masuk mode hati-dan-perasaan ni.
“Kita boleh jadi kawan kan?” Aqif masih mahu mencuba nasib.
Wye menarik senyum segaris lalu mengangguk “Yeah, sure. Friends, will do” Wajah Dee yang memandangnya pelik dipandang sekilas “Aqif, saya ada kerja ni” sambung Wye
Dalam kepala otak seakan kosong, tiada idea langsung untuk melanjutkan perbualan yang dirasakan terlalu ganjil itu. Tangan kanan sudah mula menarik-narik sarung bantal.
“Owh, okey. Sorry, Assalamualaikum” Nampaknya, Aqif juga merasakan kejanggalan itu
“Waalaikumussalam..” jawab Wye sopan. Baru sahaja Wye ingin mematikan talian, terdengan namanya dipanggil oleh Aqif
“Thanks, sudi jadi kawan saya” ujar Aqif. Dari nada suaranya, Wye tahu Aqif sedang senyum.
“No sweat, selamat malam” jawab Wye lalu mematikan panggilan.
Kerana panggilan lewat malam itu, kini Wye berada dihadapan Aqif di cafeteria Fakulti. Wajah Aqif yang tenang menjamah nasi goreng, ditenung lagi.
“Aku handsome sangat eh?” terjah Aqif tiba-tiba
Memerah pipi Wye apabila ditegur oleh Aqif. Kantoi usha anak teruna orang. Malunya! Gelas berisi Teh Ais ditarik rapat lalu air disedut rakus bagi menghilangkan debar.
“Mana Dee?” Aqif tukar topic bila dia perasan yang Wye tiada tanda-tanda mahu menjawab soalannya.
Wye angkat bahu tetapi masih belum berani memandang muka Aqif “Library kot, katanya nak cari buku rujukan extra”
Aqif tersenyum senang mendengar jawapan Wye. Nasi goreng yang masih berbaki di dalam pinggan dihabiskan memandangkan kelas seterusnya akan bermula dalam 10 minit sahaja lagi.
“Mana Amir? Kelas tadi pun tak nampak dia” tanya Wye pelik. Setahunya, Amir dan Aqif selalu berkepit
Aqif menarik sengih “Overslept. Malam tadi, bersengkang mata siapkan assignment. Tak sampai hati pulak nak kejutkan dia”
Refleks Wye menepuk dahi. Assigment tertinggal ! Patutlah macam ada benda yang tak lengkap je pagi tadi.
“Assignment tertinggal ke?” teka Aqif. Selalunya itulah reaksi manusia bila ada sesuatu perkara terlupa dilakukan
Wye angguk “Kau masuklah kelas dulu, aku balik ambil assignment” ujar Wye sambil bag dikerusi sebelah digalas ke bahu.
Belum sempat Aqif mahu membuka mulut, Wye sudah bangun meninggalkannya. Wye mengeluarkan handphone dari poket belakang jeans. Icon mesej ditekan.
+ Aku blik kejap. Assignment ttinggal.
Mesej dihantar kepada Dee. Risau pulak Dee nanti bila tengok dia takde dalam kelas. Langkah diatur laju. Handset yang dibiarkan dalam silent mode, vibrate.
- Eh, ad dgn aku lah.
Berkerut dahi Wye membaca mesej Dee. Celah mana pulak dia ambil assignment aku tu?
+ Ble ms pulak kau amek?
Laju jarinya menekan mesej lalu dihantar kepada Dee. Tak sampai seminit, mesejnya dibalas oleh Dee.
- Lahh.. ms dlm clas td
Refleks Wye menepuk dahi. Haish, dah nyanyuk rupanya aku ni ! Baru Wye teringat, Dee pergi library sebab nak siapkan soalan yang tertinggal malam semalam. Jenuh berfikir macam nak pecah kepala masa nak selesaikan soalan tu.
+ dimanakah? Aku kat dpn lbry
Wye berdiri betul-betul depan pintu library. Uuuuuu~ syoknya, sejuk!
- blkg kau. Ahahahhhaaa
Mesej dari Dee dijeling sekilas sebelum dia berpusing. Elok sahaja Wye pusing..
