Pintu kelas terkuak dari luar. Terjengul kepala seorang gadis bertudung biru muda. “Kelas Circuit ke?”
Apek yang duduk di barisan dua dari depan terus mengalih pandang. Gadis bertudung-biru-muda tu mula melangkah masuk ke dalam kelas diikuti konco-konconya.
Apa yang menarik perhatian Apek adalah, budak perempuan bertudung-biru-muda tu pakai sneakers dengan baju kurung! Benda paling jarang nak dilihat zaman sekarang ni. Iyelah, perempuan zaman sekarang ni kalau tak pakai heels dua-tiga inci memang tak sah!
Sepanjang dua jam kuliah, Apek sibuk pandang budak perempuan bertudung-biru-muda tu. Memang terus hilang fokus dengan lecturer yang sibuk mengajar tu ha. Nak kata budak perempuan tu lawa, takdelah lawa mana, biasa-biasa je cuma budak perempuan tu ada lesung pipit dekat pipi kiri dan kanan.
Tapi, nak dijadikan cerita, Apek tak sempat langsung nak pergi bertanya nama budak perempuan bertudung-biru-muda tu. Dan lagi menyedihkan bila budak perempuan bertudung-biru-muda tu langsung tak toleh masa Apek panggil. Hah, sad!
*****
“Siapa budak perempuan yang kau selalu usha tu?”
Apek buat muka kelam. “Budak perempuan mana?” Kepala kembali ditundukkan memandang komponen electronics di atas bread board.
Ajim dah rasa macam nak bagi renjatan electric 20V dekat Apek. “Sejak dua-tiga hari ni, aku perasan kau selalu pandang ada seorang budak perempuan ni. Siapa tu?”
Apek angkat bahu. “Dekat fakulti ni, ramai sangat perempuan.” Apek still taknak bocor rahsia.
“Apek, jangan sampai aku sumbat IC ni masuk dalam mulut kau.” IC berkaki lapan itu ditunjukkan betul-betul di hadapan muka Apek.
Apek buat tak heran. Tangannya cekap memasang komponen electronics seperti yang ditunjukkan di dalam circuit. Langsung tak takut kalau betul-betul Ajim sumbat IC berkaki lapan tu dalam mulut dia. Eleh, kalau tertelan, satgi dia keluar balik. Kan?
“Apek!” Ajim dah bengang bila Apek buat dunno je dengan dia.
Apek angkat kepala dari bread board. “Amende?” Apek dah mula rimas! Sejak bila Ajim jadi kaki gossip ni?!
“Kau usha budak perempuan yang pakai sneakers warna merah tu kan?”
“Ramai meh budak perempuan pakai sneakers merah.”
“Sneakers merah. Converse. Budak tu pakai sneakers dengan baju kurung.”
“Still, ramai je budak perempuan yang pakai baju kurung dengan sneakers.”
Ajim dah menggigil menahan geram. Apek ni lah, memang teringin nak kena renjatan electric gamaknya! “Tapi, ada seorang je budak perempuan yang macam tu dalam kelas kita. Budak tu dalam kelas Circuit kita kan? Kau usha budak tu kan?”
Apek menggeleng-geleng. “Kau ni, banyak sangat tengok TV lah Ajim.” Crocodile clip di atas meja disambungkan kepada digital multimeter. “Jot down readings, Ajim.” Apek malas nak melayan si Ajim. Makin dilayan, makin banyak pulak yang bakal ditanya nanti.
*****
“Aida, kau kenal ke that guy?”
Aida yang tengah beratur menunggu turn di mesin ATM menoleh memandang Qila di sebelah. “Siapa?”
“Tu, yang duduk dekat depan pintu bookstore tu. Kau jangan pandang sekarang!” Tegah Qila apabila Aida mahu terus menoleh. “Okey, pandang sekarang. Cover sikit!”
Aida berpura-pura memandang orang ramai yang berlegar-legar di Laman Perdana itu. Matanya difokuskan kepada dua orang lelaki yang berdiri betul-betul di hadapan pintu bookstore itu. “Yang mana satu?”
