Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, June 1, 2011

Beautiful Night 13


“Awalnya balik.” Tegur Aqil ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Aufa yang sedang menonton televisyen itu dipandang sekilas sebelum dia menyimpan kasut ke dalam almari.

Aufa mengalih pandang dari skrin televisyen ke muka pintu utama. “Bukan saya yang balik awal tapi awak tu yang balik lambat.” Perli Aufa sambil menjeling jam besar di dinding. Dah pukul sebelas malam baru ingat nak balik ke?!

Aqil menelan liur. Garangnya! “Tak sedar pun dah malam. Biasalah, orang lelaki kalau dah melepak memang macam ni.” Aqil taknak kalah. Langkahnya diatur menuju ke dapur. “Awak tak masak ke?” Jerit Aqil dari dalam dapur.

“Saya ingatkan awak dah kenyang makan dekat luar tu!” Aufa ikut sama menjerit. Dia nak masak? Memang tak sempatlah kalau dia pun baru balik pukul sembilan malam tadi. “Awak tak makan ke dekat luar tadi?” Suara Aufa naik satu oktaf. Takkanlah dari pagi tadi keluar, langsung tak pergi mengenyangkan perut tu.

Aqil keluar dari dapur sambil memegang gelas lutsinar berisi air oren. “Makan. Tapi, lapar lagi.” Aqil menepuk-nepuk perutnya. Bukannya dia tidak makan tadi, tapi bila sampai sahaja di rumah, terus sahaja lapar balik.

Aufa menjulingkan matanya. “Saya tak masaklah.” Janganlah suruh aku masak malam-malam buta macam ni. Penat berjalan siang tadi pun belum habis lagi ni.

“Alaa.. tolonglah gorengkan nugget je.” Aqil sudah duduk di sebelah Aufa   . “Awak tak kesiankan saya ke?” Aqil sudah membuat muka sedih. Masa ni lah, nak tengok Aufa ni isteri mithali ke tak. Hehehe..

Aufa mengadah siling. Buat perangai budak lima tahun ni kenapa pulak?! “Tunggu kejap.” Aufa bangun dari duduknya lalu menuju ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka lalu sebungkus nugget ayam dikeluarkan.

“Gorenglah satu bungkus terus.” Kalau nak goreng setakat sepuluh ketul, bukannya boleh kenyang pun.  Aqil sudah duduk di atas kaunter bertentangan dengan sinki. “Banyak barang awak beli tadi?” Tanya Aqil sambil menuangkan air oren ke dalam gelasnya.

Aufa mencebik. Banyaklah kau punya cekadak! Aufa menuang kesemua nugget tadi ke dalam sebuah mangkuk lalu dimasukkan ke dalam microwave untuk di defrost. “Takdelah banyak pun.” Ceh, padahal nak dekat sepuluh paper bag dalam bilik tu yang masih belum disimpan!

“Kamal kirim salam.” Baru teringat pesan Kamal yang satu itu. Bising mulut si Kamal tu bila dia tercegat di hadapan pintu rumah Kamal jam sepuluh pagi tadi. Siapa yang tak bising, kalau baru jam sepuluh pagi orang dah memekak menekan loceng rumah.

Aufa mengangguk sambil dia menjawab salam itu di dalam hati. “Emak saya, kirim salam.” Penat dia mendengar Puan Leha yang tak berhenti-henti menasihatkannya ‘Bagaimana Mahu Menjadi Isteri Solehah’. Sikit lagi, bolehlah Puan Leha jadi motivator untuk pasangan muda yang baru berkahwin.

“Boleh tak, esok tengah hari kita pergi makan dekat rumah Ibu saya?” Sudah seminggu dia tidak menjenguk Ibunya. Sebelum mendirikan rumahtangga, dia selalu tidur di rumah Ibunya pada setiap hujung minggu. “Boleh kan?” Tanya Aqil sekali lagi apabila Aufa hanya berdiam diri.

