Laila berlari-lari anak masuk ke dalam Secret Recipe. Sampai sahaja di hadapan kaunter, nafas di tarik dalam-dalam lalu dihembus keluar perlahan-lahan.
"Oreo Cheese 1 slice, take away"
"Oreo Cheese 1 slice, dine in"
Dua suara bersuara serentak. Laila lipat maut menoleh ke arah manusia yang 'menirunya' itu. Mata di kecilkan supaya image yang terhasil lebih jelas. Tulisan sebesar alam 'CIKUWAT' berwarna hijau menyapa pandangan Laila.
Laila angkat kening Ziana Zain memandang lelaki-pakai-baju-cikuwat itu. Kakak kaunter yang bernama Amira itu buat muka kelam.
"Hello.. Oreo Cheese 1 slice" ulang si 'Cikuwat'
"Eh eh, saya yang datang dulu" balas Laila
Lelaki Cikuwat buat muka annoying sambil kepala ditundukkan supaya separas dengan Laila. "Ada kaunter beratur ke kat sini?"
Laila kerut kening. Haishhh.. manusia 'Cikuwat' ini memang tak bertamadun! Laila berdehem pendek. "First comes, first serves la" ujar Laila berani
'Cikuwat' senyum menggoda. "Lelaki dengan perempuan, siapa yang patut jadi ketua kelas?" tanya Cikuwat
"Amende tanya soalan budak darjah satu ni?! mestilah lelaki jadi ketua kelas, perempuan jadi penolong ketua kelas" jawab Laila malas
Cikuwat petik jari tanda setuju "Maka, penolong kena dengar cakap ketua kelas kan?"
Laila angguk malas. Amendelah mamat ni cakap benda tak masuk akal ni?
"I'm the leader now, so you have to follow my order"
"Eh, sejak bila pulak..."
Cikuwat petik jari "Tadikan dah setuju, lelaki jadi ketua, perempuan jadi penolong"
"Mana ada.."
"Ada je. Kak Amira yang cun ni pun dengar kan?"
Cikuwat pandang kakak-jaga-kaunter-yang-nama-Amira tu. Laila pandang kakak tu macam nak telan. Kakak kaunter tu buat muka innocent-saya-tak-dengar-pape.
"Eeeee.. saya tengok awak ni, kecik-besar kecik-besar je tau!" Laila dah bengang
Cikuwat gelak. Cikuwat langkah satu tapak kehadapan. "Sekarang ni? Dah cukup besar ke?"
Laila mendengus tanda geram. Ya Allah, kau kuatkanlah iman hambaMu ini. "Eee! Awak makanlah Oreo Cheese tu!"
Laila surrender sambil buat muka kesian-mintak-lolipop. Laila jalan menonong keluar dari Secret Recipe. Hancur luluh berkecai hatinya, baru mengidam nak makan Oreo Cheese.
"Awak..!!" panggil satu suara
Laila buat tak tahu. Orang tu panggil 'Awak' bukannya dia panggil 'Laila'
"Eh, awak pakai selendang biru"
Laila still jalan straight. Kunci kereta dari poket jeans ditarik keluar. Laila dengar ada bunyi orang lari-lari dekat belakang.
"Hoiii, orang panggil buat-buat pekak pulak" sergah satu suara
"Opocot mak kau meletup kena baling tong gas.." kan dah melatah. Buat malu kaum je kau ni, Laila. Umur baru 20 tahun, tapi melatah macam Tok Wan yang kat kampung tu.
Laila pusing belakang slow motion. Ada suara orang gelak yang ala-ala mintak pelempang melekat dekat cermin tingkap. Lelaki-pakai-baju-cikuwat tadi menyapa mata.
"Apa main sergah-sergah anak dara orang ni?" Laila cover malu
Cikuwat tahan gelak "Nah, Oreo Cheese Cake" Plastic Secret Recipe dihulur betul-betul depan muka Laila. Laila buat muka kagum.
