Oh baby, it’s Thursday! Atau dalam Bahasa Melayunya, Khamis. Ada apa dengan cinta? Eh silap. Ada apa dengan hari Khamis? Hari Khamis ada Subject Linear yang susah tahap dewa itu. Dan kenapa JD tiba-tiba suka nak pergi kelas Linear?
Pintu Dewan Kuliah ditolak dari luar. 2 orang gadis ayu berbaju kurung cotton menyapa pandangan. Refleks JD menarik senyum. BAM !
“Wye..!!” Jerit satu suara dari arah atas dewan
Gadis berbaju kurung cotton berwarna biru laut yang dipadankan dengan sneakers Converse berwarna kelabu itu menoleh.
JD mendengus apabila dirinya dikalahkan oleh Aqif buat sekali lagi. DAMN! I’m gonna kill this guy! Marah JD dalam hati.
Dee disebelah Wye membuang pandang ke arah JD. Dan seperti jangkaannya, muka JD berubah. You’re too slow, man. Monolog Dee
Melihat Dee dan Wye berjalan melintasi meja mereka membuatkan hati JD bengkak. Tempat belakang jugak yang diorang nak duduk. Duduklah depan, senang sikit ilmu nak masuk. Ececece.. menggelabahnya statement !
“You’re too SLOW, man” ujar Adam tiba-tiba. Nak jugak ditekankan pada perkataan slow itu.
“Mamat tu gelojoh sangat” JD taknak kalah
Adam tergelak sinis “Putih mata nanti, jangan sibuk cakap nak bunuh diri” sindir Adam lagi
JD, nama je Muhammad Mujahid tapi berfikir tak pernah nak matang. Ada ke patut, kena dumped dengan girlfriend, dia boleh cakap ‘Aku rasa macam nak bunuh diri. Losernya aku’. Tak matured langsung kan?
Belum sempat JD nak membalas kata-kata Adam yang penuh dengan sindiran tu, lecturer kesayangan dah masuk dengan senyuman yang seolah-olah membawa maksud ‘Welcome to hell, guys’. Yeah, senyuman mengejek.
Notebook sebesar kertas A4 itu diletak diatas meja. “Please submit your assignment yang saya bagi last week” Mukadimah Puan Alia. See memang ‘Welcome to hell’ betul, baru masuk kelas dah suruh submit assignment.
Puan Alia menebar pandangan ke arah murid-muridnya. “Siapa rasa dia tak siap, jangan pernah berniat nak meniru kawan yang dah siap. Hantar je setakat mana yang kamu dah siap atau saya bagi kamu KOSONG” Tekan Puan Alia pada perkataan kosong itu.
Manusia-manusia yang baru nak meniru terus terhenti. Pergh.. Puan Alia dah keluar ayat keramat. Bak kata senior mereka, Puan Alia ni macam Wilhelmina dalam Ugly Betty tu; JAHAT. Kalau dia cakap dia nak bagi kosong, she really meant it.
*****
Kelas selama 3 jam tadi benar-benar buat otak Wye tepu. Keluar je dari Dewan Kuliah, kepala seakan berat, berat dengan ilmu. Cewah !
“Wye, jom pergi lunch” Ajak JD
Wye yang baru keluar dari dewan terperanjat. Kuss semangat! Macam nak jatuh jantung ni ha. Wye buat muka kelam “Haaa?”
“Lunch” ulang JD.
“Owh” Wye terhenti sekejap. Jam dipergelangan tangan dijeling. “Awal lagi. Plus, tadi aku ambil heavy breakfast” Dalih Wye.
Dee disebelah dah start mengejek Wye dalam hati. Heavy breakfast? 2 keping roti tu heavy breakfast. Yeaah, right.
“Hmm.. takpelah kalau macam tu” JD frust.
Wye senyum. “Next time okay? Aku simpan dalam reminder” Ujar Wye mahu menyedapkan hati JD.
“Okay” ujar JD.
JD melihat Wye dan Dee melintasi mereka. Akan ada ke ‘Next time’ tu? Macam takde je sebab bila perempuan cakap ‘next time’, there will be NO next time.
Adam menepuk perlahan bahu JD. “She’s really not into you” Ujar Adam perlahan.
JD buat muka kelam. Huh? Adam yang menyedari JD kurang faham, mengalih pandangan ke arah lift. JD ikut pandang. Yeah, she’s not into me.
Di hadapan lift, kelihatan Wye dan Aqif sedang bergelak sakan. Wye nampak ... happy. Sangat happy bila dengan Aqif. Dan, JD tahu, di hati Wye memang tiada tempat untuknya.
JD rasa bahunya dicuit dari belakang. JD memusingkan badannya.
“JD, jom lunch. I laparlah” Wajah Lisa yang sedang tersenyum menyapa pandangan.
Wajah mat salleh celup milik Lisa dipandang kosong. Haihh kenapalah minah salleh celup asyik mengekor aku je? “Aku puasa” tipu JD
Lisa mula memuncung “Tadi I dengar you ajak minah selekeh tu lunch” Lisa tak puas hati
JD rasa nak cekik je Lisa masa ni. Adak e patut dia panggil Wye tu selekeh?! Hello.. tu stylo lah bukan selekeh. “Kalau kau nak lunch sangat, ajaklah kawan-kawan celup kau tu. I’m not interested” Tempelak JD
Lisa bengang. Urghh!! “You jangan nak menghina kawan-kawan I” marah Lisa
Adam mula rasa kurang selesa. Apa JD dengan Lisa ni tak sedar ke diorang ada dekat tengah public? Boleh pulak nak bercerekarama dekat sini. “Weyh Lisa, suara kau tu slow sikit boleh? Bingitlah telinga aku ni” Perli Adam
Lisa terbakar “Eh kau diam!” Jerit Lisa seoktaf lagi
Haaa kan dah jadi macam drama betul. Orang yang lalu lalang tak putus-putus memandang mereka. Boleh pulak si Lisa ni nak menjerit ala Soprano dekat sini. Adam menjeling kawan-kawan ‘celup’ Lisa, heh masing-masing buat muka takde perasaan.
