Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Sunday, July 29, 2012

Ed dan Lala 2

Lepas mid sem break, Lala perasan perangai Ed makin lain. Kalau dulu, mesej ‘Good Morning’ dan ‘Good Night’ dah macam jatuh hukum wajib untuk setiap hari. Tapi sekarang?

Lala tak tahu mana silapnya dia sampai Ed boleh berubah mendadak macam tu. Dia ada buat salah ke? Atau, Ed dah jumpa pengganti Lala?

“Lala, tak nak makan ke?” Naili pelik melihat Lala yang hanya termenung dari tadi.

Lala mengalih pandang, cuba ditarik senyum walaupun payah. “Belum lapar lagi.” Bohong Lala. Dia lapar tapi takde selera nak makan.

“Aku nak pergi food court belakang tu, nak kirim pape?”

“Sup ayam?”

Naili mengangguk. “Oke. Aku turun dulu tau. Kalau ada pape, call je.” Pamit Naili.

Lala hanya perhatikan Naili dengan pandangan kosong. Elok sahaja pintu ditutup, Lala kembali memandang ke luar tingkap.

Telefon bimbit di atas riba masih gelap. Kenapa Ed tak reply mesej Lala? Lala call pun Ed tak angkat. Sekali lagi, nombor telefon milik Ed didail. Ed….

*****

Dia tolak pintu kelas dengan tangan kanan. Elok sahaja pintu dibuka, wajah pertama yang menyapa pandangannya ialah wajah Lala. Ed tarik nafas panjang sebelum satu senyuman ditarik.

“Weh, masuklah!” Tegur Bob yang berdiri di belakang Ed. Pelik pulak Ed buat aksi Tugu Negara depan kelas macam ni.

Lambat-lambat Ed melangkah masuk, terus dia melangkah ke bahagian belakang kelas. Langsung dia tak hiraukan pandangan pelik Bob.

“Ed?” Bob bertambah pelik bila Ed tak duduk di tempat biasa; sebaris dengan Lala.

Ed geleng kepala. “Aku mengantuklah hari ni.” Dalih Ed. Padahal, dia tak sanggup nak bertentang mata dengan Lala. Dia tak buta untuk tak nampak raut wajah Lala tadi. Jelas, mata Lala sedikit sembab.

“Guten Morgen!” Sapa seorang wanita lewat 30-an sambil melangkah masuk ke dalam kelas. “How was your holidays?” Backpack warna hitam diletakkan di atas meja.

Langsung pensyarah tadi tak dapat tangkap apa yang pelajarnya jawab. Macam langau saja! “Oke, oke.” Laptop jenama Acer dikeluarkan dari dalam backpack. “Enough with your holiday’s mood. Today, Freu nak ajar you all Trennbar Verben.”

Kertas A4 putih diedarkan. Puan Farahin ni memang suka bagi nota dalam bentuk gambar macam ni. Bagi Puan Farahin, cara macam ni lagi mudah untuk students faham. Nak mengajar bahasa asing ni bukannya senang.

“Ed, kenapa duduk belakang?”

Ed yang duduk menopang dagu, sedikit tersentak. “Tukar angin, Freu.”

Puan Farahin mencebik. “Tukar angin, takpe. Jangan you buang angin pulak ye.” Gurauan Puan Farahin hanya dijawab dengan senyuman pendek oleh Ed.

Lala di bahagian hadapan kelas, dah hilang focus. Kelas German yang sepatutnya 2 jam dirasakan seperti 8 jam. Lambatnya masa berjalan!

Tiba-tiba, Lala bangun dari duduknya. Terus sahaja dia keluar dari kelas, dan melangkah ke bilik air. Sesak nafasnya duduk dalam kelas tadi.

******

From : 010-2234567
Lala, ni Diba.
Boleh kite jumpe kejap?

Berkerut-kerut dahi Lala membaca mesej yang baru dia terima seminit yang lepas. Siapa Diba? Rasanya dia takde kawan nama Diba pun. Lambat-lambat mesej Diba tadi dibalas.

Beberapa saat kemudian, mesejnya dibalas.

From : 010-2234567
Jumpe dekat tasik, depan playground.
Around 5 macam tu. I’ll be wearing red baju kurung.

Lala rasa dadanya sesak. Tiba-tiba dia rasakan dia susah nak bernafas. Inilah perkara terakhir dia nak berlaku dalam hidupnya.

Swatch di pergelangan kiri dijeling sekilas. Dah pukul 4.30 minit petang. Lala bangun dari duduknya lalu mengatur langkah ke bilik tidur. “Naili, aku keluar sekejap.”

Naili yang tengah baca novel atas katil menoleh. “Pergi mana?”