“Boleh.” Aufa menjawab sepatah sambil mengeluarkan kuali dari dalam kabinet di bawah sinki. “Tolong keluarkan nugget dalam microvawe tu.” Aufa sudah menuang minyak masak ke dalam kuali.

“Ambillah sendiri. Malas nak jalan.” Aqil masih duduk di atas kaunter. Malas pula rasanya nak menapak ke microwave yang beberapa tapak sahaja darinya itu.

Aufa mengalih pandang. “Awak nak makan ke tak?” Ugut Aufa sambil menjungkitkan keningnya. Aqil ni, memang mengada-ngada tau!

“Eee..” Aqil turun juga dari kaunter lalu menghala ke microwave. “Nah.” Bekas berisi nugget tadi dihulurkan kepada Aufa   .

“Terima kasih.” Aufa menyambut huluran Aqil itu. “Malam ni, ada cerita best tak?” Tiba-tiba matanya macam tak mengantuk pulak.

Aqil mengangkat bahu. “Entah.” Aqil kembali duduk di atas kaunter. “Nak tengok mid night movie ke?” Manalah tahu, Aufa ni nak tengok wayang ke.

Aufa menggeleng laju. “Saya tak cakap pun nak tengok wayang.” Aufa memasukkan beberapa ketul nugget ke dalam kuali. Berdesir bunyi minyak panas di dalam kuali itu. “Maksud saya, cerita dekat TV.” Buang tebiat agaknya nak tengok wayang malam-malam macam ni.

Membulat mulut Aqil. Oh! “Kita tengok CD nak?” Pertama kali ni nak tengok cerita dengan Aufa   .

Aufa mengangkat bahu. “Boleh je.” Alah, setakat tengok movie dengan Aqil, bukannya ada apa pun. Aufa sudah mengangkat nugget lalu diletakkan ke dalam penapis.

Aqil turun dari kaunter. “Saya cari CD kejap.” Aqil sudah hilang di sebalik dinding dapur.

Aufa hanya menggeleng kepalanya. Aqil ni, macam-macam hal. Perangai Aqil ni, sekejap lain, sekejap lain. Kadang-kadang Aqil ni macam orang lain pun ada jugak. Macam tadi tu, tak ke pelik je bila Aqil ajak tengok movie sama-sama?

“Aufa   !” Jerit Aqil dari ruang tamu. “Nak tengok cerita apa ni?” Aqil sudah duduk bersila di hadapan almari yang menyimpan koleksi DVD-nya.

Aufa memasukkan nugget yang sudah siap digoreng ke dalam bekas. “Apa-apa pun takpe!” Aufa turut menjerit. Heh, kalau hari-hari menjerit macam ni, boleh hilang suaranya! Piring kecil di atas rak pinggan ditarik. Sos cili dan mayonnaise diletakkan ke dalam piring.

“Final Destination 3, nak?” Aqil sudah berdiri di muka pintu dapur sambil tangannya memegang kotak DVD.

Membulat mata Aufa   . “Takmau.” Laju sahaja kepalanya digelengkan. Mahunya dia termuntah kalau makan sambil menonton cerita tu. “Cerita lain?”

“The Last Song?” Ceh, tengok cerita jiwang! Jiwang-jiwang pun, cerita tu ada mesej tau. Bukannya macam sesetengah cerita tu, jiwang je lebih tapi moral-mesej semua takde langsung.

Aufa mengangkat pinggan dan piring untuk dibawa ke ruang tamu. “Yang Miley Cyrus tu ke?” Rasanya, dia ada membaca novel karya Nicholas Sparks itu.

“A’ah.” Aqil mengikut langkah Aufa ke ruang tamu. Aqil kembali duduk bersila di hadapan almari yang sudah terbuka pintunya itu. “Cepatlah, nak tengok cerita apa ni?” Satgi, aku bukak cerita perang-perang, dia tak minat pulak!

Aufa meletakkan pinggan dan piring tadi di atas meja kaca. Langkahnya diatur ke almari yang memuatkan semua koleksi CD itu. “Tepi sikit.” Aufa menepuk perlahan bahu Aqil.

