Dia bersandar pada dinding di belakang. Kedua belah tangan dibawa memeluk tubuh. Sling bag dikepit di antara tangan dan badan.
Sesekali belakang tangan dibawa menahan kuap. Ngantuk gila
niiiii. Mana pulak ayah ni? Tadi cakap lepas Maghrib sampai.
Esprit di pergelangan tangan kiri dikerling sekilas. Sekali lagi
belakang tangan dibawa menahan kuap.
“Nah..”
Eh? Macam pelik aje tetiba ada cawan warna putih dihulurkan
depan mata. Ayah ke? Lambat-lambat dia mengangkat kepala. “Eh?” Habis berkerut
keningnya tengok manusia depan mata ni.
“Nah..” Sekali lagi cawan warna putih tu dihulurkan.
“Untuk saya?”
“Ada orang lain ke dekat sini?”
Automatik, dia terus menoleh ke belakang. Takde orang. Dia kembali
memandang ke depan. “Kenapa?”
“Saja.” Dia menarik senyum segaris. “Jangan takut, saya
takde letak apa-apa. Mandrem pun tak.”
Lagilah bertambah kerutan dekat dahi dia. Dah lah aku tak
kenal kau, takkanlah tetiba nak ambik pulak air ni?
“Hoi, tak nak balik ke?” Ada satu suara garau menegur.
Serentak, mereka berdua menoleh ke sebelah kiri. “Kejap.” Si
jejaka handsome tadi kembali memandangnya. “Baik awak ambik air ni sebelum
kawan saya tu..” Dia mengerling sekilas ke sebelah. “Kang kawan saya tu rembat
pulak air ni.”
“Terima kasih.” Cawan warna putih tadi bertukar tangan.
“Sama-sama.” Sempat lagi dia menarik senyum segaris sebelum
melangkah pergi meninggalkan gadis bertudung ungu tu.
Iqa masih freeze. Terkejut dapat air tak habis lagi. Satu..
dua.. tiga.. Dia mengangkat kepala memandang ke depan. Dua orang jejaka tadi
dah melangkah masuk ke dalam sebuah van.
Eh, cup! Kenapa baju yang mamat tu pakai macam familiar? Cawan
putih di tangan kanan kembali dipandang. Dia angkat kepala memandang van putih
tadi.
Baju kemeja putih, seluar hitam. Beg tarik empat segi warna
hitam. Dekat bahu ada bar warna hitam, jalur kuning ada tiga.
Sheeeeettt.. Dia kembali memandang ke depan. Van putih tadi
dah takde. Mamat handsome tu pilot? Pilot bagi aku air? Ohmyy ohmyy.. wajib
simpan cawan ni. Memang malam ni aku tidur sampai mengigaukan mamat handsome
tu! Hehehehe… gatai eh kau ni.
“Amboii Faiqa.. jauhnya sengih.” Satu suara garau tetiba
mencelah.
“Eh.. ayah!” Terus aje Iqa tarik sengih. “Lama dah sampai?”
Tangan kanan Encik Hakimi disalam penuh hormat.
“Sempatlah tengok Iqa sengih sorang-sorang.”
Iqa masih tersengih-sengih. Hee.. “Jomlah, kita balik. Ke
ayah nak solat dulu?” Esprit di pergelangan kiri dikerling sekilas. “Maghrib
ada lagi ni.”
“Ayah solat dah tadi, itu yang lambat tadi.” Beg galas
Deuter dihulurkan kepada Iqa. “Tu air untuk ayah ke?”
“Ni?” Iqa tunduk melihat cawan putih di tangan kiri. “Ayah
nak ke?”
“Air apa tu?”
Dia kembali memandang cawan putih tadi. Air apa ni? Takkanlah
nak cakap tak tau. Tapi, takkanlah nak cakap air ni orang bagi. Mahunya jam-jam
ni jugak ayah suruh buang air ni ha.
“Aik? Takkanlah nak jawab air apa pun lama?”
“Kopiii..” Iqa berdeham perlahan. “Dah nama pun beli dekat
Coffee Bean, mestilah kopi. Takkanlah air oren pulak, kan.”
“Kopi? Taknaklah. Nanti ayah tak boleh tidur pulak malam ni.”
Iqa angkat bahu. Beg Deuter warna hijau lumut tu digalas ke
bahu kiri. “Ayah nak makan dulu? Ke nak terus balik?”
“Mak kamu masak apa hari ni?”
Sekali lagi Iqa angkat bahu. “Iqa tak sempat balik rumah pun
tadi. Dari HSBC terus drift datang
sini.”
“Laa.. balik lambat lagi ke?”
