“Awak memang dah tak balik dengan krew yang lain ke?”
Isaac angkat bahu. “Ada orang baik hati nak datang ambik,
saya takde hal.”
“Girlfriend?”
“Kalau girlfriend, takdenya saya duduk sebelah awak macam
ni.” Jeda. “Nanti tak fasal je awak balik rumah mata bengkak.”
Iqa mencebik. “Awak memang nak jadi pilot eh?”
“Arwah ayah saya cakap, dah alang-alang nama Isaac apa
salahnya kerja dalam bidang yang bersangkut-paut dengan graviti. Kan?”
Iqa angkat bahu. “Kesimpulannya, minat ke tak?”
“Minat boleh pupuk.” Dia minum sedikit air di dalam cawan
putih tu. “Awak duduk dengan saya ni, takde orang marah ke?”
“Kenapa tak tanya soalan direct je?”
“Hah?”
“Kenapa tak tanya, saya ni dah ada boyfriend ke belum?”
Isaac tergelak kecil. “Biasalah, kita mesti nak cover soalan.
Kang tanya direct kalau kena reject, diri sendiri jugak yang malu.”
Iqa menarik senyum segaris. “Awak memang plan nak belikan
saya air ni tiap-tiap hari Khamis ke?”
“Awak tak nak ke?”
“Naaakkk..” Cawan putih di tangan kanan dipusing-pusingkan.
“Tapi kalau awak beli Iced
Vanilla Latte lagi saya nak."
“Laaa.. awak minat latte ke?”
Iqa angkat bahu. “Kenapa? Muka saya ni ada gaya macam minat
kopi hitam ke?”
“Espresso ke latte ke, kopi jugak kan?”
“Latte ni version kopi untuk orang yang tak suka kopi.”
Jeda. “Espresso pulak version kopi untuk orang yang hardcore-suka gila dekat
kopi. Kut la.”
“Kiranya latte ni version mild sikit la eh? Kopi susu gitu?”
“Yezzerrr…” Iqa angguk kepala. “So, next time sila beli Iced
Vanilla Latte okay.” Iqa buat muka tak malu. Dah orang nak belanja, kan.
“Betul ke awak takde boyfriend lagi?”
Nasib tak tersedak Iqa yang tengah minum air tu. Dia
berdeham perlahan. Ingatkan dah habis topik ni tadi. “Awak rasa?”
Isaac angkat bahu. “Awak tak nampak macam jenis yang suka
nak ada pakwe-pakwe ni.”
“Kenapa cakap macam tu?”
“Sebab…” Isaac mengerling sekilas memandang Iqa di sebelah.
“Dah berpuluh kali saya mintak nombor telefon awak, tapi sekali pun awak tak
pernah bagi.”
Iqa tergelak kecil. “Entah-entah saya ni dah ada pakwe? Dah ada
tunang ke…”
“Kalau awak dah ada semua tu, awak tak layan saya berborak.”
Iqa mencebik. “Tak salah pun jadi seorang yang peramah.”
“So? Dah ada ke belum?”
Iqa angkat bahu. “Belum masanya lagi, kut.”
“Ke, awak tengah tunggu bidadara kayangan?”
Automatik, Iqa terus melambakkan tawanya. Hahahaha !
“Merepeklah.” Dia menghabiskan sisa tawanya. “Kalau nak tunggu bidadara
kayangan, sampai bila pun tak berteman la saya ni.”
“Saya ni ada chance la?”
Belum sempat Iqa nak bukak mulut menjawab soalan Isaac,
suara Encik Hakimi lebih cepat mencelah. “Haaiii.. tiap-tiap minggu lepak
sama.”
Isaac tarik sengih. “Saje temankan Iqa.”
“Haa.. temankan Iqa?” Encik Hakimi menoleh memandang Iqa,
kening kiri dijongketkan. “Ke, nak mengurat Iqa?”
Isaac tergelak kecil. “Siapalah saya ni, pak cik.”
