Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Friday, July 27, 2012

Ed dan Lala

“Lala, lunch nanti nak balik sekali?”

Lala yang tengah simpan buku dalam beg, menoleh ke arah Naili. “Aku tak balik kot.” Lala cepat-cepat bangun dari kerusinya. “Aku gerak dulu. Pape hal, mesej.”

Lala melangkah laju-laju ke sebelah kanan bangunan. Dia kena cepat, sebab kelasnya terletak di tingkat 11. Pukul 10.30 pagi macam ni, ramai orang nak pergi next session class jugak.

Sampai di tingkat 11, sekali lagi Lala berjalan macam tak cukup tanah, dia dah lambat 10 minit! Sampai di hadapan kelas, Lala berhenti tarik nafas. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas.

Saat pintu kelas ditolak dari luar, matanya terpandangkan mamat berkemeja kelabu tu. Automatik, jantung berdegup laju melihat senyuman mamat tadi.

******

“Heyy.. lajunya jalan!” Laung satu suara di belakang Lala.

Lala buat pekak. Dia kenal sangat dengan suara tu. Tu suara mamat berkemeja kelabu yang ‘menyemak’ dalam kelas German tadi.

Sampai di sudut Bahasa Mandarin yang terletak di hujung bangunan, beg terus dihempas ke atas meja bulat. Terus Lala duduk membelakangi mamat tadi.

“Apsal tetiba angin puting beliung ni?” Mamat tadi duduk selang dua kerusi dari Lala. Backpack diletakkan di atas meja.

“Kata hari tu masuk kelas B, tapi kenapa tadi ada dalam kelas A!” Lala bengang. “Sekampung pulak tu dalam kelas tadi.”

Mamat berkemeja kelabu tadi, terus gelak besar. HAHAHAHAHA!

“Ed!” Lala mendengus geram. Orang tengah marah ni, dia boleh gelak macam orang tak siuman pulak!

Ed terus tak jadi nak sambung gelak bila tengok Lala dah main jeling-jeling maut. Oke, seram. “Pasal tu ke marah-marah ni? Memula memang kelas B tapi ada kelas pagi tadi, tu yang tukar masuk A.”

Lala memandang ke atas. Dia bukannya marah sangat pun cuma dia terkejut. Dia tak selesa kalau sekelas dengan Ed.

Ed jeling jam di pergelangan kiri. “Nak makan tak? Saya ada kelas lagi at 2 ni.” Memandangkan kelas tadi tu first class untuk first week, lecturer pun takde nak mengajar sangat. Itu yang awal saja kelas bersurai.

“Sukalah tanya soalan yang dah tau jawapan.” Lala menyangkut sebelah tali backpack ke bahu kiri. “Nak makan dekat kafe bawah ke?” Lala pandang Ed. Dalam hati dah berdoa, tolonglah Ed jawab tak.

“Makan dekat luar, nak?” Ed faham sangat dengan pandangan mata Lala tadi tu. “Jom.” Ed bangun dari duduknya. “Kereta parking mana? Tempat biasa?”

Lala mengangguk lalu tersenyum pendek. “Yupp.” Kunci kereta bertukar tangan.

“Next class pukul berapa?” Tanya Ed masa dalam perjalanan ke tempat parkir.

“Empat.” Macam tak terkeluar suara ni tadi. Iyelah, pukul 4 petang tu waktu orang balik kelas tapi dia baru nak pergi kelas.

Ed tergelak kecil. “Takpe, lepas lunch nanti boleh balik rumah. Tidurlah kejap sebelum kelas.”

“Saya kan..”

“Tak reti tidur petang. Oke, saya tau.” Potong Ed laju. Dia dah kawan lama dengan Lala, sampai boleh kata semua pasal Lala dia tahu termasuklah perihal Lala tak reti tidur petang.

“Kita nak makan dekat mana ni?” Tanya Lala sambil pintu kereta di sebelah tempat duduk pemandu dibuka.

“Kak Odi?”

Automatik, Lala sengih lebar. “Boleh!” Lala memang suka makan dekat kedai Kak Odi tu sebab ada lauk Ayam Lemon yang sedap gila tu. Kalau panas-panas macam ni, dapat pulak minum laici kang sejuk. Perghhh… nikmat. Heaven!

“Tak takut terserempak dengan kawan-kawan awak?” Pertanyaan Ed hanya dijawab dengan gelengan oleh Lala.

Inilah susah bila berkawan tanpa pengetahuan kawan yang lain. Ed dan Lala dah kawan lebih 2 tahun tapi takde siapa yang tahu. Bukan sengaja nak sorok dari pengetahuan orang lain, cuma mereka ada sebab tersendiri.


******

Pagi Khamis. Ed tunggu Lala dekat tempat biasa, sudut Bahasa Jepun di tingkat 13.

“Heyy.. sorry lambat.” Tegur Lala. Jelas sekali mukanya sedikit pucat dan Lala macam tak cukup nafas bernafas, mengah.

Ed angkat kepala. “Kantoi bangun lambat.” Ejek Ed.