Iqa tarik sengih. “Biasalah ayaaahhh…” Macamlah ayah tak
tahu, anak dara dia sorang ni memang boleh dikatakan tiap-tiap hari balik
lambat.
“Haa.. jomlah terus balik. Kereta parking dekat mana?”
“Tu.. hujung sana tu.” Mulutnya dimuncungkan sedikit. Ada
Toyota Vios warna putih dekat hujung jalan tu.
“Tak takut kena clamp pulak?” Beriringan mereka berjalan
menghampiri Toyota Vios tadi.
“Alaa.. Iqa cakap dekat orang tu, Iqa tunggu orang.”
“Bagi sini kunci kereta, biar ayah yang drive. Kamu tu kalau
drive tengah-tengah penat ni, mulalah bawak kereta laju semacam.”
Iqa tayang sengih. “Nak buat macam mana.. nak jadi drifter,
mak dengan ayah jugak tak bagi.”
“Ada jeee yang nak dijawab.” Encik Hakimi besarkan matanya
memandang Iqa. Tapak tangan kiri dihulurkan betul-betul di depan Iqa. “Kunci.”
“Bertambah sayang Iqa dekat ayah.” Beg Deuter tadi
diletakkan di kerusi belakang. Pintu di sebelah tempat duduk pemandu, dibuka. Tanpa
menunggu Encik Hakimi, Iqa terus melangkah masuk ke dalam kereta. Tangan kanan
masih memegang kejap cawan putih tadi.
“Kamu ni tak nak tidur ke minum kopi malam-malam?” Tanya
Encik Hakimi sambil menghidupkan enjin kereta.
Iqa menarik senyum segaris. “Kalau dah mengantuk, tidur
jugak nanti yah.”
Dan selepas itu, ruang di antara mereka hanya ditemani suara
lagu dari corong radio. Iqa membuang pandang ke luar tingkap. Ralit betul dia
tengok lampu jalan. Dan dalam kepala sibuk fikir kenapa mamat pilot calit tiga
tadi bagi dia air. Kenapa, eyh?
******
“Hamboii kau, sekarang ni nak mengayat pakai air pulak.”
Suara Afiq mengembalikan Isaac daripada lamunan.
“Takdelah.”
“Habis tadi tu bukan kau bagi dia air?”
Isaac tergelak kecil. “Aku tengok dia macam penat gila, mata
tu sikit lagi nak tertutup.” Dia ni kan spesies lelaki paling gentleman di abad
ini, mestilah kena tunjuk macho depan gadis-gadis kan.
“Kau ni pun.. entah-entah dia tunggu suami dia ke tadi. Tak fasal
je kau balik dengan mata bengkak.”
“Dia belum kahwin lagilah.”
“Eh.. kau ni. Macamlah dia bagitau dia belum kahwin.”
Isaac menarik senyum segaris. “Jari dia kosong. Takde satu
cincin pun.”
“Isaac.. malam ni you ikut kitorang tak?”
Serentak, Isaac dan Afiq menoleh ke belakang. “Pergi mana?”
Matanya tepat memandang gadis dengan tag nama Linda tu.
“Laaa.. malam ni kan ada farewell party untuk Capten Zaidi.”
“Dekat mana?”
“Tempat biasa.” Linda tarik senyum menggoda.
Isaac menoleh sekilas memandang Afiq di sebelah. “Malam ni
ada I ada special dinner dengan bonda.” Sopan santun betul dia tolak ajakan
Linda. Bukannya apa, dia sekarang ni tengah dalam fasa anjakan paradigma. Yang tak
baik, kita jauhkan diri. Yang baik, kita dekat-dekatkan diri. Ye, dak?
“Eee.. boringlah you ni.” Linda terus pandang tempat lain. Siap
peluk tubuh lagi.
Isaac tergelak kecil. Dia kembali memandang ke depan. Hamboii
suka betul dia mengata aku boring. Tak ke sweet aku ni sebab nak dinner dengan
bonda tersayang? Tak ke ciri-ciri suami pilihan hati dan sanubari aku ni?
*******
Seminggu kemudian..
Isaac melangkah keluar daripada balai ketibaan domestik. Bagasi
hitam di tangan kiri ditegakkan. Telefon bimbit yang dimatikan tadi, kembali
dihidupkan.
Dia menoleh ke sebelah kanan. Eh.. macam pernah nampak.. Sedar-tak
sedar, kakinya sudah melangkah ke sebelah gadis bertudung corak abstrak tu.
“Hai.”
Si gadis menoleh pandang. “Hai.”
“Nama saya Isaac. Boleh kita berkenalan?”
