Di hujung padang itu, ada sebuah keluarga sedang elok bergembira sesama mereka. Si anak sibuk bermain buaian manakala si ayah dan si ibu sibuk suap-menyuap sesama mereka. Bahagianya mereka..
"Ayah... tolong buaikan, Adek" pinta si Adik
Si Ayah yang leka menyuap sandwich ke dalam mulut, terus bangkit dari silanya. Tangan mengibas rumput-rumput halus yang terlekat pada seluar.
"Ayah.. cepatlah" panggil si Adik
"Eeee.. manja macam budak kecik je dia ni" ejek si Abang
jelir lidah "bweeekkk.. Abang jeles..!!" balas si Adek
Si Ibu yang leka mengait tadi tergelak kecil melihat keletah anak-anaknya. Baju bayi yang dikait itu sudah hampir siap.
"Ibu.. jomlah kita main sama-sama" panggil si Abang
senyum "Abang dengan Adek main dulu ye, nanti Ibu datang" balas si Ibu
"Alaaaaa..." rengek si Abang dan si Adek serentak
ketawa "Okey, okey, Ibu datang.." si Ibu mengalah
Dengan perut yang semakin membesar itu, si Ibu tadi perlahan-lahan bangkit dari duduknya. Langkah diatur perlahan-lahan menuju ke arah buaian.
"Ibu, tolak Abanglah.." pinta si Abang
si Ibu hanya menurut. Perlahan-lahan dia menolak buaian si Abang. Hanyunan buaian si Abang makin lama makin tinggi. Jelas di telinga suara ketawa si Abang.
"Ayah, buailah tinggi lagi" pinta si Adek
si Ayah juga hanya menurut. Hanyunan buaian si Adek kini menyaingi buaian si Abang.
"Okeylah, Abang. Ibu dah penat" ujar si Ibu
Beban tambahan yang dibawanya kini membuatkan dia senang mengah.
"Abang main dengan Adek jela ye, Ayah nak teman Ibu" ujar si Ayah
si Adek dan si Abang mengangguk serentak.
"Jangan gaduh-gaduh" pesan si Ayah
Langkah di atur ke arah si isteri tercinta. Dia duduk bersebelahan dengan isterinya.
"Sayang.." panggilnya perlahan
si isteri yang sibuk mengait terus angkat kepala. Satu senyuman manis dihadiahkan buat suami tercinta.
"Do you love me?" tanya si suami tadi
senyum "Always"
"How much?"
"Do you know how much infinity is?"
Jawapan si isteri tadi membuatkan di suami menarik senyum lebar lalu tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukannya. Erat.
"Thanks, sayang" jujur si suami tadi
senyum "Back to you, for teaching me what is love" ucap si isteri
Ain terjaga dari tidurnya apabila pintu ward dibuka dari luar. Air mata yang masih berbaki di pipi dikesat perlahan.
"Hai, Ain" tegur Dr Fakri
senyum "Assalamualaikum, Dr Fakri"
Dr Fakri terkedu sendiri. Rasa malu menyelubungi diri. Ain selalu mengingatkannya tentang salam, tapi dia tidak pernah mahu mempraktikkannya.
"Awak nak lunch?" tanya Dr Fakri
geleng "saya tak lapar"
"sampai bila awak taknak makan? Daniel mesti sedih kalau tahu awak macam ni" provoke Dr Fakri
tarik nafas "Okeylah, saya makan"
"jom, saya bawak awak lunch tempat paling special" ajak Dr Fakri
"erm.. saya nak makan dekat kafe bawah je"
Dr Fakri hanya tersenyum kelat tanpa kata. Sukar untuk dia mendalami isi hati seorang Ain Natasya.
******
"Awak, kenapa awak masih tunggu Daniel?" tanya Dr Fakri
Ain tercengang. Soalan apa tu?
"Sebab saya isteri dia" jawab Ain
"Kalau awak bukan isteri dia, awak masih akan tunggu dia?"
mendengus "Awak nak apa sebenarnya ni?" Ain bengang
"Saya nak rasa sedikit cinta awak"
"Maaf, cinta saya hanya milik Daniel Isyraq.!!" tegas Ain
Ain menahan marah. Marah tu syaitan, Ain..
"Sikit pun takkan takde untuk saya?" tanya Dr Fakri lagi
geleng "Saya minta maaf, saya taknak jadi isteri derhaka" balas Ain
Tangan Ain diatas meja cuba dicapai oleh Dr Fakri. Ain cepat-cepat melarikan tangannya ke bawah meja.
"Dr Fakri, saya isteri orang. Tak mungkin seorang isteri akan menyerahkan cintanya buat lelaki lain selain suaminya sendiri"
"Tapi saya cintakan awak, Ain" luah Dr Fakri
senyum "Saya tak rasa awak menyintai saya, apa yang awak rasa sekarang ni adalah suka. Yakinlah, Allah dah tentukan pasangan awak tapi bukan dengan saya tetapi dengan gadis di luar sana" terang Ain
"Awak yakin yang Daniel akan sedar?"
angguk "Saya yakin dengan takdir Allah"
"Berapa lama awak nak tunggu dia?!"
angkat bahu "Sampai bila-bila"
"Kalau dia taknak bangun?"
