Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Saturday, December 26, 2009

color 27

Kereta Daniel elok terparkir ketika Ain pulang. Ain tahu, Daniel masih marahkannya. Langkah diatur ke ruang tamu lalu Ain duduk di sebelah Daniel.

"I'm sorry" mukadimah Ain

Daniel buat tak endah, matanya masih melekat pada screen TV.

"Awak, saya minta maaf" ulang Ain

Daniel tetap diam, tangannya mencapai remote control lalu volume TV dikuatkan.

"Saya tahu saya salah, and i'm begging you for apology" luah Ain

Daniel masih diam seolah-olah kehadiran Ain disisinya itu tidak wujud.

"Awak, please say something.." rintih Ain

tarik nafas "Just. Shut. Your. Mouth" marah Daniel

Ain tersentak, sebak hati ni. Besar sangatkah salahnya sampai Daniel buat dia macam ni? Ya Allah, aku taknak jadi isteri derhaka.

"Saya tak tahu apa yang saya dah buat sampai awak marah macam ni. Saya minta maaf sangat-sangat, saya taknak mati sebagai isteri derhaka"

Selesai sahaja Ain meluahkan apa yang terbuku dihatinya, Ain terus berlalu ke tingkat atas. Sampai sahaja di dalam bilik tidur, empangan yang cuba ditahan sejak tadi runtuh juga.

******

"Ibu dengan Ayah tu, kenapa?" Qaliesya pelik

Selesai sahaja makan malam, Ilham dan Qaliesya terus naik ke tingkat atas untuk menyiapkan segala homework yang ada. Ibu selalu pesan, tak baik tangguh-tangguh kerja.

angkat bahu "Tadi Ilham dengar Ayah marah Ibu"

"Huh? Bila masa ni? Qaliesya tak dengar pape pun"

"Petang tadi, masa tu Ilham nak turun bawah lepas tu dengar Ayah marah Ibu terus Ilham tak jadi nak turun" cerita Ilham

"Kita bagitahu Tok Daddy nak?" Qaliesya bagi idea

"Takpe ke? Ayah dengan Ibu tak marah kita ke nanti?" Ilham unsure

"Kita try jelah. Nak tak?"

angguk "esok kita balik sekolah suruh Tok Daddy jemput"

"Okey. Set" setuju Qaliesya

sementara itu di bilik tidur Ain-Daniel

Ain yang tengah asyik iron baju langsung tak sedar kehadiran Daniel di dalam bilik mereka. Daniel hanya memandang Ain dari jauh. Daniel nampak wajah Ain yang keruh, yang sarat dengan segala beban masalah.

"Esok tak payah pergi kerja lah" suara Daniel mematikan lamunan Ain

"Huh? Awak cakap apa tadi?" tanya Ain

"Esok tak payah pergi kerja. Ada benda sikit nak cakap" ulang Daniel

angguk "Nanti saya call office mintak EL"

"Lepas habis iron tu, terus off lampu" arah Daniel

angguk "Taknak check Qaliesya dengan Ilham?" tanya Ain

"Apa kata awak yang check?! Saya penat" suara Daniel dah meninggi

Ain terus senyap. Ain takut kalau lagi sepatah dia bercakap, kemungkinan besar tangan Daniel naik ke mukanya pulak.

"Dah, jangan nak termenung. Cepat habiskan iron baju tu" arah Daniel

Baju terakhir digantung elok di dalam wardrobe. Kemudian, lights off. Langkah di atur ke bilik Qaliesya.

"Kenapa tak tidur lagi ni?" tegur Ain

Qaliesya kalih pandang "Tak mengantuk lagi, Ibu"

senyum "Qaliesya kena tidur awal, esokkan nak sekolah" pujuk Ain

"Kalau Ibu temankan Qaliesya tidur malam ni boleh?" tanya Qaliesya

angguk "Tapi, Ibu nak pergi tengok Ilham dulu"

"Ibu janji?"

senyum "Ibu janji, sayang"

Langkah diatur pula ke bilik Ilham. Pintu bilik ditolak perlahan.

"Ilham, kenapa tak tidur lagi ni?" tanya ain

Ain duduk di birai katil. Wajah sugul Ilham membuatkan Ain tak tenang.

"Ibu dengan Ayah bergaduh ke?" soalan cepumas Ilham

"Takdelah. Kenapa Ilham cakap macam tu?"

