Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Thursday, May 20, 2010

hope 2

Lagu Last Kiss nyanyian Fireflight memekakkan telinga Dee. Haishhhh, shut up lah you alarm! Bantal peluk ditarik rapat menutup muka.

“Wye... your alarm tu, bisinglah” mumble Dee disebalik bantal peluk.

Wye yang tengah berulit mimpi rasa macam nak baling Dee dengan kerusi. Buat-buat tak dengar sudah!

“Wye.........!!” Dee dah bengang. Kalau taknak bangun, offkan je alarm tu! “Wye, aku nak tidur ni” sambung Dee lagi

Wye buat-buat tak dengar. Malas-malas! Dee rasa berbulu je telinga ni ha kena dengar lagu Last Kiss tu berulang kali. Bantal dibawah kepala ditarik kasar, jangan marah kalau aku main kasar!

“Woiii, sakitlah!” marah Wye. Ada ke patut baling orang dengan bantal?

Dee dah bangun bercekak pinggang dihadapan katil Wye. Uuuuuuuuuuu~ garangnya! Macam Mak tiri Cinderella, owh. “Wye, aku rasa macam nak cekik-cekik kau sampai pengsan” Dee bengang. Pantang betul apabila tidurnya diganggu.

“Shuuuhhh..shuuuuhh.. aku nak tidur ni” suruh Wye mamai, apa kes berdiri depan katil orang macam warden asrama ni?

“Nurul Yisha, bangun Subuh la” kejut Dee. Alarm dia yang memekak, orang lain pulak yang terjaga.

“Sat-sat, 5 minit je lagi”

“Ah, takde-takde.. bangun cepat” suruh Dee garang. Comforter yang membalut Wye direntap kasar.

“Dee, taknaklah macam ni” hujung comforter ditarik dengan mata yang masih tertutup.

“Wye, kau tidurlah puas-puas berselimutkan kulit khinzir tu” Dee guna reverse psychology.

Refleks Wye bangun apabila terdengar perkataan ‘kulit khinzir’. Wye duduk bersila sambil tangannya cekap melipat comforter, Dee yang sibuk mengemas katil dijeling sekilas.

“Dee, aku taknak pergi kelaslah”

Dee dah berkerut “Sejak bila kau malas pergi kelas ni?” Nurul Yisha yang Dee kenal, mana pandai nak ponteng-ponteng kelas. Skema!

“Sejak manusia yang bernama Muhammad Aqif tu satu kelas dengan kita”

Baru semalam mereka tahu bahawa Aqif dan Amir berada di dalam kelas yang sama untuk subject Linear System. Haish, semak betul !

“Wye, buat apalah kau nak fikir pasal watak picisan macam Aqif tu? Tak balik modal pun”

Wye mencebik. Eeeeeeeeeee! Discrimination terhadap kawan sendiri ni !

*****

Saat pintu kelas di tolak dari luar, semua kepala menoleh ke arah pintu. Wye dan Dee tayang senyum 3 saat sebelum melangkah masuk. Ada beberapa pasang mata sibuk membuat analisa apabila 2 orang gadis itu melangkah masuk.

Wye santai dengan kemeja plaid hitam-merah dipadankan dengan selendang hitam manakala Dee lebih feminin dengan blouse purple dipadankan dengan selendang purple.

“Uuuuu.. not bad. Ada style” bisik Adam Harith

Sejak dari hari pendaftaran lagi, mindanya sudah terdaftar dengan figura gadis berselendang hitam itu. Dengan berkemeja plaid merah-hitam, skinny black jeans, faded sneakers ditambah dengan selendang hitam ala-ala Yuna, gadis itu memang berjaya memikat hati Adam.

“Aku suka yang pakai selendang hitam tu” bisik JD

Ehh, lupa nak kenalkan pulak! Nampak tak mamat yang pakai polo shirt warna hitam tu? Haaa, nama dia Adam Harith, panggil Adam. Yang pakai polo shirt warna maroon tu pulak, Muhammad Mujahid a.k.a JD. Si JD ni, konon nak jadi macam Jay-Z tu ha. Poyo!

“Kau ambillah yang pakai selendang purple tu” suruh Adam. Cesss, potong line oranglah JD ni!

JD pandang awek pakai selendang purple tu sebelah mata je. Hmmm.. not bad lah, tapi kawan dia lagi cun. Blouse purple cair dipadankan dengan skinny hitam, wedges setinggi 3 inci, dan selendang purple. Simple, but nice.