Aqil mengesot sedikit memberi ruang kepada Aufa   . “Eh, airnya mana?!” Aqil sempat menjeling meja kaca dibelakangnya.

Aufa memandang Aqil yang duduk bersila disebelahnya itu. “Ambillah sendiri.” Orang dah gorengkan nugget tu, bukannya nak cakap ‘terima kasih’ pun.

Aqil bangun dari silanya. “Awak nak air apa?” Alang-alang dia ke dapur, sekali jalan je lah. Satgi, tercekik anak dara Puan Leha ni, dia jugak yang kena buat CPR.

“Air masak pun boleh.” Jawab Aufa tanpa mengalih pandang. Bersinar-sinar matanya apabila ternampak DVD Leap Year lakonan Amy Adams dan Matthew Goode. Matthew Goode tu! Tanpa berlengah, Aufa terus menarik keluar DVD tersebut dari rak kecil itu.

“Cerita apa?” Tanya Aqil sekembalinya dari dapur. Mug berisi air oren itu diletakkan di atas meja kaca. Aqil mengambil tempat di sebelah Aufa   . Skrin televisyen sudah beralih siaran.

“Leap Year.” Aufa menjawab sambil tangannya sempat menarik bantal yang bersusun di hujung couch. Aufa mengesot sedikit apabila dirasakan Aqil duduk terlalu dekat dengannya.

Leap Year mengisahkan tentang seorang gadis yang mahu melamar teman lelakinya pada Tahun Lompat, tradisi bagi masyarakat Ireland setiap kali munculnya 29 Februari. Anna Brady (lakonan Amy Adams) terkandas dalam perjalanannya menuju ke Dublin apabila cuaca buruk melanda. Dengan bantuan seorang pemilik restoran, Declan (lakonan Matthew Goode) dapatkah dia meneruskan pengembaraannya untuk melamar teman lelakinya.

Aqil bersandar malas pada couch. “Kenapa dalam banyak-banyak DVD tu, awak pilih cerita ni?” Apa pasal yang nak tengok cerita jiwang malam-malam buta ni?

Aufa mengangkat bahu. “Sebab hero dia kacak buat saya nak pengsan.” Aufa menjawab monotone. Pinggan berisi nugget tadi diangkat lalu diletakkan di atas bantal yang berada di atas ribanya.

“Kenapa orang perempuan, kalau nak tengok movie mesti tengok pelakon lelaki tu handsome ke tak?” Macamlah kalau handsome pelakonnya, cerita tu bagus.

“Yang awak jealous sangat ni kenapa?” Aufa mengalih pandang memandang Aqil yang duduk di sebelah kirinya.

Aqil mengerut kening. “Bila masa pulak saya jealous?” Aku ada cakap ke aku jealous?

Aufa mengigit sedikit nugget di tangannya. “Iyelah, dah saya cakap hero dia handsome.” Takkanlah Aqil ni jealous dengan mat salleh ni kot?

Aqil mengadah siling. “Buat apa saya nak jealous dengan dia?” Aqil mengalih pandang lalu tangannya sembat mengambil seketul nugget di dalam pinggan. “Sepatutnya, dia yang jealous dengan saya sebab saya dapat kahwin dengan isteri yang lawa macam awak ni.” Aqil berkata tanpa memandang Aufa   .

Aufa mengerut kening. “Awak cakap apa tadi?” Serasanya dia mendengar Aqil mengatakan dia lawa. Biar betul?!

“Shhh.. cerita dah mula.” Nasib baik tangannya cepat menekan butang ‘Play’. Kalau tak, pengsan dia mahu mengulangi apa yang dia katakana sebentar tadi. Ah, ini semua sebab Kamal yang terlalu memuji Aufa   !

Aufa mencebik. Ek-eleh, taknak mengaku pulak tu! Aufa meletakkan pinggan berisi nugget tadi di tengah-tengah antaranya dan Aqil. Dah asyik bergesel je tangan ni, memang rimaslah! “Homaigod! He’s so handsome!” Aufa terjerit kecil apabila sampai ke babak di mana Anna singgah di restoran milik Declan.