“Kalau nak mengurat Iqa, lagi senang kalau masuk meminang
terus.” Encik Hakimi tarik sengih. “Kan, Iqa? Iqa pun memang cari calon suami
je sekarang ni. Dia kata nak berpakwe-pakwe ni leceh.”
Iqa yang masih duduk di atas palang besi tu, rasa macam nak
benam kepala dalam lantai. Yaaarrrr.. malu gila! Ayah ni pun, nak cakap tak
beragak. Cakaplah guna kias-kias sikit, ada pulak cakap direct gitu. Kut la aku
ni anak teruna, takpe jugak.
“Pak cik nak bawak Iqa balik ni. Boleh kan?” Encik Hakimi
menoleh memandang Isaac yang dah berdiri tu.
“Ehhh… mestilah boleh.” Belakang kepala digaru perlahan.
“Jumpa minggu depan?”
Dia menoleh memandang Iqa yang tengah menggalas Deuter ke bahu kiri tu.
“Hah?” Soalan Isaac macam tak masuk dalam kepala.
“Jumpa minggu depan?”
“Ohhh..” Iqa berdeham perlahan. Sempat lagi dia mengerling
Encik Hakimi yang dah sengih-sengih tu. “Insya-Allah.”
“Dah habis cakap? Tak nak cakap pape lagi sebelum balik?”
Encik Hakimi pandang Isaac dengan kening kiri dijongket tinggi.
“Takde.” Isaac tarik sengih.
“Kalau takde, takpelah.” Bahu Iqa dicuit. “Jomlah, balik.”
“Jom, jom.” Letak Deuter di bahu kiri dibetulkan. Sempat
lagi dia menarik senyum segaris memandang Isaac sebelum mula melangkah mengikut
Encik Hakimi daripada belakang.
******
Esprit di pergelangan kiri dikerling sekilas. Dah lambat
sepuluh minit, mana Isaac ni? Selalunya masa-masa macam ni, Isaac mesti dah
duduk dekat sebelah dia. Tapi hari ni kenapa tak nampak bayang Isaac pun?
Ke flight Isaac delay? Semalam dalam berita kata hampir
semua negeri dekat Semenanjung akan hujan waktu petang.
“Excuse me.”
Iqa menoleh pandang. “Yes?”
“Miss Faiqa?”
“Yeahhh..” Iqa macam takut-takut nak menjawab. Mana pulak
mamat kemeja putih ni tahu nama aku?
Afiq menarik senyum segaris. “Saya, Afiq.”
“Hai?” Dah kenapa mamat ni tetiba kenalkan nama dia? Aku
memang kenal dia ke? “Kita pernah kenal ke?” Rasanya dia takde pulak kawan nama
Afiq yang kerja pilot.
Afiq menggelengkan kepalanya. “Saya kawan Isaac.”
“Okaaayyy..”
“Isaac kirim Iced Vanilla Latte untuk awak.” Satu cawan
transparent dihulurkan di hadapan Iqa.
“Isaac nya mana?”
“Dia dah
balik dulu."
“Ohh..” Sedih aje nada suara Iqa.
“Air ni?” Sekali lagi cawan transparent tadi dihulurkan
kepada Iqa.
“Ohhh..” Cawan transparent tadi bertukar tangan. “Terima
kasih.”
“By the way..” Tangan kiri menyeluk ke dalam poket seluar.
“Isaac bagi ni.” Sekeping kad dihulurkan kepada Iqa.
“Untuk saya?”
Afiq angkat bahu. “Tak tahulah pulak kalau-kalau ada orang
lain yang nama Faiqa.”
Iqa tersenyum kelat. “Terima kasih.”
“Saya rasa saya dah sampaikan semua pesanan Isaac.” Dia
berdeham perlahan. “Awak ada nak sampaikan apa-apa dekat Isaac? Saya boleh
tolong sampaikan.”
Iqa memandang ke atas. Bibir bawah digigit kuat. “Cakap kat
dia, terima kasih.”
“Tu je?”
“Ha ah.”
“Kalau macam tu.. takpelah.” Pelipis kiri digaru perlahan.
“Saya minta diri dulu la eh?”
