Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Tuesday, March 16, 2021

Evangelina 2

PINTU KELAS DITOLAK dari luar. Dia tidak terus masuk ke dalam kelas apabila dia perasan ada beberapa pasang mata yang memandang. “What?”

Rakan sekelasnya terus kembali menyambung perbualan yang terganggu tadi. Eva menjulingkan matanya. Dia orang ni suka betul pandangnya macamlah dia baru tumbuh kepala yang kedua. Dia masuk ke dalam kelas. Langkah terus diatur ke bahagian belakang kelas.

Kerusi di sebelah gadis bertudung biru gelap tu ditarik. “Ada gosip baru ke hari ni?” Beg diletakkan di atas meja sebelum dia melabuhkan duduk.

Dira yang sedang tekun menekur buku di atas meja menoleh pandang. “Yang kau dah broke up dengan Faizal?” Soalan dijawab dengan soalan.

That was fast. Sempat dia menjeling ke arah Faizal yang duduk beberapa meja di hadapan. Bedak kompak dikeluarkan dari dalam beg.

“Kenapa muka kau pucat?” Buku di atas meja ditutup. Wajah Eva yang beriak selamba tu dipandang. Should I address the elephant in the room?

“Aku naik tangga.” Jawabnya tanpa menoleh pandang. Bedak kompak kembali disimpan ke dalam beg. “Kau nak tanya apa, Dira?” Dia dapat rasakan pandangan tajam Dira.

Dira jongket bahu. “Tanya apa?” Konon-konon macam tak faham dengan soalan Eva. “Are you okay?” Ini bukan pertama kali Eva putus cinta. Di sebalik riak selamba Eva, Dira tahu mesti ada sesuatu yang disorokkan.

“Okey.” Jawabnya sepatah. “Can we not talk about this?” Dia tak perlukan peringatan tentang kegagalannya.

“You know you can talk about everything with me, kan?” Dira cuba nasib.

Satu keluhan berat dihela. “I know but not now...” Jeda. “I just want to have a peaceful day.” Dia tak nak campurkan masalah peribadi dengan pembelajaran.

“Okey.” Dira tahu Eva pasti akan bercerita apabila tiba masanya. Dan sebagai pendengar yang setia, dia tahu tugas menghukum bukan ditangannya.


*********

“HAI, takkanlah baru jumpa dah rindu?” Tanyanya sambil tangan kanan menyikat rambut. “Kalau you nak jumpa malam ni, serius I memang tak larat.” Lagi pun, kelasnya habis lewat petang tadi. Mana lagi nak siapkan assignment.

“Evangelina Abdullah.”

Saat mendengar suara pemanggil di sebelah sana, dia terus membawa telefon bimbit ke depan muka. Faizal- sebaris nama tu dibaca. “Ya, saya.”

“Saya Datin Maria.”

O….kay. “Ada apa yang boleh saya bantu?” Tahulah dia siapa gerangan pemanggil di sebelah sana. “Faizal okey ke?”

“Saya nak awak tinggalkan Faizal.”

Sikat di tangan kanan terus diletakkan ke atas meja. “Tapi kenapa, ya?” Dia masih cuba berlembut. Iyalah, nak bercakap dengan mak pakwe mestilah kena lemah-lembut kan?

“Saya tak suka awak berkawan dengan anak saya.” Jeda. “You’re a bad influence.”

Eh… Eh… Sesuka hati je panggil aku bad influence? Mak Datin ni tak tahu perangai sebenar Faizal macam mana agaknya. “Tak baik menuduh macam ni, Datin.”

“Awak tak payah nak bermuka-muka dengan saya, Evangelina.” Jelas kedengaran nada suaranya tegas. “Saya tahu awak cuma nak duit Faizal, kan?”

Refleks, terletus tawa kecil dari mulut Eva. “Saya tak perlukan duit dia, Datin.” I got my own. Sambung Eva dalam hati.

“Awak jangan kurang ajar dengan saya.”

“Kalau Datin dah takde apa-apa lagi nak cakap, saya letak telefon dulu.” She’s not gonna like it when I start to scream in her face.

“Stay away…”

Tanpa menunggu lama, Eva terus tamatkan panggilan. Telefon bimbit terus dicampak ke atas katil. Kedua belah tangan dibawa meraup wajah. Urgh, I hate this. Tak sampai seminit telefon bimbitnya berbunyi tanda ada pesanan ringkas masuk.


Faizal
We’re over. We’ve to stop this.


*********


“HE SAID THAT?” Dahi Dira dah berkerut.

“Yes.”

“He can do that?”

“Technically, he can’t. But where’s the drama, kan?” Jawab Eva sambil matanya tak lepas memandang skrin televisyen.

“Lepas tu macam mana sekarang ni?”

Eva menjongket bahu. “They come and go, Dira.” Jujurnya dia tak pernah ada perasaan pun pada Faizal mahu pun mana-mana lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya. Sejak awal lagi, dia sudah mendidik hatinya untuk tidak mudah jatuh suka. This is just a job and I can get a new one.

“Malam ni kau kerja?”

“Malaslah.” Jawab Eva pendek. “Lagi pun, ada banyak assignments yang nak kena buat.” Walau pun dengan bekerja dia boleh dapat duit tapi kalau pelajaran entah ke mana, takde hasil jugak.

Dira angguk kepala lambat-lambat sebelum bantal dibawa ke dalam pelukan. Dalam kepalanya sibuk memikirkan jalan macam mana nak kembalikan Evangelina Abdullah yang dia kenal empat tahun dulu.

0 comment(s):

Post a Comment