Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Wednesday, June 23, 2010

hope 6

Aiman mundar-mandir di ruang tamu. Dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri, bertukar pula dari pintu ke tingkap, seakan sedang mengukur diameter rumah sahaja lagaknya. Handphone di dalam genggaman, dijeling sekilas.

“Haish, handphone letak kat mana pulak? Tak reti-reti nak angkat dari tadi” marah Aiman

Naik merah jari-jemarinya mendail nombol telefon milik Wye, tetapi tetap tidak berangkat. Ikutkan hati, nak je dia terus ke rumah milik Dee. Manalah tahu, ada sesuatu yang Wye sorokkan darinya sampaikan panggilan telefonnya pun tidak mahu dijawab.

Aiman mendengus kuat “Wye... angkatlah phone tu!” marah Aiman

“Kamu ni kenapa Aiman?” Tegur Mariah tiba-tiba

Kusss.. semangat. Nasib tak terbaling handphone ni tadi. Aiman berpusing memandang ibunya. “Takde apalah, Mak” nafi Aiman

Mariah berkerut kening memandang Aiman “Kamu ni biar betul, dari tadi Mak tengok ke hulu ke hilir” Mariah pelik

Aiman menggaru kepala yang tak gatal “Betullah, Mak. Wye ada telefon Mak?” tanya Aiman

Mariah senyum mendengar pertanyaan Aiman “Pasal Wye rupanya, ingatkan pasal apa tadi. Ada dia telefon semalam, sekejap je pun. Kenapa, rindu Wye?” tembak Mariah senang

Aiman tak tentu arah. Suka hati je Mak ni menembak orang! “Mana adaaaa..” nafi Aiman

“Itulah, Mak nak kahwinkan kamu dengan Wye, kamu tolak mati-mati. Sekarang, sibuk pulak nak rindu-rindu” Mariah geram.

Mariah hanya nak menghalalkan apa yang haram sahaja. Kesian dia melihat Wye yang tidak bebas bergerak di dalam rumah tersebut. Tambahan lagi, pergaulan antara Wye dan Aiman juga harus menjaga batas.

“Mak, Aiman anggap Wye tu macam adik je” ujar Aiman

Mariah bercekak pinggang. Ya Allah, geramnya aku! “Heh, ingat mata Mak kamu ni buta ke? Mak nampaklah cara kamu pandang Wye. Tak payah nak nafi-nafi lagi” ujar Mariah geram

Aiman diam. Kalau betul pun dia sukakan Wye, tak mungkin Wye juga sukakannya. Lagipun, mereka dah macam adik beradik. Tiba-tiba handphone Aiman menjerit minta diangkat. Nama Wye tertera di screen handphone.

Aiman menekan butang hijau itu “Pergi mana tadi? Orang call banyak kali tak reti nak angkat. Risau gila tahu tak?”sembur Aiman geram

Wye di sebelah sana tergelak kecil. Membebel macam Mak Nenek! “Weyh weyh, kau kalau membebel kalah Mak Lang owh” sakat Wye sambil menghabiskan sisa tawanya

Aiman geram. Rasa macam nak cekik-cekik je Wye ni. “Banyaklah kau punya membebel. Kau pergi mana tadi?”

Wye duduk bersila di atas katil “Takde pergi mana-mana pun, ada dekat rumah Dee je” jawab Wye sambil tangannya menekan remote kipas.

Ya Allah.. buat orang cuak je dia ni lah! “Habis tu, yang tak angkat phone tu apa jadahnya?”

Wye hanya tersengih. Nasib Aiman tak boleh nampak, kalau tak, mampus! “Tak tahu handphone letak mana” jawab Wye dengan nada innocent

“Banyaklah kau punya tak tahu, campak lombonglah handphone tu lain kali” marah Aiman

Wye dah geram. Ek eleh, lebih-lebih pulak si pakcik tua ni. “Yang kau emo terlebih santan ni kenapa? Aku call ni kira baik dah” marah Wye pulak. Bongek!

Aiman dah gelabah. Oh damn, Wye merajuk! “Woii, sorrylah. Aku risau GILA tadi. Tu, terus je laser kau” pujuk Aiman

Wye mencebik “Not talking” jawab Wye

Aiman bertambah gelabah. Kalau Wye ada depan mata, boleh jugak tengok expression dia macam mana. Paling koman pun, dia boleh tarik tudung Wye and Wye akan kejar dia satu rumah. Itu lebih baik dari sekarang ni. “Wye, SORRY sangat-sangat..” pujuk Aiman

Wye buat tak tahu. Boleh je kalau dia nak tamatkan panggilan ni, tapi biarlah Aiman kena torture dulu. Padan muka!