“Okay.”
“Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.” Iqa tunggu kelibat jejaka bernama Afiq tu
hilang dari pandangan sebelum dia tunduk menekur isi kandungan kad kecil tu.
Enjoy your Latte!
Berkerut kening Iqa membaca nota pendek yang ditulis pada
kad tadi. Enjoy your latte? Itu je dia cakap? Kalau setakat nak cakap tu, tak
payah beli kad pun takpe. Membazir je duit beli kad tapi tulis macam ni.
******
“Happy?” Tanya Afiq sejurus dia mengambil tempat di kerusi
pemandu.
“Dia okay?” Tangan kiri didaratkan di atas dahi.
Afiq angkat bahu. “Macam okay je.” Tali pinggang ditarik.
Klik. “Pakai seat belt, bro.”
Isaac hanya menurut tanpa bantahan. Kepala dia dah macam nak
pecah ni. Tak kuasa nak cakap banyak.
“Apahal kau tak bagi sendiri je air tu?”
“Kau nak suruh dia tengok aku macam ni ke?”
Afiq mengerling sekilas memandang Isaac di sebelah. Dia
tergelak kecil. “Tahu pulak kau nak maintain handsome depan dia eh?”
Isaac mencebik. “Dia takde cakap apa-apa ke? Muka dia sedih tak, masa kau cakap aku dah balik dulu tu?”
“Biasa je aku tengok.” Jeda. "Haa.. dia cakap terima kasih." Lambat-lambat Mitsubishi Lancer warna
merah tu keluar daripada kotak parkir. “Kau nak terus balik ke?”
“Ha ah.”
“Bonda kau tau tak yang kau demam ni?”
“Tak.”
“Eh? Habis tu, kang dia datang ambik kau macam mana?”
“Aku dah cakap tak payah ambik.”
“Kau suka eh dekat awek tadi tu?”
“Bisinglah kau, Fiq.” Topi yang masih tersarung di kepala,
ditarik sampai menutup muka. “Aku nak tidur.”
Afiq tergelak kecil. Eleh, dah suka dekat awek nama Iqa tu…
tak nak mengaku pulak. Tak payah jawab pun aku tahu lah, bro. Kalau kau tak
suka dia, takdenya beria kau paksa aku beli Iced Vanilla Latte untuk gadis
bertudung biru tadi tu.
******
Dia tekan lagi pedal minyak. Menderum laju Toyota Vios tu
membelah lebuhraya Sprint. Mesej kiriman Encik Hakimi, kembali terlayar di
ruang mata.
From: Ayah
Iqa boleh balik awal
hari ni?
Ada orang datang nak
tengok Iqa ni.
Siapa pulak yang datang nak tengok aku? Takkanlah
saudara-mara daripada kampung kut? Kalau saudara-mara, takkanlah beria ayah
suruh aku balik?
Entah-entah… Iqa gelengkan kepalanya. Takkanlah ada orang
datang meminang aku kut? Apa.. ingat hidup dalam zaman Cinderella ke? Yang
tetiba ada orang datang bawak rombongan nak meminang? Tak.. Tak..
Kejap, kejap. Cuba ingat balik setiap patah perkataan dalam
mesej ayah tadi. Ada orang datang nak tengok Iqa. Nak tengok? Kenapa pulak
orang tu datang nak tengok aku? Muka aku ni ada macam muka mana-mana artis ke
sampai ada orang datang nak tengok?
Ish.. apa yang aku merepek ni? Entah-entah yang datang tu
kawan lama aku ke… kawan sekolah dulu ke… kan?
Dia tak terus memandu masuk ke dalam garaj. Toyota Vios
kesayangan diparkirkan di bahu jalan. Macam tak sopan pulak dia nak memandu
masuk terus macam tu je. Lagi pun kalau dia parking dalam garaj, confirmlah
nanti terus boleh nampak siapa tetamu yang ayah maksudkan tadi. Tak boleh, tak
boleh.