“Yang pakai speck ala-ala Johny Depp tu.”
Aida kembali mengalih pandang ke arah dua jejaka itu. “Tak.” Dengan pastinya Aida menjawab. “Kenapa? Kau nak buat anak ikan ke?”
Qila mencebik. “Kau tak payahlah nak perli aku.” Si Aida ni, mulut dia laser jugak kadang-kadang.
“Dah tu?” Aida menapak satu langkah ke hadapan. Biasalah, duit pinjaman PTPTN sekali dengan segala duit biasiswa dah masuk, itu yang ramai sangat manusia yang beratur dekat ATM machine ni.
“Budak tu dari tadi dok tenung kau. Aku ingat kau kenal dia.”
Aida mengangkat bahu. “Ohh..” Aida tak tahu nak cakap apa. Dia bukannya kisah sangat kalau orang nak pandang dia, alah, setakat pandang je, buat apa nak kecoh-kecoh. Kan?
“Eh, cop!”
“Apa lagi ni, Qila?” Aida dah malas nak layan Qila.
“Budak lelaki tadi tu, dia sama kelas dengan kita.” Patutlah macam pernah nampak je mamat rambut pacak macam landak tu!
Aida menjulingkan matanya. “A’ah, memang budak lelaki kelas kita ada dua je.” Perli Aida geram.
“Budak kelas Circuit tu. Kau tak perasan ke?”
“Tak.” Aida ni, bukannya spesies yang heartless sampai tak pandang lelaki tapi dia tak rasa pun perlu nak ingat semua muka lelaki. Lagipun, Mak dia ada pesan ‘Masa tengah belajar ni, jangan nak sibuk bercinta. Kawan-kawan je dulu’ dan dia berpegang dengan kata-kata Mak sampai sekarang!
Qila mendengus geram. “Malaslah aku nak cakap dengan kau!”
“Kalau taknak cakap dengan aku, dipersilakan kau beredar dari sini.” Hah, tengok! Tak ke kurang sopan betul si Aida ni, suka hati dia je nak halau-halau orang!
“Fine! Aku nak merajuk dengan kau.” Qila terus memeluk tubuh. “Nanti aku mengadu dengan Fathi, biar kau kena marah.” Ceh, padahal takdenya si Fathi tu nak marah si Aida ni.
Aida menjulingkan matanya. “Haaaa.. takutnya!” Aida mengadah siling Laman Perdana.
“Aida!”
“Aqilah!”
Aida dan Qila sama-sama mencekak pinggang sambil pandang antara satu sama lain. Aida buat muka straight face, serious macam takde perasaan. Qila, dah jegil mata sampai nak terkeluar bebola mata.
*****
“Kau pandang budak pakai baju kurung polka dots biru-pink tu kan? Yang pakai sneakers bloody-red tu?” Ajim memang suka provoke orang!
“Mata aku, sukalah nak pandang siapa pun.” Budak perempuan baju kurung polka dots biru-pink tu adalah budak perempuan yang pakai tudung biru muda tempoh hari. “Macamlah aku tak pernah pandang perempuan.”
“Memanglah, tapi sejak kita masuk sini dua semester lepas, ini perempuan pertama yang kau pandang sampai nak terkeluar bijik mata!”
Apek angkat bahu. “No komen.” Apek bersandar pada bingkai pintu bookstore, mata masih tak lepas memandang budak perempuan berkurung polka dots biru-pink tu.
Ajim ikut sama bersandar, kaki disilangkan. “Kalau tengok muka, macam dah berpunya je budak tu.” Ajim berlagak macam tukang tilik nasib.
“Macamlah dekat dahi dia ada cop ‘I’m not single’. Lagipun, aku nak kawan-kawan je dengan dia.”
“Dari kawanlah bertukar jadi couple!”
Apek mencebik. “Tak semestinya.”
“Heh, aku dengan Anis macam tu apa!”
“Itu kau, bukan aku.” Apek ni spesies manusia yang tak couple dengan kawan sendiri. “Lepaklah, kita muda lagi. Buat apa nak serious-serious.”