Aiman tak senang duduk “Janganlah diam macam ni, Wye. Aku rela kau marah dari senyap macam ni. Nak sumpah ke nak maki ke, buatlah. Tapi jangan diam macam ni. Please..” pujuk Aiman lagi

Wye tetap diam. Dalam hati dah bantai gelak berguling-guling. Lalalala.. you deserved the silence, Aiman.

Aiman buntu. “Fine, aku pergi rumah Dee sekarang jugak” putus Aiman. Terus sahaja dia menamatkan panggilan tanpa sempat Wye berkata apa-apa.

Aiman berlari naik ke tingkas atas. Seluar pendek sudah berganti dengan seluar Bermuda. Wallet dan kunci kereta dicapai rakus. Selepas 1 minit setengah, Aiman keluar dari bilik. Berdentum pintu bilik dihempas.

Mariah yang sedang masak di dapur terus meluru ke ruang tamu. “Kamu ni kenapa, Aiman? Menghempas-hempas pintu bagai?” marah Mariah.

Aiman buat tak endah. Kunci rumah diatas cabinet kasut di capai. “Aiman keluar kejap” pamit Aiman

Mariah mengikut langkah Aiman “Nak ke mana ni? Kalau ye pun nak keluar, lunch la dulu” ajak Mariah

Aiman membuka pintu kereta “Takpelah, Aiman ada hal penting. Pergi dulu, Mak. Assalamualaikum..” ujar Aiman lalu menutup pintu kereta.

Mariah tak sempat nak cakap apa-apa bila kereta Toyota Vios milik Aiman dah meluncur laju keluar dari garage. Ish, budak ni.. macam-macam hal !

******

Wye tak senang duduk di dalam bilik sederhana besar tu. Ha, padanlah muka aku! Siapa suruh mengada sangat nak merajuk-rajuk bagai? Macamlah tak kenal Aiman tu macam mana. Rambut yang separa basah tadi dikirai kasar. Urgh!

Dee menolak pintu yang tak berkunci dari luar “Wye, Aiman datang” ujar Dee

Wye yang tengah ke hulu ke hilir terus berhenti mengejut sebelum berpusing menghadap Dee. What did you say just now? Aiman datang? Fossil di pergelangan tangan kiri dijeling sekilas. Membulat mata Wye. Aiman drive 10 minit je datang sini? Gila!

Dee melangkah masuk lalu duduk di birai katil “Yang kau buat muka terkejut gaban tu, kenapa? Macamlah tak pernah jumpa Aiman” Dee pelik

Selalu Wye akan sangat happy kalau dengar nama Aiman. Wye lebih rela habiskan masa lapangnya mendengar gossip Aiman mengenai gadis-gadis yang tergila-gilakannya. Tapi hari ni, Wye dengar nama Aiman macam baru lepas dengar nama JD. Pelik!

Wye berjalan mendekati Dee lalu bahu Dee digoncang “Muka dia ada macam nak makan orang tak?” tanya Wye resah

Dee dah rasa pening. Apa main goncang-goncang badan orang ni?! “Hoii.. tak payahlah goncang-goncang badan aku” marah Dee “Dia nampak macam biasa je, just muka dia nampak macam risau” sambung Dee apabila Wye melepaskan genggaman di bahunya.

Refleks Wye menepuk dahi. Aiman risau? Aduh, parah ni! “Aku turun sekarang” ujar Wye cepat-cepat.

Suara Dee mematikan langkah Wye. Refleks Wye memandang Dee yang masih duduk di birai katil sambil kening dijungkitkan seolah bertanya ‘kenapa?’

“Kau lupa pakai tudung” ujar Dee sambil menunjuk kepala Wye yang tonggel tanpa tudung itu.

Refleks Wye menepuk dahinya sekali lagi. Pap! Macam mana boleh lupa ni ha? Wye berjalan laju ke almari baju lalu tudung Ekin berwarna hitam dicapai. Wye berjalan keluar dari bilik sambil tangannya cekap menyarung tudung.

seminit kemudian..

