Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Monday, June 29, 2009

jauh 4

"Bro, awek baru tu" tunjuk Adam

Dino dan Chip mula scan segenap Dining Hall. Tempat makan Aspura dan Aspuri hanya dipisahkan oleh meja lauk pelajar Aspuri sahaja. So, agak senang kalau nak usha orang.

"Cun" ujar Dino

"Chip?"

angkat bahu "Not bad lah"

"Bila Madu nak introduce budak tu dekat kita ek?" tanya Dino

"Wajib ke?" perli Chip

"Wajib kalau awek tu lawa" jawab Dino-Adam serentak.

Erm... memang patut pun diorang ni kena cop Jejaka Idaman Malaya, diorang ni memang pantang nampak awek cun, confirm tak sampai seminggu dah declare couple. Ish ish... apalah nak jadi budak-budak zaman sekarang..

************

Kakinya mengikut langkah Madu. Okey, firstly kena que dekat tempat makanan, then baru ambil air, finally baru duduk makan.

"Kita makan sini" ujar Madu

"Kenapa depan sangat ni?"

senyum "Ni memang meja Form 5. Kitorang dah duduk sini since Form 1 lagi" terang Madu

"Not bad lauk dekat sini" puji Fish

senyum "Boleh tahanlah. Nasib kau baik hari ni, dapat makan lauk sedap"

Menu hari ini: Nasi putih, ayam sambal, kangkung belacan, sirap ice.

"Madu, kenapa orang asyik usha sini je?" Fish rimas

senyum "Normal, kau kan budak baru"

Fish hanya anggguk. Tapi pandangan dari 3 jejaka yang duduk bertentangan dengannya hanya didiamkan. Tidak mahu dianggap perasan nanti.

"Madu...!!" jerit satu suara

Dining hall yang sebentar tadi bising terus bertukar menjadi senyap apabila mendengar suara gadis di pintu itu. Semua mata kini tertumpu kepada gadis itu, tetapi gadis itu slumber tunjuk sign peace.

"That girl yang jerit tu, dia pakai old school speck?" teka Madu

angguk "Yupp with ponytail"

"That's Oya. Ketua disiplin asrama"

Fish dah nganga. Sekali pandang memang nampak macam budak skema ayam. Tapi kalau dua kali pandang...

"Kau geng dengan ketua disiplin asrama?" Fish tak percaya

angguk "But don't worry, dia bukannya skema ayam pun"

"Madu.." celah satu suara

"Oya, kalau buat macam tu lagi sekali, aku benam kepala kau masuk kolah dalam bilik basuh tu" ugut Madu
Madu dah picit-picit kepala. Apalah nasib aku dapat bestfriend yang tak tahu malu macam si Oya ni??

sengih "Weyh, aku dengar ada budak baru masuk bilik kita. Betul ke?" tanya Oya

Oya masih tak perasan kehadiran Fish dihadapan Madu.

"A’ah, satu class dengan aku"

sengih "Boleh ragging" Oya excited

"Ada bran ke?" celah satu suara

Oya baru perasan yang dihadapan Madu ada orang. Dan saat gadis itu mengangkat wajah dari pinggan, Oya just mampu tayang peace. Kalau muka macam ni, memang tak berani nak ragging.

sengih "Oya" ujarnya

"Fish"

"Oya, kau serong class" celah Madu

mencebik "Kau pun serong jugak" Oya tak puas hati

"Kau kan Ketua Disiplin asrama" perli Madu

"ASRAMA je, dekat sekolah, aku murid biasa macam kau jugak" tekan Oya

"Tak makan?" tanya Fish

geleng "Puasa hari ni" jawab Oya

"Oya ni memang rajin puasa, nak top-up pahala" perli Madu

"Eh.. aku ada hot news" Oya tukar topic

"Simpan dulu hot news kau, kitorang nak makan dengan tenang" Madu sempoi

Oya mencebik, merajuklah tu. Kerusi ditolak perlahan lalu Dining Hall ditinggalkan. Dan sekali lagi ketawa Fish-Madu bergabung.

***********

"Chip, kau ni kenapa?" Dino pelik

geleng "Aku Ok, je"

"Weyh, gerak jom. Lambat dah ni" ajak Adam

Dino-Adam angguk lalu kerusi ditolak perlahan. Semua mata pelajar Aspuri focus tepat ke arah mereka. Biasalah, kalau budak handsome jalan..

***********

Suasana prep petang agak hingar sedikit dari prep malam.

"Semua notes except Sejarah-Agama, semua buat dalam test pad je. Then, simpan dalam file" terang Madu

"Kenapa semua orang macam free?"

