Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, December 17, 2009

color 23

Tempoh sebulan dah semakin sampai ke penghujungnya. Hati Daniel semakin gelisah dengan task-task yang Ain letakkan. Kadang-kadang rasa macam tak masuk akal pun ada jugak. Is it for real or she's making fun of me?

Sawah bendang yang terbentang luas di depan mata ditenung lama. Apa yang aku nak buat kat sini? Peluh dah memercik-mercik keluar. Tiba-tiba ingatannya melayang teringat pesanan ringkas yang dihantar oleh Uncle Khairil 2 hari lepas.

Task no.4

Belajar cara-cara menuai padi


Ayat tu senang kan? Sangat-sangat senang. Rasanya Ilham tu pun boleh faham. Tapi, nak membuatnya? Mahu 7 hari 7 malam pun tak siap-siap kalau orang yang menuainya adalah Daniel Isyraq.

"Anak ni, datang dari mana?" tanya Pakcik Abu

senyum "Kuala Lumpur, pakcik" jawab Daniel

"Anak pakcik pun ada duduk dekat Kolumpur tu. Kenal tak dengan orang nama, Zainal?" tanya Pakcik Abu

Daniel dah kerut-kerut kening. Haila, macamlah anak dia seorang je nama Zainal. Belambak giler kot Zainal dekat KL tu. Pak guard office aku pun nama Zainal jugak.

geleng sambil senyum "Ramai orang nama Zainal, pakcik"

"Eh, kamu ni datang sini kenapa?" Pakcik Abu pelik

Pelik orang tua tu bila Daniel bagitahu nak belajar macam mana nak membajak. Tak sangka, ada juga orang muda nak belajar benda-benda macam ni

angguk "Bila kamu nak mula?" tanya pakcik Abu ramah

ketuk dagu "Bila pakcik free?"

Eh, budak ni. Kita tanya dia, dia tanya kita pulak.

"Erm, kita mula esok je la ye. Nak mula hari ni, hari macam nak hujan" jelas Pakcik Abu

"Kalau macam tu, saya balik dulu. Jumpa esok, pakcik"

angguk "Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

********

Muka Ain yang putih melepak dah merah. Berapi je Ain bila dengar apa yang Daddy dan Baba cakap tadi.

"Apa yang Daddy dengan Baba plan sebenarnya ni?!" Ain geram

Baba dengan Daddy dah terkulat-kulat. Ain ni jarang marah, tapi kalau sekali dia marah, memang meletup giler.

"Erm.. kami nak uji Daniel je" jawab Daddy gaya tak bersalah

angkat kening "Tak rasa macam melampau sangat ke?" perli Ain

sengih "Tak kot" slow je Baba jawab

Argh~ Ain rasa macam nak bertukar jadi vampire je sekarang ni. Kenapa diorang ni buat syarat ikut-suka-hati je? Bukannya nak tanya pendapat orang lain dulu.

"Kesian dekat Daniel" luah Ain

Baba dengan Daddy dah tarik sengih sampai telinga. Heh, Gotcha.! At least, she cares.

Ain dah kerut-kerut dahi. We talk about oryza sativa ye sekarang ni. It's PADI, okey. Daniel kena belajar menuai.

tarik nafas "Kalau Daniel give up and tarik balik lamaran dia hari tu, Ain quit dari company Daddy" ugut Ain

Lepastu, Ain terus tinggalkan Daddy dengan Baba yang tengah buat muka terkejut tu. Huh~ Boleh pecah kepala layan idea gila diorang ni.

******

Peluh di dahi dikesat dengan belakang tangan. Muka yang putih dah bertukar merah. Terasa perit bila panas matahari membakar kulit. Ngaa~ Kalau macam ni hari-hari, memang jadi orang africa la gamaknya.

"Erm, lagi 2 hari siaplah kita menuai ni" ujar Pakcik Abu tiba-tiba

Duh~ Lagi 2 hari?! Kalau aku cabut balik KL hari ni jugak, boleh tak? At least, aku tahu jugak basic benda ni.

"Anak ni, pakcik tengok, rajin bekerja" puji Pakcik Abu

senyum "nak cari pengalaman, pakcik" dalih Daniel

mengeluh "Ada baiknya kalau anak-anak pakcik pun macam kamu. Ini tak, semua pakat-pakat nak kerja dekat Kolumpur tu"

Daniel tarik senyum dalam hati. Erm, aku buat benda ni pun sebab Ain. Yeah, i'm doing this stuff for her.

"Dekat KL tu, peluang pekerjaan lebih luas, pakcik" ujar Daniel

mengeluh lagi "Takkanlah sampai tak ingat mak bapak dekat kampung ni?"

senyum "InsyaAllah, satu hari nanti, mereka akan balik jugak" pujuk Daniel

"Jangan nanti, masa diorang balik sebab nak kebumi mayat aku"

"Eh, tak baik cakap macam tu"

Erm. Agaknya, macam tu kot semua orang rasa bila ditinggalkan orang tersayang. Macam aku jugakkan?