Bbbuuukk..
Membulat mata Wye memandang buku yang dah berselerak di kakinya. Wajah manusia yang dilanggar tadi ditenung lama.
“Sorry” ujar Wye cepat-cepat
“Sorry” JD dan menggelabah
Serentak mereka bersuara dan akhirnya ketawa meletus dibibir mereka. Wye tunduk memungut buku yang berselerak di atas lantai.
“Here.. sorry, again” hulur Wye. Fuuuhhh.. nasib tak jatuh atas kaki tadi. Kalau tak, memang bengkak seminggu ni.
Sebelah tangan menyambut huluran Wye manakala sebelah tangan lagi memetik jari “Eh, Zainab kan?” JD excited
Wye tergelak perlahan “Yeah, Zainab. And you?” Berkerut kening Wye cuba mengingat kembali nama mamat ni
“Just call me JD” jawab JD laju, senyum juga tak lekang disedahkan buat Wye.
Wye dan JD hanya diam. Dee yang melihat adegan tersebut hanya menarik senyum. Ahha, they’re damn cute! Dee menjeling seorang mamat yang berdiri tak jauh dari mereka, jelas terpampang ketidakselesaan di wajah itu.
“Wye, kita dah lambat” celah Dee tiba-tiba sambil jarinya mencuit bahu Wye.
Wye menoleh ke arah Dee “Ohhh, okay-okay” ujar Wye gagap. “Hmm.. got to go. Sorry again” Pamit Wye. Lengan Dee ditarik mengikut langkahnya. Ah, malunya!
*****
Wajah JD yang asyik tersenyum dari tadi dijeling sekilas. Sejak pulang dari library sampai sekarang, senyum JD belum mati lagi. “Could you stop smiling?” tanya Adam keras
Suapan JD terhenti. Erk? “Aku bagi sedekah” jawab JD tenang
“Sedekah dekat TV mati tu buat apa?”
Adam di sebelah dijeling sekilas “Yang kau jealous ni, kenapa? Aku takde buat jenayah pun” JD tetap tenang.
Bukannya JD tak tahu, Adam tengah sakit hati. Ah, biarkan Adam dengan egonya yang sebesar gunung itu! Suapan Chipster diteruskan tanpa sedikit pun menoleh pada Adam.
“Kau betul-betul suka dekat Zainab tu ke?” tanya Adam selepas 2 minit
JD menarik senyum sinis “Kalau betul pun, kau kisah apa?”
Adam beralih dari melunjur ke bersila. Nafas di tarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar. “Aku...”
“Bro, aku taknak berebutkan seorang perempuan. Tapi, aku takkan mengalah sebelum berjuang” potong JD cepat
“Aku taknak kau kecewa macam dulu” pintas Adam apabila JD bangun dari duduknya
JD mengangkat bahu “Biar masa menentukan sama ada aku akan kecewa atau tidak”
Langkah di atur masuk ke dalam bilik. Jam di dinding dijeling sekilas. Sudah jam 6.00 petang, Astaghafirullah, belum solat Asar lagi!
******
Suasana di library senyap. Udara dingin sesejuk iceberg dihembus keluar dari corong-corong pendingin udara. Di satu sudut, ada seorang gadis yang tekun menelaah sambil berbungkus dengan sweater tebal. Sejuknya!
Zap! Zap! Buku setebal 2 inci itu diselak tanpa jemu. Mana pulak jawapan dia ni? Rungut Wye dalam hati. Kepala yang tak gatal digaru perlahan. Menyesal pulak study dekat library, kalau tahu soalan assignment susah ya amat, mesti dah bertungkus-lumus buat dengan Dee.
“Implement Decoder from 2 bit Multiplier shown in previous question” baca Wye perlahan.
Alahai.. apa yang soalan ni nak? Rasa macam nak menangis je bila baca soalan yang sama, tapi still tak dapat jawapan. Nak bertanya? Haaa.. mana ada budak Law atau Business yang ambil subject Digital and Fundamental ni.
