Ceiling di pandang kosong. Bilah-bilah kipas ligat berpusing. Wye hanya kaku melihat lampu pendaflour. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. Rasa bersalah terhadap Aiman mula menyesakkan kepala.
“Macam mana nak say sorry ni?” Tanya Wye bingung.
“Dah lah baru je baik…” Rungut Wye geram.
Handphone yang tersadai di tepi di capai. Ruangan message mengambil tempat Home Screen. Takpe-takpe, ego tu tak ke mana pun. Nasihat Wye kepada dirinya.
*****
Beep! Beep!
Aiman mengalih pandang dari dada televisyen plasma ke handphone di atas meja kopi. Siapa yang mesej malam-malam macam ni? Huh, pelik!
Gambar-gambar Wye yang menghiasi Home Screen menyapa mata. Wye yang tolong editkan. Eh silap, Aiman yang paksa Wye editkan gambar-gambar tu untuk dibuat wallpaper. Pada awalnya memang Wye taknak buat sebab taknak ada orang yang salah faham hubungan mereka, tetapi apabila diyakinkan oleh Aiman, Wye mengalah jugak.
Sorry =’(
-Hug n Kiss-
Mesej pendek dari Wye menyapa pandangan. Refleks Aiman menarik senyum segaris. Cepatnya mengalah wahai ‘Hug n Kiss’?
Hug n Kiss. Nama tu, Aiman yang menggelabah sangat nak letak. Katanya, sebab Wye suka buat ‘xoxoxo’.
Laju sahaja jari-jarinya menari di atas qwerty keyboard. Tak laratlah nak gaduh lama-lama. Satgi, diri sendiri jugak yang merana-macam-orang-mati-bini. Booooo me!!
*****
Sweater di belakang pintu disarung pada badan tak lupa jugak pada tracksuit Adidas bagi menggantikan boxer. Apa jadah nak keluar rumah sexy-sexy kan? Tidak lupa juga, tudung disarung ke kepala.
Pintu bilik ditutup perlahan. Tolonglah…. Jangan bertembung dekat tangga! Doa Wye dalam hati. Langkah dihayun perlahan-lahan menuruni anak tangga.
Ice cream, jom!
-Aiman Kacak-
Haaa.. masa dapat mesej Aiman tadi, rasa macam nak menjerit, biar satu rumah dengar! Lega gila bila Aiman dah tak marah. Wye mengembung-ngembungkan pipinya bagi menghilangkan debar. Pipinya ditepuk-tepuk perlahan bagi menghilang warna merah yang merona tadi.
“Dengar ice-cream, laju je!” sergah Aiman apabila elok sahaja kaki Wye memijak tangga ruang tamu.
Wye memusingkan badannya ke arah Aiman yang berdiri di pintu dapur. Kening sebelah kiri diangkat tinggi. “Merajuk lagi, baru padan muka!” Ugut Wye geram
Aiman gelak mengekek mendengar ugutan Wye. Heh, ingat takut lah tu? “Siapa entah yang hantar mesej ‘Sorry’ tadi? Siap dengan sad face lagi” Ejek Aiman
Wye tenung Aiman macam nak telan. Ni memang nak kena lahhh..!! “Taknaklah ice cream, nak tandori” Wye cuba mengelak.
Refleks Aiman menarik sengih. “Banyak songeh lah budak kecik ni, aku nak belanja ICE CREAM je” tekan Aiman pada perkataan ice cream.
Wye mencebik. “Taknak belanja sudah! Boleh beli sendiri” Ujar Wye bengang sambil mencekak pinggang.
Elelelele.. Ingat takutlah tu tengok cekak-cekak pinggang macam tu? “Kalau gitu, pergi sendiri lah” Sakat Aiman lagi
Wye rasa macam nak telan Aiman. Tahu tak, perut ni dah menyanyi macam-macam lagu?! Ni semua sebab tak lalu nak makan sebab tengok muka Aiman yang macam kucing-hilang-anak masa makan malam tadi.
“Haa nak pergi sendiri lah ni” Ujar Wye bengang.
Langkah diatur laju ke pintu utama, tombol pintu dipulas kasar. Huh! Wye menyarung flip-flopnya. Gate kecil di sebelah gate utama ditolak kasar.
Aiman melihat kelibat Wye yang hilang disebalik pekat malam. Mengada betullah, ingat kedai mamak yang nak makan tandori tu dekat ke? Aiman cepat-cepat mengunci pintu utama lalu memboloskan diri ke dalam Toyota Vios miliknya. Enjin kereta dihidupkan manakala jari ibu tangan kirinya menekan remote untuk membuka gate utama.
*****
Dari laju, langkahnya bertukar perlahan. Wye dah penat macam nak tercabut kaki. Haaa.. kalau dalam drama, selalunya time-time macam ni mesti si hero dah datang menyelamatkan si heroin tapi dalam kes Wye ni ha, hero dia macam sengal sikit!