Sling bag yang diletakkan di antara kerusi pemandu dengan
kerusi sebelah, diambil. Compact powder dikeluarkan. Dia melihat pantulan muka sendiri
di cermin bulat tu. Bedak disapu nipis pada muka. Bibir yang sedikit pucat tu
dioles sedikit dengan lip balm. Nak jumpa tetamu kan, takkanlah nak serabai.
Kang, ayah dengan mak aku jugak yang malu.
Lambat-lambat dia mengatur langkah menuju ke pintu utama.
Nafas panjang ditarik berulang kali. Jantung ni ha dupdap-dupdap daripada tadi.
Elok je sampai depan pintu, macam nak tersembul mata ni
tengok deretan kasut yang banyak depan pintu tu. Apahal ramai sangat yang
datang ni?
“Assalamualaikum.” Macam nak-taknak aje suara ni keluar.
Puan Rohani yang tengah berbual, terus menoleh pandang.
“Wa’alaikumsalam… Ha dah balik pun, Iqa.” Tangan kiri menggamit Iqa masuk ke
dalam rumah.
Iqa menampal senyum plastik. Mulut ni tetiba macam susah
pulak nak senyum. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Habis semua orang dia
salam. Eh, yang perempuan aje dia salam. Yang lelaki mana boleh salam, bukan
muhrim kan.
“Inilah Faiqa?” Seorang wanita seusia Puan Rohani menegur
Iqa.
“Saya.” Hamboiiii.. terus lembut suara.
“Comel orangnya. Patutlah anak mak cik berkenan.”
Iqa menarik senyum segaris. Dia tak tahu nak cakap macam
mana walaupun hati ni dah kembang setaman sebab baru lepas kena puji.
“Iqa, jom ikut mak ke dapur kejap.” Ajak Puan Rohani.
“Haa.. okey, okey.” Iqa bangun daripada duduknya. Sling bag
digalas ke bahu kiri. “Saya ke dapur dulu ye, mak cik.” Pamit Iqa.
******
“Iqa okey tak ni?”
“Hah?” Suara Puan Rohani mengembalikan Iqa daripada
lamunannya. “Mak tak main-main, kan?”
“Ada pulak nak buat main benda nikah-kahwin macam ni.” Mata
Puan Rohani masih memandang Iqa. “Iqa setuju tak?”
“Iqa kenal ke orang yang masuk meminang Iqa ni?” Tak ke
pelik tetiba ada orang datang masuk meminang?
“Dia kata dia kenal Iqa.”
“Dia kenal Iqa?” Jari telunjuk menunding tepat pada muka
sendiri. “Iqa ni kenal dia ke tak?”
“Ish.. kalau dah dia kenal kamu, takkanlah kamu tak kenal
dia.”
Belakang kepala digaru perlahan. “Siapa ni, mak?”
“Iqa setuju ke tak?”
“Ayah kata apa?” Soalan dibalas dengan soalan. Kalau ayah
okey, maknanya orang yang masuk meminang tu dah berjaya lepas ujian ayah.
“Ayah kata budak tu nampak baik.”
Berkerut terus dahi Iqa. “Ayah kenallah mamat tu?”
“Mamat-mamat!” Puan Rohani menjegilkan matanya memandang
Iqa. “Dia kan ada nama.”
Iqa mencebik. “Dah mak tak bagitau siapa nama dia. Macam
mana Iqa nak tau?”
“Haaa.. apa yang dibuat lama-lama dekat dapur ni?” Suara
Encik Hakimi mencelah tiba-tiba. “Rumah kita ni bukannya ramai orang nak
melayan tetamu yang ramai tu.” Sesedap oren aje dia memerli.
Puan Rohani mencebik. “Saya tengah cakap dengan Iqa ni.”
“Cakap apa?”
“Fasal rombongan meminang ni la.”
“Alah, tak payah cakap.” Encik Hakimi berdiri sambil memeluk
tubuh. “Ayah dah cakap setuju pun.”
“Ayah!” Membulat terus mata Iqa. “Kenapa tak tanya Iqa dulu?”
“Laa.. kamu tak suka ke dekat orang yang masuk meminang ni?”