Ajim membetulkan letak sling bag di atas bahu. “Taknak approach ke? Tanya nama ke?”
Apek angkat bahu. “Nantilah. Belum sampai masa.” Dia bukannya jenis yang gelojoh. Dia observant. Bila sampai masa, pandai-pandailah dia move on.
“Kalau melepas?”
“Kau jugak yang cakap, kalau tengok gaya, budak tu macam dah berpunya.” Dan, Apek ni bukannya jenis yang suka nak kacau awek orang lain. Biar pun orang cakap ‘Alah, baru awek belum isteri lagi’ still Apek taknak jadi orang ketiga.
“Kalau setakat nak berkawan, tak salah pun kalau kau nak approach.” Ajim masih dalam mode provokasi.
“Jom, makan.” Sudah-sudahlah Apek oi, jangan diusha anak dara orang tu lama-lama. Buat menambah dosa mata je.
Ajim mencebik. “Aku ingat, kau dah kenyang tengok muka budak tu.”
Apek tergelak kecil. “Tak kenyang tapi pengubat rindu.” Apek terus jalan meninggalkan Ajim.
*****
Aida menyembamkan mukanya pada meja berbentuk kubikel di Laman Siswa. Lagi setengah jam, jarum jam akan menunjukkan pukul 3 petang. Qila tak tahu ke mana lesapnya.
“Hai.”
Aida terus mengangkat kepalanya. Saat matanya terpandangkan mamat Johny Depp tu, refleks keningnya terus berkerut. “Kau cakap dengan aku ke?”
Apek menarik senyum segaris. “Yes.” Kerusi kosong di sebelah kubikel Aida ditarik. “Kita sama kelas. Circuit.”
Aida mengangguk lambat-lambat. “Maka?”
“Test 1 tu hari, kau dapat high score. Kan?”
“Eh, takdelah!” Sejak bila pulak aku dapat high score ni? Setahu aku, test tu hari, aku flunk adalah! “Kau dah salah orang ni.”
Apek menggaru kening kirinya. Aiseh, plan aku tak menjadilah pulak! “Silap oranglah ni?” Apek buat muka frust.
Aida menjeling Swatch di tangan kiri. “By the way, I got to go. Ada kelas at four.” Aida mula mengemaskan barangnya yang bersepah di atas meja.
“Oh, okay.” Apek tunduk menekur lantai. Macam mana nak tanya nama dia ni?! Think Apek, think!
Aida menggalas sling bag ke bahu. “Bye.”
Apek menunggu si gadis bertudung pink itu melangkah dua-tiga tapak sebelum… “Hasnah!” Jerit Apek kuat.
Aida terus berpusing memandang Apek. “Are you talking to me?” By the way, sejak bila nama aku Hasnah ni?!
Apek menggaru kening kirinya sambil tersengih. “Apparently, yes.”
Aida melangkah menghampiri mamat Johny Depp tadi. “Nama aku, Aida. Bukan Hasnah.”
“Alamak!” Apek slap forehead. “Salah orang lagilah ni.” Ceh, padahal memang dalam plan!
“Lain kali buat double check lah. Kenapa kau panggil aku?” Buat malu aku je si mamat ni panggil aku Hasnah tadi. Ish!
“Nama aku, Apek.”
Aida pandang mamat Johny Depp tu dari atas ke bawah. Apek, huh? Takde gaya macam apek cina pun! “Kau takde nama Melayu ke?”
“Muhammad Azfar bin Tarmizi.”
Aida mengangguk lambat-lambat. “Oke, jumpa lagi. Azfar.” Sengaja Aida menekankan suaranya pada perkataan ‘Azfar’ tadi. Nama dah sedang elok Azfar, nak panggil Apek buat apa?
Apek memandang gadis bertudung pink itu meninggalkannya. Oke, nama dia, Aida. So, next step apa?
*****
Dua hari selepas itu..
Aida melangkah laju-laju menuju ke kelas. Ini semua gara-gara Qila, habis dia sekali lambat ke kelas!
“Da, janganlah laju sangat!” Panggil Qila yang beberapa langkah di belakang Aida.