Itulah, gatal sangat nak study dekat library lain. Macamlah library dekat faculty tu takde. Sendiri cari penyakit, sendiri tanggunglah!
Tok! Tok! Meja yang Wye duduk diketuk perlahan. Wye angkat kepala. Bila figura lelaki itu muncul, reflex Wye mengerutkan kening. JD?
“Boleh duduk sini?” tanya JD perlahan
Wye scan segenap library, punyalah banyak lagi kosong. Wye hanya mengangguk perlahan. JD tersenyum lalu menarik kerusi bertentangan dengan Wye.
“Seorang je? Mana Markonah?” tanya JD
Wye menutup mulut dengan kedua-dua tangan menahan gelak dari meletus kuat. Ingat lagi nama Markonah tu? Dasyat betul, buat malu je!
“Markonah study dekat bilik je”
JD tenung Wye. Sempoi je minah ni dress up, takde macam sesetengah perempuan, setiap masa nak the-booomm je. “Macam mana boleh sesat sini?” tanya JD lagi
Wye yang tengah mengarang sesuatu di atas kertas kajang, terhenti sekejap. Kepala diangkat memandang JD. “Kau tu, macam mana boleh sesat sini?”
JD tarik sengih. Eh-eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik pulak? “Orang cakap, kalau nak study dengan aman, boleh try library sini” jawab JD
Wye mengiyakan dalam hati. Betullah, mana ada budak Law main tekan-tekan calculator. Budak Law main dengan buku-buku Akta setebal 2-3 inci yang kalau baling anjing pun boleh mati tu je. Lagipun, library ni aman sikit dari library dekat faculty tu ha.
“Study apa tu? Berkerut-kerut je aku tengok dari tadi” JD mahu hidupkan suasana. Dari tadi dia perasan Wye duduk sorang-sorang dekat penjuru library.
Wye tarik senyum segaris “Digital. Kau tak amek subject ni kan?”
JD menggeleng perlahan “Not for this semester, but next semester adalah” JD menarik buku setebal 2 inci yang terbentang luas dihadapan Wye. Uuuuuu.. satu hape pun tak faham!
Wye menjeling buku yang dipegang oleh JD. Fundamental of Electric Circuit. Ohhh, study circuit rupanya pakcik ni.
“Eh, sorrylah kacau kau study. Aku blah dulu” ujar JD tiba-tiba sambil mengemas buku-bukunya.
“Eh-eh, takpe” potong Wye capat-cepat. Ish, rasa macam nak hentak kepala dekat meja je ni ha. Ada ke halang ank teruna orang macam tu? “Duduk jelah, aku no hal” sambung Wye perlahan
JD tarik senyum segaris “Thanks. Jangan risau, kau takkan sedar pun aku ada dekat sini” janji JD
Dari duduk bertentangan dengan Wye, JD beralih ke kerusi sebelah. Tak manis pulak nak study sambil usha anak dara orang. Hehehe... Buku rujukan Electric Circuit itu dibuka, dengan lafaz Basmallah, JD memulakan assignmentnya.
*****
Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Membulat mata Wye apabila jarum jam menunjukkan angka 10. Oh, damn! Cepat-cepat tangannya mengemas segala jenis alat tulis yang bersepah di atas meja lalu disumbat rakus ke dalam pencil case.
“Nak balik dah?” tanya JD
Wye mengangguk laju. Aaaa.. matilah, lambat dah ni! Takde bas nanti, memang menapaklah aku balik kolej ni ha.
“Balik naik apa ni?” tanya JD lagi. Apa kes menggelabah semacam je ni?
“Bas” sepatah Wye menjawab
“Jomlah aku hantar” pelawa JD. Bukannya nak tunjuk baik, tetapi tak manis pulak anak dara balik seorang malam-malam macam ni.
“Eh, takpe-takpe , aku boleh naik bas” tolak Wye sopan. Takkanlah baru kenal dengan JD ni dah senang-senang nak ikut balik.
“Bas susah nak dapat malam-malam macam ni”
Wye mengiyakan dalam hati. Memang susah nak dapat bas, tapi takkan senang hati je nak terima pelawaan JD?