Pin! Pin!
Wye mula tak sedap hati apabila ada kereta yang membunyikan hon di belakangnya. Alaaahaaaaaaii.. main hon-hon pulak! Kot ye pun nak mengurat, bagilah aku tumpang oi! Monolog Wye.
Refleks Wye menepuk perlahan dahinya. Pap! Kalau manusia-tuan-punya-kereta tu berhenti dan dengan baik hatinya nak bagi tumpang, kau nak tumpang ke?! Kena culik baru tahu! Silap haribulan kena jual dekat Siam. Taknak !! Taknak!! Wye menggeleng laju.
Pin! Pin!
Wye terkejut. Haisshh.. orang dah tak layan tu, blah lah cepat! Marah Wye dalam hati. Langkahnya dilajukan. Ececece.. konon nak larilah dari kereta tu!
Pin! Pin!
Haaa.. tu dia, kena hon lagi. Apa manusia dalam kereta tu tak faham bahasa badan ke?! Dah orang tak response tu, maknanya taknak layanlah tu! Marah Wye dalam hati lagi.
“Wye..!” panggil satu suara
Wye terhenti. Ah, sudah! Mana pulak manusia tu tahu nama aku?! Haihh.. buat bulu roma meremang je ni ha!
“Wye..!” panggil suara tadi lagi.
Wye berhenti lagi sekali. Eh tapi, suara tu macam kenal. Macam selalu dengar je. Wye mula memproses kembali suara yang memanggilnya tadi. Haaaa.. !!
*****
Aiman menilik muka Wye di hadapannya. Eh bukan muka, tapi gelagat Wye yang makan macam orang dah 10 tahun tak makan. Ceyytt, tak reti cover betul budak kecik ni!
“Kau makan tu, slow sikit boleh tak? Satgi tercekik, satu hal pulak aku nak buat CPR” tegur Aiman
Refleks Wye tersedak. CPR?! What the heck?! Wye mengangkat wajahnya lalu tisu dibaling tepat ke muka Aiman.
Wuuushhh..!! Aiman mengelak ala-ala matrix. Wye memandang Aiman sambil kening sebelah kiri dijungkitkan. “Kau jangan kacau aku nak makan, boleh?” Tanya Wye geram. Orang nak makan, dia membebel macam Mak-Nenek pulak!
Aiman tergelak perlahan. “Kau makan macam orang kebulur, mana aku tak bising” Jawab Aiman sambil matanya tak lepas dari muka Wye.
Wye mencebik lalu meneruskan pemakanannnya. Dapat Ayam Tandori midnight macam ni, memang terbaiklah! Secubit pun Wye tak bagi Aiman rasa, kedekut!
“Kau tunggu sini diam-diam, aku nak pergi 7-e kejap” Ujar Aiman lalu mula bangun dari duduknya.
Wye mengangguk sambil jari telunjuk dan jari ibu dirapatkan, membuat symbol ‘Okay’ tanpa perlu mengangkat wajahnya dari pinggan Ayam Tandori.
*****
Aiman bengkek je bila nampak tempat duduknya kini diduduki manusia lain. Yang lebih bengkek, manusia tu lelaki! Langkah dilajukan menuju meja yang mereka duduk tadi.
“Haaa.. sampai pun!” Tegur Wye ceria.
Lelaki yang duduk dihadapan Wye mengalih pandang lalu tangan kanan diangkat. “Yo!” tegur lelaki tadi.
Aiman bertambah bengkek. Mamat JD ni, ada magnet ke?! Mana Wye pergi, mesti dia ada. “Dah lama sampai?” Tanya Aiman berbudi bahasa sambil menarik kerusi di sebelah Wye.
JD mengangguk. “Tadi aku duduk meja hujung sana. Aku nampak kau blah, then mamat yang duduk selang 2 meja dari aku tu, dok senang hati tengok Wye duduk sorang-sorang. Tu, yang aku tukar tempat” Jelas JD panjang.
Aiman menebar pandang segenap restoran. Mamat yang JD cakap tu duduk betul-betul bertentang dengannya. Muka macam penyangak je!
“Thanks” Ujar Aiman perlahan. Perghh, jatuh ego gua!
JD mengangguk sambil senyum. “Takde hal. Lagipun, benda kecik je” Ujar JD jujur. Alah, setakat nak tengok muka Wye ni, siapa taknak?
“Kau tak makan?” Tanya Aiman apabila Wye memilih untuk diam sambil menikmati Ayam Tandorinya. Dah dapat Tandori, benda lain tak pandang dah!
JD menggeleng. “Aku tapau. Ibu aku teringin nak makan Tandori pulak malam-malam ni” Jelas JD tanpa diminta.
Aiman menolak bekas ice cream ke arah Wye. “Nah, dessert” Ujar Aiman apabila Wye menghabiskan potongan ayam yang terakhir.