Si gadis menarik senyum segaris. “Faiqa. Tapi awak boleh
panggil Iqa.”
Dia turut duduk di atas palang-palang besi tu. Ada jarak
beberapa jengkal dengan gadis bernama Iqa tu. “Tunggu orang ke?”
“Ha ah.” Iqa berdeham kecil. “Baru habis duty?”
“Ha ah.”
“Hari ni tak balik sekali dengan krew yang lain?” Rasanya
dia nampak ada van putih yang baru beredar daripada bahu jalan tadi.
Isaac menggelengkan kepalanya. “Hari ni ada orang datang
ambik.”
“Ohhh..” Ringan aje mulut ni nak bertanya siapa, tapi
takpelah kita simpan ajelah dalam hati. “Terima kasih untuk air hari tu.”
“Bukan dah cakap terima kasih ke hari tu?”
Iqa angkat bahu. “Rasa macam nak cakap lagi sekali je.”
“Hari tu awak nampak macam penat sangat, kesian pulak saya
tengok.”
Iqa tergelak kecil. “Obvious sangat ke?”
Isaac angkat bahu. “Jarang nak nampak orang perempuan yang
tak kisah tudung dia senget-benget.”
“Eh..” Terus aje Iqa menoleh ke belakang. Dia melihat
pantulan diri sendiri di cermin belakang.
Isaac tergelak kecil. “Hari ni tak la senget.” Dia menarik
senyum segaris. “Hari tu je, maybe penat sangat kut.”
“Maybe laa..”
Tag Heuer di pergelangan kiri dikerling sekilas. “Awak lama
lagi ke dekat sini?”
“Mungkin. Kenapa?” Kalau ikutkan, flight ayah sampai lagi
dua puluh minit.
Isaac bangun daripada duduk. “Saya nak pergi beli air kejap.
Tolong tengokkan beg saya?”
“Ohh.. boleh-boleh.”
“Kejap eh.” Tak tunggu lama, dia terus melangkah masuk ke
dalam Coffee Bean yang betul-betul terletak di belakang mereka tadi.
Iqa panjangkan tangan kirinya menarik bagasi warna hitam tu
supaya dekat dengannya. Kang hilang beg ni, mamat tu kata aku ni tak boleh
diharap pulak.
Tangan kiri didaratkan betul-betul di atas beg, tangan kanan
mula menggagau mencari hand phone di dalam sling bag. Hah, jumpa! Ibu jari
menyentuh permukaan skrin. Ada satu mesej.
From: Ayah
Iqa, flight ayah
delay.
Maybe sampai lepas
isyak.
Membulat mata Iqa membaca mesej kiriman Encik Hakimi tu.
Yaaarr.. kenapalah dia tak perasan mesej ni semasa di pejabat tadi? Kalau nak
tunggu sampai lepas isyak, tu bermakna dia kena bertapa dekat depan pintu ni lama
lagi la!
“Flight delayed
ke?”
Iqa mengangkat kepala daripada menekur hand phone. “Hmmm..”
“Lambat lagi ke?” Isaac mengambil tempat di sebelah kanan
Iqa sebab tempatnya tadi dah ada bagasi hitam. Hehehe..
Iqa angkat bahu. “Lepas isyak, kut.”
“Ehh.. ni untuk awak.”
“Untuk saya?”
“Ha ah. Tak nak ke?”
“Ehhh.. mestilah nak.” Terus aje Iqa mengambil cawan di
tangan kiri Isaac. “Terima kasih.” Dia pun memang tengah lapar gila sekarang
ni. Dapat air pun dah bersyukur sangat.
“Awak memang selalu ke ada dekat sini?”
Iqa angguk kepala. “Seminggu dalam dua-tiga kali jugaklah.”
“Husband kerja offshore ke?” Ececece.. soalan gila cover.
Iqa tergelak kecil. “Saya ni ada gaya macam orang dah kahwin
ke?”
“Sekarang ni, orang dah kahwin pun nampak macam tak kahwin
lagi.”
Iqa angkat bahu. “Saya tunggu ayah saya la.”
“Ayahhhh..” Fuhh.. ada chance lagi ni. “Ayah kerja dekat
mana?”
“Bintulu.”
“Ohhh…” Isaac berdeham kecil. “Selalu hari apa ada dekat
sini?”
“Selalunya saya hantar ayah hari Isnin atau Selasa. Tapi tu
subuh-subuh hari la.” Dia menelengkan kepalanya ke sebelah kiri. “Kalau ambik
pulak, macam hari ni la Khamis tak pun Jumaat.”
“Haa.. kita ni memang ada jodoh la!”
“Eh?”
