Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, February 25, 2021

Hai, saya J(odoh) - 3

“YOUR SIX O’CLOCK.” Ujar Firas dari sebalik gelas di tangan. “Jangan…” Belum sempat dia mahu menghabiskan ayatnya, Loke terlebih dahulu menoleh pandang.

Loke pejam celikkan matanya beberapa kali. Macam tak percaya dengan apa yang dipandang. Lama pandangannya jatuh pada dua orang gadis yang baru melangkah masuk ke dalam restoran tu.

“Oi, coverlah sikit.” Tegur Firas apabila Loke masih tak menoleh pandang.

Loke betulkan posisi duduknya. Lama dia pandang wajah Firas sebelum menutur, “aku kenal yang pakai tudung hitam tu.”

Firas tak tunggu lama terus panjangkan lehernya melihat gadis yang dimaksudkan Loke tadi. “Dua-dua pakai tudung hitam, ngek.” Hampa sedikit dia.

“Yang …” Loke tak jadi mahu menghabiskan ayatnya. “Aku kenal dia masa zaman kolej dulu.” Sambungnya teragak-agak. Boleh dikatakan kenal ke kalau dia hanya tahu nama Instagram gadis tu?

“Nama dia?”

“Lilonur.” Laju Loke menjawab.

Lilonur? Kenapa nama pelik sangat ni? Pandangan Firas jatuh pada Loke kemudian dia mengerling sekilas pada dua orang gadis tadi. “Kau betul ke kenal diorang ni?” Firas musykil.

Loke geleng kepala. Dia habiskan air di dalam gelas sebelum bangun dari duduk. “Aku tunggu kau dalam kereta.” Ujar Loke sambil letakkan not sepuluh ringgit di atas meja. Entah kenapa dia rasa degup jantungnya jadi laju. Luqman, dah kenapa nak nervous ni? Daripada dia buka cerita dan malukan diri sendiri di hadapan Firas, ada baiknya dia keluar dulu dari restoran ni. Macam ni ke perasan bila dah lama tak jumpa seseorang?

*********

 

"It takes a strong heart to fall in love"

Get your copy of "Love, Perhaps" now. Feel free to DM me at FB or Twitter.

Or, I'm one click away via Whatsapp.

 

0 comment(s):

Post a Comment