Iqa memandang ke atas. Dah kenapa mak dengan ayah aku ni nak
berahsia sangat nama manusia yang masuk meminang aku ni? “Siapa yang masuk
meminang ni?”
“Isaac.” Selamba aje Encik Hakimi menjawab soalan Iqa. “Iqa
tak suka ke dekat Isaac tu?”
“Bila masa pulak dia jumpa ayah?”
“Minggu lepas.”
Berkerut kening Iqa memandang Encik Hakimi. “Minggu lepas?”
Bukan ke minggu lepas aku yang hantar ayah pergi airport? Apasal tak nampak pun
Isaac?
“Ha ah.” Jeda. “Dia yang datang tegur. Katanya baru balik
dari Singapore.”
“Kenapa ayah tak bagitau Iqa?”
Encik Hakimi angkat bahu. “Kalau tak bagitau pun, Iqa tetap
akan terima dia kan?”
Iqa hanya diam. Dia tunduk menekur jari sendiri di atas meja
makan.
******
“Kenapa macam tiba-tiba je?” Iqa beranikan diri selepas hampir sepuluh
minit diam tanpa suara. Tadi, mak suruh panggil orang sebelah ni masuk dalam.
Kesian duduk dalam kereta, kata mak.
Isaac menoleh ke sebelah. Akhirnya.. bercakap jugak orang sebelah
ni. “Terkejut?” Dia pun
terkejut jugak bila Iqa ketuk pintu kereta tadi.
“Eh, mestilah!” Iqa dah berdiri sambil cekak pinggang. Dia
berdiri betul-betul di hadapan Isaac. “Awak ni dah kenapa?”
Isaac angkat bahu. “Bonda saya cakap, tak elok usyar anak
gadis orang lama-lama. Kalau nak usyar sangat, lepas kahwin nanti boleh usyar selalu.”
Zuppp! Darah terus menyerbu naik ke muka. Rasa macam nak
benam aje kepala ni dalam lantai. Malu gila oi. Nasib baiklah dia orang memang tengah berdiri
bawah panas ni, bolehlah cover jugak muka merah ni ha.
“Awak tak marah, kan?” Takut-takut aje Isaac nak tanya.
“Helo, mestilah saya marah!” Iqa beranikan diri angkat muka pandang muka Isaac yang terang-terang tinggi
daripadanya tu. “Takde angin takde ribut, tup-tup awak datang bawak rombongan meminang. Kut iye pun
tanyalah saya dulu.”
“Alaaa… tak sempat nak tanya.”
Iqa mencebik. “Dua minggu okey saya tunggu awak depan Coffee
Bean tu!” Iqa bengang.
“Awak tunggu saya?” Isaac macam tak percaya.
“Iye!”
“Kenapa tunggu?”
“Eh.. awak jugak yang cakap, nak bagi Iced Vanilla Latte
setiap minggu. Dah janji mana boleh tak tunaikan.”
Isaac tergelak. “Tapi awak still dapat iced latte awak,
kan?”
Iqa mencebik. “Orang lain yang bagi adalah.”
“Kira okey la tu.. saya kirim dekat orang lain.”
“Awak pun satu, bukannya nak cakap dah tukar jadual duty.”
Iqa menjeling geram. Kita ni
punyalah tunggu dia, alek-alek dia takde.
“Dah ada orang tu.. penat saya mintak nombor telefon tapi
dia tak nak bagi.”
Iqa mencebik. “Alasan.”
“Officially engaged la ni, kan?” Isaac angkat-angkat kening sambil sengih.
Iqa angkat bahu. “Takde cakap setuju pun.”
“Kalau tak setuju.. tak pakai cincin tu.” Isaac muncungkan
sedikit mulutnya pada
cincin di jari manis Iqa.
Iqa cepat-cepat sembunyikan tangan ke belakang badan.
“Sebenarnya…”
“Ya Rabbi… tahan dia bersembang dekat tengah panas tu!”
Suara nyaring Puan Rohani mematikan Iqa daripada menyambung ayatnya. “Iqa, ayah suruh panggil Isaac
masuk kan?”