“Aku pun nak singgah DC, nak beli makanan untuk supper” JD cipta alasan. Alahai JD oi, sejak bila pandai makan supper ni? Hahaha.. sejak nak tolong hantarkan cik Wye yang cantik jelita ni ha.
Wye menimbang dalam hati. Nak ke taknak? Kalau taknak, buatnya takde bas kat depan tu, tak ke nahas nak jalan kaki balik kolej? Hmmmm.. “Okaylah kalau macam tu” jawab Wye
JD menarik senyum “Nak balik sekarang?” tanya JD walaupun dah tahu jawapan
Wye mengangguk perlahan “Tapi kalau kau nak study lagi, aku tunggu je”
JD mula mengemas kertas-kertas kajang yang bersepah dihadapannya. “Jomlah balik, nak study lagi pun bukannya boleh masuk otak” ajak JD. Pen dan calculator disumbat ke dalam pencil case lalu dimasukkan ke dalam backpack. “Jomlah”
Keluar sahaja library, Wye membuka sweater yang dipakainya. Panaslah pulak! JD menjeling Wye sekilas. “Kena jalan sikitlah, kereta aku kat bawah tu ha” tunjuk JD
“Ohh.. takpe, boleh exercise” Hahaha.. itu namanya alasan.Takkanlah nak suka hati je merungut depan JD kan? Buatnya elok-elok JD nak hantar balik, terus cancel.
Perjalan mereka yang mengambil masa 10 minit itu hening. Hanya kedengaran derap langkah sahaja. Wye berjalan perlahan di belakang JD. JD berhenti di tepi Satria Neo warna hitam.
“Sorrylah ye, kereta kecik je” Ujar JD sambil tersenyum lagi. Ah, he likes to smile!
Wye hanya senyum. Tak tahu nak cakap apa. Backpack dibetulkan pada bahu. Aiseh.. berat ni. JD perasan Wye dah berkerut-kerut menahan beban di bahu. “Jomlah, nanti lambat pulak”
Perjalanan mereka kembali sunyi dan hanya ditemani celoteh DJ dari fly.fm. Wye ikut menyanyi dalam hati sambil kepala terenjut-enjut. JD tergelak perlahan melihat telatah Wye. So cute!
“Kenapa tak duduk luar?” tanya JD setelah lama mereka diam
“Haaa?” Wye blur. Tengah syok menyanyi, mana nak dengar si JD ni tanya apa.
“Kenapa tak duduk luar?” ulang JD
Ohhh “Saje, meringankan beban keluarga” jawab Wye bersahaja. Hahaha.. meringankan beban keluargalah sangat. Padahal, nak biarkan kepala ni bernafas sikit. Kalau duduk rumah tu, 24/7 kena pakai tudung.
“Kau dah lama kenal dengan Aqif tu?” Tanya JD lagi. Musykil pulak bila tengok mereka berdua ni rapat semacam.
Wye mengetuk dagu dengan jari telunjuk “Adalah dalam setahun. Kenal masa Diploma dulu. Pernah satu kelas subject apa entah” Jawab Wye panjang
“Ohhhh..” itu je yang keluar dari mulut JD dan selebihnya mereka hanya diam.
*****
“Jumpa esok” ujar JD ketika Wye mahu keluar dari kereta
Wye berkerut. Esok? Ohhhh.. ada kelas Linear esok! “Jumpa esok” pamit Wye
“Selamat malam” ujar JD “Sleep tight, sweet dream” sambung JD lagi
Wye tarik senyum “Selamat malam. And, terima kasih”
“Kasih diterima” ujar JD dengan senyum yang tak pernah mati.
Wye menggeleng perlahan sambil jarinya dipusing-pusing ditepi kepala isyarat ‘gila’. Tangan kiri menolak pintu kereta. “Thanks, again” ujar Wye sebelum keluar dari Satria Neo milik JD
Wye menunggu Satria Neo milik JD hilang dari pandangan sebelum masuk ke dalam kolej. Kenapa dia sangat sweet? Refleks Wye mengetuk kepalanya perlahan. Wahai otak, buat apa fikir pasal anak teruna orang ni?