Aida mendengus geram. “Cepatlah sikit, Qil.” Ada ke patut si Qila ni boleh pakai wedges tiga inci pergi kelas? Tak terkehel ke kaki tu?
“Da, slow-slow lah! Aku pakai wedges ni.” Qila dah angkat kain baju kurung supaya langkahnya lebih panjang.
“Huh, padan muka kau!” Aida berlari mendaki anak tangga. Hah, masa ni lah berguna pakai sneakers! Senang dan pantas untuk bergerak!
Qila ikut sama mendaki anak tangga. Nak tunggu lif, memang tak sempat dah memandangkan sekarang ni masa orang balik kelas. Ini semua gara-gara dia nak sangat ke Jusco masa lunch break tadi, sedar tak sedar dah pukul 3.45 petang!
Aida menjeling swatch di tangan kiri. Membulat matanya melihat jam sudah menunjukkan jam 4.30 petang. Haaa… dah lambat setengah jam ni! “Kelas mana ni, Qil?” Nak cepat punya pasal, terus terlupa mana satu kelas.
Qila termengah-mengah di hadapan Aida yang sudah berdiri mencekak pinggang. “Mana aku tahu, selama ni aku ikut kau je.”
Aida slap forehead. “Kau memang nak kena tembak dengan aku lah, Qil.” Silap haribulan, mahunya dia tolak si Qila biar jatuh dari bangunan 4 tingkat ni. Memang menyusahkan orang!
“Mesejlah sape-sape.”
Aida menjungkitkan kening kirinya. “Memang aku kenal manusia dalam kelas tu?!”
Disebabkan nak jadual cantik, mereka masuk kelas campur aduk je. Memang takde kesah ikut abjad ke tak. Setiap kelas, muka lain. Memang tak kenal oranglah!
“Mamat Johny Depp tu?”
“Aku mana ada nombor dia.”
“Alah! Kenapa kau tak mintak hari tu?!”
Aida dah mencekak pinggang. “Apa pasal aku kena mintak pulak?!”
“Mestilah kena mintak. Tengok sekarang ni, kan dah susah!”
Aida mendengus geram. “Kita lambat pun, sebab kau jugak.”
Qila tarik muka. “Eh, salah pakcik bas lah!”
Aida mencerunkan matanya memandang Qila. Tengok tu, dah salah pun taknak mengaku!
“Aida!” Panggil satu suara dari arah kiri bangunan.
Aida terus menoleh. “Azfar?”
Apek menarik sengih. Dia ingat nama aku, weh! “Kenapa tak masuk kelas lagi ni?” Pelik jugak Apek bila dia sampai di kelas tadi, Aida takde. Padahal, selama ni Aida merupakan manusia yang datang awal.
“Kitorang taktau kelas dekat mana!” Qila terus mencelah apabila Aida hanya diam.
Apek tergelak kecil. “Ni, kelas kita.” Apek menunjukkan ke arah pintu berwarna biru itu.
Membulat mata Aida memandang Apek. “Are you serious?!” Punyalah dia dan Qila berdiri dekat sini hampir sepuluh minit. Padahal, kelas tu depan mata je!
Apek mengangguk lambat-lambat. “Drop dead serious.” Apek memandang Aida dari atas ke bawah. “Memang suka polka-dots, eh?” Apek terus menutup mulutnya apabila dia tersedar yang dia sudah terlajak! Oh, shit!
“Stalker betul kau ni.” Perli Qila yang sudah memeluk tubuh. “Weh, lecturer tu angin dia oke tak?” Buatnya tak oke, memang silap haribulan boleh kena halau balik dia dan Aida ni.
Apek angkat bahu. “Class’s cancel.”
“Kalau class cancel, kenapa kau ada dekat sini lagi?”
Apek garu kening kiri. “Aku.. Aku..” Apek dah tergagap-gagap. Takkanlah nak cakap aku tunggu Aida!
“Kau tunggu Aida, eh?” Qila sudah tersengih-sengih.
“Qila!” Gumam Aida geram.
“Bak meh sini nombor phone kau. Senang nanti kalau pape hal.” Qila sudah mengeluarkan Nokia N8 dari dalam tote bag.