“Manaaaa..” Buku nota dikeluarkan dari dalam backpack. “Lupalah pagi ni ada date.” Jujur Lala jawab.

“Date ke ni?” Ed turut keluarkan buku nota dan pencil case dari dalam backpack.

Lala menjongket bahu. “Datelah. Study date?” Lepas Ed dapat tahu yang result Lala drop last semester, terus je Ed bagi cadangan study sama-sama. Padahal, subjek yang diorang belajar bukannya sama.

“Saya nak kena study Digital Signal and Processing.” Handout Prof. Bazli diselak. “Awak?”

“Statistics.” Ed dah main-main dengan mechanical pencil di tangan kiri. Dah dipusing-pusing macam heli. “Lala.”

Lala yang baru sudah membaca doa belajar, terus angkat kepala. “Haa?” Pelik ni bila Ed panggil dia dengan nama. Selalunya Ed panggil dengan panggilan awak je.

“Notes Statistics ada lagi? Nak pinjam, boleh? Nanti hujung sem saya pulang balik.”

Lala rasa air liur tersekat dekat tekak. Mayday! Mayday! “Adaaaaa..” Lala memandang ke kiri, cuba mencari alasan yang sesuai. “Tapi..”

“Saya nak pinjam buat rujukan je. Saya tak faham sangat apa yang Prof tu ajar.”

Lala menggaru pelipis kiri. Dia bukannya taknak bagi Ed pinjam nota dia, cuma dia malu. Kalau nak dibandingkan notes Ed dengan notes Lala, notes Ed lagi kemas. Notes Lala ni memang tak macam notes orang perempuan.

“Tapi awak tau kan, notes saya tu macam mana.” Lala tayang sengih. “Kalau tak faham, buat-buat fahamlah, eyh.”

Ed menggeleng perlahan. “Kalau tak faham, saya call awaklah.” Ed keluarkan sehelai kertas A4 putih dari dalam fail. “Mana yang nak mintak saya ajarkan tu?” Ed dah masuk mode cikgu-cikgu.

Walaupun Ed dan Lala bukan dari kursus yang sama, ada sesetengah common subjek yang wajib untuk semua pelajar Electrical. Macam Statistics, Lala dah ambil masa last semester. Samalah macam Digital Signal and Processing ni, Ed ambil masa last semester jugak.

“Ni haaa..” Lala tolak handout yang sudah penuh dengan doodles tu kepada Ed. “Jangan complain pasal doodles tu.” Sempat lagi tu Lala pesan sebelum Ed memulakan ‘ceramahnya’.

Ed cuba proses balik apa yang dalam kepala. Biasalah, cuti dua bulan memang berkarat haa otak. “Okey, macam ni.” Ed mula menulis sesuatu ke atas A4 putih tadi. “Impulse response ni senang kata, it’s a brand new system. So, kalau brand new system maksudnya initial condition semuanya equal to zero.”

Dari kosong, sampai penuh kertas A4 putih tadi. Lala tekun mendengar, sesekali tangannya turut mencatat apa yang Ed terangkan.

“Faham tak?” Ed letak pensil atas meja. Fuhh..

Lala mengetuk-ngetuk dagunya dengan belakang pen. “Faham. Kot.” Perkataan kot dekat belakang tu, perlahan saja bunyinya.

“Try buat satu soalan dulu, baru tau faham ke tak.” Ed ni kalau dia dah masuk mode study, memang serious habis.

Lala mengangguk lambat-lambat. “Okey.” Lala pulak kalau study dengan Ed, memang dia ikut aje apa yang Ed cakap. Padahal si Lala ni kalau belajar, mana reti duduk diam. Lala nak kena ada earphone plug in dalam telinga, makanan dekat sebelah.

“Saya nak pergi gents sekejap.” Ed bangun dari duduknya. “Try buat soalan tutorial nombor satu. Nanti saya check.” Sempat Ed berpesan sebelum dia melangkah meninggalkan Lala.

Elok sahaja Ed pusing belakang, Lala terus letak kepala atas meja. Lala stress. Dia mana reti belajar serious-serious macam Ed. Nak tak nak, Lala buat juga soalan tutorial tu. Sementara tunggu Ed balik dari gents, Lala sempatlah makan dua row Cadbury Top Deck.

Ed duduk di tempat tadi. Kertas A4 yang penuh dengan jalan kira tu, dia tenung. Berkerut-kerut dahi Ed. “Haa.. betullah ni. Okeylah dah faham sikit.” Puji Ed sambil pandang Lala.

Lala dah bertepuk tangan. Hip hip hooray! “Okey, sekarang kita belajar Statistics pulak.” Lala dah main angkat-angkat kening pandang Ed. Revenge time, babeyh!

“Baru satu soalan, jangan nak mengelat.”

Lala menjelir lidah. “Takde-takde.” Lala tutup handout Digital Signal tadi dan letak dekat tepi. Notes Statistics milik Ed, ditarik. “Mana yang tak faham?”

“Chapter one. Semua.” Macam tak terkeluar suara ni ha. Jatuh reputasi dia depan Lala.