Wye tercungap-cungap beberapa meter di belakang Aiman. Mana tak tercungap, lari macam nak menang gold medal je tadi. Fuhhh.. penat!

Wye menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan. “Ehemmm..” Tegur Wye perlahan

Aiman yang sedang ralit memerhatikan kawasan rumah Dee menoleh ke belakang. Refleks Aiman berjalan laju menuju ke arah Wye.

Membulat mata Wye apabila Aiman berjalan laju macam tak cukup nafas menuju ke arahnya. Oh My, laju sangat ni!

Aiman berhenti 3 kaki di hadapan Wye. Okay, ni pun dah cukup dekat! “Kau marah aku ke? Sorry sangat” ujar Aiman cepat-cepat

Wye melangkah satu tapak ke belakang. Ish, dekat sangat pulak si Aiman ni! “Tak marah pun lah” jawab Wye malas-malas

“Tapi muka kau nampak macam marah gila dekat aku” Aiman jujur. Dengan kening berkerut ditambah dengan muka macam nak makan orang tu, siapa yang tak takut?

Wye mencebik “Kalau aku marah kau betul-betul pun, apa kau boleh buat?” Wye tak menjawab soalan

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal “Aku sanggup buat pape pun janji kau tak marah lagi” ujar Aiman

Wye menarik sengih jahat. Ahha.. revenge time! “Termasuklah belanja aku shopping selama sebulan?” Wye saja nak duga

Aiman mengangguk laju-laju “Yesss..” Alahai.. Habislah duit scholar aku!

Wye mengetuk dagu “Apa jaminan yang kau takkan mungkir janji?” tanya Wye dengan muka serius

Aiman menelan liur. Kesat! Apa nak jawab ni? “Aaaa...” Aiman gagap

Wye menjungkitkan keningnya “Apa aaaaa-aaaaa..?” potong Wye sambil memeluk tubuh

Refleks Aiman menghulur kunci keretanya kepada Wye. Wye buat muka pelik. Apa kaitan kunci kereta kau dengan janji tadi?

“Kau boleh simpan kereta aku sampailah aku belanja kau” putus Aiman

Ahhaa.. bukan senang Aiman nak bagi orang lain drive kereta dia. Wye menarik sengih jahat “Banyak mana peruntukan kau untuk belanja aku shopping?” tanya Wye kerek

Aiman menggaru kepalanya. Otak cekap membuat kira-kira. Seminggu Wye boleh habiskan RM150, maka sebulan dalam 600. Oh My, melayang duit aku! “Dalam 600?” jawab Aiman tak yakin

Wye menggeleng perlahan “Tak cukup tu” Wye sengaja demand lebih

Membulat mata Aiman mendengar perkataan ‘tak cukup’. 600 tak cukup? Apa si Wye ni ingat bapak aku kerja cop duit ke? “Then, kau nak berapa?” tanya Aiman

Wye mengetuk dagunya sambil kepala dicondongkan ke sebelah kiri. Fikir kejap! “Hmmm.. 1.5k?” jawab Wye slumber

“GILA!” Refleks perkataan tu keluar dari mulut Aiman. Kaki kikis betullah makcik ni! “Nak buat apa duit banyak-banyak tu?” Aiman curious nak tahu

Wye mengangkat bahu “Entah. Belum fikir lagi. So, deal?”

Aiman menarik nafas panjang “How about 700?” Aiman try nak tawar-manawar

Wye geleng perlahan “1.5k”

“900?” Aiman cuba nasib

Wye pandang Aiman. Ish, main tawar-manawar pulak! “1.2k” tegas Wye

“1k?” Aiman minta simpati. 1k tu pun dah banyak!

Wye geram “Fine! 1k pun 1k lah”

Aiman menarik lafas lega. Fuuuhhh.. lega! Wajah cemberut Wye dipandang lama. Wahai hati, kenapalah kau nak suka dekat saudara sendiri ha?