JD menarik nafas panjang. Ya Allah Ya Tuhanku, kau tebalkan dinding kesabaranku. JD rasa, kalau si Lisa ni lelaki, mahu lebam biji mata tu ha.
Tanpa sebarang kata, JD terus meninggalkan Lisa yang sedang tercungap-cungap menahan amarah. Sempat bahu Adam ditepuk.
“JD...!!” Jerit Lisa apabila JD meninggalkannya tanpa sebarang kata.
JD buat-buat pekak. Kenapalah minah salleh celup ni takde perasaan malu? Nasiblah universiti ni ada tetapkan etika berpakaian, kalau tak, mahunya minah salleh celup tu pakai hot pants pergi kelas. Suka betul dia nak menjerit-jerit tengah public macam ni.
*****
Selendang yang membelit leher dirungkai. Huh, panas betul dekat luar tu! Tangan menyeluk ke dalam bag, mahu mencari handphone yang sedang galak bervibrate. Aduh, mana pulak ni?!
“Kau cari apa?” Tanya Dee pelik melihat Wye berkerut-kerut mencari sesuatu di dalam backpacknya.
“Handphone” Jawab Wye tanpa mengangkat kepala.
“Kau letak dalam pocket depan tu” Ujar Dee
Pap! Refleks Wye menepuk dahinya. Patutlah tak jumpa, letak tempat lain tapi cari dekat tempat lain. Pocket bahagian hadapan backpack dibuka.
“Alaa tak sempat” Rungut Wye apabila panggilan tadi tak sempat dijawab
“Siapa call?”
“Aiman”
Dee diam. Okay, jangan nak menyibuk hal orang ye Deelaila. Baju kurung yang dipakai tadi disangkut elok pada penyidai. Kejap lagi nak pakai balik, makanya janganlah bagi kedut.
“Kau tak patut buat macam tu” Ujar Dee tiba-tiba
Wye yang sedang menuang air ke dalam mug reflex mengangkat kepala. Huh? “Kau cakap apa?” Wye tak dengar
“Aku cakap kau tak patut buat macam tu dekat JD” ulang Dee
Wye meletak kembali botol air mineral di bawah katil. “Kenapa kau cakap macam tu?”
Ya ampun, kenapa kau macam lembab sangat ni?! Marah Dee dalam hati. “Sebab kau macam taknak bagi peluang dia nak berkawan dengan kau” Ujar Dee
Wye mengangguk perlahan. “Ajak lunch sama tu bermakna dia nak kawan dengan aku lah? Bukan sebab lain?” Tanya Wye sinis
“Aku tak tahulah kalau dia ada niat lain ke hape. Tapi, kau sepatutnya layanlah dia baik-baik”
“Nak suruh aku layan macam mana?!” Wye dah mula naik bengang
Dee menarik nafas panjang. “Macam kau layan Aqif”
“Aku tak boleh” Ujar Wye pendek.
“Kau tak cuba lagi, tapi kau dah cakap tak boleh” Rungut Dee perlahan.
Wye menggeleng perlahan. JD tu macam magnet. Sekali dah baik, dah rapat, macam akan rapat sampai bila-bila. Dan dia takut, JD akan ambil alih tempat Aiman nanti.
Wye mengangkat bahu. “Biarlah macam ni, aku taknak kitorang rapat sangat” Putus Wye
“Sebab?” Dee tak puas hati
Nafas panjang dihela. “Aku taknak dia ambil tempat Aiman, itu je” Jawab Wye sambil menutup mata. “Case closed” sambung Wye lagi.
Dee terdiam. Lama. Kalau Wye taknak JD ambil tempat Aiman, tu bermakna JD dikira someone yang agak penting. Dan adakah selama ini perasaan Wye pada Aiman bukan sekadar Adik-Abang? Dee pelik.
owh my God, JD special cm aiman ke?
ReplyDeleteNo Wayyyyyyy
nak wye ngn aiman jugak, tak kira!
-Syazana
cik bulan..
ReplyDeleteu ni kan... mmg saja je kan..
saja je xnak bagi dialog aiman ngan Wye..
sabarlah aku tunggu nak baca aiman cakap apa kat Wye... haha
JD..meh kat aku meh..
ReplyDeletejangan kacau wye..
wye dah reserved untuk aiman je..
haha~
ReplyDeletesetuju dgn zati..
wye hanya utk aiman.
erk.. memadai je aku nih.
Betui!!! Betui!!! Wye dah d reserve tuk Aiman yea. Jgn la yg ln menyibuk lak. huhuhu... ;D
ReplyDeleteaiman dengan wye pls...:)
ReplyDeleteclap clap clap. :D
ReplyDeletelove u babe. :)
wow cepat dpt sambungan! bestnye.. teruskan menyambung ye. hehehe
ReplyDeletenak wye ngan aiman...x nak die ngan org len..
ReplyDeletehee :)
ReplyDeleteJD laa .
muhammad mujahid? wow, nice name :)
ReplyDeletewye dengan aiman eh? baru cerita ni best sikit. :D
ReplyDeleteala JD ngn Dee sdh le
ReplyDeletebior le aiman ngn wye
kn cm hot couple gtu