Lala pandang sekilas ke arah Ed kemudian kembali memandang notes di atas meja. Haihh.. kemas betul nota si Ed ni. Tulisannya kemas sahaja, lepas tu takde tulisan malas langsung.

“Topik ni kan, macam Addmaths masa sekolah dulu.” Lala menarik sehelai A4 putih dari dalam fail milik Ed. “Addmaths bukan score ke dulu?”

“Addmaths tu belajar masa sekolah which is few years back, okey.” Ed tak nak kalah. Dia dah tinggal sekolah lebih dari 5 tahun, manalah nak recall semua yang dah berkarat ni.

Lala mencebik. “Macam ni..” Lala baca sepintas lalu penerangan di muka surat satu. “Kalau Binomial kan, soalan dia akan bagi number of trials dengan probability. Kalau tengok soalan ni, dia kata 50 electrical rods. Maknanya number of trials dia, 50.” Lala angkat kepala pandang Ed.

Ed pandang Lala. “Cakaplah bagi habis.” Dia punyalah nak memahami apa yang si Lala ni terangkan, boleh pulak Lala main aci stop.

Lala tergelak kecil. “Sorry. Sorry.” Lala kembali menyambung penerangannya sampai habis. Fuhh..

“Takdelah susah sangat.” Sampuk Ed. “Ke, subjek ni memang tak susah?”

Lala menjongket bahu. “Senang kalau fahamlah. Tapi two chapters depan ni, memang macam kena faham lebih. Kalau chapters belakang-belakang, senang lagi. Cuma banyak formula.” Tu diaaa.. sifu dah keluar kata-kata.

“Last semester dapat apa?” Ed pandang Lala.

Lala menjongket bahu. “A?”

“Bold A?” Membulat mata Ed pandang Lala. “Hebat gila!”

“A+ laaaaa.” Lala sudah tersengih-sengih. “Macam yang saya cakap tadi, subjek ni akan jadi senang kalau faham betul-betul. Sebab masa final exam nanti, tiga jam tu memang ngam-ngam nak jawab enam soalan.”

“Gilaaa..”

“Serious ni.” Baiklah Lala bagitahu apa yang dia rasa last semester. “Masa jawab exam tu kan, baca soalan je mesti dah kena tahu soalan tu topik mana. Memang takde masa nak fikir panjang-panjang ke, nak gelek-gelek tengok kiri-kanan lagilah tak sempat.”

Berkerut-kerut dahi Ed pandang Lala. “Awak ni, janganlah cerita pasal final. Mid term pun belum lagi, okey.”

“Orang nak kasitau awal-awal. Nanti takdelah menggelabah tak tentu pasal.” Lala emo. Swatch di pergelangan kiri dijeling. “Saya ada kelas at 10.30 ni.” Buku-buku nota di atas meja dikemas.

“Jumpa esok.” Ed ikut mengemas buku lalu dimasukkan ke dalam backpack.

“Esok?” Lala blur.

“Esokkan jumaat. Dah tak nak balik sekali dengan saya ke?”

Lala sengih. “Sorry, lupa.” Sebelah tali backpack digalas ke bahu kiri. “Nak balik lepas solat Jumaat? Ke sebelum?”

“Lepas solat, boleh? Kalau balik sebelum takut rushing pulak nanti.” Hati-hati Ed susun ayat. Almaklumlah, dia ni menumpang kereta Lala je.

Lala mengangguk. “Boleh.” Awning tudung dibetulkan. “Okeylah, bye.” Pamit Lala.

“Lala!” Panggil Ed. “Lain kali kalau nak makan ke minum ke, make sure takde semut tau. Penyakit lupa awak dah makin teruk.” Ejek Ed.

Lala menjelir lidah. “Nyampah!” Lala terus pusing dan kembali melangkah. Makin dilayan si Ed tu, lambat pulak dia ke kelas nanti.

Pintu Computer Lab ditolak, jelas sekali housemate-nya Naili dah sampai. “Awal sampai?” Tegur Lala lalu mengambil tempat di sebelah Naili.

“Takut takde parking.” Biasalah, tempat parking dalam fakulti ni terhad. Siapa lambat, memang terpaksa buat double park. Keburukan double park ni, takut ‘tercium’ kereta lain je nanti. “Study dekat library ke tadi?”

Lala yang baru nak on CPU, terhenti. “Ha’ah.” Macam tak terkeluar suaranya. Sorry Naili, aku belum bersedia nak berterus-terang dengan kau.

17 comments:

  1. Nak buat cerita baru ehhh? So far, cerita ni best!! :-)

    ReplyDelete
  2. aku x tau kenapa dok senyum je baca ni =P

    ReplyDelete
  3. Dorang mesti dah kahwin kannn

    ReplyDelete
  4. Ekkk... Igtkan cerpen. Hehe. Apekh rahsia ed dan lala ni...

    ReplyDelete
  5. Oh statistics yang selaly menyerabutkan otak saya dulu. Ehem... entah kenapa story mcm familiar. Ehemmm.

    ReplyDelete
  6. best...:) bahasa yg sempoi n cool je...jalan cte jugak menarik ...

    ReplyDelete