Wye menepuk tangan. Yay!! “Thank you, Aiman! Sayang kau lebih, weyh!” Ujar Wye happy sambil penutup ice-cream dibuka.
Sudu dibenamkan ke dalam bekas ice-cream lalu disuap. Vanilla, I love you! JD dan Aiman hanya melihat reaksi Wye makan ice-cream. Serious, macam budak 5 tahun!
Ehhemm.. Ehhemm.. “Makan tu, ingatlah sikit orang sebelah ni” Perli Aiman. Sudahlah tadi, si Wye ni lahap je makan Ayam Tandori 3 pinggan sorang-sorang.
Wye berhenti makan. Muka diangkat dari bekas ice-cream. Heheheh! Sengih ditarik. “Nak ke?” Tanya Wye perlahan sambil sudu yang penuh dengan ice-cream disua pada Aiman.
Tanpa sebarang kata, Aiman menarik sudu tadi mendekatinya. Tadaaa! Tak sampai 3 saat, ice cream tu dah hilang. Magika!
Wye mencebik lalu sudu bersih dihadapannya dicapai. Suka hati je pakai sudu orang! Sudu dibenamkan sekali lagi lalu disuakan pada JD pula. “Nak? Vanilla sedap” promote Wye.
JD mengangkat bahu lalu sudu tadi disuap. “Actually, vanilla is my favorite” Ujar JD
Wye menarik senyum. Bingo! Ada jugak orang suka vanilla. Hoorayy! “See, tak semua orang suka Chocolate” Ejek Wye.
Aiman mencebik. Walaupun Wye tak tujukan pada siapa-siapa, dia tahu Wye memerlinya. Bukannya Aiman tak suka vanilla, suka lah jugak tapi tak macho weyh lelaki suka vanilla!
Fossils dipergelangan tangan dijeling. “Dah, jom balik!” Ajak Wye. Bekas ice-cream yang telah selamat dikosongkan, ditolak ke tengah meja. Bluurrp!
Aiman mencebik. “Dah kenyang, baru ingat nak balik!” Sakat Aiman.
Wye menjulingkan matanya. “Suka hatilahhhh” Jawab Wye sengaja perkataan ‘lah’ dipanjangkan.
JD menolak kerusi ke belakang sambil tangan kirinya memegang beg plastic berisi Ayam Tandori. “Aku gerak dulu lah. Kesian pulak Ibu aku tinggal sorang-sorang” Pamit JD.
Aiman dan Wye hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Aiman menggamit pelayan lelaki yang berdiri di tepi tiang. Beberapa keping not RM10 dihulur.
“Nak pergi mana lepas ni?” Tanya Aiman
Wye menganggkat bahu. “Balik rumah?” Jawab Wye dengan soalan. Dah pukul 12 malam, takkan nak melepak lagi? Free je kena membebel dengan Mak Lang nanti, lagipun, tak elokkan anak dara keluar rumah malam-malam macam ni.
Aiman menyimpan wang baki ke dalam walletnya. “Jom balik. Satgi Mak sedar kita takde, nahas kena marah” Ajak Aiman.
Wye mengangguk perlahan sambil kerusinya ditolak ke belakang. Betullah tu, Mak Lang tu kalau dah membebel, kalah Perdana Menteri.
alamak! JD cam baik je
ReplyDeleteanak ibu lagi
suke la kat JD
okey, wye mmg simple slumber je
aiman, ish ish kesian
-syazana
LAWALAH GAMBA YG ANDA EDITTTT !!!
ReplyDelete^_____^
kenapa aiman dan JD mempamerkan kualiti2 yg baik haa? susah lah macam ni. haha, selalu berubah hati tau. aishh.
:p
woot woot.
ReplyDeletebalas dendam apa kau? :D
siapa dihatimu..
ReplyDeletelalalala
i vote for aiman...=)
ReplyDeletenampaknye aiman kene bsaing ngan JD tuk memikat wye ni....
ReplyDeleteJd ! <33
ReplyDeleteala...
ReplyDeletenmpk mcm si JD nie sweet la plak...
aiman da ader psaing hebat nie...
hahahaha.....
still sokong aiman... ehehe~
ReplyDeletei vote for DJ
ReplyDeleteOO..ssah nih.
ReplyDeletealaa nk aiman-wye-wye aiman
:D hikhik.
wye amik aiman. c JD bagi kat sini..hahaha tu yg betul tuh.
ReplyDeleteaiman..kini dan selamanya....
ReplyDeleteaiman!!!
ReplyDeletetiba2 kempunan-muleh-gila slurpee 7-e.pfft~
Apa yang posting bagus. Saya sangat suka membaca jenis atau artikel. Aku bisa? T menunggu untuk melihat apa yang orang lain katakan.
ReplyDelete