“Tasik.” Sehelai tee lengan panjang berwarna hitam dan sehelai tracksuits dikeluarkan. “Tiba-tiba rasa macam nak jogging.” Sambung Lala apabila Naili masih memandangnya dengan pandangan pelik.

Naili bangun dari baringnya. “Aku temankan, eyh.”

“Eh, takpe!” Laju sahaja Lala menolak. “Kau bacalah novel tu sampai habis. Nanti boleh cerita dekat aku.” Sambung Lala sebelum dia hilang di sebalik pintu bilik mandi.

“Aku keluar dulu. Assalamualaikum.” Pamit Lala selepas mengenakan tudung berwarna kelabu.

******

Laju sahaja langkahnya menuju ke bilik tidur. Terus sahaja pintu bilik tidur yang dikongsi bersama Naili dikunci dari dalam.

Lala terduduk di tepi katil. Degup jantungnya masih laju, malah bertambah laju dari tadi. Lambat-lambat perbualan pendek dengan Diba sekejap tadi, kembali terlayar di fikirannya.

“Hai. I’m Diba.” Gadis berbaju kurung merah itu menghulur salam.

Lambat-lambat huluran tangan Diba disambut. “Panggil saya, Lala.” Lala sedaya upaya untuk senyum. “Kenapa ye, nak jumpa saya?”

“Saya nak cakap sikit.” Diba kembali duduk di atas bangku batu tadi. “Pasal Ed.”

Lala dah rasa macam nak pengsan. Macam mana Diba boleh kenal Ed. “Kenapa dengan Ed?” Lala cuba berlagak tenang.

“Dah berapa lama Ed tak contact awak?” Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. “Sebulan?”

“Lebih dari sebulan.” Jujur sahaja Lala jawab. “Kenapa?”

“Ed sebenarnya tengah ada masalah. And I’m here because I’m his sister. Saya bukan nak menjarakkan lagi relationship korang, cuma saya nak bagitau awak tentang perkara sebenar.”

Lala dah tercungap-cungap. Ed ada masalah? Masalah apa yang sampai Diba pulak yang kena beritahu dia?

Diba menarik senyum. “Saya rasa, saya patut bagitau awak perkara sebenar, kan?” Rambut yang berjuntaian di dahi, ditolak ke belakang telinga. “Ed cakap, awaklah perempuan pertama yang buat dia nak berkawan rapat dengan awak. Ed banyak cerita pasal awak. Dia buat saya eager nak kenal, siapa Nurul Khayla.”

“Ed cakap macam tu?” Lala tak percaya. Dia bukannya jenis hot-shot dekat kolej, dia hanya biasa-biasa. Takkanlah dia orang pertama?

“Ed cakap, kali pertama awak mesej dia pasal nak tanya kelas ada ke tak tu, dia macam nak melompat sebab happy sangat. Dia nak make a move tapi dia takut awak tak layan.” Jeda. “Ed cakap, awak macam tak layan orang sangat. And you kinda unapproachable.”

Lala tergelak kecil. “Indeed.” Memang betullah tu, dia bukannya jenis peramah terlebih gula dalam bergaul dengan orang.

“Bila dah kawan, Ed mula kenal siapa awak yang sebenar. Bagi Ed, awak ni bukanlah unapproachable, cuma kena ada cara nak approach awak.” Diba menarik nafas, sebelum menyambung. “Tapi lama-lama Ed jadi takut. Ed takut dia langgar janji. Ed dah janji dengan umi yang dia taknak bercinta masa belajar.”

“Sebab tu, Ed tinggalkan saya 3 tahun lepas?”

Ya, dia dan Ed pernah berkawan sebelum ni. Belum sempat persahabatan di antara mereka menjadi lebih rapat, Ed tiba-tiba hilang tanpa sebarang penjelasan.

“Ed bukan sengaja nak hilang macam tu.” Diba taknak Lala salah anggap. “Ed takut makin lama korang kawan, makin susah dia nak elak apa yang dia rasa. Ed kata, bila rasa comfort tu dah ada dalam hati ni, maknanya dia dah mula sayangkan awak. Lagi buat dia takut bila dia dapat tau, awak pun sukakan dia.”

“Salah ke kalau saya sukakan dia?” Berkerut-kerut kening Lala memandang Diba.

Diba menggeleng lambat-lambat. “Tak salah. Cuma, Ed takut dia mungkir janji. Ed anak sulung lelaki, so dia kena buktikan pada umi dengan baba yang kami boleh bergantung harap pada dia.”

“So, bagi Ed, saya ni membebankan dia?”