“Ah kau, aku dah cop yang selendang hitam tu” JD bengang

“Eeee! Gediklah kau ni, JD” marah Adam

Oh, mereka berdua ni memang macam ni. Kadang-kadang terlebih manja, mungkin terlebih gene perempuan agaknya.

“Babe, jom balik” ajak Wye

Dee kat sebelah memang dah tayang muka bosan-aku-nak-balik. Dah pukul 9 pagi, but lecturer subject Linear & System tetap tak sampai-sampai. “Now?” tanya Dee

Wye angguk laju-laju. Rimas pulak duduk dalam Dewan Kuliah yang gedabak ni, ditambah pula dengan Aqif yang macam buaya tembaga tunggu mangsa tu!

“Eh, awak” panggil satu suara di belakang Wye. Haish, potong betul. Wye pusing belakang perlahan-lahan.

“Ya, awak” jawab Wye skema

“Nama siapa?” tanya Adam dengan sengih yang tak lekang dari bibir

Wye angkat kening Ziana Zain 3 saat. “Zainab” jawab Wye slumber. Dee dekat sebelah dah senyum sampai telinga.

JD dan Adam angguk macam burung belatuk. Zainab eh? “Ohhhh, nak panggil apa? Jenny?” tanya JD

“Kat kampung, Abah dengan Mak dok panggil Nab ja” jawab Wye dengan slang utara-tak-jadi

“Yang sebelah tu, siapa nama?”

Adam dah berdoa dalam hati. Tolonglah nama dia bukan Samsiah! Wajah Dee yang tersenyum manis ditenung tajam.

“Markonah. Panggil Konah ja” Dee meniru loghat Utara walaupun bunyi dia macam itik cakap bahasa angsa. Hentam je!

“Haaa?” Terkejut sakan Adam dan JD. Markonah? Air liur yang ditelan terasa macam pasir pantai. Harap muka je cun-melecun-kau-memang-the-boooom, tapi nama gila klasik.

“Kami balik dulu ye” ujar Dee sopan. Bag di atas meja disangkut ke bahu manakala tangan kiri mencuit bahu Wye.

Wye dan Dee berjalan perlahan-lahan, baru je tangan mahu memulas tombol pintu...

“Wye..” panggil satu suara

Wye dan Dee serentak berhenti betul-betul depan pintu. Perlahan-lahan mereka pusing dan nampak Aqif yang tengah berlari-lari turun tangga.

“Nak balik dah?” tanya Aqif sopan

“A’ah. Lecturer pun macam taknak masuk je” jawab Wye

*****

Adam dan JD terus lipat maut pandang belakang. “eh, apa nama budak perempuan tu?” tanya JD

Amir yang tengah bersembang dengan entah-siapa-siapa tu terus berhenti bercakap. Haish, bercakap mengalahkan murai tercabut ekor! “Yang mana?” tanya Amir pulak

Adam angkat kening The Rock 5 Saat. Eh-eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik? “Selendang hitam tu ha” tunjuk Adam betul-betul tepat arah ‘Zainab’

“ohh, Nurul Yisha. Panggil Wye” Jawab Amir jujur

“Yang pakai selendang purple tu?” tunjuk JD pulak ke arah ‘Markonah’

“Dee, Deelaila. Kau jangan nak menggedik kacau Dee, tu aku punya” jawab Amir tegas. Huh, sempat lagi nak remind orang pasal Dee. “Eh, yang korang sibuk tanya pasal awek aku tu apa hal?” Amir baru terasa pelik

Cess.. Mati-mati kena tipu dengan awek-muka-cun-pakai-selendang-hitam tu! Sampainya hatimu.... Adam dah menyanyi-nyanyi dalam hati.

“Budak comm ke?” tanya Adam

Hmmm.. “Takdelah, budak Electronic” jawab Amir

Ohhhh.. membulat mulut Adam dan JD. Electronic rupanya, patutlah tak nampak pun dalam kelas semalam. Alahai, seminggu sekali je lah dapat tengok muka awak cun tu!

“Eh, apa yang korang cakap dengan diorang tadi?” Amir dah start menjadi Nas Ahmad. Panassss..!

“Oh, kitorang takde cakap pape pun, just tanya nama je” jawab JD

Adam, macam nak tembus pandang si ‘Zainab’ dan Aqif berborak. Takpe, one fine day akan datang.

Amir pulak dah berkerut dahi. Ahha.. “Diorang bagitahu nama diorang Zainab and Markonah?”

