Handphone dalam genggaman tak henti-henti berbunyi. Wye yang terlelap terasa kepala pening akibat terlalu banyak menangis. Screen handphone ditenung dalam-dalam, mata cuba memfocus tulisan-tulisan kecil itu.
2 missed called
Erk? Ada missed call? Siapa je nak call aku selain.... Aiman? Huh, nama yang muncul tu membuatkan Wye terus check. Oh My! It’s Aiman. Okay, kenapa Aiman tiba-tiba call? Perang antara mereka dah tamat ke? Hmm... tak mungkin, Aiman tersalah call ni.
Ahh, who cares?! I do care lah wahai cik hati. Jerit Wye kuat-kuat. Nak call balik ke? Wye menimbang tara apa yang perlu dibuat.
Akhirnya, hasrat mahu menelefon Aiman dibatalkan. If he really want to call, he will call back. Ah, tebalnya ego seorang Nurul Yisha!
Langkah di atur ke meja study, kettle yang terperosok di belakang susunan buku-buku tebal, ditarik keluar. Hmmm.. makan nestum je gamaknya malam ni. Itulah, tadi Dee murah hati offer nak belikan makanan, mengada cakap taknak makan. Heh, padan muka!
*****
Dee terkocoh-kocoh lari balik ke bilik. Macam nampak hantu je gamaknya tu. Lari macam tak cukup tanah bak kata Hlovate. Tombol pintu dipulas kasar. Alah, kunci pulak!
Gugusan kunci dari sling bag dikeluarkan lalu kunci bilik dicucuh pada lubang kunci. Click! Pintu bilik ditolak dari keluar. Buka-buka je pintu bilik, dia nampak Wye yang tengah berselubung dengan comforter. Haihh, baru nak excited bagitahu tadi Aiman call.
Langkah di atur ke arah katil Wye “Weyh, hang tidur dah ke?” Cuit Dee pada bahu Wye
Wye kaku tanpa respon. Hmmm.. tidur mati betullah minah sorang ni. Haish!
Nak call Aiman balik ke? Tadi masa Aiman call, dia tengah rancak berborak dengan JD sampai tak perasan handphone di dalam sling bag asyik menjerit riang.
Tapi kalau nak call balik, nak cakap apa? Takkanlah nak tanya “Haaa.. kenapa call ni? Wye dah tidur”. Gamaknya Aiman terus cop dia, no manner punya perempuan. HAHA.
Tapi kalau tak call, macam kesianlah pulak. Mesti ada sebab kan kenapa Aiman call dia? Entah-entah Aiman call sebab nak tanya pasal Wye takpun Aiman call sebab dia call Wye tapi Wye tak angkat. Heh, peninglah fikir benda ni!
tuttt.. tuttt.. tutt..
Dee gagah menunggu panggilannya diangkat oleh Aiman. Dee rasa nak menjerit riang apabila panggilan disambut. Oh yeah oh yeah!
“Assalamualaikum..” sapa Aiman dihujung sana
Dee tersenyum kecil. Alhamdulillah.. “Waalaikumussalam..” jawab Dee pulak
Dan hening selepas itu. Dee tak tahu nak cakap apa. Hanya kedengaran bunyi nafas mereka sahaja. Haihh..
“Wye, dia okey?” Soalan Aiman memecah hening
Dee duduk di birai katil miliknya. “Hmm.. nak jujur ke tak?” soalan dijawab dengan soalan oleh Dee.
“Mestilah jujur” Jelas kedengaran suara Aiman yang kerisauan
Dee menarik nafas panjang sebelum dilepas perlahan-lahan “Wye, dia tak okey. Tak okey langsung. Miserable gilaaaaa” jawab Dee jujur
Terdengar keluhan dihujung sana “Boleh cakap dengan Wye?” tanya Aiman
Dee tak tahu nak cakap macam mana. Mesti Aiman frust gila nanti “Wye, dia dah tidur. Hmm.. hari ni class pack, dia penat sangat tu” Dalih Dee
Aiman tergelak kecil “Tak payahlah nak tipu. Macamlah tak tahu, hari ni kelas korang sampai pukul 12 je” ujar Aiman
Refleks Dee mengetuk kepalanya. Tok! Heh, padan muka! Macamlah tak tahu, setakat jadual kelas Wye, mestilah Aiman tahu. “Nak cakap dengan Wye ke? Aku boleh tolong kejutkan” Dee nak sedapkan hati Aiman
“Eh, takpe. Biarlah dia tidur. Esok-esok pun boleh call lagi” Tegah Aiman
“Okey, then”
“Dee..” Aiman seru nama Dee
“Yes?” Dee dah meremang. Alah, Aiman ni suara macho sangat!
Aiman menarik nafas panjang “Tolong tengok-tengokkan Wye untuk aku. Nanti aku belanja kau” ujar Aiman
Refleks Dee tergelak kecil. “Hahaha.. takde hal pun nak tengok-tengokkan Wye tu ha. Bukannya nak kena tukar pampers ke hape” Dee buat lawak, nasib lawaknya disambut Aiman.
“Dee, kau tengokkan sampai hujung minggu ni eh? InsyaAllah, kalau takde pape, aku balik KL jumaat nanti” pesan Aiman lagi
“Baikkkkkk, bos!”
