Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Friday, May 27, 2011

Beautiful Night 10


Aufa mengemaskan ikatan rambutnya. Langkah diatur ke almari baju, setiap satu pintu dibuka. Alahai, mana pula Aqil ni simpan cadar katil? Aufa menggaru-garu kepalanya, habis kusut rambutnya yang diikat ekor kuda itu. Takkanlah almari punya besar ni, satu cadar katil pun tidak ada?

“Cari apa?” Tanya Aqil yang baru masuk ke dalam bilik.

Aufa mengalih pandang. “Cadar katil.” Aufa terus membuang pandang ke arah lain apabila dia teringatkan kejadian malam semalam. Malunya!

“Kejap.” Aqil keluar dari bilik tidur mereka. Faham sangat kenapa Aufa bertanyakan mengenai cadar katil yang baru itu. Alah, nama pun orang dah kahwin, faham-faham je lah. Heheheh

Sementara menunggu Aqil kembali dengan cadar katil yang baru, Aufa membuka cadar katil yang lama itu. Cadar katil yang sudah dibuka itu diletakkan ke dalam bakul di tepi bilik mandi. Aufa membuka pintu gelongsor supaya udara segar masuk ke dalam bilik mereka.

“Nah.” Aqil kembali dengan cadar katil yang baru. Sarung bantal serta sarung bantal golek dihulurkan kepada Aufa   . Manakala, dia mengambil tugas memasang kembali cadar katil. Bukannya apa, tilam tu berat sangat kalau nak suruh Aufa angkat.

“Awak nak pergi mana ni?” Pelik je bila Aqil sudah lengkap berpakaian sukan. Awal lagi kalau nak pergi bersukan pun.

Aqil mengangkat kepala memandang Aufa   . “Jogging.” Aqil mengemaskan cadar katil. Comforter dibentangkan di atas tilam lalu dilibat sedikit bahagian atasnya. Siap! “Nak ikut ke?”

Aufa mengangkat bahu. “Boleh je.” Dia pun sudah lama tak beriadah. Almaklumlah, sejak cuti semester ni, dia duduk rumah menggemukkan badan je.

Aqil menggaru keningnya. “Siaplah. Saya tunggu dekat bawah.” Aqil terus berlalu keluar dari bilik tidur mereka. Bukannya apa, bagi ruang Aufa tu nak tukar baju sebenarnya.

Aufa turun ke ruang tamu selepas sepuluh minit. Alah, nama pun orang perempuan. Biasalah tu kalau siap lama-lama. “Jom.” Aufa berdiri di sebelah couch.

Aqil yang senang membaca majalah mengangkat muka. “Ingatkan petang nanti baru nak turun.” Perli Aqil sambil menutup majalah di tangannya. Lama betul dia tunggu Aufa bersiap, nasib tak tertidur je.

Aufa mencebik. Pagi-pagi lagi dah cari gaduhlah dia ni. “Kalau nak bertekak sampai melompat anak tekak, tunggu malam sikitlah. Pagi gini mood samseng jalanan belum sampai.” Aufa sudah menunduk mengenakan kasut sukan di kaki.

Aqil berdiri di belakang Aufa   . “Ni apa pasal kacau jalan orang ni.” Aqil menolak sedikit Aufa yang duduk di muka pintu.

Aufa menjeling geram. “Ni apa pasal tolak pakai kaki ni? Dulu dekat sekolah takde belajar adab?” Heh, ingat Aqil sorang je boleh main perli-perli? Suka hati je tolak aku pakai kaki, kerat kaki tu barutahu langit tinggi ke rendah.

Aqil melambung-lambung kunci kereta di tangan. “Ni apa pasal pakai kasut pun lama sangat? Cepatlah, nanti matahari dah terpacak atas kepala, mulalah bising cakap panas.” Aqil sudah bercekak pinggang. Inilah orang perempuan, buat apa pun lambat!

Aufa bangun dari duduknya, belakang seluar dikibas-kibas. “Ni apa pasal membebel macam mak nenek?” Membebel mengalahkan Puan Leha je Aqil ni. Aufa menarik tombol pintu lalu pintu utama dikunci. Kunci dimasukkan ke dalam poket tracksuit. “Jom.”

“Kunci tu tinggal je dekat bawah kasut tu.” Aqil memuncungkan bibirnya ke arah sepasang kasut berwarna kelabu.

Aufa mengerut kening. “Hilang nanti.” Ada ke kunci nak letak bawah kasut? Buatnya kalau ada pencuri datang, memang habis licinlah rumah ni.

Aqil menggeleng. “Boleh tak, jangan degil.” Macamlah dia tak biasa simpan kunci bawah kasut tu. Bukannya orang tahu pun.

Aufa pula menggelengkan kepalanya. “Takpe, saya simpan.” Nama pun orang perempuan, orang perempuan ni mementingkan cirri-ciri keselamatan.

Aqil mengangkat bahu. “Suka hati.” Aqil memusingkan badannya lalu melangkah ke keretanya.

“Kita pergi naik kereta?” Pelik jugak pergi jogging naik kereta. Selalunya dia pergi jogging dengan Hakim jalan kaki je. Itu baru namanya bersenam!

Aqil mengangkat kening kirinya. “Kalau nak jalan kaki, awak jalanlah sorang.” Aqil terus masuk ke dalam perut kereta Mazda hitamnya.

Aufa mencebik. Aqil ni, memang tak reti nak cakap elok-elok agaknya. Bila bercakap tu, mesti ada je benda yang boleh menyakitkan hati. Ke, dia sakitkan hati aku sorang je? Almaklumlah, nama pun kahwin atas aturan keluarga.

Aqil menurunkan cermin di sebelah tempat duduk pemandu. “Awak nak masuk ke tak? Kalau taknak, saya tinggal je.” Aqil sudah menukar gear reverse. Aufa ni minat betul jadi Tugu Negara nampaknya.

“Iye, nak masuklah ni.” Aufa membuka kasar pintu kereta. Sengaja tubuhnya dihenyakkan tanda protes. Sakit hati ni tahu tak?!

Aqil mengangkat bahunya melihat muka cemberut Aufa   . Apa pasal entah, dari semalam muka tu asyik masam je. Hari kenduri hari tu, boleh je senyum. Perlahan-lahan Aqil melepaskan kaki yang menekan brek lalu kereta yang dipandunya keluar dari perkarangan rumah dua tingkat itu.