“Tak. Awak jangan cakap macam tu. Ed, he likes you. A lot.” Tegas Diba. “Tu cerita 3 tahun lepas.” Jeda. “Ed ada sebab lain kenapa dia lari lagi kali ni. Sebabnya…”

Lala langsung tak hiraukan mukanya yang sudah basah dengar air mata. Wajahnya disembamkan pada birai tilam. Ed, saya minta maaf sebab tuduh awak yang bukan-bukan.

******

Ed sampai dua puluh minit lewat dari masa yang dijanjikan. Hari ini, dia dan Lala perlu duduk berbincang. Ed tak boleh biarkan Lala terus-terusan macam tu.

“Sorry, lambat.” Sapa Ed sebelum menarik kerusi bertentangan dengan Lala.

Lala mengangkat kepala memandang Ed. “Takpe, saya pun baru sampai.” Bohong Lala. Padahal, air limau ais di dalam gelas tinggi tu dah tinggal separuh.

Selepas membuat pesanan minuman, Ed kembali pandang Lala. “Awak sihat?”

“Sihat.” Lala cuba memaniskan wajahnya. “Awak?”

Ed angguk. “Alhamdulillah, sihat.” Jeda. “Study oke?”

“Oke, cuma lately ni macam busy sikit.” Lala mengacau air di dalam gelas tinggi dengan straw. “Biasalah, dah kena start prepare untuk project presentation.”

Ed memberi ruang kepada pelayan restoran meletakkan minumannya. “Dah tau tarikh presentation bila?”

Lala angguk. “Lagi dua minggu. Hari Khamis petang.”

Ed menyisip sedikit milo ais di dalam gelas kaca tadi. “Saya ada benda nak cakap dengan awak. Tapi dekat sini macam tak sesuai.”

“Nak cakap dekat mana?” Lala cuba berlagak biasa. Padahal air matanya menunggu masa untuk jatuh.

Ed menjeling sekilas jam di pergelangan tangan. “Nak pergi tasik tak? Dekat situ oke sikit.”

“Boleh jugak.”

Selesai membuat bayaran, Lala dan Ed terus melangkah ke tasik yang hanya berada di seberang jalan restoran tadi. Ed duduk di kerusi batu bulat. Lala duduk selang dua kerusi dari Ed.

“Lala, saya nak mintak maaf.” Ed mula bersuara. “Saya tau lately ni, saya selalu abaikan kewujudan awak. Saya bukan sengaja. Saya ada masalah sikit.”

Lala masih tenang. Dia tahu lambat-laun Ed akan bercerita jugak. “Takpe, saya faham. Kita masing-masing busy.”

Ed menggeleng. “Tak. Bukan pasal tu.” Jeda. “Lala, umi saya sakit.” Ed membuang pandang ke tengah tasik. “Umi ada kanser darah, dah stage keempat.”

Bibir bawah digigit. Lala cuba menahan air matanya dari gugur.

“Sekarang ni, saya berulang-alik dari rumah ke kampus. Saya nak ada dekat dengan umi.”

“Saya faham.” Perlahan sahaja suara Lala.

“Saya minta maaf sebab tak bagitau awak dari awal.” Ed menoleh sekilas ke arah Lala. “Saya taknak awak risau. Saya tau awak sibuk dengan projek, saya taknak tambahkan lagi beban awak.”

“Awak tak salah.” Air mata yang ditahan sedari tadi, akhirnya gugur juga.

Ed tak senang duduk tengok Lala menangis. “Awak, tolong jangan menangis. Saya tau saya salah. Saya minta maaf sangat-sangat.”

Lala geleng kepala. “Awak tak salah, Ed.” Lala menoleh memandang Ed. “Awak cuma jalankan tanggungjawab awak sebagai seorang anak.”

“Lala..” Panggil Ed. “Saya.. saya..”

“Saya faham.” Potong Lala. “Ed, priority awak sekarang ni adalah umi awak. Saya faham, awak perlukan masa untuk bersama dengan umi awak. Kan? Lagipun, kita dah nak masuk final year. Saya taknak awak mungkir janji awak.”

“Janji?”

Lala mengangguk. “Diba dah ceritakan semuanya dekat saya, termasuklah pasal umi awak.” Lala membuang pandang ke tengah tasik. “Awak tak boleh mungkir janji awak, Ed.”

“Awak..”

“Saya belum habis cakap lagi.” Potong Lala sekali lagi. “Saya rasa, we need a break. You need your own space, so do I.”

“Lala, jangan macam ni.”

“Ini yang terbaik untuk kita, Ed.” Tegas Lala.

“Lala, jangan buat saya macam ni.”