“Dee, ada lagi satu nak pesan” potong Aiman. “Tolong bisikkan Good Night dekat Wye plus give her a goodnight kiss” sambung Aiman
“Oh lalalala.. gila jiwang kau!” ujar Dee excited
Aiman gelak bagi menutup malu “Ahh.. adik aku sorang tu, memang manjaa” dalih Aiman
Dee mencebik “Kau mana ada adik wahai Aiman oi” perli Dee
“Alaaa.. Wye tu dah macam adik aku” selindung Aiman lagi
“Hmm.. dude. Got to go lah” Pamit Dee
“Oh okey. Sorry kacau kau malam-malam ni” ujar Aiman
“Takdehal”
“Thanks sangat-sangat”
“You’re welcome. By the way, no sweat pun. Assalamualaikum” Dee menamatkan panggilan
“Waalaikumussalam..” Pamit Aiman juga
Dee menamatkan panggilan. Handphone di letak di tengah-tengah katil. Wye yang sedang enak di buai mimpi mencuri pandangannya. Untungnya kau, Wye ada orang risau..
Langkah di atur ke locker lalu pyjama dikeluarkan. Selesai menukar pakaikan, Dee keluar dari bilik. Sekembalinya dari bilik air, Dee menunaikan solat Isyak.
5 minit kemudian..
Telekung dilipat kemas lalu disangkut pada hanger. Langkah diatur ke arah katil Wye. Kepala ditundukkan sedikit lalu pipi Wye dikucup. Selamat malam, Wye...
Hmmm.. semua benda dah selasai. Okey, boleh tidur dengan aman! Selamat malam, dunia..
*****
JD masuk ke dalam rumah sambil menyanyi riang. Entah lagu apa yang dinyanyikan tu, Adam pun kurang pasti. Tapi, memang nampak layan habis!
“Kau happy semacam ni, kenapa?” tanya Adam pelik
JD mengangkat bahu “Takde sebab. Saje nak happy” jawapan JD macam nak mintak penumbuk je. HAHA.
“Kau keluar makan dengan siapa?” Adam korek cerita panas
“Dee” jawab JD sambil mengambil tempat disebelah Adam
Berkerut kening Adam mendengar nama Dee. Eh, dah tukar orang ke? “Dengan Dee pulak?” tanya Adam pelik
Tergelak JD mendengar soalan Adam “Takdelah, member je”
“Ingatkan dah give up dengan Wye tu ha”
JD memandang Adam disebelahnya. “Asal? Kau nak masuk line pulak?” sinis pertanyaan JD
Adam buat muka. “Huh? Takde kena-mengena”
JD bangun dari duduknya. Masuk bilik lagi bagus!
*****
Wye bangun dari tidurnya. Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Hmm.. dah pukul 6.30 pagi. Cekap tangannya melipat comforter lalu diletak pada hujung katil. Lalu cadar katil ditarik ala kadar.
Langkah diatur pula ke katil milik Dee. Bahu Dee ditepuk perlahan “Dee, bangun weyh. Dah pukul 6.30 ni” kejut Wye
Dengan mata yang masih mamai, Wye memulas tombol pintu. Kena mandi secepat yang mungkin ni, nanti Subuh gajah pulak!
7.20 pagi
Wye menjeling sekilas Dee yang ralit menikmati sarapan pagi. Ewahhh.. sarapan? HAHA. Well, selagi ia dipanggil makanan berkhasiat, ia adalah sarapan ye adik-adik.
“Semalam kau ada kacau aku tidur tak?” tanya Wye memecah sunyi
Uhukk..Uhhukk. Terbatuk Dee mendengar soalan Wye. Tidur ke idak minah ni semalam? “Eh, mana ada” Nafi Dee
“Hmm.. asal aku rasa macam ada orang whisper ‘Selamat Malam, Wye’ eh, semalam?” Wye pelik
Dee menghabiskan kunyahan Coco Crunch di dalam mulut. “Entah. Aiman whisper dari jauh tu” sakat Dee
Wye mencebik mendengar kenyataan yang dibuat Dee. Heh, tak masuk akallah sayang oi!
“Aiman ada call kau?” Dee mencari topic untuk berbual
Wye menggeleng perlahan “Takde” bohong Wye. Entah kenapa tak rasa macam nak bagitahu Dee yang Aiman ada menelefonnya semalam. Ego!
“Try la call dia, mesti dia tengah risaukan kau tu” pujuk Dee
Wye mengangkat bahu “Credit takde”
Dee menggeleng perlahan. Haihh.. agak-agaklah kalau nak menipu pun Wye. Kalau dah pakai bil, takdenya tiba-tiba bertukar jadi credit! Wye dan ego, memang tak boleh dipisahkan!
suara aiman macho,
ReplyDeletewootwoott..
:D haha
aaiissh!..Wye & the ego...
ReplyDeleteAddi!.. I agree.. haha
now leh nampak muka aiman (oh my Kaer..!) bila baca N3 ni..
abg kaer,nk goodnight kiss jugak..
ReplyDeleteHAHAAHAH..
aku berpaling tadah boleh?Dari adam nk ke aiman..sbb aiman macam kaer.
wink3..
awak, eja salam tu salah, bkn assamualaikum, tapi assalamualaikum. kwn sy kata, kalimah salam, kalau sebut xbetul, blh tukar maksud jadi kita doakan kecelakaan utk org.. sory ya tego..
ReplyDeleteaaaaaaaaaaaaaargggggghhhhhh*gaya jerit nmpk maher zain*
ReplyDeletenak lagii
sangat tak cukup!!
-syazana
wye, rendahkan la ego skit..
ReplyDeleteaiman sikit pnya macho kot...:)
wonderful.. miss it so much lah. wye n aiman... thanks ya smbung story ni lg..
ReplyDeletewa....xkn la aiman anggap wye adik je...x nak la camni...
ReplyDeleteAiman syg Wye lebih la.Cam buah hati dah.Kalut ja smua sal Wye.
ReplyDeleteHope Aiman is the only HERO in Wye heart. ;D
rasa cm jth cinta kt aiman hahaha
ReplyDelete