“Tengah panggillah ni.” Belakang kepala digaru perlahan.
“Ayah panggil awak masuk.”
Boleh pulak aku bersembang dekat garaj yang panas ni ha.
Isaac menarik sengih. “After
you my lady..”
Iqa mencebik. “Mengada.” Tak tunggu lama, dia terus
melangkah meninggalkan Isaac.
Isaac tergelak kecil. Dia memanjangkan langkah mengejar Iqa.
“Saya rasa awak tak baca lagi nota pendek dekat cincin tu?”
“Eh?” Iqa berhenti melangkah. “Nota apa?”
Isaac angkat bahu. “Tengoklah dalam cincin tu.” Selesai
menghabiskan ayatnya, Isaac terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Iqa pandang lama cincin di jari manis tu. lambat-lambat
cincin emas putih tu ditarik keluar. Dia nampak ada tulisan kecil di bahagian
dalam cincin tu. Bibir mula mengulum senyum.
My other half
My other half
Any two objects in the Universe exert gravitational attraction
on each other, with the force having a universal form. Dua objek, yang ada
tarikan graviti di antara satu sama lain.
Tapi dalam kes ni, bukan dua objek. Tapi dua orang manusia.
Dua orang manusia yang ada tarikan graviti dalam hati masing-masing? Haa... ni
baru kena dengan hukum graviti Isaac Newton!
-TAMAT-
nota kaki : cerita ini ditulis untuk seseorang itu (sebab dia selalu sangat pergi airport) dan saya doakan dia berjumpa 'Isaac' di airport satu hari nanti, insya-Allah :')
if saya nk ignore word 'tamat' 2 boleh x??then request sambugan..;)
ReplyDeletedh lama x de post kt sini ttbe ade jd addicted lak..
pleassssssssssssssssssssssssssss ;)
Pehhhh nasib baik cerita kau tak panjang kak. Takde la buat aku saspen sgt. Muehehehe :D
ReplyDeletemanislah cerita awak.. saya selalu ikuti dan hargai karya awak. terimakasih.
ReplyDeletewow, sweet. . tahniah
ReplyDeletedah habis da ke ? sambung la lagiiii :)
ReplyDeletewee
ReplyDeletehaiyerr~~
ReplyDeletesukanya dengan ending yg sgt sweet :D
lupaaa nk comment tadi. hahaa.
ReplyDeletesukaaaaa sgt.....isaac. eh. hahaaa ;p
Isaac <3 Heee! Cerpen ni sangat sweet dan comel!
ReplyDeletebest!!!!!!!! sweetnyaaaa :))))))))))
ReplyDeletesweeeeeeeeeeeetttt. ;DD
ReplyDeletengeeee.sweeeett sangat..diabetes macam nie..nak lagi boleh?heheehe..anyway, melting dengan isaac..nak jugak sorang boleh?haha :D
ReplyDeletetamat????????????????????????? jgn la lagiii........ sambung laaaaa......
ReplyDeleteahhhh so sweet...lama tak baca cerpen 2 kerat yang sweet by kak bulan...hehehe ;)
ReplyDeletebest dh...tapi...sambung lah lagi....pleaseeeee....
ReplyDeletesenyum sampai langit... ^___^
ReplyDeleteEnding yg sgt sweet..
ReplyDeleteEnding yg sgt sweet..
ReplyDeletekau memang pakar buat orang melting kan? hahaha. good job babe. naise :)
ReplyDeletehai cuma nak cakap, im waiting for your second novel. Dah tak sabar nak baca another creation of yours lepas senyum sampai langit :)
ReplyDeletehai cuma nak cakap, im waiting for your second novel. Dah tak sabar nak baca another creation of yours lepas senyum sampai langit :)
ReplyDeletealahai sweetnya :)
ReplyDeletesempoi... ada lg ke laki mcm ni... he... tak yah ushar ank org lama2x, klu nk terus msk meminang. ;D
ReplyDeletecik bulan kenapa menikam kalbu sangat ni....infiniti sweet!!!
ReplyDelete