"Taknak, saya nak balik" Laila pura-pura merajuk
Cikuwat gelak macho. Plastic Secret Recipe tadi diletak betul-betul atas bumbung kereta Viva milik Laila. "Mak saya pesan, kalau nak mengurat anak dara orang, kita kena bagi benda yang dia suka walaupun kita teringin sangat nak makan benda tu"
Cikuwat terus berlalu lepas menghabiskan ayatnya. Laila blushing ala-ala kena simbah sos Cili Kimball. Plastic Secret Recipe ditarik perlahan-lahan, Laila msuk kereta cepat-cepat.
Dan dihujung jalan sana, Cikuwat senang melihat Ciketam yang dalam kegelisahan bak udang kena bakar. Tak lupa juga, pipi yang sudah memerah macam buat delima terlebih masak. Manisnya!
*****
Hidup sebagai pelajar universiti memang bosan lagi-lagi kalau budak nerd macam si Laila ni. Dalam hidup Laila, apa yang penting adalah belajar. Tempat yang selalu Laila pergi adalah Library. Okey, ulang suara, LIBRARY.
"Laila, petang ni kita pergi tengok wayang nak tak?" ajak Mimi
Laila kerut kening. Apa kejadahnya nak pergi tengok wayang? Baik beli CD dan tengok dekat rumah, lagi layan. "Takpelah, aku nak pergi library petang ni"
"Alaaaaaa.. kau ni, cubalah enjoy sikit" rungut Mimi
Sepanjang Mimi berkawan dengan Laila, dia tak pernah nampak Laila pergi tempat hiburan. Laila lagi suka habiskan masa dekat library. Tak tahulah, apa yang dibuat dekat library tu.
"Hai awak" tegur satu suara
Laila dan Mimi kalih pandang. Ada seorang lelaki, sebenarnya adalah dalam 5-6 orang lelaki berdiri betul-betul depan Laila.
"Haiii.." sahut Mimi manja
"Saya tak tegur awak, saya tegur kawan awak ni" jawab lelaki tadi
Pergh! berdesing telinga Mimi. Laila pandang mamat tu banyak kali. Macam pernah nampak, tapi tak ingat kat mana.
"Minggu lepas, Secret Recipe, Oreo Cheese" ujar mamat tu excited
Laila petik jari "Cikuwat"
7 orang kini buat muka pelik termasuklah mamat tadi tu. Cikuwat?
Laila sengih cover malu. Mana pernah dia ingat baju apa yang orang pakai, tiba-tiba pulak baju mamat ni boleh pulak dia ingat. "Baju awak, ada tulis CIKUWAT besar-besar colour hijau"
Mamat tadi gelak sampai tak keluar suara "awak pulak, pakai brooch bentuk ketam colour biru". Cikuwat pandang Laila macam nak telan. "Awak free? Jom lunch"
Laila geleng kepala laju-laju "Saya ada hal. Minta diri dulu, Assalamualaikum"
Laila jalan laju-laju lansung terlupa akan Mimi. Mak, Laila malu ni! Tolong Laila, Mak!! Kenapalah mulut ni laju je nak menyebut perkatan 'Cikuwat' tu? Ish, nak kena tampar mulut ni.
*****
Beepp beeep
Laila buka flip Sony Ericsonnya. Ada mesej dari unknown number.
hai ciketam,
awak nampak lawa hari ni
-cikuwat-
Laila rasa macam nak menangis. Mak, tolong Laila. Lagi sekali Sony Ericsonnya vibrate.
Saya tau awak tengah blushing sekarang ni.
takpe, awak blushing lagi lawa
-cikuwat-
Laila panic. Cikuwat ni macam pervert, tak malu ke mengintai anak dara orang? Lagi sekali Sony Ericsson Laila vibrate.
btw, im your partner.
digital class =)
-cikuwat-
Oh My! Muhammad Aqil b. Azmi tu CIKUWAT?! Mak, Laila taknak belajar dekat sini..
*****
Memang betul Laila ni nerd. Cikuwat tu satu kelas pun dia tak pernah perasan, padahal dah masuk pertengahan semester. Parah!
"Ciketam, bila nak start buat assignment?" tanya Aqil
Laila tak tentu arah. Kini, boleh kata semua yang ada dalam kelas tu tengah pandang mereka dengan muka pelik.
"Tak tahu"
Senyum macho "Cikuwat tunggu Ciketam dekat library ye malam ni"
Laila angguk je. Tolonglah berambus cepat! Pensil mechanical berlari-lari di atas buku nota.