“Saya memang selalu balik KL hari Khamis tak pun… hmm…
bila-bila habis kerja.” Isaac tayang sengih.
Belum sempat Iqa nak bukak mulut, ada satu suara garau
mencelah. “Ehem..”
Serentak, Iqa dan Isaac menoleh pandang. Automatik, mata Iqa
terus membulat apabila terpandangkan Encik Hakimi yang berdiri di depan mereka
tu. Gulp.
Iqa terus bangun daripada duduknya. “Ayah… awal sampai?”
“Aik? Suka ke ayah sampai lambat?”
Pelipis kiri digaru perlahan. “Ni… Isaac.” Iqa menoleh
memandang Isaac yang dah berdiri di sebelahnya. “Isaac, ni ayah saya.”
“Tuan.” Tangan kanannya automatic dihulurkan untuk berjabat
dengan ayah Iqa. Dah kenapa aku panggil pak cik ni Tuan!
Encik Hakimi tergelak kecil. “Apa panggil Tuan pulaaakk..
panggil pak cik sudahlah.”
Isaac tersenyum kelat. “Sebenarnya, saya nak mintak izin nak
berkawan dengan anak pak cik.”
“Haa.. nak mintak izin.” Mata Encik Hakimi turun naik
memandang jejaka berkemeja putih tu. “Nak berkawan tu takde masalah. Tapi..
jaga-jaga sikit, anak pak cik sorang ni garang tau.”
“Ayah!” Membulat terus mata Iqa.
Encik Hakimi tergelak kecil. “Tengok tu, pak cik baru cakap
sikit dia dah marah.”
“Merajuklah macam ni.” Terus dia berdiri sambil memeluk
tubuh. Siap dengan tarik muncung lagi.
“Haa.. lagi satu. Faiqa ni kuat merajuk.”
“Malaslah nak layan ayah.” Tak tunggu lama, Iqa terus
berjalan meninggalkan ayahnya dan Isaac. Apa daa.. ayah ni saje bikin aku malu
depan pilot handsome tu. Ish!
“Okeylah, Isaac ya namanya tadi?”
“Ya, pak cik.”
“Pak cik balik dulu la ye. Faiqa tu kalau dah merajuk, susah
sikit nak pujuk.” Sekali lagi tangan anak muda tadi dijabat.
Lambat-lambat Encik Hakimi melangkah menghampiri Toyota Vios
yang diparkir di tepi bahu jalan tu. Elok aje pintu kereta dibuka.. “Pandai Iqa
cari calon suami. Dah lah pilot, handsome banyak pulak tu daripada ayah.”
Iqa mencebik. “Merepeklah.” Iqa menjeling geram. Tangan kiri
menurunkan brek tangan sebelum Toyota Vios tu perlahan-lahan beredar daripada
bahu jalan.
Isaac? Dia masih berdiri di depan palang besi tu. Lambat-lambat
bibirnya mengulum senyum. Kelakar pulak apabila teringat pesanan ayah Iqa tadi.
Haiii.. macam-macam.
Sekali lagi Tag Heuer di tangan kiri dikerling sekilas. Yang
kakak aku ni pulak pergi mana? Tadi kata dah on the way, takkanlah sejam pun
tak sampai lagi? Apa ingat rumah dengan airport ni macam KL-Penang ke?
laaaaaaaagi ? hahahaa *terlebih excited* ;pp
ReplyDeleteArghhhh comel gila cite ni. :3
ReplyDeleteWhoaaa this story I likeeeer
ReplyDeletebest best best
ReplyDeletesambung lagi bole tak ? hehe :)
ReplyDeleteSalam. Ada sambungan kan cerpen ni ?? Mintak-mintaklah ada. hihi
ReplyDeletekamonnnnn kak apa tulis satu episod je. tulis lerrr panjang2. jap....aku rasa mcm aku tau je sape isaac pilot ni hehehehehe :P
ReplyDeletetak sabar nak tunggu sambungan. hihi :D
ReplyDeleteOH MYYY! PILOT okeyyy! Likeee! :3
ReplyDeleteHuwaaa Cik Bulannnn! Abang pilot tuuu! Likeee! :D
ReplyDeletePilot. Ni yg best ni. Hehe. Suka2.
ReplyDeletealahai..cair nyaaaa..pilot henseng tuuuu.. *pengsan seminggu* huhu :D
ReplyDeleteSweetnye ♡...pilot tu... apakah lanjutan cerita mereka tu ye?.. nk gak tauuuu... sambung la pleaseeeee.. hihihi
ReplyDeleteKenapa cerpen ad-lyn dah takde ek?
ReplyDelete