"Awak ada sebab yang munasabah yang boleh jelaskan kenapa Daniel taknak bangun?"
angkat bahu "Manalah tahu, Daniel dapat tahu sebenarnya ada orang lain lagi yang boleh sayang dan cintakan awak lebih dari dia sendiri"
"Kenyataan awak tu tak berasas"
"Kenapa awak taknak percaya cakap saya?!"
"Siapa awak yang saya perlu percaya sangat?!"
"Ain, listen. It's almost 2 weeks, Daniel tak sedar. Daniel tak mungkin ada harapan.!!"
"Rubbish..!!" marah Ain
"Ain, jangan sempitkan otak awak.!! Percayalah cakap saya, Daniel tak mungkin akan bangun"
Ain rasa dadanya sesak, otak tak mampu nak mencerna apa-apa. Oxygen seakan disedut keluar dari paru-paru. Figura Dr Fakri macam kecik je di matanya.
"Dr Fakri, enough" ujar Ain
"Ain, I love you more than Daniel loves you" ngaku Dr Fakri
"I said enough, Dr Fakri..!!" marah Ain
Ain rasa badannya menggigil menahan marah.
"Kalau betul pun awak cintakan saya, saya tetap tak akan cintakan awak. Cinta saya hanya untuk suami saya, Daniel Isyraq. Cinta saya pada Daniel takde limit, it's infinity" luah Ain
Ain terus bangun dari kerusinya. Sebelum beredar, dia sempat memohon maaf buat sekian kalinya kepada Dr Fakri.
******
"Ain, sampai bila Ain nak tunggu Daniel?" tanya Daddy
Ain yang leka membaca surat khabar mengalih pandang ke arah bekas bapa mentuanya itu.
"Apa maksud Daddy? Ain tak faham"
"Dah hampir 2 minggu, Daniel still takde tunjukkan tanda-tanda positif dia akan sedar"
"Then, Daddy nak suruh Ain buat apa?! Takkan nak suruh Ain cabut alat bantuan pernafasan tu?!"
"Bukan tu, maksud Daddy..."
"Then, apa maksud Daddy?! Ain makin tak faham dengan semua orang dalam rumah ni. Kenapa semua orang suka fikir benda-benda negative macam ni?!" potong Ain
Ain pun tak faham dengan semua orang di dalam rumah ni. Macam tersampuk pun ada jugak, semua mahu dia melupakan Daniel.
"Ain, please dengar dulu apa yang Daddy nak cakapkan ni.." pinta Daddy
geleng "Please, Daddy. Ain taknak dengar pape lagi. Ain dah tak kuat nak tanggung benda ni lagi.." rayu Ain
Tan Sri Khairil yang baru keluar dari ruang dapur pelik melihat Ain yang dah mula teresak-esak. Tubuh anaknya itu ditarik ke dalam pelukan.
"Shhh.. kenapa ni, sayang?" pujuk Tan Sri Khairil
"Ain rindu Daniel. Rindu sangat-sangat.." rintih Ain
"Shhh... Ain kena banyakkan doa, InsyaAllah, tak lama lagi Daniel akan sedar" pujuk Tan Sri Khairil lagi
"Ain dah tak mampu, Baba. Ain tak kuat nak tanggung benda ni.."
"Ain mesti ingat, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya"
"Tapi kenapa ujian Allah kali ni berat sangat? Kenapa Allah tak tarik je nyawa Ain?"
"Astaghfirullah.. Ain, mengucap. Tak baik cakap macam tu" pujuk Tan Sri Khairil
"Daniel tu nyawa Ain, Baba. Ain tak boleh hidup tanpa Daniel"
Tan Sri Khairil terdiam sendiri. Sungguh dia tersentuh dengan apa yang Ain luahkan sebentar tadi. Ya Allah.. kau berikanlah kekuatan kepada anakku ini untuk mengharungi ujianMu ini.
******
"Ayah, Ilham datang lagi" ujar Ilham
Tubuh kaku Daniel dipeluk lalu satu kucupan dihadiahkan di pipi kanan dan kiri Daniel. Tersentuh Ain melihat Ilham. Mesti Ilham rindukan Daniel.
"Ayah, Adik datang ni.." ujar Qaliesya pula
Setiap hujung minggu pasti Ain akan membawa Qaliesya dan Ilham datang melawat Daniel. Mereka juga perlu diajar apa itu ketabahan.
"Adik, Abang, jangan kacau Ayah tau" pesan Ain
Ilham dan Qaliesya mengangguk serentak. "Kitorang duduk sebelah Ayah diam-diam je" ujar Ilham
Katil Daniel dipanjat perlahan-lahan lalu mereka duduk di kiri dan kanan Daniel. Qaliesya dan Ilham masing-masing becok bercerita dengan Daniel.
"Ibu nak keluar kejap, duduk sini elok-elok tau" pesan Ain
Ain cepat-cepat keluar dari bilik tu. Ain duduk dikerusi yang disediakan dan di situ juga air matanya tumpah. Sayu hatinya melihat Qaliesya dan Ilham.