******

"Daniel ada call?" tanya Ain

geleng "Tapi dia ada mesej. 2 days ago" jawab Farouq

mengeluh "Ni semua Daddy dengan Baba punya pasal, tak pasal-pasal Daniel give-up nanti"

gelak "Risau jugak kau ek" sakat Farouq

angkat kening "Kau jangan sampai garfu ni terbenam dalam otak kau yang bijak tu"

Petang tu, Ain date dengan Farouq dekat Secret's Recipe. Semuanya sebab idea gila Baba dengan Daddy. Ish, kalau ye pun nak menguji, ujilah benda-benda yang logic sikit.

"You should watch him doing the poco-poco dance" ujar Farouq

angkat kening "Is it one of the rules?"

angguk "Mana Daddy dengan Baba kau dapat idea mengarut ni?"

angkat bahu "Too much drama pulak aku rasa"

Haila~ Hari tu dengar katanya, Daniel makan ulam-sambal belacan-tempoyak sampai diarrhea. Cari pasal je nanti tiba-tiba parents Daniel hantar surat mahkamah pulak.

"Kalau ada pape news from him, roger me" ujar Ain

angguk "Will do"

"Eh, bila nak kahwin ni?" soalan cepumas Ain

sengih "Nak habaq mai ni, minggu depan free?"

angkat kening "Free kot. Why?"

Farouq tarik something dari pocket jeans. Sampul surat tadi bertukar tangan. Mata Ain macam nak tersembul keluar bila muka hadapan kad menjamah mata.


Undangan Walimatul Urus..

Mohd Farouq b. Ahmad
&
Siti Nur Khairina bt. Ismail


"Uuuu~ Orang Sabah. Jauh gila kau jumpa" Ain excited

"Jodoh aku. Jangan lupa datang tau" pesan Farouq

"InsyaAllah..."

"Daniel ada"

angkat kening "Kau ingat, aku kisah kalau dia ada ke tidak"

mencebik "Kau tu, dah kalah kucing hilang anak je bila tahu Daniel masuk hospital hari tu" ejek Farouq

baling tisu dekat Farouq "Baik. Kau. Diam" Ain dah malu

*****

Daniel menghitung hari. Tempoh sebulan hampir tamat; hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Uncle Khairil aka Baba Ain cakap, tinggal satu task sahaja lagi.

"Apa agaknya last task tu ek?" monolog Daniel

"Agak-agak, diorang nak suruh aku tidur dekat kandang kuda kot. Macam cerita P.Ramlee tu"

Daniel dah gelak sorang-sorang. Erm.. lepastu, buat syarat; aku tak boleh marah, kalau marah kena jual. Haila~ otak dah teremdam dengan air sawah agaknya ni. Tu sampai tak boleh fikir logic sikit.

"Bro, datang sabtu ni kan?" tanya Farouq

"Aku pergi kalau Ain pergi jugak"

tepuk dahi "Kau ingat, KL-Sabah tu sekentut je ke?" Farouq bengang

senyum "Kau pujuk sampai dia cakap 'yes'. Then, kita discuss macam mana"

geleng "Aku kena buat apa ni?"

"Kau bagi dia free ticket for two to Sabah" cadang Daniel

"Gila..!! Mana aku nak cekau duit?!"

Daniel main pusing-pusing bantal. "Ada aku cakap ticket tu guna duit kau? Takde kan?"

Muka Farouq dah berseri-seri kalah kena suluh spotlight. He loves Ain more than anything.

"Okey. Deal" setuju Farouq


Dan berita yang disampaikan oleh Farouq petang tadi memang berjaya buat Daniel drive terus ke Jalan TAR sebab nak cari baju melayu baru. She's coming to the wedding.

"Ayah, where are we going?" Ilham pelik

Daniel yang tengah kemas baju terus kalih pandang. Erm, Ilham mesti tak percaya bila cakap Uncle Farouq dia nak kahwin.

"Kita nak pergi wedding day Uncle Farouq" jawab Daniel

Ilham buat muka tak percaya "Are you serious?"

gelak "Ilham ingat tak, aunty yang kita jumpa dekat Mines hari tu?"

angguk laju-laju "Aunty Ina tu kan? She's beautiful"

"Uncle Farouq nak kahwin dengan dia. So, kita kena fly to Sabah this Friday" terang Daniel

Daniel meneruskan kerja yang tergendala. Baju-baju Ilham dimasukkan ke dalam luggage besar. Erm, cukuplah ni untuk seminggu.

"It's your bedtime now" tegur Daniel

Ilham tayang peace sign. Katil single dipanjat lalu comforter ditarik menutup separuh badan. Daniel bergerak ke suis lampu.

