LILO MENGHEMPASKAN BADANNYA ke atas katil berkembar. Nafas berat dihela perlahan. Penat sangat sampai tak terkata dah ni. Mahunya tak penat, selesai sahaja urusan di lapangan terbang pagi tadi mereka terus aje bergerak ke Osaka Castle memandangkan mereka hanya dibenarkan untuk check-in selepas jam tiga petang.
Penat tapi puas hati. Walaupun baru hari pertama di Osaka, Lilo suka betul dengan budaya orang di sini. Dan, yang paling ketara sangat tentang orang Jepun ni adalah fast paced mereka. Boleh bayangkan tak, dekat stesen keretapi pun mereka ni boleh berlari sebab nak kejar tren. Kalau ikutkan, perbezaan masa antara satu-satu tren tak sampai seminit pun tapi punyalah nak kejar masa sampaikan ada yang berlari. Beza betul dengan kita yang di Malaysia yang lebih santai.
“Lilo.”
Dia yang baru sahaja ingin melelapkan mata tu terus menoleh pandang ke arah Maira yang tengah berdiri sambil mencekak pinggang di hadapan pintu bilik tidur. “Yes?”
“Kenapa aku tak tahu pun yang korang berdua ni kenal Loke dengan Reykal?”
“Aku pun tak tahu sebenarnya diorang tu Loke dengan Reykal.”
“Loke tu ke yang korang cerita dulu tu? Yang mamat time study dulu tu?” Maira dah masuk mod detektif.
“Tak lain dan tak bukan lagi.” Celah Ika yang baru sahaja keluar dari tandas. Airbnb yang mereka sewa ni bukanlah besar sangat pun- studio satu bilik jadinya memang boleh dengar perbualan di antara Maira dan Lilo tadi.
“Lepas habis belajar korang takde contact each other ke?” Tanya Maira lagi.
“Takde.” Jawab Lilo sepatah. Lagi pun, masa tu kan dia dengan Ken. Ah, dah lama tak dengar sebaris nama tu.
“Tapi dia ada contact Lilo dekat Instagram.” Ika bocor rahsia.
Membulat mata Lilo memandang Ika yang selamba menayang sengih. “Tegur macam tu macam tu je.” Dalih Lilo. Padahal hampir setiap hari mereka berbalas mesej. Tapi mereka sekadar berbual kosong je.
“Kalau dah jumpa ni boleh dipanggil second chancelah, kan?” Maira cuba nak cucuk jarum. “Mak aku pesan, benda kalau boleh diperbetulkan kita kena usaha untuk perbetulkan dia.” Jeda. “Nanti aku suruh Fahmi risik-risik, manalah tahu Loke tu memang single lagi.”
Lilo geleng kepala sambil pejam mata. Malas dia nak melayan apabila Maira dah masuk mod match-maker dia tu. Ni ke definisi kalau dah jodoh tak ke mana? Eh, kau merepek apa ni Laila Nur?
*********
Get your copy of "Love, Perhaps" now. Feel free to DM me at FB or Twitter.
Or, I'm one click away via Whatsapp.
0 comment(s):
Post a Comment