“Meh sini nombor kau lah, nanti aku buat missed call.” Ceh, padahal dia nak mintak nombor telefon Aida sebenarnya!
Qila dah tarik sengih jahat. “019.” Qila menjeling Aida di sebelahnya. “260.” Nampaknya Aida belum sedar lagi tu. “6666.”
Tak sampai sesaat, lagu ska-punk terus gamat berbunyi. Aida dah rasa macam nak menjerit bila dia baru sedar rupa-rupanya Qila bagi nombor telefon dia dekat Apek!
“Tu, nombor telefon Aida. Aku dah senangkan kerja kau. Kan?” Apek ni, slow betullah! “Lagipun, aku dah ada pakwe so aku tak save nombor kawan lelaki lain. Harap maaf.” Ceh, padahal memang sengaja dia bagi nombor telefon Aida.
“Oke, thanks.” Apek cekap save nombor telefon tadi. “Oke lah, aku gerak dulu.” BlackBerry terus dimasukkan kembali ke dalam poket jeans. “Aida, jangan lupa save nombor aku.” Pesan Apek sebelum pergi meninggalkan Aida yang masih bisu itu.
Aida memejam celikkan matanya. “Qila! Kau memang mintak kena bunuhlah!”
Qila dah tergelak besar. “Kahkahkah! Itulah kau, lain kali alert sikit.”
BlackBerry di tangan kiri Aida bergetar. Ada mesej masuk.
+ Bak meh sini BB pin kau.
“Apek, eh?” Dengan slumber, Qila terus merampas BlackBerry di tangan Aida. “Wah, advance!”
“Bak meh sinilah!” BlackBerry di tangan Qila terus ditarik sebelum Qila bertindak drastik.
“Bagi je lah BB pin tu, tak luak pun.” Macamlah Qila taktau, takdenya si Aida ni nak bagi BB pin dekat orang suka hati.
Aida memasukkan kembali BlackBerry ke dalam poket baju kurung. “Nantilah. Jom balik.” Sungguhlah dia ni bukan spesies manusia suka berkongsi contact info dengan orang!
Qila menjulingkan matanya. “Bak meh nombor si Apek tadi.” Kalau nak tunggu Aida yang bagi BB pin, memang sampai hujung tahun 2020 pun belum tentu Aida akan bagi.
“019 – 2288990.”
Qila buat muka terkejut. “Kau hafal nombor dia?!” Biar betul si Aida ni, nombor aku pun dia tak ingat, macam mana nombor Apek dia boleh ingat?!
Aida menjulingkan matanya. “I have photographic memory, oke.” Ceh, padahal jawapan tu memang takde kena-mengena dengan soalan pun!
“Dah, jom balik.” Qila memasukkan kembali Nokia N8 ke dalam tote bag. Misi pertama, selesai! Hehehe..
Aida ikut melangkah meninggalkan koridor yang semakin sunyi dengan manusia itu. Belum sempat kakinya melangkah menuruni anak tangga, BlackBerry di dalam poket bergetar. “Qilaaaaaaaaaaaaaa!” Suara Aida dah naik berganda oktaf tingginya. “Kau memang mintak kena bunuhlah!”
Qila dah gelak terkekeh-kekeh dekat bawah. HAHAHAH ! Nasib kau lah Aida, dapat kawan macam aku ni. Alah, setakat bagi BB pin je, next move, pandai-pandailah si Apek tu. Kan?
aaaa i like aida sbb dia suka polka dots n pakai bju krung with sneakers just like me, yeay!
ReplyDeletesuke cite ni . terbaek la ! keep it up ! :)
ReplyDeletehaha gudjob cik bulan. sweetnye~~~
ReplyDeletehaha..terbaek la qila...bijak bertindak..aida lg dasat...mse dpt no apek terus ade photographic memory..tp no qila xhapal2 pn...haha
ReplyDeleteso sweet...
ReplyDeleteBB pin tu ape ye?
ReplyDelete[Cahaya] BB pin tu untuk BBM
ReplyDeletebest. :)
ReplyDelete