"Ciketam datang lepas Maghrib dalam pukul 8 ye" pesan Aqil
Laila angguk lagi. Mata tetap tak lepas dari nota Decoder. Decoder, ada 'n' input dan 2n output.
"Ciketam taknak cakap apa-apa dekat Cikuwat ke?" tanya Aqil
Laila akan kepala dari nota. Nafas ditarik lalu dilepas perlahan-lahan "Saya jumpa awak dekat library pukul 8 malam ni"
"Correction, sepatutnya macam ni, Ciketam tunggu Cikuwat malam ni dekat library pukul 8"
Laila angguk "Ciketam tunggu Cikuwat malam ni dekat library pukul 8"
Aqil petik jari. "That's my girl". Aqil terus berlalu ke mejanya apabila Pensyarah subject Digital System Fundamentals, Pn Husna melangkah masuk ke dalam kelas.
****
"Weyh Aqil, kau betul-betul minat dekat budak nerd tu ke?" tanya Aiman
Aqil gelak jahat "Aku minat dekat budak nerd tu? Puh-lease, she's not even my type"
"Yang kau layan baik punya tu, kenapa?" tanya Meor pulak
Aqil angkat bahu. Dia pun pelik dengan dirinya. Tak pernah rasanya dia selesa dengan mana-mana perempuan. Tiba-tiba, boleh pulak terselesa dengan budak nerd si Ciketam tu.
Ciketam tu pun, layan je kerenah dia. Kalau Aqil cakap nak jumpa dekat library pukul 8 malam, Ciketam tu angguk je. Kalau tiba-tiba rasa lapar, dia akan ajak Ciketam tu pergi makan dan Ciketam tu tak pernah nak menolak.
"Ni mesti sebab kau nak kerah budak tu buat assignment tu sorang-sorang kan?" Teka Din
Aqil gelak lagi. "Lebih kuranglah, tapi budak tu memang cool kau tahu, semua benda dia nak siapkan. Dia ikutkan je apa yang aku cakap"
"Yelah, Ciketam kena ikut cakap Cikuwat" ajuk Meor
Dan, disebalik dinding concrete itu, ada seorang gadis sedang memasang telinga. Laila tahu mereka bercakap tentang dia. Siapa lagi Ciketam di universiti ni kalau bukan dia?
*****
Aqil pelik, dah beberapa hari dia tak nampak Laila di kelas. Bila dia tanyakan pada Mimi, hanya jelingan maut yang dia dapat. Mesej dan panggilan telefonnya juga Laila tak jawab.
"Mimi, mana Laila?" tanya Aqil buat kali ke berapa entah
"Dia dah berhenti belajar" jawab Mimi malas
"Tipulah, lagi 2 semester je nak grad, takkanlah dia berhenti tengah jalan"
Mimi buat muka tak puas hati. "Kau sibuk nak tahu ni kenapa?! Laila tu bukannya isteri kau kan! Dia tu kan macam kuli batak tak bergaji kau je kan?!" Mimi bengang
Mimi terus keluar dari kelas meninggalkan Aqil dengan tanda tanya. Baru puas hatinya dapat menghamburkan apa yang dia rasa selama ni. Mentang-mentanglah Laila tu baik, dipijak-pijaknya pulak kepala budak tu.
*****
Naik kebas jari Aqil mendail nombor telefon Laila. Setiap kali mesti masuk mailbox. Apa yang Laila marahkan sangat ni? Aqil memandang rumah teres 1 tingkat dihadapannya.
"Laila..!!" jerit Aqil
Sungguhlah dia tahu kenapa dia sanggup datang bertandang dekat ruma sewa Laila ni. Kalau tahu dek kawan-kawannya, mahu kena gelak 7 hari 7 malam.
"Laila..!! Saya tahu awak ada dekat dalam, keluarlah!"
Aqil perasan ada orang yang selak langsir tingkap dari dalam rumah tu. Sah, memang rumah ni ada orang. Aqil pun pelik, tiba-tiba macam orang gila Laila hiraukan dia terkontang-kanting seminggu.