Aqil menjulingkan matanya. Haa, inilah orang perempuan, pantang nampak lelaki kacak sikit, mulalah tak tentu arah. “Ehem.” Aqil berdehem kecil.

Aufa mengalih pandang. “Takkan dengan pelakon pun nak cemburu.” Gumam Aufa perlahan. Heh, boleh bagi sebab yang munasabah kenapa Aqil perlu cemburu?

Aqil tergelak kecil apabila tibanya dialog “You fried the whole village, idiot.”. Memanglah orang perempuan ni cemerkap, samalah macam Aufa ni jugak. Aqil sempat menjeling Aufa disebelahnya. “Mengantuk?” Tanya Aqil apabila Aufa membawa belakang tangan menahan kuap.

Aufa menggeleng perlahan, jari telunjuk menyeka mata yang sedikit berair itu. “Penat.” Bila penat dan mengantuk bergabung, macam ni lah gayanya.

“Kalau mengantuk, naiklah atas tidur.” Sempat Aqil berpesan sebelum kembali mengalih pandang ke arah skrin televisyen.

Aufa mengangguk perlahan. “Sekejap lagi.” Sekali lagi belakang tangan dibawa menahan kuap. Hoi, mengantuknya! Tapi bila mengenangkan Mattew Goode depan mata, sedaya upaya dia cuba menjegilkan matanya menahan mengantuk. Tetapi, lama-kelamaan dirasakan penglihatannya semakin pudar lalu terus gelap.

Aqil terasa ada bebanan di atas bahu kananya. Apa pasal yang berat semacam je bahu aku ni? Takkanlah.. Cepat-cepat Aqil beristighfar dalam hati. Mulut, kau jangan nak celupar! Perlahan-lahan Aqil mengalih pandang, nafas lega dihela. Kepala Aufa rupa-rupanya. “Awak..” Aqil memanggil perlahan nama Aufa   .

“Awak.” Kini, bahu Aufa pula digoncang perlahan. Heh, tidur mati ke budak ni?! “Nurul Aufa   .” Panggil Aqil sambil tangannya menggoncang lembut badan Aufa yang sudah terlentok tidur. “Bagunlah, tidur dekat atas.” Aqil rasa macam nak jirus je air oren dalam mug bila Aufa tak beri respon apa-apa. Budak ni, memang nak kena!

Perlahan-lahan Aqil mengalih kepala Aufa yang terlentok di bahunya lalu dibaringkan badan Aufa beralaskan bantal-bantal kecil. Aqil menuju ke dapur, separuh mug diisikan dengan air paip. Kalau cara lembut tak jalan, kenalah guna cara sedikit keras. Aqil bersila di tepi couch. Tangannya dicelupkan ke dalam mug tadi lalu direnjiskan air pada wajah Aufa   .

Terpisat-pisat Aufa bangun dari tidurnya apabila dirasakan wajah sedikit basah. Sejak bila dalam rumah boleh kena tempias hujan? Ke rumah Aqil ni yang bocor? Membulat terus mata Aufa apabila terpandangkan Aqil yang bersila di tepi couch. “Eh!” Aufa bangun dari baringnya.

Aqil mengangkat kening kirinya. Apa eh-eh? “Kan saya dah pesan, kalau mengantuk, pergi naik tidur dekat atas. Yang awak tidur jugak dekat sini, kenapa?” Tanya Aqil yang masih duduk bersila di tepi couch. Kelakar pula dia tengok muka Aufa yang terkejut itu.

Aufa menenyeh-nenyeh matanya yang terasa sedikit berat. “Manalah saya tahu nak tertidur.” Rasanya, tadi matanya masih membulat besar. Macam mana boleh tertidur ni?

“Dah, pergi tidur dekat atas.” Arah Aqil sambil bangun dari duduknya. Pinggan dan piring yang sudah kosong diangkat. “Saya cakap, naik tidur dekat atas.” Sengaja dikeraskan suaranya apabila Aufa masih belum menampakkan tanda-tanda mahu naik ke tingkat atas.
     