"Good night, Ayah" ujar Ilham

angguk sambil switch off lampu "Good night, son"

Langkah diatur ke bilik tidurnya. Bingkai gambar di tepi katil di ambil. Figura manusia itu mampu membuatkan Daniel hanyut ke dalam mimpi indah ciptaannya sendri. Ain, I miss you damn much!

*****

"Ibu, nak pergi mana ni?" tanya Qaliesya

Ain yang tengah packing barang tu terus dapat idea jahat. Muka diseriouskan terlebih dahulu agar lakonannya berjaya.

"Ibu nak keluar dari rumah ni" jawab Ain

kerut dahi "But, why?"

"Qaliesya kan dah tak sayang Ibu. Always spend time dengan Tok Mummy dengan Tok Daddy je. So, better Ibu pergi je dari sini" Ain drama

Qaliesya dah start nak menangis. Oh yeah, Qaliesya memang ratu air mata.

"Ibu..." panggil Qaliesya

Ain pekakkan telinga sambil tu mulut tengah tahan jangan gelak. "Ibu tetap nak pergi" tegas Ain

"Ibu, Qaliesya sayang Ibu. Sayang sangat-sangat" Qaliesya dah menangis

mencebik "Qaliesya tak payahlah nak tipu Ibu. Ibu tahu, Qaliesya tak sayang Ibu pun"

Qaliesya peluk Ain dari belakang. Ain dapat rasa bajunya dah lencun dengan air mata Qaliesya. Erm, she's good in persuading too. Ain pusing menghadap Qaliesya.

"Hey hey, I'm not leaving. Just kidding lah" pujuk Ain

Qaliesya terus peluk Ain "Qaliesya sayang Ibu. Sayang sangat-sangat"

"Shhhh... Ibu tak pergi mana-mana pun"

pandang Ain "Betul ni? Janji?"

angguk "Janji. Promise. Swear" janji Ain

"Ibu, nak pergi mana kemas-kemas baju ni?" tanya Qaliesya

senyum "Uncle Farouq kan nak kahwin, kita nak pergi wedding dia lah ni" terang Ain

"Uncle Daniel dengan Ilham ada tak?"

Ain terus freeze. Rasa macam nak hentak je kepala ni dekat lantai. Macam mana boleh lupa pasal Daniel ni?

"Entahlah, Ibu pun tak tahu" jawab Ain

Erm, takpe-takpe. Esok aku call Farouq, aku pulangkan balik ticket flight tu. Lepastu, buat dia percaya bulat-bulat aku ada hal weekend ni. Yes, good idea!

13 comments:

  1. lawak gle la bnde niiii
    oryza sativa~
    hahahahah!
    :DD

    ReplyDelete
  2. ngaaaaaa..
    da agk da..
    nieh mest due orng pkcik tuh punye pasal.
    uji daniel yee..
    haha..naseb bek daniel tak give up..
    kalo x,,aku yg majok ngn due orng pkcik tuh..
    haaha..
    amboi2,,daniel..overboard taw..
    haha..comey jee..

    ngengade la ain..tayah nk pulang2 kan..
    hope la si farouq nieh wat pape yg ley suh ain g..ngaaaaaaa..

    cetss..sje je ko nek..tgkk..aku da tk first..
    ngaaaa..nseb bek bukan Q.DEONLY..haha..

    ReplyDelete
  3. gle dramatic ain tuh
    daniel; sabo sabo...jap je lg tuhhh..pstu nnt xde dah wish plek2

    nseb tket free.farouq, nk g gak ko kwen...pos la tket...

    oy oy
    ak dga ade org x puas hati nieh

    ReplyDelete
  4. heyyaa..puas je hati..sbb aku kalahkan ko..haha..
    tp syazana plak take over..
    adehh..

    ReplyDelete
  5. OMG~~~ i'm crying~~ hahaha....really love them..especially Daniel~~ hahaha..see....

    ^_^
    trus teringat Alex dlm Rossie Dunnie~~:)

    ReplyDelete
  6. menuai padi lak..
    ada2 je la pakcik 2 org tu..
    bertahan la engkau Daniel oii..

    ReplyDelete
  7. wow
    haha.kena tuai padi tu
    baba dgn daddy nye task rase nk terjun lombong je
    if daniel give up xtao ah.
    alorrr asal nk pulangkan ticket lak.
    xmaoxmao
    -na'dz

    ReplyDelete
  8. mmg mcm2 yg daniel kena wat tuk dptkan ain...
    tp berjaya gak dia buat kan?

    hahaha... bijak gak kepala otak ain tu nk pulangkan tiket kt farouk! apa yg farouk pikir nnt yea...!

    mmg menarik!

    ReplyDelete
  9. babe..
    thanks utk quote yg ko kongsikan.

    sebak aku bace.
    tp dpt smgt dr situ.
    thanks.

    ReplyDelete
  10. ala..ain ni nk pulangkn tiket ke?
    hehe smbg2

    ReplyDelete