Membulat mata Adam. Oh, damn! “Mana kau tahu?”

Amir tak hiraukan pertanyaan Adam. Oh man, korang kena tipu! Dan apabila teringat kembali peristiwa setahun yang lepas, Amir tergelak membuatkan Adam pelik.

“Woiii.. apa main gelakkan orang ni?!” Adam bengang ala-ala manja gitu. Awwww!

Hahahahhhaaa “Korang, kena main dengan diorang” Dan Amir terus sambung gelakkan Adam.

“Huh?” tanya Adam dan JD serentak

Amir gelak sambil tergeleng-geleng kepala. “Diorang memang selalu pakai trick macam tu, kononnya taknak bagi ada yang melekat” jawab Amir setelah ketawanya reda

“Taknak bagi ada yang melekat?” JD pelik. Uish, takkan budak cun macam diorang tu sonsang!

Amir mengangguk perlahan “Diorang ni, memang takde istilah ‘couple’ dalam hidup” Masih terngiang-ngiang ayat Dee ketika dia ingin melangkah ke satu tahap yang lebih serious. “Berkawan lebih senang dari berkasih, itu kata Wye” sambung Amir lagi

Apabila difikirkan balik, memang betul apa yang Wye cakapkan tu. Bila dah masuk mode berkasih-sayang-i-love-you tu, selalunya kita akan lupa dengan dunia di sekeliling kita. Apa yang penting masa tu adalah pasangan kita.

*****

“Wye, mamat yang pakai polo shirt hitam tadi tu handsome bangat!” Dee excited

“Rolling eyes” Ujar Wye malas “Kau tu, mamat jual air dekat tepi jalan pun kau cakap handsome bangat” sambung Wye lagi. Lontong yang berada di awangan disuap masuk ke dalam mulut.

Dee memang macam tu, pantang nampak lelaki dahi licin sikit, mulalah nak meroyan. Tapi bila ada yang ajak couple, taknak pulak. Pelik!

“Tapi kan, dia macam syok dekat kau” Dee sedih

Perasan sangat, mamat tu memang dok mengusha Wye je since diorang masuk kelas tadi. Nak buat macam mana, Wye ni memang cun-melecun-cantik-menarik-kau-memang-the-boooomm pun.

“Kawan dia yang pakai baju maroon tu lagi handsome kot” ujar Wye tiba-tiba

Dee yang tengah makan bihun sup tu rasa nak tercekik. Uhuk-uhuk.. Gelas berisi Teh Ais dicapai lalu disedut rakus. “Kau demam ke?” Dee pelik. Wye ni mana suka nak cakap-cakap pasal lelaki ni.

Wye tarik senyum “Aku macam suka je tengok mamat tu senyum”

Tisu yang terdampar di atas meja lalu dicampak ke arah Wye “Eeeee.. gatal !”

Serentak mereka gelak. Wye masih terbayang-bayang raut wajah mamat yang pakai baju maroon tu. He’s sweet, though.

******

"Bro, aku rasa Zainab tu syok dekat aku lah" ujar JD tiba-tiba

Adam yang tengah melepak di atas katil terus lipat maut memandang JD yang tengah khusyuk menghadap laptop. Ish, tak habis-habis lagi ke pasal Zainab?!

"Celah mana pulak dia cakap macam tu?" Adam tak puas hati

JD bangun dari meja study lalu duduk di atas katil Adam. "Aku nampak" ujar JD yakin

Adam mencebik "Atas dahi dia ada tulis 'Saya suka JD' ke?" tanya Adam tak puas hati

JD tergelak perlahan, kaki ditarik lalu bersila menghadap Adam. "Aku nampak dari cara dia pandang aku" ujar JD yakin

Sumpah, cara 'Zainab' pandangnya tadi berbeza sangat dengan cara 'Zainab' pandang Adam. Kalaulah Ibu dapat tengok 'Zainab', confirm terus jadi menantu tunggal.

"Tapi, Markonah tu pun cun jugak" Ujar Adam taknak kalah.

"Kau try lah takle Markonah tu, aku try Zainab" JD bagi cadangan bernas

Adam rasa macam nak hentak kepala JD dekat dinding. Ish, sejak bila pandai lawan tokei ni?! Mana mungkin dia kalah di tangan JD, sedangkan dia lebih kacak.