*****
JD tersenyum sendiri bila mengenangkan Wye sebentar tadi. Comel gila! Gila pun tak comel macam tu. Tempat duduk di sebelah pemandu dijeling sekilas. Eh?
“Alahai, boleh pulak tertinggal sweater ni ha” JD cakap sorang-sorang
Nak patah balik masuk, macam dah jauh sangat je ni. Lagipun, bukannya ada contact number si Wye tu ha.
“Takpelah, esok dekat kelas pun boleh pulangkan”
Habislah kau JD, malam ni memang tak tidur lena teringatkan si Wye tu ha. Agak-agak kalau tidur malam ni bertemankan sweater Wye ni, boleh tak? Hahaha.. gila angaulah kau ni JD!
Ketika kakinya melangkah masuk ke dalam rumah sewa milik keluarga Adam, Adam tengah bersantai di depan TV. Kasut yang dipakai tadi diletakkan ke dalam almari.
"Bro, meh makan nasi goreng ni" ajak JD.
2 bungkus nasi goreng diletakkan di atas meja makan. JD masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian.
"Kau mengigau apa ni sampai beli nasi goreng?" tanya Adam pelik
JD yang berada di dalam bilik tersengih. Mengigau kahwin dengan Nurul Yisha. Hehehehe.. angau dah ni!
"Mana ada mengigau. Tadi aku lapar gila masa dekat library, tu yang singgah DC beli nasi goreng tu" nafi JD sambila melangkah ke dapur.
Sudu dari dalam laci diambil, langkah di atur ke peti ais lalu botol mineral dicapai. "Esok punya tutorial, kau dah siap ke?" tanya JD
Adam mengeluh bosan. Tahulah baru balik dari library, terus tanya pasal tutorial pulak. "Belum, malas nak buat"
"Alah, baru nak tiru kau punya"
Bantal dihujung kerusi diambil lalu dibaling tepat terkena kaki JD. "Hampagas kau! Kerja tahu nak meniru orang je"
JD tersengih sambil nasi goreng disuap ke dalam mulut "Ah kau, tolong-menolong tu kan bagus"
Adam mencebik "Eh, tadi aku nampak kau pegang sweater. Siapa punya tu?" Adam curious
Bukannya dia tak perasan sweater hijau lumut itu. Pelik, sejak bila JD ada sweater macam tu?
JD dah terkulat-kulat, nak bagitahu perkara sebenar, bergaduh besar pulak dengan si Adam ni nanti "Sweater aku lah" tipu JD
"Macam lain macam je"
"Takde lain macamnya, kau je yang tak pernah nampak sweater tu" dalih JD
JD meneruskan suapannya. Janganlah Adam bangkitkan lagi pasal sweater tu. Mampus nak menjawab! Kau pun satu, yang bijak bestari bawak masuk sweater tu buat apa?! Kan dah kantoi terang-terangan!
rse cm cumel je wye ngn JD neh... hailoh..
ReplyDeletenak tau lg pe jd pasni..
sudah...
ReplyDeletemslah bkal mlnda...
JD vs Adam...
uuuu..bersmbg gak kau!
ReplyDeletehahahaha :D
tengs la syg.
ha..
ReplyDeleteyang bawak ke dalam tuh nape..
nak bawak tido ke
loikkkkeee!!!!!!! JD sweett.. ;)
ReplyDeleteerm...Y ni kebal dengan laki...dengan JD, cair sekejapp je...anyway...girls are human too, rite?^^
ReplyDeleteeee..scary! 2 org..no..no..3 org kejar the same girl...
ReplyDeleteada gak terasa 'hening' perjalanan 10 minit tu..
nice gler....
ReplyDeletegood job!
Suka :D
ReplyDeleteSmbg lg Bulan :)
amboi, siap bawak sweater masuk lagi.
ReplyDeleteHAHAHA. pintar sungguh, :P
bulanku, nanti sihat sambung ye ;)
i'll be waiting.. hehe.
ohh cik bulan..
ReplyDeletetq2..sweet cter nehh...
buat syer jd ingt kat someone jer
hahahaha