"Awak nak apa datang sini?" tegur satu suara
Aqil kalih pandang. Berseri-seri mukanya apabila melihat Laila berdiri betul-betul dihadapannya. "Ciketam, Cikuwat rindu Ciketam"
"Nama saya Nurul Laila bt Hasyim, bukannya Ciketam" tegas Laila
Pergh! Berdesing telinga Aqil. Pertama kali Laila melawan cakapnya.
"Saya..."
"Kalau awak nak tahu pasal assignment tu, saya dah pun hantar dekat Puan Husna. Dan, jangan risau, partner evaluation tu, semua saya tanda 5" potong Laila cepat-cepat
"Laila, saya minta maaf. Saya tak tahu apa salah saya, tapi tolong jangan biar saya macam ni"
Laila senyum sinis "Awak memang takde buat salah pape dengan saya melainkan menganggap saya sebagai kuli tak bergaji awak" balas Laila pedas.
"Saya tak faham" Aqil pelik
"Awak tak perlu nak buat-buat tak faham, saya dengar apa yang awak bualkan dengan kawan-kawan awak minggu lepas"
"Tapi, saya..."
"Saya rasa, dah takde pape nak dijelaskan sekarang ni. Saya harap, awak tak payah buang masa call atau mesej saya lagi. Assalamualaikum"
Laila terus masuk ke dalam rumah. Elok sahaja pintu rumah di tutup, air matanya mengalir laju. Peritnya apabila terpaksa menipu.
*****
Kotak cake Secret Recipe di atas bumbung kereta Viva miliknya ditarik perlahan-lahan. Penutup dibuka perlahan-lahan, Oreo Cheese cake menyapa pandangan.
Kad yang diselitkan ditepi cake itu ditarik perlahan-lahan. Tulisan tangan serupa cakar ayam menyapa pandangan. It's him..
Would you look at her
She looks at me
She's got me thinking about her constantly
But she don't know how I feel
And as she carries on without a doubt
I wonder if she's figured out
I'm crazy for this girl
yang berdosa,
CIKUWAT
Laila tarik senyum segaris. Lembutnya hati seorang Laila.
"Ciketam, Cikuwat minta maaf" tegur satu suara di belakang Laila
Laila tahu, Aqil sedang elok berdiri di belakangnya kini. Laila tetap kaku.
"Awak tak sepatutnya curi lirik lagu 'Crazy for this girl' lah"
Aqil tepuk dahi. Alahai, kantoi! Aqil sengih tak bersalah "Saya bukannya Shakespeare lah, awak"
Laila tak ambil pusing. Ada ke patut copy-paste je lirik lagu? Tak romantik langsung!
"Marah saya lagi?" tanya Aqil
"Mestilah! Saya tak cakap pun saya dah maafkan awak"
"Tapi tadi saya nampak awak senyum"
"Senyum itu sedekah, wahai Aqil"
"Tapi awak senyum sorang-sorang"
Laila buat tak tahu. Pintu kereta dibuka dari luar.
"Awak, penolong kena dengar cakap ketua kelas kan?" tanya Aqil
Laila tak jadi nak masuk kereta. "Mestilah, lelaki always dominate in everything"
"Jadi, awak kena dengar cakap saya kan?"
Laila rasa macam nak menyorok. Dia mula dah..
"Saya taknak awak senyum sorang-sorang macam tu lagi"
Laila kerut dahi "Kenapa pulak?"
"Sebab, saya taknak orang cakap Ciketam saya ni GILA"
"Hey, awak ni jahat" marah Laila
Aqil gelak sampai merah muka "Lagipun, nanti semua orang tertarik dengan senyum awak tu"
Laila dah start blushing macam kena simbah Sos Cili Kimball.
"Ciketam..." panggil Aqil mendayu-dayu
"Ye, Cikuwat"
"Cikuwat nak cakap something ni"
"Cakap jelah, Cikuwat oi"
"Ciketam taknak makan ke cake tu?"
"Kenapa kalau taknak makan?"
Aqil sengih "Kalau Ciketam taknak makan, biarlah Cikuwat tolong makankan"
Laila pandang Aqil macam nak telan. "Eeee.. buruk siku!"