Aufa mengangguk dengan mata yang terpejam. “Iye.” Pening pulak kepala ni bila bangun mengejut macam tadi tu. “Pinggan tu tak payah basuhlah, letak je dalam sinki tu. Kejap lagi saya basuh.” Macam tahu-tahu je Aqil nak basuhkan pinggan kotor tadi.

Aqil menggeleng perlahan. Tak padan dengan mengantuk tu, nak juga mengarah orang. “Naik. Tidur.” Aqil sempat mengangkat mug yang sudah kosong lalu dibawa ke dapur.

Sekembalinya Aqil ke ruang tamu, Aufa masih berada di atas couch. “Degilnya dia ni.” Gumam Aqil perlahan lalu menghampiri couch. “Tidur dah?” Memang mengantuk betul si Aufa ni. Kalau tak, takkan main redah je tidur bersandar pada couch. “Aufa   , naik tidur dekat ataslah.” Aqil sudah mematikan televisyen. Nantilah, esok-esok pun boleh sambung tengok cerita ni. “Aufa   .” Aqil menggoncang perlahan bahu Aufa   .

“Hmm..” Aufa menjawab dengan mata yang tertutup.

“Naik tidur dekat atas.” Aqil mula mengemas bantal-bantal yang telah digunakan tadi. Bantal tadi disusun elok di hujung sebelah kanan couch. “Awak tak bangun, saya dukung je nanti.” Sempat jugak tu nak mengugut!

Aufa memaksa matanya supaya terbuka. “Boleh tak, tidur dekat sini je?” Kepalanya digeleng-gelengkan bagi menghilangkan kantuk. “Saya malaslah nak naik atas.” Sambung Aufa malas-malas. Apa pasallah rumah ni dua tingkat? Kalau setingkat je kan senang.

Aqil sudah berdiri sambil mencekak pinggang. “Asalkan awak nak tidur dalam gelap, saya tak kisah.” Aqil sudah menggunakan reverse psychology. Macamlah dia tak tahu, Aufa ni kan takut gelap.

“Iyelah, iyelah.” Aufa bangun dari duduknya. Kakinya digagahkan supaya memanjat tangga. Masa ni lah, syok betul kalau tangga ni boleh bertukar jadi escalator.

“Jangan tidur pulak dekat tangga tu.” Sempat Aqil berpesan sebelum beredar ke bahagian belakang rumah. Sebelum tidur, kena pastikan semua pintu dan tingkap sudah dikunci dengan betul.

Aufa mencebik. Perli je dia tahu! Perlahan-lahan Aufa mendaki anak tangga ke tingkat atas lalu menuju ke bilik tidur mereka. Elok sahaja pintu bilik ditolak dari luar, angin sejuk dari pendingin udara menyapa muka. Brrrrr.. sejuknya! Laju sahaja Aufa memanjat katil, Garfield di kepala katil ditarik menutup muka. Tak sampai seminit, dia sudah lena dibuai mimpi.

Selepas sepuluh minit, Aqil naik ke tingkat atas. Bukannya apa, dia taknaklah terserempak dengan Aufa masa Aufa tu tengah tukar baju ke hape. Elok sahaja pintu bilik tidur ditolak, Aufa yang sudah berselubung menyapa pandangan. Eh, cepatnya tidur! Mesti penat sangat ni.

Aqil sempat berhenti di hadapan almari Aufa apabila matanya terpandangkan longgokan paper bag yang masih belum disimpan itu. Memang shopping sakan betul makcik ni. Aqil berjalan menuju ke penyidai tuala lalu tualanya ditarik. Sebelum tidur, kenalah mandi dulu kan. Dah berjalan satu hari, takkanlah nak tidur dengan badan yang berlengas ni. Lagipun, dia pun belum menunaikan solat Isyak lagi. Hehehe.. Teruknya perangai kau, Aqil!