Lala menarik senyum. “Sejauh mana pun saya lari, selama mana pun masa berlalu, kalau Allah takdirkan bahawa awak adalah jodoh saya, kita tetap akan jumpa balik Ed.” Tenang sahaja suara Lala. “Saya balik dulu.” Lala bangun dari duduknya.

“Saya hantar awak.” Ed ikut bangun dari duduknya.

“Tak.. tak payah.” Halang Lala. “Like I said before, I need my space."

"Lala, take care." Pesan Ed.

Lala mengangguk. "You too. Assalamualaikum, Ed.” Pamit Lala sebelum melangkah meninggalkan Ed. 

******

Lala duduk bertentangan dengan Naili di cafeteria kolej. Sudah setahun, peristiwa itu berlalu tapi Lala rasakan baru semalam dia duduk bergelak-ketawa dengan Ed.

“Kau oke ke tak ni?”

Suara Naili membawa Lala kembali ke alam nyata. “Oke.”

“Sampai bila kau nak tenung muka aku yang cantik ni? Taknak makan ke?”

Lala tergelak kecil. “Tolong orderkan nasi goreng kampung dengan telur mata. Hmm.. air nak teh ais.”

Naili mencebik. “Aku ajelah yang kena orderkan makanan untuk kau.” Rungut Naili.

“Takpe, alang-alang tu kau boleh main mata dengan anak tokei kafe ni.” Sengaja Lala nak menyakat Naili. Heboh jugaklah bila dapat tau yang rupa-rupanya anak tokei kafe ni sukakan Naili.

Naili bangun dari duduknya. “Malaslah layan kau.” Naili terus melangkah meninggalkan Lala.

Dari jauh, Lala nampak Ed dan kawan-kawannya yang semakin dekat dengan kafe. Saat mata mereka bertembung, Lala dapat rasakan degup jantungnya semakin laju. Lala cepat-cepat mengalih pandangannya ke arah lain.

Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya Muhammad Irsyad bin Hakimi ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya, maka peliharalah kami dalam batas syariat, sekiranya dia tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya, maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dia dari memikirkanku. Amin.

Saat Ed melintasi meja yang diduduki Lala, satu senyuman manis dilemparkan. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sampaikan salam rinduku kepada Nurul Khayla binti Ziqri sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin.


THE END

37 comments:

  1. senyum sampai langit,,,best!!

    ReplyDelete
  2. the end dah???
    cepat nye...
    nk special edition lah mcm nie cik bulan...
    huhuhu
    nk3...x puas....nk....(T_T)

    ReplyDelete
  3. ya Allah. sweet sangat! should ada next entry!!!!

    @afifa anuar

    ReplyDelete
  4. Great story^_^b
    Walaupun hanya cerpen pendek tapi ~full of story~

    ReplyDelete
  5. moga ada jodoh mrk berdua....

    ReplyDelete
  6. sambung lg lar, cik bulan... please!! nice story!!

    ReplyDelete
  7. Alaaaa... cerpen sedih ke?
    Sedihlah macam ni T____________________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang hidup kita akan lebih indah bila ada sedikit ujian. Kan ?

      :D

      Delete
  8. wondering if this cerpen based on really story. heheheh...
    nice cerpen sis ;)

    ReplyDelete
  9. wondering if this cerpen is based on really story. :)
    nice story sis. keep it up ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ni, memang berlaku dekat sekeliling kita. Mungkin kita yg tak perasan :')

      Delete
  10. Replies
    1. err taktau nak kata sedih ke terharu ke sweet ke. hihii. tp i like this story ! 5 stars ! ;D

      Delete
    2. Wah cukup rasa betul awak ni cik comel ;D

      Delete
  11. dugaan...tapi memang bestla...suka karya cik bulan nie...

    ReplyDelete
  12. cik bulan boleh buat special edition cerita ni, hehehehehe

    along_814

    ReplyDelete
  13. nasi goreng kampung tak pedas + telur mata masak penuh + teh o ais . kegemaranku bile oder makanan . assalamualaikum . cik bulan bole buat special edition ? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello there anonymous !

      Ni apsal komen comel sangat ? Btw we share the same menu la. Sy pun suka nasi goreng kampung telur mata dgn teh o ais xD

      Delete
  14. Nice work Cik Bulan........ Keep it up! X sabar nak tunggu hasil karya anda yang seterusnya

    ReplyDelete
  15. sukaaaa nyaaa xD comell jeee ! heee . Keep it up kak bulan

    ReplyDelete
  16. Lahaiiii baru dapat baca.......Sukanya..sangat-sangat suka...! Kak Bulan goodluck untuk the next and next and next...hehehe.. ^^

    ReplyDelete
  17. nak SE boleh tak???ke masi ada ed dan lala 3? :(

    ReplyDelete