"Ain.." tegur satu suara
Tidak perlu dia melihat siapakah yang sedang elok berdiri dihadapannya kini. Pasti orang itu adalah Dr Fakri.
"Leave me alone.." ujar Ain perlahan
"Ain, saya boleh tolong awak"
geleng "Tolonglah.. saya nak bersendirian" rayu Ain
"Tapi.."
"please..." potong Ain cepat-cepat "Just go.." sambung Ain
"Saya selalu ada untuk awak, Ain" ujar Dr Fakri sebelum dia melangkah meninggalkan Ain
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promise He will always be there
To bless us with His love and His mercy
Coz, as He promise He will always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As He promise He will always be there…
**lirik lagu always be there by Maher Zain
"Daniel.. I need you, sayang" rintih Ain
Dan di hujung sana, ada sepasang mata yang memerhatikan Ain dari jauh. Sungguh dia rasakan mahu sahaja menarik Ain ke dalam pelukannya serta menenangkan Ain. Tapi, itu hanya anganan. Dia tidak mungkin dapat berbuat begitu kerana cinta seorang Ain Natasya hanya untuk Daniel Isyraq.
gelak "Rindu saya sangat ek?" tanya Daniel
"Mestilah..."
gelak lagi "cakap sikit ayat keramat tu"
"Malulah.."
"Cakaplah, takut kempunan pulak saya nak dengar nanti"
Awak.. saya rindu awak sangat-sangat Daniel Isyraq. Please, wake up. Saya janji saya akan ucap ayat keramat tu setiap masa kalau itu yang mampu buat awak bangun semula, sayang.
Hai dan Hello !
Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Evangelina
Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
awww touche
ReplyDeleteain kne tabah ain
daniel sorg je plis jgn org laen
plis2
jgn syg org laen
-syaz-
awat sedih sgt ni??
ReplyDeletehuhuhu..
bangun la daniel...
hohohoo...
ReplyDeletedaniel sdr la...
demi cnta awk kat ain n ank2 awk..
ain, jgn ptus harapan...
berdoalah moga kbhagian milik awk ain...
best2x...
ala..bangunkanlah si daniel tuh..sian kat ain ngn anak2
ReplyDeleterasa nak sepak2 jer dr.fakri tu... tak perasan plak daniel tu guna alat bntuan pernafasan jerk skang. hopefully anak2 diorg yg akan tlg sedarkan papa diorg tu....
ReplyDeletetak kisahla pun if nak wat sad ending lg (wlupun sbenarnya xsuka) tp harap sgt jgnla bg ending dgn dr.fakri...
alahaaii..
ReplyDeletedr serupa nieh pon ade kaa?
lgsung tak kasi harapan kan patient fmly..
isk2..rse cm nk sekeh2 je si fakri nieh..
hesssyyy...
bangonn la daniel oii...ramai da nunggu nieh..
hahah..
at last!
ReplyDeleteda abis baca sume epi...
gila la Mr Doc tu
ada ke patut?
xbaek toi, biar la Ain nak tunggu husband dia!
cik bulan tolong fire dr.fakri tu
n u daniel!
cpt la sedar... pls2 cian kt ain
aduhhh x profesional betul doc tu
ReplyDeletehaiya doc ni graduate dari U mana la agaknya?
eheh! u go girl~~ =)
adoyaii
ReplyDeleteade gak doktor mcm nie
aku katok gak kunk
sedihnya.besarnya dugaan yg ain tempuhi
be strong my dear
-na'dz
touch!
ReplyDeletesoooo sad..
ReplyDeleteItu lah sebabnya dilarang bergurau senda dengan hal yg tdk disuka, terkadang kt tdk sadar saat mengucapkannya adalah di saat2 terkabulnya do'a, atau Allah memang berkehendak menjadikannya kenyataan. Allah Maha mendengar.
ReplyDeletehuhuhu..
ReplyDeleteadake doktor camtu..
tak paham bahasa melayu agaknyer..huhu..
ep kali ni cdey lorhh..
cik bulan nk sye nangis dulu ke bru nk kasi daniel bgn??
ReplyDeletejgn la lma2...
bkn ain je xthn...sye pon same 6t...
bila daniel nak sedar..
ReplyDeletexsuka dr fakri tue..
sambung lagi yer..
toucheeee......
ReplyDeletebgum la daniel.....
ciann ain....
dr fakri 2 x profesional la...
ad ke ptut...
x nak ending cdih2!!!!
nak ain ngan daniel gak....
takmo ngan owg len!!!!
(cik bintang :)
bila pulak la daniel nak sedar ni..
ReplyDeletewaa~ x suke laa...
ReplyDeletelepuk dr. tuu bru tau,,
ade ke ckp yg daniel yg daniel x kn bangun,,
geram bt0l r.. rase mcm nk tendang je fikri tuu..
n to daniel,, pliz r sedar cpt2 kalo sygkn isteri tuu,, kalo lmbt kang dikebas org plak,,.!!