Hai dan Hello !

Saya ada cerita baru untuk awak. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


Evangelina

Terima kasih beribu lemon kerana singgah ke blog saya yang serba kekurangan ni.

Monday, February 22, 2021

Prolog ii

LILO SANDARKAN BELAKANG badan pada besi pembahagi laluan. Sebelah kakinya didaratkan di atas besi tadi. Hujung selendang dibawa mengipas muka yang terasa bahang.

“Kau buat kerja gila ni sebab Ken dump kau?”

Lilo yang sedari tadi hanya diam tu angguk kepala lambat-lambat. “Sort of.” Pandangannya masih pada deretan manusia yang beratur menunggu giliran untuk menaiki Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON™.

Ika hanya geleng kepala mendengar jawapan Lilo tadi. Terkejut juga dia ketika mendapat panggilan telefon dari Lilo lewat tengah hari semalam. He dumped me. Satu aje ayat yang keluar dari mulut Lilo sebelum Lilo tamatkan panggilan. Dia yang dekat ofis ni terus ternganga. Lepas tu, boleh pula Lilo ajaknya ke Universal Studio Singapore macam takde apa-apa yang jadi.

“Kau okey tak ni?” Risau juga Ika tengok Lilo yang banyak diam ni. Sepanjang perjalanan mereka dari KL ke Singapura, Lilo hanya diam. Kalau bercakap pun sekadar nak menjawab soalannya.

“Aku tak tahu nak rasa macam mana.” Jawab Lilo jujur. Macam ni perasaan kena dumped? Dia rasa macam kosong sangat.

“Dia takde bagitahu kenapa dia nak clash dengan kau?” Ika cuba korek cerita.

“Dia cakap sebab aku dapat kerja lagi cepat dari dia.” Jeda. “And it bruised his ego.”

“What?” Membulat mata Ika mendengar jawapan Lilo tu. “You gotta be kidding me.”

Lilo jongket bahu. “Itu yang dia cakap dekat aku.” Dia sendiri terkejut dengan jawapan Ken tu. Tapi dia bukannya jenis nak mendesak untuk dapatkan jawapan yang betul. Jadi dia hanya terima bulat-bulat keputusan Ken.

“Tapi tu bukan salah kau!” Ika tak puas hati. Alasan bodoh apa yang mamat ni bagi?!

Lilo hembus nafas berat panjang-panjang. “Boleh tak, kalau kita tak cakap fasal dia lagi?” Saat ni dengar nama pun dah boleh buat Lilo sedih inikan pulak nak bercerita fasal dia. “Aku kalau boleh tak nak ingat apa-apa lagi fasal dia.” Dalih Lilo.

“Okey.” Ika hanya akur dengan permintaan Lilo.Lilo hanya tarik senyum segaris sambil peluk tubuh. Dia tarik nafas panjang-panjang biar paru-parunya penuh dengan oksigen. Tipulah kalau cakap tak sedih, hanya Tuhan aje yang tahu betapa remuknya hatinya semasa mendapat panggilan daripada Ken pagi semalam semasa di dalam perjalanan ke pejabat. Dia tahu dia kena kuat. Dia takde pilihan lain selain move on.

*********

 

"It takes a strong heart to fall in love"

Get your copy of "Love, Perhaps" now. Feel free to DM me at FB or Twitter.

Or, I'm one click away via Whatsapp.

 

0 comment(s):

Post a Comment