"Mak saya pesan, kalau kita nak mengeratkan kasih-sayang, kita kena makan share-share. Sharing is loving" Aqil cakap gaya macho
Laila mencebik "semua benda mak awak pesan, awak ingat kan"
Aqil tayang gigi yang putih bak clorox itu "Saya kan anak yang baik" Aqil langkah setapak menghampiri Laila "Tapi ada lagi satu mak saya pesan"
Laila kerut dahi "Apa dia?"
"Kalau kita suka dekat someone tu, kita kena jaga dia macam kita jaga diri sendiri. Dan, mak saya pesan lagi, tak baik kawan lama-lama"
"Maka?"
"Mak saya nak hantar rombongan meminang lepas je kita habis diploma" Aqil sengih sambil buat muka saya-tak-bersalah-satu-sen-pun.
"Gila!"
"Ciketam, tak baik panggil suami, GILA"
Aqil terus ambil kunci kereta dari tangan Laila. Kunci dilambung-lambung apabila Laila cuba merampas.
"Aqil, bagi balik kunci kereta saya tu" ujar Laila
"No unless awak cakap ayat tu"
"ayat apa?" Laila tak puas hati
"Ciketam sayang Cikuwat"
"Saya tak sayang awaklah"
"tetttttt.. wrong answer. Jawapan tak ikut skema jawapan"
Laila geram. Takkan nak cakap 'Ciketam sayang Cikuwat' buat segan tujuh keturunan je nanti.
"Laila, kita ada lagi setengah jam je ni. Kejap lagi ada kelas EPO pulak" ugut Aqil
Laila pejam mata rapat-rapat. Bismillahirrahmanirrahim.. "Ciketam sayang Cikuwat"
Aqil freeze 2-3 saat. "Cikuwat pun sayang Ciketam jugak"
Aqil masuk ke dalam kereta Viva milik Laila. "Jom, kita pergi kelas"
"eh, naiklah kereta awak"
"Kereta saya, Meor dah bawak. Saya kan ada misi memujuk Ciketam kekasih hati"
Laila hentak kaki tak puas hati tapi diturutkan juga kehendak Aqil. Aqil senyum je tengok gelagat Laila.
"Ciketam, Cikuwat memang sayang Ciketam" luah Aqil
Laila diam tak bersuara. Suara macam tak boleh nak keluar dari anak tekak. Cikuwat, I love you like seriously.
*cikuwat: CIK KUAT
*ciketam: CIK KETAM
Hai dan Hello !
Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haha sweet2
ReplyDeletebest..
ReplyDeletehehe.. klaka la nme dowg..
ReplyDeletesweet!!!!!!!!
ReplyDeletehhohhoo...
ReplyDeletesweet...
haha..
ReplyDeletecomel gilos..
sweet wey~~ ngeee
ReplyDeletesweet sgt2.. ^_^
ReplyDeletehahahha..sgt seronok..
ReplyDeletehe's a very dengar-ckp-mak type..
tbe2 time bce tringat my fren..name sme mcm cikuwat..aqil b azmi..hahahha..tp ciketam die bukn nama laila..hahhaha
cerita ni sgt seronok..nak cerita lagi owh bulan..
sweet...
ReplyDeletereally love this...
ReplyDeletevery funny...terima kasih...sy dpt mulakan ari ni dgn senyuman..
ReplyDeletebeb! very sweet!
ReplyDeletehaha..comeelll!!
ReplyDeletehiburan waktu petang..tq...
ReplyDeletelama xder buah tgn dari cik bulan kan...abis exam dah?? hehehhe... :)
very sweet...hilang stress & tension...comel jer nama diorang...tq cik bulan...
ReplyDeletesangat sangat comeyy .
ReplyDeleteHAHA ~
suke suke !
haha..so sweet couple ni..
ReplyDeletesi aniq tak abis ngan pesanan mak die..anak mak sungguh!!
uuuu... bln kne puji laaaaa
ReplyDeleteCUTE like seriously.
ReplyDelete:D
best..xnak buat bahagian kedua ke...
ReplyDeleteaduhai~..
ReplyDeletememang KUAT nyakatla aqil ni..
comel gilak!haha..
ReplyDeletei-R-a eddie
comelnye~~~~~```
ReplyDeletesuke..suke..suke....
ReplyDeletesweetnyer...
ReplyDelete