Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Tuesday, May 24, 2011

Beautiful Night 6

Keadaan di pusat membeli-belah Mid Valley agak padat dengan manusia. Biasalah, hari minggu macam ni boleh dikatakan semua pusat membeli-belah akan dikunjungi orang ramai. Aqil sudah naik kematu berdiri lagak Tugu Negara di hadapan pintu masuk Jusco.

“Weh, mananya tunang kau tu?” Sungut Kamal. Naik kebas dah kaki ni berdiri macam Tugu Negara. Inilah perempuan, konon berjanji selepas zohor tapi dah nak masuk asar pun belum nampak batang hidung!

“Kejap lagi dia sampailah tu.” Jawab Aqil. Matanya meliar mencari kelibat Aufa di dalam kelompok orang ramai. Seingatnya dia dan Aufa sudah bersetuju mahu berjumpa jam dua tiga puluh minit petang. Tapi, sekarang jam sudah menginjak ke angka tiga lima belas minit petang!

“Kejap, kejap. Kaki aku ni dah penat berdiri tahu tak!” Sungut Kamal. Menyesal pula dia bersetuju untuk menemani Aqil hari ini. Kalau beginilah gayanya, baik dia melepak sahaja di rumah, lagi bagus!

Aqil menggeleng perlahan. “Kau, kalau nak merungut macam mak nenek, baik kau balik je lah.” Hape ingat kau seorang je ke yang panas hati? BlackBerry di dalam poket sebelah kanan dikeluarkan, jarinya dilarikan ke ikon mesej.

Nurul Ain
Oke! Jumpe dekat Mid at 2.30

Aqil mengerut kening. Betullah dekat mesej ni pun tulis jam dua tiga puluh minit petang. Takkan dua tiga puluh minit pagi pulak yang Aufa tu maksudkan. Ke si Aufa tu sengaja nak perdajalkannya?

Kamal menyiku lengan Aqil. “Bukan tu ke?” Tunjuk Kamal ke satu arah.

Mata Aqil mengikut telunjuk Kamal. Aqil memincingkan mata. Hah, betullah tu Ain! Tapi siapa pulak lelaki yang dekat sebelah tu? Siap elok pegang-pegang tangan lagi. Bukan ke hari tu si Aufa ni juga yang cakap dia takde pakwe?

“Hai.” Tegur Aufa apabila sudah berdiri tegak di hadapan Aqil. Tangan Hakim di dalam genggaman masih belum dilepaskan.

Aqil menampal senyum plastik. “Hai.” Matanya turun naik memandang lelaki di sebelah Ain. Siapa ni?

Aufa membalas senyuman Aqil. “Ni abang saya, Hakim.” Hakim yang berdiri sambil tersengih-sengih itu disiku perlahan. Yang sengih macam kerang busuk ni apa pasal? Nak kena penampar jepun ke?!

Aqil menghela nafas lega. Fuhh, ingatkan pakwe dia tadi. “Aqil.” Aqil bersuara girang sambil tangan kanan dihulur.

Hakim tergelak kecil. “Hakim.” Tangannya menyambut huluran tangan Aqil. “Sorrylah, lambat sikit. Biasalah, nama pun KL. Kalau tak sesak tu, memang tak sah.” Sambung Hakim. Ceh, padahal si Aufa ni yang buat perangai masa dekat rumah! Ada ke patut, Aufa ni taknak pergi jumpa si Aqil ni? Lepas kena bebel dengan Puan Leha, barulah terkedek-kedek nak bersiap.

Aufa menarik nafas lega. Nasib baik Hakim tak cakap perkara sebenar. “Ni kawan awak?” Baru dia perasan ada seorang lelaki di sebelah Aqil.

“Kamal.” Kamal bersuara bagi pihak Aqil. “Korang berdua dah makan?” Kamal buat muka tembok. Ah, tak kisahlah! Perut aku ni dah main lagu ska-punk dari tadi. Itulah kau, tadi Aqil pesan suruh alas perut dulu, jual mahal.

Aufa mengangguk lalu tersenyum. “Dah, dekat rumah tadi.” Aufa memasukkan tangan ke dalam poket jeans. Alahai, tak reti aku nak cakap apa dengan si Aqil ni.

Aqil menggaru kening. Alah, macam mana nak cakap ni?! “Kitorang belum makan lagi sebenarnya.”

Aufa mengangkat kening kirinya. Macamlah aku kisah kalau kau tak makan lagi. “Maka?” Hah, angin kerek dia dah sampai!

Hakim berdehem keras sambil membulatkan mata memandang Aufa di sebelahnya. Apa pasal yang kerek sangat ni? “Oh, takpelah! Korang pergilah makan dulu, kitorang jalan dulu.”

“Taknak join sekali?” Ajak Kamal berbudi bahasa. Padahal, dalam hati dah menyumpah berbakul-bakul. Mananya tak geram, diorang ni punyalah datang tepat masa, sekali si Aufa ni datang lambat pulak!

Aufa pandang Hakim di sebelah. Tolonglah cakap ‘taknak’! Taknak duduk semeja dengan Aqil. Taknak! Taknak!

“Sure.” Jawab Hakim pendek.

Aufa memincingkan mata memandang Hakim. Ringan sahaja tangannya mahu menghempuk kepala Hakim dengan sling bag yang dipakainya. Yang setuju tu apa pasal?