"Aku tak mengorat perempuan JD, perempuan yang ngorat aku" ujar Adam bongkak

"Jangan yakin sangat, Adam. Aku takut satu hari nanti, kata-kata kau tu makan diri. Masa tu, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah" pesan JD

Bertahun-tahun berkawan dengan Adam membuatkan dia sudah jelik dengan perangan Adam. Sombong tak kena tempat!

JD bangun dari duduknya lalu bahu Adam ditepuk perlahan "Ingat pesan aku tu" Langkah di atur keluar bilik. Malas mahu melayan perangai Adam yang satu itu.

Adam bangun dari pembaringannya, pintu yang baru ditutup oleh JD tadi ditenung tajam. "Aku takkan melutut di kaki perempuan" ujar Adam tegas walaupun dia tahu mana mungkin JD dapat mendengar suaranya.

Bingkai gambar di atas meja study ditenung tajam. Aku takkan kalah! Ya, dia takkan kalah di tangan JD.

******


“I’m sorry, Adam. I can’t...” ujar Mellisa

Tangan mereka yang kemas dalam genggaman, diurai perlahan. Mellisa memandang ke luar tingkap. Tiada lagi tilam empuk menjadi alas tidurnya, yang ada cuma katil yang sempit itu.

“Mell, I need you” lirih suara Adam

Mellisa tersenyum manis. Pertemuan dia dan Adam tidak pernah dirancang. Mereka bertemu lalu jatuh cinta. Puppy love, mungkin. 

“I sakit, Adam” lirih suara Mellisa menuturkan apa yang terbuku di hati

Tangan Mellisa digenggam erat. Air mata lelakinya gugur jua “I akan tunggu you” Janji Adam

Mungkin pertemuan yang baru berusia setahun ni masih muda, tetapi dia dapat rasakan cintanya terhadap Mellisa amat mendalam. Mellisa, gadis yang berjaya menawan hatinya.

Mellisa tersenyum lalu menggeleng perlahan. Degilnya, seorang Adam apabila bercakap mengenai perasaan. “Adam, lepaskan I pergi” pujuk Mellisa

Tiba-tiba, Mellisa tercungap-cungap mengambil nafas. Jelas di telinganya suara erangan Mellisa. Sakit! Itulah perkataan terakhir yang diucapkan oleh Mellisa sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Bunyi ketukan di pintu bilik mengejutkan Adam dari lenanya. Wallpaper di screen laptop di tenung lama. Mell.. i miss you.

10 comments:

  1. huwaaa huwaa...kalau alarm tu zaman belajr, sepuluh kali berbunyi, masih tak endah...

    ReplyDelete
  2. OMG~~ kelakar ok~~ :)

    hehehhee..alah..alah ter"miss" zaman kampus lagi..hahaha..nie yg x sabar nak register nie.. :p

    ReplyDelete
  3. wee. at last! kau smbg jugak.
    *big hug* :D

    ReplyDelete
  4. ngeee...giler klako..
    lucu la..konah..konah...
    nak lagi..nak lagi...

    ReplyDelete
  5. hemm...dah smpi part hero & sidekick nye..
    rasanya 2nd & 3rd scene 'the dialog' pasal nama tu ada terkesan di hati. part 'MARKONAH' tu mmg kelakar.
    4th scene tu cam confuse sikit...sapa hero & sapa sidekick...dua2 hero ka? or maybe adam since ada lebih ADAM di ep2 ni.
    overall...good...ada sedikit teka-teki.

    ReplyDelete
  6. whoaaaaaa..

    aku cm takutt je nk bace cite nieh..
    macam sesuatu yg besar akan jadi dlm persahabatan dorang..ke aku yg pikir jauhh sgt nieh..
    apakah??
    huhu..

    ReplyDelete
  7. nama zaman dahulu kala sungguh. ;)
    adam, macam berlagak. mengadanye. HAHA.
    JD baik laaaa.. HAHA. :D
    ah, aku suke WYE, dia suke pakai plaid top mcm aku..
    *nak jugaakk*
    :p

    sambung bulan sambung. cik bulan kan baik hati, cun, comel. sambung yeee.. :D

    ReplyDelete
  8. ohooooo..
    cun nyaaaa...
    adam..
    tersungkur gak nanti..

    ReplyDelete
  9. Rmainya jejaka dlm ceta ni.
    Aiman,Aqif,Amir,Adam & JD
    stakat ni ada 5org jejaka, ada lg kew??? hehehe...
    Heroin 2 jew ya, Wye n Dee. :D
    samb ya writer, nk tau jln ceta ni. ;)

    ReplyDelete