"Mama dengan Ayah dulu pun selalu gaduh-gaduh, satu hari tu Mama pack barang-barang, lepastu, Mama terus tak muncul-muncul lagi"

senyum "Ibu dengan Ayah mana ada gaduh-gaduh. Dah lah, Ilham tidur dulu ye, esokkan nak sekolah" pujuk Ain

"Ibu teman Ilham tidur boleh?"

angguk "Tapi bila Ilham dah tidur, Ibu balik bilik Ibu tau"

"Okey. Good night, Ibu. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..."

Ain termenung jauh memikir perbualannya dengan Ilham tadi. Apakah dia bakal menerima nasib seperti Zulaikha? Tapi mungkin bukan Ain yang meminta cerai tetapi Daniel yang murah hati menceraikannya.

******

"Esok, saya outstation" mukadimah Daniel

Ain yang tengan baca NST terus kalih pandang. Hari ni, Ain dan Daniel ambil EL.

"Dekat mana? Berapa hari?"

angkat kening "Yang banyak sangat tanya ni, kenapa?"

"Saya tanya je, taknak jawab pun takpe"

"Bolehlah berseronok saya takde nanti kan?" tanya Daniel

kerut kening "Berseronok apa pulak ni?"

"Yela, boleh pergi dating dengan lelaki lain"

"Apa yang awak merepek ni?" Ain tak fahan

senyum sinis "Buat-buat tak fahamlah pulak"

NST terus ditutup lalu diletak di atas coffee table. Muka Daniel yang slumber dipandang macam nak telan.

"Yang pandang macam nak telan ni apa kes?" tanya Daniel

mendengus "Apa yang dah merasuk awak ni ha?! Saya tak fahamlah apa yang awak cakap..!!" Ain bengang

gelak "Hai, awak yang dating hari tu, tanya saya pulak?"

"boleh tak cakap guna bahasa yang saya faham?!"

"Siapa lelaki yang awak jumpa dekat Pavy last Friday?" tanya Daniel

Ain dah berkerut. Last friday?? Otaknya cuba memproses balik apa yang jadi last friday. Jumaat tu still cuti, so bangun pagi kemas rumah, hantar Qaliesya-Ilham pergi sekolah, singgah rumah Mummy-Daddy ambil barang, then Faez call....

"Faez? Tinggi-tinggi, pakai speck?" tanya Ain

"entah, tak usha sampai tembus" jawab Daniel

Tiba-tiba Ain gelak. Daniel dah pelik. Apa kes gelak sorang-sorang ni? Gila ke hape isteri aku ni?

"Jealous ek?" sakat Ain

"Eh, mana ada. Takde masa nak jealous-jealous ni" dalih Daniel

Heheheh.. DANIEL JEALOUS. Siapa tak jealous kalau tengok wife sendiri jumpa lelaki lain? Orang giler je yang tak jealous kot.

"Haila.. ingat tak saya ada mintak izin nak jumpa kawan lama dekat awak hari tu?"

kerut dahi "tapi awak takde mentioned pun kawan tu LELAKI" tekan Daniel

senyum "Actually, Faez tu husband kawan saya, Najwa"

"Tak nampak pun Najwa tu"

gelak "Awak mengintip saya ek?" sakat Ain

Daniel baling bantal dekat Ain. Paaaaaaaaaappp... tepat kena muka. Yay..!! I've made it.

"Najwa pergi ladies lah masa tu. Sebab tu angin awak tak betul je ni?"

"Actually takdelah sakit hati mana pun, and awak pun takde nak cerita pasal hari tu" jelas Daniel

senyum "ingatkan awak marah sebab saya cakap pasal Zu malam kelmarin"

"Yang tu, takdelah nak cakap saya tak marah, marahlah jugak" jelas Daniel

Ain beralih tempat ke sebelah Daniel lalu kepalanya disandarkan pada bahu Daniel. Daniel mengusap lembut rambut ikat milik Ain. Rindu dia pada haruman shampoo Ain.

"Do you love me?" bisik Ain

senyum "How do I breathe without you next to me? I'm dying here, when your gone"

"Haila... orang tanya lain, dia jawab lain pulak" rungut Ain

gelak "Of course I LOVE YOU, silly" jawab Daniel

"Don't you ever called me 'silly', you romeo"

gelak "Then, nak panggil apa?" tanya Daniel

angkat bahu "Jangan panggil yang pelik-pelik sudah"

Pelukan di pinggang Ain dikemaskan lagi. Erm.. dah lama tak peluk, she's getting skinny.