"Sebab prep petang takde siapa nak kawal, malam baru aman sikit" terang Madu lagi

"Mana Oya?"

"Class dia kot. Kitorang memang jarang lepak sama even kitorang geng"

"Siapa budak perempuan tu? Dari tadi asyik usha panas je" tanya Fish

"Tu Mimi Maysarah; May, Zuraihan; June, Izzati; Toti. Budak geng bajet"

"Bajet cun?"

angguk "Diorang memang tak boleh duduk diam kalau ada orang lagi cantik"

"Aku cantik ke?"

"Cantiklah, sebab tu dorang bengang"

Fish angkat bahu je. Malas nak layan watak picisan tu. Baru dia sedar yang dia tak terserempak lagi dengan musuhnya, Rizz.

"Tu, headboy sekolah, Muhammad Hakimi Rizal" tunjuk Madu

Saat kepalanya dikalih pandang, pandangan mereka beradu. Ada api benci diantara mereka.

************

"Kau cakap, riadah selalu lepak dekat netball court" Fish bengang

Ada ke patut Oya-Madu seret dia pergi padang sekolah?? Ada benda menarik ke kat sana?? Saat mereka sampai ditepi padang, ada 3 orang jejaka yang tengah lepak santai. Muka masing-masing macam tak cukup darah nak bernafas.

"Hai hai" tegur Madu

3 kepala kalih pandang dan senyum terbit di bibir mereka.

"Tak join main?" tanya Oya

"Kitorang ni macam dah putus nafas, kau cakap kitorang tak main?" perli Adam

"Ni Fish, budak baru class aku" ujar Madu

"Tahu" 3 suara menjawab serentak

"Mana tahu ni?" madu bengang

"Well, kitorang kan budak hot, segala macam hot news dah dalam pocket je" Dino riak

Madu-Oya dah mencebik manakala Fish tetap tayang muka serious. Kenapa dia mesti diperkenalkan dekat kaum Adam ni??

"Fish, jejaka perasan ni Dino" terang Oya

"Yang rambut spiky tak jadi tu, Adam" celah Madu

"Yang dok senyap je dari tadi ni, Chip sepupu aku" sambung Madu

baling batu dekat Madu "Ish... tak payahlah mention pasal sepupu tu" Chip bengang

sengih "Biarlah.. tu tandanya aku bangga jadi sepupu kau"

"Madu, Oya, aku gerak dulu" celah Fish

Tak sempat Oya-Madu bukak mulut, Fish dah pergi menonong tinggalkan mereka. Kenapa ye??

"Asal minah tu?" Dino pelik

"Period la kot" teka Adam

"Dia anti-laki ke?" soalan Chip buat mereka pelik

"Asal kau tanya camtu?" Madu pelik

tarik nafas "sebab dari tadi aku perasan, dia macam tak suka je dengan kitorang" terang Chip

"Dia tak biasa lagi kot" teka Oya

Mereka pelik. Kenapa Fish macam dingin je?? Diorang bertiga ada buat salah ke?? Or diorang tak cukup hot nak berkawan dengan orang yang bernama Fish??

13 comments:

  1. terkenang zaman nakal sekolah2 dolu...hehee.....

    ReplyDelete
  2. hihii..org 1st ker...

    ieja

    ReplyDelete
  3. sape muhammad hakimi rizal??
    ex boy fish ke??

    ReplyDelete
  4. waaahhh.. ade citer baru..:):) best2..:):)

    ReplyDelete
  5. hahaha spe ye rizz?
    ex?
    adik beradik tiri?
    hahaha
    sukati ajek hihi

    ReplyDelete
  6. mesti ader paper jer smpi fish blah cam tu jer kan..!

    hahaha...mesti best citer nih sbb fish da jumper ngan musuh lama dier...

    jeng jeng jeng.... apakah seterusnyer...?

    ReplyDelete
  7. hhuuuhu..
    makin menarik..
    ske2..
    smbung2..

    ReplyDelete
  8. dapat gak akhirnya baca story baru ni (wink wink)
    menarik2..this time watak2 lagi banyak
    and update pun dah panjang...BEST
    double thumbs up to u bulan hijau

    ReplyDelete
  9. aha..
    memang spoil la cenggitu..
    mesti ader sejarah ni..

    ReplyDelete
  10. bestla cite ni..
    terkenang zmn sekolah2 dulu..
    rizz tu adik beradik tiri fish kn?..
    fish anti-lelaki?
    smbung3..suke2..

    -cheesecake-

    ReplyDelete
  11. i really like citer dak2 notti a.k.a bijak cenggini.. syiokkk!!

    ReplyDelete