Wye memetik jari betul-betul di hadapan muka Aiman. Berangan! “Kau pandang muka aku macam dah setahun tak jumpa ni, kenapa?” Wye pelik

Aiman menarik senyum “Aku suka tengok muka kau. Hilang semua masalah aku” jawab Aiman tenang

Zuuuuppp.. Darah merah terus menyerbu naik ke muka Wye. Malu! “Kau deman eh? Ke sakit otak?” tanya Wye bagi menutup malu

Aiman menggeleng perlahan “Betullah. Muka kau tu penyembuh segala masalah tahu tak?” ujar Aiman jujur

Betul, setiap kali dia rasa terbeban dengan pelbagai masalah, dia akan tengok gambar Wye. Eh tapi bukan gambar Wye je dia tengok, gambar orang lain pun dia tengok jugak. Just kalau gambar Wye, lama jugaklah ditenung. HAHA..

Wye mencebik “Ah, kau kalau merepek memang nombor satu” tempelak Wye

Aiman tergelak perlahan “Duit tu, esok aku bank-in dalam bank kau. Nak masuk dekat bank mana? Maybank ke CIMB?” Aiman tukar topic

Wye menggaru kepala yang tak gatal. Habis kedepan tudungnya. Alah, aku main-main je pasal duit tu, boleh pulak dia ingat betul-betul. “Aku main-main je pasal duit tu. Aku tak marah pun dekat kau. Sumpah!” Ujar Wye beriya-iya

Aiman menarik senyum manis “Takpe, aku ikhlas nak bagi ni” jawab Aiman jujur

Wye menggeleng laju “Tak payah, duit alaun plus scholarship yang aku dapat tu pun tak terluak. Kau simpanlah duit kau tu untuk kahwin nanti” tolak Wye

Aiman buat muka-bengang. “Menggelabah pulak perempuan ni” ujar Aiman geram

“kau panggil aku apa tadi?” tanya Wye kurang pasti dengan apa yang didengarinya tadi

Aiman mendengus perlahan “PEREMPUAN” jawab Aiman geram

Wye menggenggam penumbuk. Urgh!! Wye terus berpusing ke belakang lalu meninggalkan Aiman tanpa sepatah kata. Sebelum masuk ke dalam rumah, Wye sempat membaling kunci kereta milik Aiman. Refleks Aiman melompat sedikit ke belakang. Pergh.. main kasar nampak! Nasib tak terkena dahi tadi, kalau tak memang free dapat calar.

20 comments:

  1. whoaaa.. gila la aiman.

    ADDI NAK LAGI :)

    ReplyDelete
  2. pergi!!
    aiman dah sedar yg dia suka wye
    comey..

    aiman2, sponsor kira gak g shopping.. ^^

    ReplyDelete
  3. wow...ni chenta sedara ke wahai cik ahdharun hilal? hik3

    ReplyDelete
  4. hush!sangg0p gi
    umah Dee w00o0..!
    hukhuk..

    ReplyDelete
  5. biar la wye tu kawen ngn aiman...i like...cam comel je ber2..
    n nak lagi...

    ReplyDelete
  6. best2...
    tgh berangan nk jd cam wye..ahaksss

    ReplyDelete
  7. ahaks! aiman....ngaaa...
    yup...aiman sungguh comei!!
    ini hero aku!!..haha

    ReplyDelete
  8. pitak nk lagi!
    HAHAHAHA.
    cik bulan lagi yea? lalalalala~

    ReplyDelete
  9. ~wye terkejut ke bila aiman cakap perempuan??

    ReplyDelete
  10. alahai..sweetnnyerr
    nk lagi! nk lagi!
    jgn luper n3 bru cpt2 aeh

    salam..lucy_persona@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. nak2 1.5k gak.....huhu

    ReplyDelete
  12. aiman,,,, npe ske wye??
    why dont me??? Huahuahuahahahahamuahahaha
    nak shopping pkai duit aiman jugaakkk

    smbung lg cik bulan!

    ReplyDelete
  13. nak aiman ngan wye...

    ReplyDelete
  14. zatie mahu lagi..!
    HAHA..

    ReplyDelete
  15. kesian kat aiman kalau wye jatuh hati kat adam
    apapun, akak follow...................

    ReplyDelete
  16. nak aiman gan wye. yg len jgn menyibuk ye. sibuk masa mula2 xpe. last nti biar gan aiman blh x? cm sweet je wye gan aiman.

    ReplyDelete
  17. aiman..aiman...
    br tau ker ati dia ader kat si wey tuh..
    huhuhu...

    ReplyDelete
  18. besh..besh...
    aiman ngn wye kew?
    hahaha

    ReplyDelete
  19. x ske orngg panggil perempuan? hahaha...

    ReplyDelete