"Awak..." panggil Daniel

"Erm..."

"Ikut saya pergi outstation, nak?"

"Dekat mana? Berapa hari?"

"Bandung. Meeting tu 3 hari je but saya extend cuti sampai seminggu"

ketuk dagu "Nanti saya check schedule dulu" Ain main tarik tali

"Alaaaaaaaa.. jomlah teman saya" pujuk Daniel

"Budak 2 orang tu nak campak mana pulak?"

"Tumpanglah rumah Daddy ke Baba ke, rumah Ibu pun boleh"

"Nanti saya call office, ambil leave"

Daniel terus excited. Dahi Ain dikucup lama. Hehehe.. dapat honeymoon.

"Eh, budak-budak tu tak ambil kat sekolah lagi" Ain gelabah

Daniel tarik balik tangan Ain supaya kembali duduk. Haila, menggelabah cepat sangat.

"Saya dah call Ayah tadi, mintak tolong jemput budak-budak tu" terang Daniel

"Ouh.. cakaplah awal-awal"

Ain kembali memeluk Daniel. Kalau budak-budak tu nampak Ibu-Ayah dorang tengah manja-manja macam ni, mahu 7 hari 7 malam sorok muka dalam peti ais. Hehehehe..

"I. LOVE. YOU" bisik Daniel

Ain hanya diam. Tersentuh hatinya mendengar luahan hati Daniel. Mutiara jernih yang mengalir di pipi gebunya, dikesat dengan hujung jari.

"I. LOVE. YOU. TOO" bisik Ain setelah sekian lama diam

Pelukan dipinggang Daniel diperkemaskan.

Jika ini dinamakan cinta,
aku isytiharkan pada dunia,
hanya kau ku cinta,
biar kau jadi pelangi,
pelangi aku buat selamanya....


*ayat cheesy tu, aku conteng sendiri.
taktau apa yg rasuk, sampai tkeluar ayat cmtu

14 comments:

  1. cehh, buat gugur jantung je daniel tu
    naseb sbb najwa tu jek.
    tp x perlu kot marah2 sgt ohh
    emo x stable eh
    seram gle la daniel ni
    cm mr hyde ngn dr jakel je bole maen switch personality
    ade potion jd romeo ek?

    ReplyDelete
  2. daniel3 wat gempak jer
    heheheheh

    ReplyDelete
  3. ape la daniel ni...
    igt kn pasal ape...

    jeles rupenyer...
    hehehe...

    honeymoon...???

    cik bulanhijau,,, nk lg...!!

    ReplyDelete
  4. hahaha ade ker rindu
    bau shampoo...
    comel sungguh daniel neh.
    kalau dah rindu
    suh daniel shampoo rambut
    guna shampoo yg sama.

    ekeke daniel comel!

    ReplyDelete
  5. isssshhh....issshhh...

    ok pasnie kan..pasni kan.. ;p cam x sabar jer nak tahu ending...hehehe

    ReplyDelete
  6. ingat an marah terok ah td
    elehh jeles.
    tao sgt
    sape tak jeles kan
    bhahaha.
    yes honeymoon.bestbest
    mesti sweet
    -na'dz

    ReplyDelete
  7. omg!!
    that was so so so sweettttttt!!!!
    keep it up!
    =)

    ReplyDelete
  8. ehem2..
    whoaaaa..
    sgt tersentuh la dat ayat nek..

    jika ini dinamakan cinta.
    aku isytiharkan kepada dunia.
    hanya kau kucinta.
    biar kau jadi pelangi.
    pelangi aku buat selamanya...

    pergghh..mana kau dpat nieh nek?
    HAHA..

    ReplyDelete
  9. wat ler ending ain pregnen
    hehehehe br best woo

    ReplyDelete
  10. wah suspend jer...
    ingatkn si daniel tu marah kat ain sbb zulaika...
    rupa2nyer jeles jer...
    hihihi...

    ReplyDelete
  11. hu3~... gembiranya hati.. diaorg daa berbaik smula.. kih3~

    bulan nk lgg..!! he3

    ReplyDelete